Bangsa Korea

Orang Korea merupakan satu suku etnik Asia Timur .

Kebanyakan mereka tinggal di Semenanjung Korea dan bertutur dalam bahasa Korea.

Orang Korea
한민족
Bangsa Korea

Kompleks Makam Goguryeo

Fail:Statue of Yi Sunsin - Cropped.JPGBangsa KoreaBangsa Korea
Kawasan ramai penduduk
Bangsa Korea Korea Selatan      49,422,644 (anggaran 2005)
Bangsa Korea Korea Utara      22,912,177 (anggaran 2005)

keturunan Korea/orang Korea perantauan
tanpa pewarganegaraan (kecuali China, CIS, Jepun oleh sebab Korean diaspora)

Sumber: Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Korea Selatan 외교통상부[1]
bahasa Korea:[2] bahasa Inggeris: [3][4][5]

Bangsa Korea Amerika Syarikat2,057,546
Bangsa Korea China2,043,578
Bangsa Korea Jepun901,284
Bangsa Korea CIS (termasuk Rusia)532,697
Bangsa Korea Brazil250,000
Bangsa Korea Australia150,000
Bangsa Korea Kanada110,000
Bangsa Korea Filipina92,608
Bangsa Korea United Kingdom40,810
Bangsa Korea Argentina35,000
Bangsa Korea Brunei35,000
Bangsa Korea Jerman34,000
Bangsa Korea Vietnam33,000
Bangsa Korea New Zealand31,500
Bangsa Korea Indonesia23,205
Bangsa Korea Malaysia20,000
Bangsa Korea Thailand19,500
Bangsa Korea Libya15,000
Bangsa Korea Mexico14,571
Bangsa Korea Perancis13,162
Bangsa Korea Sweden13,055
Bangsa Korea Singapura11,000
Bangsa Korea India10,397
Bangsa Korea Emiriah Arab Bersatu10,356
Bangsa Korea Denmark8,694
Bangsa Korea Norway7,744
Bangsa Korea Arab Saudi5,189
Bangsa Korea Taiwan4,500
Bangsa Korea Oman4,100
Bangsa Korea Hong Kong3,800
Bangsa Korea Afrika Selatan3,300
Bangsa Korea Sepanyol3,200
Bangsa Korea Belanda3,000
Bangsa Korea Qatar3,000
Bangsa Korea Chile2,510
Bangsa Korea Mongolia2,284 South Koreans (2013)[1] 200 North Koreans (2008)[2]
Bangsa Korea Peru1,500
Bangsa Korea  Switzerland1,202
Bangsa Korea Poland1,156 South Koreans (2011)[1] 800 North Koreans (2016)[2][3]
Bangsa Korea Kuwait1,000
Bangsa Korea Belgium800
Bangsa Korea Finland896
Bangsa Korea Jordan592
Bangsa Korea Romania500
Bangsa Korea Bahrain282
Bahasa
penutur bahasa Korea: 80 juta
Agama
Tidak beragama, Buddha, Kristian, Kepawangan, Chondogyo (pribumi), Konfusianisme, Taoisme, dll.

Nama

Di Korea Selatan, bangsa Korea digelar Hangukin (한국인 (atau cuma Hanin/한인 bagi warga Korea Selatan yang menetap di luar negara); 韓國人) atau secara tidak formal Hanguk saram (한국 사람; 韓國 사람), manakala di Korea Utara bangsa Korea dipanggil Chosŏn-in (조선인; 朝鮮人) atau Chosŏn saram (조선 사람; 朝鮮 사람).

Asal-usul

Orang Korea dipercayai merupakan keturunan puak-puak berbahasa Altaik or proto-Altaic, maka dihubungkan dengan orang Mongolia, Tungus, Turkik, dan kaum-kaum Asia Tengah yang lain. Bukti arkeologi menandakan bahawa orang Korea purba merupakan pendatang berbahasa Altai dari Siberia selatan-tengah yang menduduki Korea purba dalam gelombang berturut-turut sejak zaman Neolitik hingga Zaman Gangsa.

Perkembangan terkini mengenai kajian polimorfisme dalam kromosom-Y manusia telah menghasilkan bukti yang menunjukkan bahawa orang Korea amat panjang sejarahnya sebagai sekelompok etnik yang tersendiri dan lazimnya endogamik (ertinya, kebanyakannya hanya berkahwin dengan orang sekaum), kerana lelaki Korea menunjukkan kekerapan tinggi kromosom-Y yang tergolong dalam Haplogrop O2b1 yang lebih kurang unik kepada populasi Korea.[perlu rujukan]

Sungguhpun berkacuk dengan kaum Asia Timur yang lain setakat mana sepanjang zaman[perlu rujukan], kebanyakan orang Korea masih menunjukkan fenotaip yang mendedahkan asal-usul Altai mereka. Sifat-sifat ini termasuk badan yang tinggi, hidung berbatang panjang, tulang pipi yang lebih tinggi, dan bintik Mongolia, iaitu kecenderungan genetik yang berhuraikan tanda lahir berwarna kebiruan pada paras bawah badan yang hadir sehingga usia kanak-kanak awal.[perlu rujukan]

Budaya

Korea Selatan dan Korea Utara berkongsi warisan yang sama, namun pembahagian politik sejak tahun 1944 telah menyebabkan perbezaan dalam budaya moden.

Bahasa

Bahasa orang-orang Korea ialah bahasa Korea yang menggunakan hangul sebagai sistem tulisan utamanya. Terdapat kira-kira 73 juta penutur bahasa Korea di seluruh dunia.[perlu rujukan]

Data Korea Utara

Bangsa Korea 
Askar Korea Utara di Kawasan Keselamatan Bersama.

Adalah amat sukar untuk menganggar saiz, kadar pertumbuhan, nisbah seks dan struktur usia populasi North Korea. Sehingga terkeluarnya data rasmi pada tahun 1989, edisi tahun 1963 Buku Tahunan Pusat Korea Utara merupakan penerbitan rasmi terakhir yang mendedahkan perangkaan populasi. Selepas tahun 1963 ahli-ahli demografi menggunakan pelbagai cara untuk menganggarkan populasi, sama ada menjumlahkan bilangan wakil yang dipilih menyertai Perhimpunan Rakyat Agung (setiap wakil mewakili 50,000 orang sebelum tahun 1962 dan 30,000 orang selepasnya) ataupun bergantung kepada kenyataan rasmi bahawa sebilangan tertentu orang, atau peratusan populasi, terlibat dalam kegiatan tertentu. Maka, berasaskan ujaran Presiden Kim Il Sung pada tahun 1977 mengenai kehadiran sekolah, populasi pada tahun itu dikira sebagai 17.2 juta orang. Ketika 1980-an, statistik kesihatan, termasuk jangka hidup dan punca kematian, didedahkan ke seluruh dunia secara beransur-ansur.

Pada tahun 1989 Biro statistik Pusat mengeluarkan data demografik kepada Tabung Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Aktiviti Populasi (UNFPA) agar memperoleh bantuan UNFPA bagi menganjurkan banci kebangsaan yang julung kalinya di Korea Utara sejak penubuhan negara itu pada tahun 1948. Meskipun perangkaan yang diberi ke BAngsa-bangsa Bersatu mungkin diputarbelitkan, adalah kelihatan bahawa selaras dengan cubaan lain untuk membuka pintu ke dunia luar, rejim Korea Utara turut agak banyak membuka pintunya dalam dunia demografik. Meskipun negara itu ketiadaan ahli demografi yang terlatih, data tepat mengenai pendaftaran rumaahtangga, penghijrahan, dan lahir mati ada pada pihak berkuasa Korea Utara. Menurut pengkaji Amerika Syarikat, Nicholas Eberstadt, dan ahli demografi Judith Banister, statistik penting dan maklumat peribadi mengenai penduduk disimpan oleh agensi di peringkat ri (“desa”, unit pentadbiran tempatan) di kawasan luar bandar dan peringkat dong (“daerah” atau “blok”) di kawasan bandar.

Orang Korea di luar Semenanjung Korea

Penghijrahan besar-besaran dari Korea bermula seawal pertengahan 1860-an, terutamanya ke Timur Jauh Rusia dan China Timur Laut; penghijrah-penghijrah inilah yang menjadi nenek moyang kepada 2 juta orang etnik Korea di China dan beberapa ratus ribu orang etnik Korea di Asia Tengah. Ketika zaman penjajahan Jepun dari tahun 1910-1945, orang Korea sering dimasukkan atau dipaksa menyertai perkhidmatan buruh untuk bekerja di tanah besar Jepun, wilayah Karafuto, dan Manchukuo; antaranya yang memilih untuk menetap di Jepun selepas perang dikenali sebagai orang Korea Zainichi, manakala kira-kira 40 juta yang terkandas di Karafuto selepas pencerobohan Soviet lazimnya bergelar orang Korea Sakhalin. Penghijrahan orang Korea ke benua Amerika diketahui bermula seawal tahun 1903, namun komuniti orang Korea Amerika tidak banyak berkembang sehingga kelulusan Akta Pembaharuan Imigrasi 1965; kini, kira-kira 2 juta orang Korea tinggal di Amerika Syarikat.

Koreatown besar boleh ditemui di Australia, Brazil dan Kanada. Komuniti bangsa Korea terbesar pernah diketahui di luar Korea terletak di Los Angeles, California. Orang Korea British kini membentuk komuniti bangsa Korea terbesar di Eropah Barat; orang Korea di Jerman pernah melebihi yang di UK sehingga akhir 1990-an. Terdapat juga Koreatown di negara-negara Amerika Latin seperti Argentina, Guatemala, dan Mexico. Dewasa ini, bilangan orang Korea di Filipina dan Vietnam turut banyak berkembang.

Nota

Rujukan

  • Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.
  • 서의식 and 강봉룡. 뿌리 깊은 한국사, 샘이 깊은 이야기: 고조선, 삼국, ISBN 89-8133-536-2
  • Barnes, Gina. The Rise of Civilization in East Asia: the Archaeology of China, Korea and Japan, ISBN 0-500-27974-8

Pautan luar

Tags:

Bangsa Korea NamaBangsa Korea Asal-usulBangsa Korea BudayaBangsa Korea BahasaBangsa Korea Data Korea UtaraBangsa Korea Orang Korea di luar Semenanjung KoreaBangsa Korea NotaBangsa Korea RujukanBangsa Korea Pautan luarBangsa KoreaAsia TimurBahasa KoreaSemenanjung Korea

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

AppleAmerika SyarikatUmar bin Al-KhattabHero RemajaTakwim HijrahMasjidKKN di Desa Penari (filem)Erra FaziraKetumPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaHael HusainiPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaMisteri DilailaKhairulamingAhirine AhirudinBank Negara MalaysiaPendidikan di MalaysiaFarajDaerah di MalaysiaFrekuensi radio di Negeri SembilanSkizofreniaHubungan seksAznil NawawiNajis dalam IslamSyafiq YusofNabi Isa a.s.Johor BahruSolatRokokSurah At-TaubahPronoTadau KaamatanNafiez ZaidiWan RajaNusantaraTulisan JawiPedofiliaPutrajayaSetem (filem)Aisyah AzizQistina RaisahSolat JumaatJanji Diana (drama)Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaCiri-ciri orang munafikMira FilzahDaun terupDarjah kebesaran MelayuPerikatan NasionalLoloqDaerah SegamatBukan Kahwin PaksaIskandar ChempakaSenarai haiwanMenteri Pertahanan MalaysiaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiPerang Dunia KeduaSurah al-BaqarahMay (kugiran)Zul AriffinSenarai mukim di SelangorPeraturan bola jaringAzan dan iqamatNabi Musa a.s.Masjid Sri SendayanMakkahThe GadysAliff Syukri KamarzamanZambry Abdul KadirEyka FarhanaAngel (penyanyi)Sheera IskandarPiala Asia B-23 AFC 2018Wanita SyurgaMajapahitSlot TiaraSabronzo🡆 More