Cengkih

Cengkih (Jawi: ‏چڠکيه‎code: ms is deprecated ‎) atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi.

Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.

Cengkih
Cengkih
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Myrtaceae
Genus:
Syzygium
Spesies:
S. aromaticum
Nama binomial
Syzygium aromaticum
(L.) Merrill & Perry
Sinonim
  • Caryophyllus aromaticus L.
  • Eugenia aromatica (L.) Baill.
  • Eugenia caryophyllata Thunb.
  • Eugenia caryophyllus (Spreng.) Bullock & S.G.Harrison

Botani

Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8-12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

Di indonesia khususnya provinsi Sulawesi Utara, cengkih menjadi salah satu komoditi hasil pertanian utama.

Penanaman

Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 - 250mm dan suhu 15° - 38 °C. Tanah yang paling sesuai baginya ialah tanah gembur yang mengandungi humus dan tanah laterit.

Cara pembiakannya ialah dengan menggunakan biji benih. Biasanya anak-anak benih ditanam 1.5 hingga 2 tahun di ladang dengan jarak 5m. antara pokok. Hasil yang pertama boleh dipungut apabila pokoknya berumur tujuh atau lapan tahun. Pokok cengkih akan terus mengeluarkan hasilnya sehingga umurnya 60 tahun atau mencapai 130 tahun. Biasanya hasil setiap tahun bagi satu pokok ialah 2.7 kg.

Cengkih 
Bunga cengkih boleh dituai ketika pokoknya tumbuh setinggi 8 meter lebih.

Penyakit

Pokok cengkih di Lindungan (Protectorate) Zanzibar, yang merupakan asas ekonomi pulau tersebut, dan merupakan sembilan per sepuluh bekalan dunia, kini diancam penyakit mati mengejut. Pada tahun 1950, ia kini dianggarkan sekurang-kurangnya separuh pokok cengkih di Pulau Zanzibar telahpun mati akibat penyakit mati mengejut, dan di pulau Pemba terdapat sekurang-kurangnya dua ribu wabak. Pokok tersebut kini semakin merebak semakin luas sejak tarikh tersebut.

Kegunaan

Cengkih 
Bunga cengkih

Dalam makanan

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Ia merupakan antara empat rempah utama dalam masakan orang Melayu iaitu "rempah empat beradik".

Tujuan lain

Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi.

Bunga cengkih antara bahan sampingan utama semasa bersirih di mana bau dan rasanya yang manis melambangkan kelembutan dan kehalusan adat budaya serta tutur kata. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam suatu rokok khas bernama kretek.Bunga cengkih juga mempunyai khasiat bagi perubatan seperti sakit buah pinggang,ketumbuhan,mata kabur,sakit paru-paru,sakit perut,muntah,memanaskan badan,mulut berbau dan urat saraf.

Sejarah

Tumbuhan ini pada awalnya hanya dapat tumbuh di beberapa pulau kecil dalam gugusan Maluku iaitu Bacan, Makian, Moti, Ternate dan Tidore. Sebuah pokok cengkih yang tumbuh di Ternate bergelar "Afo" dipercayai pohon tertua berusia antara 350 hingga 400 tahun pada kemuncak hayatnya mencapai ketinggian 36.60 hingga 40 meter dengan batang berdiameter 198 m dan keliling 426 meter menghasilkan sekitar 400 kg bunga; namun pokok ini didapati tumbang tinggal tunggul sahaja pada lewat 2012.

Perdagangan rempah ini dalam kalangan orang Cina memberi nama kepada rempah ini (ejaan lama: chengkéh atau tjĕngkeh, Jawi: چڠکه‎) daripada 丁香 dīngxiāng "wangian paku" kerana bentuk ia; ia turut diberi nama 雞舌香 jīshéxiāng "wangian lidah ayam".

Biji-biji pokok ini dipercayai dibawa seorang ahli botani Perancis Pierre Poivre pada 1770 menyinggah di jajahan Isle de France (kini Mauritius) sebelum kemudiannya ke pulau Zanzibar, kesultanan yang memerintah pulau ini menjadi pengeluar utama rempah ini beberapa abad kemudian.

Rujukan

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Cengkih, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Cengkih BotaniCengkih PenanamanCengkih KegunaanCengkih SejarahCengkih RujukanCengkih

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sultan Mizan Zainal AbidinSenarai perbandingan pangkat tenteraMegat SharizalAzhar SulaimanNoor AzizahKucingKata adjektifIbanWudukEmbun (filem)Jam 24 jamAdi PutraErry PutraNegarakuTengku Amir ShahAsia TenggaraTuanku Abdul RahmanFilem Malaysia tahun 2024Intan LadyanaMenteri Besar PerlisTauhid RububiyahMalang Si PuteriRaysha RizroseBatu PahatPerakSolat JumaatFarid KamilPerlisHarris AlifPulau RedangPrivate BodyguardMaria OzawaUpacara kematian orang CinaPahangSenarai SBP di MalaysiaCuti umum di MalaysiaStadium Petaling JayaMahathir MohamadZaki AzemanMohammed Hanif OmarAziz M. OsmanRisteena MunimKuchingSarafKiesha AlvaroUthman bin AffanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaAliff AzizSiti MuslihaKuantanTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahKumpulan Wang Simpanan PekerjaNajis dalam IslamSifat-sifat AllahPitt HanifPiala Asia B-23 AFC 2018Astro ShawKata ganti diriSekali Lagi Cinta KembaliMaktab Rendah Sains MARAHael HusainiDarjah Khas Agama JohorGambir SarawakGoogle ScholarBajauSyamsul YusofAznil NawawiMohamad SabuMustapha KamalHantu Kak Limah Balik RumahZakar manusiaMelayuLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurDaun terupJalaluddin HassanLiberalismeSudirman (penyanyi)Seks oralGol & Gincu (filem)🡆 More