Hangul (dengar (bantuan·maklumat)) ialah abjad untuk Bahasa Korea yang berbeza dari sistem logographic Sino-Korean hanja.
Hangul merupakan skrip untuk Korea Utara, Korea Selatan serta Wilayah Autonomi Korea Yanbian di China, dan kini juga dijadikan sistem tulisan bahasa Cia-Cia yang ditutur di Pulau Buton, Sulawesi, Indonesia.
Hangul (한글 ) Chosŏn'gŭl (조선글 ) | |
---|---|
Jenis | |
Bahasa | Bahasa Korea Bahasa Cia-Cia (mulai 2009) |
Pencipta | Raja Sejong |
Tempoh masa | ~1443 hingga kini |
Arah tulis | Kiri-ke-kanan |
ISO 15924 | Hang, 286 |
Alias Unikod | Hangul |
Hangul ialah sistem abjad fonemik yang disusun mengikut blok-blok suku kata. Setiap blok mengandungi sekurang-kurangnya 24 aksara Hangul (jamo): sekurang-kurangnya satu dari setiap 14 konsonan dan 10 vokal. Asalnya, abjad ini mempunyai beberapa aksara tambahan (lihat jamo usang). Untuk penerangan fonologi sila lihat fonologi bahasa Korea.
Sejarah Huruf |
---|
Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM |
Maruwi 3 SM |
Salasilah lengkap |
Hangul disebarkan oleh raja keempat Dinasti Joseon, Sejong Agung. Jiphyeonjeon (Dewan Orang-orang Besar) sering diiktiraf kerana hasil ini, tetapi catatan menunjukkan bahawa kakitangan cendekiawan baginda mengecam raja kerana baginda tidak berunding. Raja Sejong barangkalinya mengerjakannya secara rahsia, mungkin sekali dengan ahli-ahli kerabat diraja yang lain, kerana ditentang golongan elit berpendidikan.
Projek ini siap pada akhir tahun 1443 atau awal tahun 1444, lalu diterbitkan dalam satu dokumen bertajuk Hunminjeongeum ("Bunyi-bunyi yang Tepat untuk Pendidikan Rakyat") pada tahun 1446 yang turut memberi namanya kepada abjad ini. Tarikh penerbitan Hunmin Jeongeum, 9 Oktober 9, dijadikan Hari Hangul di Korea Selatan. Peristiwa yang seumpamanya disambut di Korea Utara pada 15 Januari.
Pelbagai spekulasi mengenai proses penciptaan hangul dileraikan oleh penemuan Hunmin Jeong-eum Haerye (Penjelasan dan Contoh "Hunmin Jeong-eum") keluaran tahun 1446 pada tahun 1940. Dokumen ini menerangkan rekaan huruf konsonan menurut fonetik artikulasi dan huruf vokalnya menurut prinsip yin dan yang dan keselarasan vokal.
Raja Sejong menerangkan bahawa baginda mencipta tulisan baru ini kerana bahasa Korea berbeza daripada bahasa Cina; penulisan aksara Cina (yang dikenali sebagai Hanja) sukar sekali untuk digunakan rakyat biasa dan hanya golongan aristokrat lelaki (yangban) yang fasih membaca dan menulis Hanja. (Sebilangan kecil ahli kerabat diraja perempuan juga boleh memahaminya ke suatu takat). Kebanyakan orang Korea semestinya buta huruf sebelum terciptanya Hangul.
Hangul direka agar orang biasa boleh belajar membaca dan menulis; Haerye menyatakan "Yang bijaksana boleh memaklumkan diri dengannya (hangul) sebelum pagi berlalu; yang bodoh boleh mempelajarinya dalam ruang sepuluh hari."
Hangul menghadapai tentangan hebat oleh golongan elit celik huruf, seperti Choe Manri dan cendekiawan Confucian yang lain pada 1440-an, yang percaya bahawa hanja satu-satunya sistem tulisan yang sah. Pemerintah-pemerintah seterusnya turut memandang dingin Hangul. Yeonsangun, raja ke-10, melarang kajian atau penggunaan Hangul dan mengharamkan catatan Hangul pada tahun 1504, manakala King Jungjong membubarkan Kementerian Eonmun pada tahun 1506. Sebelum tindakan rasmi ini dijalankan pun, Hangul sudah digunakan secara meluas oleh kaum wanita dan tidak berpendidikan.
Abad ke-16 memperlihatkan kebangkitan semula Hangul, dengan kesusasteraan gasa diikuti semarak sijo. Pada abad ke-17, novel Hangul menjadi genre utama.
Berikutan kebangkitan kebangsaan Korea pada abad ke-19, cubaan Jepun untuk memutuskan Korea dari kawasan pengaruh Cina, serta tekanan penyokong Pembaharuan Gabo, Hangul akhirnya diterima dalam dokumen rasmi buat julung kalinya pada tahun 1894. Buku teks sekolah rendah mula menggunakan Hangul pada tahun 1895, manakala Dongnip Sinmun yang ditubuhkan pada 1896, adalah antara akhbar-akhbar terawal yang dicetak hanya dalam Hangul.
Selepas Korea diilhak oleh Jepun pada tahun 1910, Hangul mula-mulanya diajar dalam sekolah yang diasaskan pihak Jepun, manakala bahasa Korea ditulis dalam campuran Hanja dan Hangul, yang mana kebanyakan kata akar leksikal ditulis dalam Hanja dan bentuk-bentuk tatabahasa dalam Hangul. Bagaimanapun, bahasa Korea dilarang dalam sekolah pada tahun 1938 sebagai sebahagian dasar asimilasi budaya, dan semua penerbitan bahasa Korea diharamkan pada tahun 1941.
Ejaan Hangul diselaraskan oleh sekumpulan akademik pimpinan Ju Sigyeong dalam hasil penerbitan seperti Sistem Hangul yang Diselaras pada tahun 1933, dan juga satu sistem untuk mentransliterasi ortografi bahasa asing diterbitkan pada tahun 1940.
Sejak meraih kemerdekaan dari Jepun pada tahun 1945, orang-orang Korea menggunakan Hangul atau Hangul campuran sebagai sistem tulisan tunggal, manakala penggunaan Hanja kian merosot. Sejak 1950-an, adalah agak sukar untuk mendapati hanja dalam tulisan perniagaan atau tidak rasmi di Korea Selatan, dengan beberapa akhbar di negara ini hanya menggunakan hanja sebagai singkatan atau penyahkabur homonim.
Hangul | ㄱ | ㄲ | ㄴ | ㄷ | ㄸ | ㄹ | ㅁ | ㅂ | ㅃ | ㅅ | ㅆ | ㅇ | ㅈ | ㅉ | ㅊ | ㅋ | ㅌ | ㅍ | ㅎ | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Awal | Rumi | g | kk | n | d | tt | r | m | b | pp | s | ss | ' | j | jj | ch | ḳ | ṭ | p̣ | h |
IPA | /k/ | /k͈/ | /n/ | /t/ | /t͈/ | /ɾ/ | /m/ | /p/ | /p͈/ | /s/ | /s͈/ | [tiada] | /tɕ/ | /t͈ɕ/ | /tɕʰ/ | /kʰ/ | /tʰ/ | /pʰ/ | /h/ | |
Akhir | Rumi | k | k | n | t | – | l | m | p | – | t | t | ng | t | – | t | k | t | p | t |
IPA | /k̚/ | /n/ | /t̚/ | – | /ɭ/ | /m/ | /p̚/ | – | /t̚/ | /ŋ/ | /t̚/ | – | /t̚/ | /k̚/ | /t̚/ | /p̚/ | /t̚/ |
ㅇ dipakai seumpama huruf Arab/Jawi alif (ا) untuk menulis suku kata atau perkataan yang bermula dengan huruf vokal, peletakkan ia di hujung perkataan pula sepadan dengan huruf nga (ڠ) memberi sebutan ng (misalnya dalam "nganga"). Hal ini turut tergambar pada nama aksara ini iaitu 'i-eung (이응 , boleh dijawikan sebutan sebagai اييوڠ)
Hangul | ㅏ | ㅐ | ㅑ | ㅒ | ㅓ | ㅔ | ㅕ | ㅖ | ㅗ | ㅘ | ㅙ | ㅚ | ㅛ | ㅜ | ㅝ | ㅞ | ㅟ | ㅠ | ㅡ | ㅢ | ㅣ |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumi | a | ae | ya | yae | eo | e | yeo | ye | o | wa | wae | oe | yo | u | wo | we | wi | yu | eu | ui/ yi | i |
IPA | /a/ | /ɛ/ | /ja/ | /jɛ/ | /ʌ/ | /e/ | /jʌ/ | /je/ | /o/ | /wa/ | /wɛ/ | /ø/ ~ [we] | /jo/ | /u/ | /wʌ/ | /we/ | /y/ ~ [ɥi] | /ju/ | /ɯ/ | /ɰi/ | /i/ |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Hangul, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.