Dalam falsafah Cina tradisional, fenomena alam boleh digolongkan dalam Wu Xing (Bahasa Cina: 五行code: zh is deprecated ; pinyin: wǔxíng), atau Lima Unsur, juga diterjemah menjadi lima fasa, lima gerakan atau lima langkah.
Unsur-unsurnya adalah:
Sistem lima unsur ini digunakan untuk menjelaskan interaksi dan hubungan antara fenomena. Sistem ini digunakan dalam kebanyakan bidang pemikiran Cina zaman silam, termasuk bidang-bidang Feng shui, astrologi, perubatan Cina tradisional, muzik, strategi ketenteraan dan seni bela diri. Asas asalnya berdasarkan konsep Lima Mata Angin.
Aliran-aliran Taijiquan tradisional mengaitkan lima unsur ini dengan gerak kaki maka memanggilnya lima "langkah". Sistem ini masih digunakan sebagai rujukan dalam beberapa bentuk perubatan kontemporari dan alternatif dan seni mempertahankan diri.
Doktrin lima fasa menyebutkan dua Kitaran Keseimbangan, iaitu satu kitaran penghasilan (生 shēng dan satu kitaran pemusnahan (克 kè) mengenai interaksi sesama fasa.
Penghasilan
| Pemusnahan
|
Terdapat juga dua Kitaran Ketidakseimbangan, iaitu kitaran tindakan melampau (cheng) dan kitaran penghinaan (wu).
Menurut teori Wu Xing, struktur kosmos mencerminkan lima unsur. Setiap "unsur" mempunyai kaitan-kaitan kompleks dengan berbagai-bagai aspek alam semulajadi, seperti yang dijelaskan dalam jadual berikutnya. Dalam bidang geomansi Cina tradisional yang dikenali sebagai Feng Shui, semua pengamalnya mendasarkan seni dan sistemnya pada Wu Xing. Kelima-lima elemen ini dilambangkan dalam Bagua. Turut dikaitkan dengan unsur-unsur ini termasuk warna, musim dan bentuk; semuanya juga berinteraksi sesama sendiri.
Bergantung pada aliran tenaga berarah tertentu dari unsur ke unsur, interaksi itu bolehlah mengembang, memusnah, atau menghabis. Dengan pengetahuan tepat mengenai aspek aliran tenaga sebegini bolehlah seseorang pengamal Feng Shui menerapkan pemulihan atau penyusunan semula tenaga tertentu secara bermanfaat.
Unsur | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
Warna | Hijau | Merah | Kuning | Putih | Biru / Hitam |
Mata angin | Timur | Selatan | Kemuncak | Barat | Utara |
Planet | Musytari | Marikh | Zuhal | Zuhrah | Utarid |
Makhluk samawi | Naga Biru 青龍 | Burung Merah Merona 朱雀 | Naga Kuning 黃龍 | Harimau Putih 白虎 | Kura-kura Hitam 玄武 |
Batang Samawi | 甲,乙 | 丙,丁 | 戊,己 | 庚,辛 | 壬,癸 |
Fasa | Yang Baru | Yang Penuh | Keseimbangan Yin/Yang | Yin Baru | Yin Penuh |
Tenaga | Menjana | Mengembang | Membaik | Mengecut | Memulih |
Musim | Bunga | Panas | Peralihan musim (Setiap bulan ketiga) | Luruh | Sejuk |
Iklim | Berangin | Hangat | Lembap | Kering | Dingin |
Perkembangan | Bertunas | Berbunga | Masak | Layu | Pendam |
Ternakan | Anjing | Kambing | Lembu | Ayam | Khinzir |
Buah | Plum | Aprikot | Jujub (kurma) | Pic | Berangan |
Bijian | Gandum | Kacang | Beras | Hem | Milet |
Lima unsur juga dikaitkan dengan lapan trigram I Ching:
Unsur | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
I Ching | Kayu, serpihan | Api, kilat | Tanah, pasir | Logam, besi | Air, ais |
Trigram | :|| (☴ 巽 xùn) |:: (☳ 震 zhèn) | |:| (☲ 離 lí) | ::: (☷ 坤 kūn) ::| (☶ 艮 gèn) | ||| (☰ 乾 qián) ||: (☱ 兌 duì) | :|: (☵ 坎 kǎn) |
Mengikut teori perubatan Cina, setiap organ badan dikaitkan dengan salah satu daripada Lima Fasa. Adalah dipercayai bahawa adalah lebih mujarab untuk merawat sesuatu organ ketika tempoh waktu tertentu yanf sesuai untuk organ berkenaan. Susunan petikan Lima Fasa, seperti dalam Bo Hu Tong dan catatan Dinasti Han lain, ialah Logam, Kayu, Air, Api, dan Bumi. Menurut teori, rawatan organ badan paling berkesan dalam tempoh empat jam berikut sepanjang hari, bermula dari tempoh 3 – 7 pagi: Organ Logam (see the list below), organ Tanah, organ Api1, organ Air, organ Api2 (the "non-empirical" Pericardium and Triple Burner organs), dan organ Kayu; iaitu susunan petikan secara terbalik (tambahan peambahan Api dan organ bukan empirikal untuk mengisi tempoh empat jam keenam dalam sehari). Kedua-dua susunan ini juga berkaitan dengan susunan planet dari Matahari (Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal; atau Air, Logam, Api, Kayu, dan Tanah).
Unsur | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
Planet | Musytari | Marikh | Zuhal | Zuhrah | Utarid |
Sifat Mental | Kepekaan | Kreativiti | Kejelasan | Gerak hati | Kespontanan |
Emosi negatif | Kemarahan | Pengujaan berlebihan | Kebimbangan | Kesedihan | Ketakutan |
Emosi positif | Kesabaran | Keriangan | Sayang | Keberanian | Ketenangan |
Zang (organ yin) | Hati | Jantung/perikardium | Limpa/pankreas | Paru-paru | Ginjal |
Fu (organ yang) | Pundi hempedu | Usus kecil/San Jiao | Perut | Usus besar | Pundi kencing |
Organ deria | Mata | Lidah | Mulut | Hidung | Telinga |
Anggota badan | Tendon | Denyut | Otot | Kulit | Tulang |
Bendalir | Air mata | Peluh | Ludah | Hingus | Kencing |
Jari | Telunjuk | Hantu | Ibu jari | Manis | Kelingking |
Deria | Penglihatan | Pertuturan | Rasa | Bau | Pendengaran |
Rasa | Masam | Pahit | Manis | Sengit | Masin |
Bau | Tengik | Hangus | Wangi | Reput | Busuk |
Hayat | Lahir | Muda | Dewasa | Tua | Ajal |
Astrologi Cina berasaskan interaksi lima unsur dengan dua belas bintang zodiak Cina, agar menghasilkan kitaran bintang 60 tahun.
Unsur | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
Batang Samawi | Jia 甲 Yi 乙 | Bing 丙 Ding 丁 | Wu 戊 Ji 己 | Geng 庚 Xin 辛 | Ren 壬 Gui 癸 |
Tahun lahir berakhir dengan | 4, 5 | 6, 7 | 8, 9 | 0, 1 | 2, 3 |
Contohnya, A labih pada tahun 1953, iaitu tahun Ular. Oleh sebab tahun lahir si A berakhir dengan angka 3, maka unsurnya ialah Air; oleh itu, si A lahir pada tahun Ular Air.
Bab Yuèlìng (月令篇 ) dalam Lǐjì (禮記 ) dan Huáinánzǐ (淮南子 ) membentuk kaitan berikut:
Unsur | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
Warna | Hijau | Merah | Kuning | Putih | Biru |
Mata angin | Timur | Selatan | Tengah | Barat | Utara |
Skala Lima Not Cina | 角 jué (mi) | 徵 zhǐ (so) | 宮 gōng (do) | 商 shāng (re) | 羽 yǔ (la) |
Xingyiquan menggunakan lima unsur untuk melambangkan lima kedudukan bertempur secara metaforik.
Unsur | Buku lima | Bahasa Cina | Pinyin | Huraian |
---|---|---|---|---|
Kayu | Tumbang | 崩 | Bēng | Menjatuhkan sasaran bagai pokok tumbang. |
Api | Tumbuk | 炮 | Pào | Menembak ke arah sasaran seperti meriam sambil menyekat. |
Tanah | Rentas | 橫 | Héng | Merentasi garis serangan sambil berpaling. |
Logam | Belah | 劈 | Pī | Membelah seperti kapak memotong-motong. |
Air | Gerudi | 鑽 | Zuān | Menggerudi ke hadapan secara mengufuk seperti geiser. |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Wu Xing, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.