Tapak Warisan Dunia

Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah lain2 tempat-tempat khusus (seperti hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks atau bandar) yang dicalonkan dan juga, telah mendapat pengesahan untuk dimasukkan ke dalam senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang terdiri dari 21 kumpulan-kumpulan kenegerian (negara) yang dipilih oleh Perhimpunan Am Kumpulan-Kumpulan Kenegerian bagi tempoh terhad .

(Sama seperti Majlis Keselamatan PBB.)

Tapak Warisan Dunia
Piramid De la Luna di Teotihuacan
Tapak Warisan Dunia
Tapak #86: Memphis dan Necropolisnya, termasuk Piramid Giza di Mesir.
Tapak Warisan Dunia
Tapak #114: Persepolis di Shiraz (Iran).
Tapak Warisan Dunia
Tapak #404: Akropolis di Athens, Yunani.
Tapak Warisan Dunia
Tapak #292: Katedral Cologne di Jerman.
Tapak Warisan Dunia
Tapak #307: Patung Liberty, (Amerika Syarikat).
Tapak Warisan Dunia
Tapak #447: Uluru, (Australia).
Tapak Warisan Dunia
Tapak #483: Chichen Itza di Yucatán, (Mexico).
Tapak Warisan Dunia
Site #540: Pusat Sejarah St. Petersburg, (Rusia).
Tapak Warisan Dunia
Tapak #772: Sawah Padi Berteres Banaue di pergunungan dekat Ifugao, (Filipina).
Tapak Warisan Dunia
Warisan Budaya Dunia Pertama Quito, (Ecuador).

Tujuan program

Program ini bertujuan mengkatalog, menyenarai, menama dan mengabadikan tapak-tapak ulung warisan budaya atau warisan semula jadi penting demi warisan sejagat. Tapak-tapak warisan boleh mendapat dana dari Dana Warisan Dunia di bawah syarat-syarat tertentu. Program ini ditubuhkan di bawah "Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia" yang dipersetujui oleh Persidangan Am UNESCO pada 16 November 1972. Sejak itu, lebih 80 negara telah meratifikasi atau mengesahkan konvensyen tersebut.

Sehingga 2006, sejumlah 830 tapak telah disenaraikan sebagai Tapak Wariasan Dunia yang terdiri daripada:

  • 644 tapak bagi kebudayaan
  • 162 tapak bagi kawasan semulajadi
  • 24 tapak bagi ciri bercampur

Kaedah pemilihan

Pencalonan

Kriteria

Tapak yang dicalonkan mesti mempunyai "nilai sejagat luar biasa" (outstanding universal value) serta memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada sepuluh kriteria utama di bawah:

    Kategori budaya

I. Melambangkan mahakarya yang mencerminkan daya kreatif dan kecerdasan manusia serta nilai yang berpengaruh secara signifikan terhadap budaya

II. Menunjukkan keutamaan pada nilai-nilai kemanusiaan yang tidak berubah selama berkurun-kurun waktu tertentu dalam hal seni bina, teknologi, seni monumental, tatakota atau reka bentuk muka bumi

III. Mengandung perincian atau bukti bahwa pernah ada ritual peradaban pada masa lampau yang tersisa atau telah lenyap

IV. Wujudnya rasa kekaguman pada sebuah bangunan, seni bina atau teknologi yang memiliki penggambaran tentang tahapan penting dalam sejarah peradaban manusia

V. Wujudnya rasa kekaguman pada sebuah tempat tinggal, tanah, atau perairan yang dapat melambangkan budaya atau interaksi manusia dengan lingkungan, khususnya yang masih terpelihara terhadap perubahan zaman yang signifikan

VI. Memiliki kaitan yang erat pada suatu peristiwa atau tradisi tertentu, dari sisi pemikiran, kepercayaan, artistik dan sastra

    Kategori alam

VII. Mengandungi fenomena alam luar biasa atau memiliki keindahan alam dan nilai estetika langka

VIII. Wujudnya kepentingan yang melambangkan tahapan utama dalam sejarah Bumi termasuk usia, perubahan geologis, perubahan tanah, simbol geomorfik atau fisiografik yang khas

IX. Wujudnya ciri utama yang memiliki peranan penting secara ekologi dan biologi terhadap evolusi dan perkembangan pola tanah, air, terumbu karang dan ekosistem bawah laut, serta kawasan ekosistem tumbuhan dan haiwan persekitaran

X. Mengandung habitat alami yang berperanan penting dalam pemuliharaan in-situ untuk keragaman biologi, termasuk spesies yang diancam punah yang bernilai khas dari sudut pandang sains dan konservasi

Perangkaan

Zon Kebudayaan Kawasan semulajadi Campuran Jumlah
Afrika 42 32 4 78
Arab 61 4 1 66
Asia dan kawasan Pasifik 138 51 9 198
Eropah dan Amerika Utara 377 58 10 445
Amerika Latin dan Caribbean 86 35 3 124
Jumlah besar 704 180 27 911

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Tapak Warisan Dunia Tujuan programTapak Warisan Dunia Kaedah pemilihanTapak Warisan Dunia PerangkaanTapak Warisan Dunia RujukanTapak Warisan Dunia Pautan luarTapak Warisan DuniaBandarBangunanGunungHutanMajlis Keselamatan PBBMonumenPadang pasirTasikUNESCO

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Siti HariesaSepupuJohan GhazaliJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaPASKAL (filem)Daerah di SabahSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaAliff AzizPembentukan MalaysiaPlayboy Itu Suami AkuPerubahan iklimMarried Tapi BenciBuah pelagaBahasa Melayu SabahTalbis IblisWan RajaNajis dalam IslamHantu rayaSharifah AiniPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Konsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaSenarai saluran AstroSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaMegat SharizalKumpulan Rock MalaysiaKuantanLebuhraya Utara–Selatan Jajaran UtaraJamrahRukun NegaraKera bekantanSolat subuhPasukan Gerakan AmMahathir MohamadJambatan Pulau PinangBurasPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunIsrak dan MikrajBella DowannaAsmidarLobak merahNajua NasirAbang Long Fadil 3Amy SearchPenanda wacanaJangan Menangis Cinta (drama)Surah At-TaubahNadhir NasarNabi Nuh a.s.Persatuan Negara-negara Asia TenggaraBahasa MelayuAzhar SulaimanSunan DrajatKuala Kubu BharuSheikh Muszaphar ShukorSenarai peribahasa (A–M)Lapangan Terbang Sultan Ismail PetraPulau PinangPerkhidmatan awam di MalaysiaChacha MaembongPokok MambuFirdaus GhufranBandar TaipingGajusMydinKamal Affandi HashimSyahadahSkop ProductionsZed ZaidiBank Negara MalaysiaLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaPilihan raya umum Malaysia 2022Halim RadziKerajaan Bani UmaiyahPendidikan di IndonesiaLimau purutBunga rayaJenis air untuk bersuci dalam IslamSiksa Kubur🡆 More