Guinea Khatulistiwa

Guinea Khatulistiwa, secara rasmi Republik Guinea Khatulistiwa (Sepanyol: República de Guinea Ecuatorial, Sebutan Sepanyol: , Perancis: République de Guinée Équatoriale, Bahasa Portugis: República da Guiné Equatorial, Bahasa Inggeris: Republic of Equatorial Guinea) adalah sebuah negara yang terletak di Afrika Tengah.

Dengan keluasan 28,000 km2 ia adalah salah satu negara terkecil di benua Afrika dan mempunyai populasi dianggarkan sebanyak setengah juta.

Republik Guinea Khatulistiwa
  • República de Guinea Ecuatorial (Sepanyol)
  • République de Guinée équatoriale (Perancis)
  • República da Guiné Equatorial (Portugis)
Bendera Guinea Khatulistiwa
Jata Negara Guinea Khatulistiwa
Bendera Jata Negara
Cogan kataUnidad, Paz, Justicia (Sepanyol)
"Perpaduan, Keamanan, Keadilan"
Lagu kebangsaanCaminemos pisando las sendas de nuestra inmensa felicidad (Sepanyol)
Marilah Kita Berjalan Melangkahi Jalan Kebahagiaan Kita yang Luar Biasa
Guinea Khatulistiwa
Guinea Khatulistiwa
Ibu negaraMalabo (semasa)
Ciudad de la Paz (dalam pembinaan)
3°45′N 8°47′E / 3.750°N 8.783°E / 3.750; 8.783
Bandar terbesarBata
Bahasa rasmi
Bahasa umum
yang diakui
Senarai
  • Fang
  • Bube
  • Kreol Annobon
  • Kombe
  • Kwasio
Kumpulan etnik
(2020)
  • 85.7% Fang
  • 6.5% Bubi
  • 3.6% Ndowe
  • 1.6% Annobon
  • 1.1% Bujeba
  • 1.1% lain-lain
Agama
(2020)
Demonim
  • Orang Guinistiwa
  • Orang Guinea Khatulistiwa
KerajaanUnitary dominant-party presidential republic under a dictatorship
• Presiden
Teodoro Obiang Nguema Mbasogo
• Naib Presiden
Teodoro Nguema Obiang Mangue
• Perdana Menteri
Manuela Roka Botey
Badan perundanganParlimen
Senat
Dewan Timbalan
Kemerdekaan 
• Diisytiharkan
12 Oktober 1968
Keluasan
• Jumlah
28,050 km2 (10,830 bt2) (141st)
• Perairan (%)
boleh diabaikan
Populasi
• Perkiraan 2022
1,679,172 (154th)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
$28.356 billion (148th)
$18,362 (90th)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
$10.041 billion (156th)
$6,502 (95th)
HDI (2021) 0.596
sederhana · 145th
Mata wangFranc CFA Afrika Tengah
(XAF)
Zon waktuUTC+1 (WAT)
Format tarikhdd/mm/yyyy
Bahagian memanduright
Kod panggilan+240
Kod ISO 3166GQ
DPT internet.gq
  1. Termasuk Sepanyol Guinistiwa (Español ecuatoguineano).

Geografi

Guinea Khatulistiwa terletak di pantai barat Afrika Tengah. Negara ini terdiri daripada wilayah tanah besar, Río Muni, yang bersempadan dengan Cameroon di utara dan Gabon di timur dan selatan, dan lima pulau kecil, Bioko, Corisco, Annobon, Elobey Chico (Elobey Kecil), dan Elobey Grande (Elobey Besar). Bioko, tapak ibu negara, Malabo, terletak kira-kira 40 kilometer (25 bt) di luar pantai Cameroon. Pulau Annobon terletak kira-kira 350 kilometer (220 bt) barat-selatan-barat Cape Lopez di Gabon. Corisco dan dua pulau Elobey berada di Corisco Bay, di sempadan Río Muni dan Gabon.

Guinea Khatulistiwa terletak di antara latitud 4 °U dan 2°S, dan longitud 5° B dan 12° E. Meskipun namanya, tidak ada bahagian wilayah negara yang terletak di khatulistiwa—ia berada di hemisfera utara kecuali kawasan kepulauan Wilayah Annobón yang terletak kira-kira 155 km (96 bt) selatan daripada khatulistiwa.

Guinea Khatulistiwa mempunyai iklim tropika dengan musim basah dan kering yang ketara. Dari Jun hingga Ogos, Río Muni kering dan Bioko basah, dan dari Disember hingga Februari, keadaan sebaliknya berlaku. Antaranya, terdapat peralihan secara beransur-ansur. Hujan atau kabus berlaku setiap hari di Annobon, di mana hari tanpa awan tidak pernah didaftarkan. Suhu di Malabo, Bioko, berjulat dari 16 °C (61 °F) hingga 33 °C (91 °F), walaupun di selatan Moka Plateau, suhu tinggi biasa hanya 21 °C (70 °F). Di Río Muni, suhu purata ialah kira-kira 27 °C (81 °F). Kadar Hujan tahunan berbeza daripada 1,930 mm (76 in) di Malabo hingga 10,920 mm (430 in) di Ureka, Bioko, tetapi Río Muni agak kering.

Kawasan pentadbiran

Guinea Khatulistiwa terbahagi kepada lapan buah wilayah. Wilayah terbaharu ialah Djibloho yang dicipta pada 2017 dengan ibu pejabatnya di Ciudad de la Paz, bakal ibu negara. Lapan wilayah tersebut adalah seperti di bawah (ibu kota wilayah dalam kurungan):

  1. Annobón (San Antonio de Palé)
  2. Bioko Norte (Malabo)
  3. Bioko Sur (Luba)
  4. Centro Sur (Evinayong)
  5. Djibloho (Ciudad de la Paz)
  6. Kié-Ntem (Ebebiyín)
  7. Litoral (Bata)
  8. Wele-Nzas (Mongomo)

Wilayah-wilayah ini dibahagikan lagi kepada 19 buah daerah dan 37 buah perbandaran.

Demografi

Kebanyakan rakyat negara memiliki asal orang Bantu. Kumpulan etnik terbesar, orang Fang, adalah asli di tanah besar, dengan migrasi besar Pulau Bioko sejak abad ke-20 membanyakkan penduduk Fang hingga melepasi jumlah orang Bubi asal. Golongan Fang merangkumi kira-kira 80% populasi, dan terdiri daripada sekitar 67 buah puak. Mereka di kawasan utara Río Muni bertutur bahasa Fang-Ntumu, dan mereka di selatan bertutur bahasa Fang-Okah; dua dialek ini memiliki perbezaan, tetapi dapat saling difahami. Dialek-dialek Fang juga ditutur di kawasan negara jiran, Cameroon (Bulu) and Gabon. Dialek-dialek ini masih dapat saling difahami, tetapi lebih lebih ketara perbezaannya. Orang Bubi yang merangkumi 15% populasi adalah asli di Pulau Bioko. Garis sempadan tradisi antara etnik Fang dan "pantai" ialah kampung Niefang ("batas Fang") di timur Bata.

Kumpulan etnik pesisir pantai, kadangkala dirujuk sebagai Ndowe atau "Playeros" ("orang pantai" dalam bahasa Sepanyol): Combes, Bujebas, Balengues, dan Bengas di tanah besar dan pulau-pulau kecil, dan Fernandinos, sebuah komuniti Krio di Pulau Bioko bersama-sama merangkumi 5% populasi negara. Orang Eropah (sebahagian besarnya berketurunan Sepanyol atau Portugis, sebahagian daripada keturunan Afrika separa) juga tinggal di negara itu, tetapi kebanyakan warga Sepanyol meninggalkan negara selepas negara mencapai kemerdekaan.

Ekonomi

Guinea Khatulistiwa pra-merdeka mengharapkan pengeluaran koko untuk pendapatan mata wang kukuh. Ia mempunyai pendapatan per kapita tertinggi Afrika pada 1959.

Penemuan simpanan minyak besar pada 1996 dan eksploitasinya yang berikutnya telah menyumbang kepada satu peningkatan dramatik dalam hasil kerajaan. Seperti pada 2004, Equatorial Guinea adalah pengeluar minyak ketiga terbesar di Sub Sahara Afrika. Pengeluaran minyaknya telah meningkat kepada 360,000 buah tong/hari, bertambah daripada 220,000 dua tahun terdahulu.

Perhutanan, pertania, dan perikanan adalah juga komponen utama bagi KDNK negara ini. Pertanian sara diri mendominasi. Kemerosotan ekonomi luar bandar di bawah rejim-rejim yang kejam telah mengurangkan potensi untuk pertumbuhan pertanian.

Walaupun KDNK per kapita (PPP) lebih daripada US$30,000 , Equatorial Guinea berkedudukan ke-121 daripada 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sukan

Equatorial Guinea telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Negara Afrika 2012 perkongsian dengan Gabon. Negara itu juga dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Wanita Afrika 2008, yang kemudian dimenangi.

Rujukan

Pautan luar


    Kerajaan
    Maklumat am
    Media
    Budaya
    Lain-lain

10°06′41.94″E / 1.9248167°N 10.1116500°E / 1.9248167; 10.1116500

Tags:

Guinea Khatulistiwa GeografiGuinea Khatulistiwa DemografiGuinea Khatulistiwa EkonomiGuinea Khatulistiwa SukanGuinea Khatulistiwa RujukanGuinea Khatulistiwa Pautan luarGuinea KhatulistiwaAfrikaAfrika TengahBahasa InggerisBahasa PerancisBahasa PortugisBahasa Sepanyol

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaIpohJustin BieberF.C. Internazionale MilanoAdnan Abu HassanRadio Televisyen MalaysiaBella DallyNabi Harun a.s.Richeese FactoryPolitik balas budiAisyah Abu BakarPerempuan Itu (drama)1AsertifCampaMokhtar DahariNanako MatsushimaFrekuensi radio di JohorSenarai kaum di MalaysiaHadis MutawatirLee Chong WeiPenjodoh bilangan bahasa MelayuSekolah Henry GurneyTrisha OoiSaleemPerang AhzabMohd Na'im MokhtarDarah yang keluar dari rahim wanitaNegeri-Negeri SelatShazia RozainiKadet Remaja Sekolah MalaysiaLionel MessiBola jaringPalestin (wilayah)PetronasJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaInstagramSolat Sunat RawatibKetua Polis Negara MalaysiaShakira (drama)Masya-AllahTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahSistem SuriaElly ArifinSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahRibaPiala Dunia FIFA 2010Sunan DrajatSiti NurhalizaKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaJenis darahRevolusi PerindustrianRadius OnePeristiwa Memali 1985Majlis Raja-RajaAbang Johari Tun OpengJessica MilaCongkakAhmad Zahid HamidiSijjin (filem 2023)Orang Cina MalaysiaNabi Muhammad SAWPersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaAllahNasi kandarSharifah ShahirahNekbatBukan Sekadar LafazGajahKhairulamingZakat fitrahSyafiq YusofMona FandeyCopa América 2015Jenayah kolar putihRakaatSenarai SBP di MalaysiaShuib Sepahtu🡆 More