1998: Tahun

 
    Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1998. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1998 (nombor).

1998 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis. Ia berlangsung dari 2 Ramadan 1418 hingga 12 Ramadan 1419. Tahun ini telah diisytiharkan sebagai "Tahun Antarabangsa Lautan".

Milenium: milenium ke-2
Abad:
Dekad:
Tahun:

Peristiwa

Februari

Mac

April

Mei

Jun

  • 5 Jun - Lima syarikat telekomunikasi tempatan diberi lesen untuk menjadi pembekal perkhidmatan internet (ISP). Dengan perlantikan itu, Malaysia akan mempunyai tujuh ISP, termasuk JARING dan TMNet.
  • 6 Jun - PHP 3.0 dilancarkan secara rasmi.

Julai

  • 15 Julai - Datuk Leo Moggie mengumumkan perkhidmatan capaian sama rata dalam kalangan operator telekomunikasi. Perkhidmatan yang akan dimulakan pada 1 Januari 1999 akan memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan perkhidmatan talian tetap.
  • 21 Julai - Akta Telekomunikasi & Multimedia dibentangkan pada persidangan khas Parlimen. Selepas 3 hari bersidang, anggota Parlimen meluluskan akta tersebut dengan sebulat suara.

Ogos

  • 13 Ogos - Konsortium Digicert Sdn. Bhd. yang terdiri daripada Pos Malaysia, MIMOS dan GITN Sdn. Bhd, ditubuhkan. Konsortium itu kemudian dilantik sebagai pengesah tandatangan digital yang diperlukan bagi memastikan bahawa urusan yang dijalankan melalui internet tidak disalahgunakan.

September

  • 1 September: Akibat kesan-kesan Krisis Kewangan Asia 1997, kerajaan Malaysia menguatkuasakan langkah-langkah kawalan tukaran matawang untuk menstabilkan semula ringgit.
  • 7 September - Google diasaskan bersama-sama oleh Larry Page dan Sergey Brin sebagai sebuah syarikat persendirian.
  • 1121 September: Sukan Komanwel diadakan di Kuala Lumpur. Sepanjang acara ini, kontinjen Malaysia meraih 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa, menjadikannya rekod paling cemerlang pernah dicapai oleh ahli-alhi sukan Malaysia sepnajng sejarah sukan Komanwel.

Oktober

  • 27 Oktober - Penubuhan Sun Microsystems Malaysia Sdn. Bhd. diumumkan oleh Pengarah Urusan Govinathan Pillai.
  • 30 Oktober - Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Kementerian Tenaga, Komunikasi & Multimedia. Kementerian ini akan menggantikan Kementerian Tenaga, Telekom & Pos.

November

  • 3 November - Mahathir Mohamad merasmikan persidangan dan pameran ASEAN Telekom 98, persidangan dan pameran ini yang pertama kali diadakan di Malaysia, di Sri Kembangan, Selangor. Dalam majlis itu, Dr. Mahathir turut melancarkan 'Detik Y2K' bagi menyedarkan masyarakat mengenai masalah ini.
  • 13 November - Menteri Pelajaran Malaysia melancarkan rangkaian sekolah sejagat di kementeriannya. Rangkaian ini membolehkan semua sekolah di seluruh dunia dihubungkan melalui internet.
  • 19 November - Persidangan dan pameran Telefoni Komputer Asia (CTA 98') diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Inilah julung-julung kalinya persidangan dan pameran mengenai teknologi itu diadakan di Malaysia.
  • 23 November - TechnoChannel, sebuah syarikat tempatan berstatus MSC, mengumumkan penyenaraian syarikat MyWeb Inc. di NASDAQ, bursa saham dan sebut harga Amerika Syarikat. Penyenaraian tersebut menjadikan MyWeb sebagai syarikat MSC tempatan pertama disenaraikan di bursa itu.

Tarikh tepat tidak pasti

  • November - Perbadanan Microsoft dibicarakan di bawah undang-undang anti- monopoli Amerika Syarikat.
  • Disember: Mebibait ditakrifkan oleh Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC).
  • C++: Piawai bahasa pengaturcaraan C++ diratifikasi oleh ANSI sebagai ISO/IEC 14882:1998,
  • Sistem pengendalian Windows 98 dilancarkan oleh Microsoft.
  • Pembangunan phpMyAdmin, bahagian hadapan web berasaskan PHP kepada MySQL, dimulakan oleh Tobias Ratschiller, seorang perunding teknologi maklumat ketika itu dan kemudiannya pengasas syarikat perisian Maguma.
  • Saham Syarikat Pengimbas Keselamatan Internet (ISS) diapungkan, dengan nilainnya melonjak ke angka AS$1 bilion.
  • Perundingan untuk penjualan Netscape Communication kepada American On-Line (AOL) pada harga AS$4.2 bilion dimulakan. Urus niaga ini dijangka akan diselesaikan pada bulan April 1999.

Kelahiran

Kematian

Tags:

1998 Peristiwa1998 Kelahiran1998 Kematian1998

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Mahathir MohamadNegara PalestinZarina ZainoordinZombi Kampung PisangSarimah IbrahimAyah PinHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMTaman Tasik TitiwangsaAgama BuddhaZaman air batuPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Dewan Negara MalaysiaIsham JalilHaqimi Azim RosliWings (kumpulan muzik Malaysia)Gunung RuangNabi Ya'akub a.s.Liga Super Malaysia 2024–25Nasi lemakTentang Hati DiaShah AlamPenggunaMusa HassanRita NadiraJohor Darul Ta'zim F.C.Senarai Surah Al-QuranTanam paksaLeftenan KolonelKepimpinanMay (kugiran)Kaum-kaum di MalaysiaDewan Negeri SelangorChacha MaembongMetodologiSemenyihMohd Ghazali Che MatPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Senarai negara mengikut sistem kerajaanTengku Zafrul Abdul AzizIkan bayanTok JanggutTeknologi hijauIslamNegeri-Negeri SelatHari Buku SeduniaPerjanjian HudaibiyahSistem pernafasanDemokrasiProton WiraHari WesakKesultanan Melayu MelakaBendera ThailandTerengganuMuhammad Haziq Bin NadzliKlangKebudayaan MalaysiaMonyetParlimen MalaysiaJambatan Pulau PinangPosisi seksualMark AdamAstro ShawPolis EVO 3RuhainiesMakam PahlawanAedy AshrafKhalid bin al-WalidSari YantiAstro MalaysiaChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorPilihan raya umum Tanah Melayu 1955SusukMarsyal TUDMKamilia AfiqahGununganSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahKementerian Pertahanan MalaysiaHulu Langat🡆 More