Mohamad Sabu: Ahli politik Malaysia

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu (lahir 14 Oktober 1954) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu.

Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10 , YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memengang portfolio sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia dan Ahli Parlimen Kota Raja. Pada peringkat parti yang diasaskannya iaitu Parti Amanah Negara, beliau memegang jawatan sebagai Presiden parti tersebut.


Mohamad Sabu

SMW (WP)
محمد بن سابو
Mohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia
Memegang jawatan
3 Disember 2022
RajaSultan Ibrahim Ismail (2024-kini)
Al-Sultan Abdullah (2022-2024)
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanArthur Joseph Kurup (Disember 2023-kini)
Chan Foong Hin (Disember 2022-Disember 2023)
Didahului olehRonald Kiandee
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kota Raja, Selangor
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Didahului olehSiti Mariah Mahmud
Digantikan oleh73,998 (PRU-15)
71,142 (PRU-14)
Timbalan Pengerusi
Pakatan Harapan
Memegang jawatan
2022
Berkhidmat dengan
Loke Siew Fook
Wilfred Madius Tangau
Didahului olehJawatan diwujudkan
Presiden
Parti Amanah Negara
Memegang jawatan
2015
TimbalanSalahuddin Ayub (2015-2023)
Mujahid Yusof (2023-kini)
Didahului olehJawatan diwujudkan
Timbalan Presiden
Pakatan Harapan
Dalam jawatan
2017–2022
Berkhidmat dengan
Tuan Lim Guan Eng (2017-2022)
Tan Sri Muhyiddin Yassin
(2017-2020)
Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (2021-2022)
Didahului olehJawatan diwujudkan
Menteri Pertahanan Malaysia
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Mohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Mahathir Mohamad
TimbalanMohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Mohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Liew Chin Tong
Didahului olehMohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Mohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Hishamuddin Hussein
Digantikan olehMohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Mohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Ismail Sabri Yaakob
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P10 Kuala Kedah, Kedah
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehMohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Mohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Zakaria Mohd Said
Digantikan olehMohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Mohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Hashim Jahaya
Majoriti991 (PRU-10)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P24 Kubang Kerian, Kelantan
Dalam jawatan
1995 – 1999
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehMohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Husam Musa
Majoriti10,125
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P22 Nilam Puri, Kelantan
Dalam jawatan
1990 – 1995
Didahului olehMohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Mohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Mat bin Haji Ali
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Majoriti8,139
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Dalam jawatan
2013–2015
Didahului olehMohd. Salleh Man
Digantikan olehMuhammad Fauzi Yusoff
Dalam jawatan
2007–2009
Didahului olehMohd. Salleh Man
Digantikan olehMohd. Salleh Man
Butiran peribadi
Lahir (1954-10-14) 14 Oktober 1954 (umur 69)
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikMohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA PAS (1981-2015)
Mohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA AMANAH (2015-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Mohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Angkatan Perpaduan Ummah (1990-1996)
Barisan Alternatif (1999-2004)
Mohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Pakatan Rakyat (2008-2015)
Mohamad Sabu: Pendidikan, Penglibatan politik, Sebagai tahanan ISA Pakatan Harapan (2015-kini)
PasanganDatin Seri Normah Alwi
Anak-anak1. Nurul Jannah binti Haji Mohamad Lahir 1980
2. Nurul Huda binti Haji Mohamad Lahir 1983
3. Ahmad Saiful Islam bin Haji Mohamad Lahir 1988
4. Ahmad Ali Hidayati bin Haji Mohamad Lahir 1991
IbuHalijah Mat
BapaSabu
KediamanShah Alam, Selangor
PekerjaanAhli politik
KabinetKabinet Malaysia 2018
Kabinet Malaysia 2022
Laman web rasmihttp://mohamadsabu.com

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-7, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.

Semasa penyertaan beliau dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS), jawatan terakhir yang disandang beliau ialah sebagai Timbalan Presiden PAS selama 2 penggal iaitu 2011-2013 dan 2013-2015 di bawah kepimpinan Presiden, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Almarhum Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pendidikan

Mat Sabu bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran jurusan bidang Seni Kulinari di Institut Teknologi MARA (ITM, kini Universiti Teknologi MARA, UiTM). Meskipun begitu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak dapat menghabiskan jurusannya kerana dibuang dari ITM.

Penglibatan politik

Tahun 1975 menyertai ABIM dan 1981 menyertai PAS. Beliau bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 di Dun Penanti tetapi tewas.Sekali lagi tewas kepada rakan ABIM nya , Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986. Apabila berhijrah ke Kelantan, beliau menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1990 di parlimen Nilam Puri. Sekali lagi menang di kerusi parlimen Kubang Kerian dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 beliau menang di parlimen Kuala Kedah,Kedah. Tapi tewas lagi di Kuala Terengganu dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dan nenek Maimun Yusuf (89 tahun) . Razali memperolehi 32,562, dengan majoriti 628 undi.Mohamad Sabu (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Beliau bersama rakan-rakan Gerakan Harapan Baru menubuhkan Parti Amanah Negara selepas mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Seterusnya Parti Amanah Negara membentuk Pakatan Harapan bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebagai tahanan ISA

Mohamad Sabu merupakan salah seorang daripada pemimpin PAS yang telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat. Penahanan pertama berlaku pada tahun 1984 sehingga 1986 di atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau. Selepas menghadapi penderaan siasatan selama 60 hari, beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.

Penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang. Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi Mohamad Sabu ketegangan itu berpunca dari memarakkan api perkauman di antara MCA yang melibatkan Tan Sri Lee Kim Sai dan Pemuda UMNO yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak kini adalah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu berhubung isu tuntutan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dimainkan oleh MCA.

BERSIH

Perhimpunan BERSIH yang berlangsung pada 10 November 2007, beliau merupakan Pengerusi Gerakan Mobilisasi dan Demokrasi dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan BERSIH.

Pilihanraya umum Malaysia 2008

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau telah kalah kepada calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu.

Kontroversi

Tuduhan khalwat

Semasa menjadi Ketua Pemuda PAS, beliau ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan isteri orang bernama Normah Abdul Halim di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah Kota Bharu. Serbuan khalwat tersebut oleh pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan yang disertai krew TV3. Bagaimanapun, Mat Sabu bebas dari tuduhan itu kerana kekurangan bukti. Selain itu, isteri Mat Sabu juga bernama 'Normah'. Kes 1994 ini muncul semula dalam Youtube pada 12 September 2011.

Penghinaan para pahlawan negara

Pada 21 Ogos 2011 semasa satu ceramah di Gelugor, Pulau Pinang, Mohamad Sabu mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan mengatakan kononnya Muhammad Indera, ketua tentera Parti Komunis Malaya (PKM) semasa Peristiwa Bukit Kepong 1950 yang selayaknya digelar "hero negara" dan bukannya anggota polis yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan balai polis Bukit Kepong, dengan mendakwa kesemua anggota polis semasa serangan tersebut sebagai "pegawai British" manakala askar PKM pula dianggap "hero negara sebenar" memandangkan mereka "menentang British". Ceramah tersebut, yang videonya tersebar luas di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh Malaysia, memandangkan kenyataan tersebut dianggap sabagai satu penghinaan terhadap ahli keluarga 25 orang termasuk kanak-kanak, dan wanita yang terkorban dalam serangan tersebut,di samping para pejuang kemerdekaan lain yang tiada kaitan dengan PKM seperti Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar.

Walau bagaimanapun, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menafikan segala tuduhan tersebut serta mempertahankan kenyataan dan dakwaan Mohamad Sabu atas alasan sama.

Pada 10 September 2011, Mat Sabu mempertikaikan pula jasa Sarjan Hassan mempertahankan tanah air.

Pada 20 September 2011, rumahnya disimbah dengan minyak tanah dan dibakar di Seksyen 19, Shah Alam ketika itu didiami oleh anaknya. Isterinya Normah Alwi menjaga ibu bapanya yang dimasukkan ke Hospital Kangar, Perlis. Laporan polis dibuat di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam.

Pada 21 September 2011, Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana memburukkan imej polis dan keluarga mereka dalam ceramah di Padang Menora pada 21 Ogos 2011. Peguam Mohamed Hanipa Maiden menyatakan Mat Sabu dibebaskan dengan jaminan RM15,000 sehingga hari perbicaraan. Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Hubungan dengan Syiah

Keterangan Mat Sabu berkaitan isu Syiah telah mengaitkan beliau dengan sokongannya terhadap Iran dan proksinya seperti Hezbollah. Beliau dinasihati agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkenaan Syiah kerana ia melibatkan akidah umat Islam di Malaysia.

Anak Mat Sabu ditahan polis

Pada 5 Januari 2019, anaknya Ahmad Saiful Islam Mohamad telah ditahan bersama-sama 100 yang lain kerana positif dadah di Kuala Lumpur. Kes tersebut dibawah Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Keluarga

Pada 17 Februari 2011, ibu Mat Sabu, Halijah Mat, (91 tahun) meninggal dunia di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ibunya pernah diserang angin ahmar sebanyak tiga kali. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Padang Menora. Adik beradik Mohamad Sabu seramai tujuh orang iaitu beliau sendiri, Fatimah, Abdullah, Zainab, Sofiah, Kasim dan Zaleha.

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia
Tahun Kerusi Undi Peratus undi Pembangkang Undi Peratus undi Jumlah pengundi Majoriti Turnout
1982 Kepala Batas Mohamad Sabu (PAS) 4,115 16.82% Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 16,759 68.51% 25,277 12,644 80.29%
Khoo Siew Hoe (DAP) 3,589 14.67%
1986 Permatang Pauh Mohamad Sabu (PAS) 7,500 29.44% Anwar Ibrahim (UMNO) 17,979 70.56% 26,098 10,479 74.82%
1990 Nilam Puri Mohamad Sabu (PAS) 19,596 62.05% Annuar Musa (UMNO) 11,457 36.28% 32,381 8,139 80.42%
Kamarudin (Bebas) 526 1.67%
1995 Kubang Kerian Mohamad Sabu (PAS) 21,377 65.52% Mat Zin Awang (UMNO) 11,252 34.48% 33,550 10,125 75.74%
1999 Kuala Kedah Mohamad Sabu (PAS) 23,548 51.04% Fauzi Abdul Hamid (UMNO) 22,557 48.90% 46,781 991 76.55%
2004 Mohamad Sabu (PAS) 26,493 41.85% Hashim Jahaya (UMNO) 36,707 57.98% 64,332 10,214 81.65%
2008 Kuala Terengganu Mohamad Sabu (PAS) 31,934 48.90% Razali Ismail (UMNO) 32,562 49.87% 66,231 628 82.45%
Maimun Yusuf (Bebas) 685 1.05%
2013 Pendang Mohamad Sabu (PAS) 29,527 47.71% Othman Abdul (UMNO) 32,165 51.97% 62,649 2,638 89.33%
2018 Kota Raja Mohamad Sabu (AMANAH) 90,697 70.79% V. Gunalan (MIC) 17,874 15.26% 128,126 71,142 86.80%
Mohamed Diah Baharun (PAS) 19,555 13.95%

Penghargaan

Penulisan

  • Mohamad Sabu (2021). Juang Mat Sabu. Batu Caves: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. ISBN 9789672634102.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Mohamad Sabu PendidikanMohamad Sabu Penglibatan politikMohamad Sabu Sebagai tahanan ISAMohamad Sabu KontroversiMohamad Sabu KeluargaMohamad Sabu Keputusan pilihan rayaMohamad Sabu PenghargaanMohamad Sabu PenulisanMohamad Sabu RujukanMohamad Sabu Pautan luarMohamad SabuAnwar IbrahimDatuk SeriHajiKota Raja (kawasan persekutuan)MalaysiaMelayuMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan MalaysiaParti Amanah NegaraPerdana Menteri Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

DadahSerembanTaman Tasik TitiwangsaNabi Musa a.s.Golongan kata (bahasa Melayu)Senarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukHannah DelishaSoffi JikanBank Negara MalaysiaAsmidarMakam PahlawanJata MalaysiaNajib RazakPerang Dunia PertamaFarajSekali Lagi Cinta KembaliAtmosfera planetSyafiq KyleMimi LanaSenarai haiwanAssalamualaikumUndang-undangMia KhalifaDatuk (gelaran)Media sosialJadual berkalaHak asasi manusiaKolej Islam Sultan Alam ShahProton SagaMahkamah MalaysiaMohamad SabuMohamad bin HasanTeknologi hijauAzhar SulaimanSejarah SingapuraFilem Malaysia tahun 2024TabbyLembuMona FandeyJohorSukanBani SyaibahJ RevolusiSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiKata adjektifKL GangsterTelaga BarhutRozie OthmanSenarai saluran AstroEarth HourCik ManggisKata kerja transitifBanjaran TitiwangsaRaja Zarith SofiahTanah Melayu BritishLautan DuniaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahDewan Negara MalaysiaPerkara yang dilarang dalam IhramParti Komunis MalayaNegeri-Negeri SelatJangkitanArcaPemboleh ubahKamal Affandi HashimRasuahPiala ThomasAyamIranNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuPulau RedangHukum madDini SchatzmannJalaluddin HassanPuteri Gunung LedangKarbon dioksidaMenara Jam Condong Teluk IntanHadha min fadhle RabbiSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendah🡆 More