Ak-47

Senjata api AK-47, rasminya dikenali sebagai Avtomat Kalashnikova (bahasa Rusia: Автома́т Кала́шникова, tr.

Berbanding dengan raifal yang digunakan semasa Perang Dunia II, AK-47 mempunyai rekabentuk yang lebih ringan dan padat, jarak pendek, lebih ringan, dikebukkan untuk kartrij kaliber sederhana 7.62x39mm M43, dan kadar tembakan lebih tinggi (termasuk pilihan automatik penuh), menjadikannya sebagai raifal gempur (assault rifle) pertama.

Ak-47
Avtomat Kalashnikova model 1947 g.

Kalashnikov yang bermula sebagai pereka secara bersendirian berkembang sehingga menduduki jawatan utama sebagai Pereka Am (General Designer) senjata ringan bagi Tentera Soviet. Dalam jabatan kejuruteraannya, Hugo Schmeisser dan Dr. Gruner (MG42), pelopor dalam bidang teknologi terap kepingan logam (sheet metal embossing), berkhidmat sehingga 1950-an. Selain itu, beberapa orang pekerja Jerman diambil bekerja atau dipaksa di KRSS sebagai perekabentuk teknikal.

AK-47 juga mempunyai reputasi legenda sebagai senjata yang tahan lasak, boleh diharap, dan mudah dibaikpulih di lapangan (field maintenance). Disebabkan rekod ini dan kos penghasilan yang rendah, AK-47 merupakan senjata yang paling banyak dihasilkan: dianggarkan antara 55 sehingga 100 juta laras telah dihasilkan. Walaupun secara rasmi ia diketepikan oleh tentera Rusia, senjata ini dan seumpamanya masih dihasilkan dan digunakan secara meluas, terutamanya di kebanyakan negara Dunia Ketiga.

Operasi

Ak-47 
Gambarajah menunjukan rekabentuk AKM. Termasuk arahan untuk menyahpasang senjata untuk pembaikan.

Untuk menembak, masukan kelopak peluru berisi, pusing tuil pilihan (selector lever) ke kanan pada bahagian kanan kedudukan bawah, dan tarik kebelakang dan lepaskan tuil pencekah (cocking lever) pada bahagian atas. Acu dan petik picu.

Tuil pilihan adalah tuil besar pada bahagian kanan, senang dikendali walaupun dengan sarung tangan dibawah keadaan artik. Tuil pilihan melindungi selak dan pemegang pencekah (cocking handle) apabila ia berada dalam keadaan selamat, oleh itu raifal AK-47 hanya boleh diisi peluru dengan keselamatan dibuka. Kalashnikov memutuskan reka bentuk ini kerana apabila tuil keselamatan berada dalam keadaan ke atas, ia melindungi bukaan pada sebelah penerima di belakang pemegang pencekah, dengan itu menghalang pasir dan kotoran memasuki mekanisma.

Tuil pilihan menghasilkan bunyi "KA-CHUNK!" yang kuat dan jelas berlainan apabila beralih dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain.

Kedudukan tertinggi tuil pilihan adalah kedudukan selamat. Kedudukan selamat menghalang pergerakan picu dan selak, dan tuil pilihan melindungi bukaan di belakang pemegang pencekah agar dapat menghalang pasir dan habuk daripada masuk. Dalam kebanyakan model, kedudukan ini tidak ditanda. Senjata buatan antarabangsa mungkin mempunyai tanda "0" pada kedudukan ini.

Pengguna


Galeri

Sila Lihat

Pautan luar



Senarai senjata api Ak-47 
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.

Tags:

Ak-47 OperasiAk-47 PenggunaAk-47 GaleriAk-47 Sila LihatAk-47 Pautan luarAk-47Bahasa RusiaMikhail Timofeyevich KalashnikovPerang DinginPerang Dunia IIRaifalRaifal gempur

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sultan Muhammad VRakaatSenarai SBP di MalaysiaKuchingTahun Baru CinaCik ManggisAngeline TanSenarai perbandingan pangkat tenteraNafiez ZaidiUmar bin Al-KhattabP. RamleePerpustakaan Nasional Republik IndonesiaPiramid Agung GizaBendera MalaysiaFadillah YusofAbby AbadiSifat-sifat AllahKetua Polis Negara MalaysiaJep SepahtuIsmail Sabri YaakobMat KilauKhawarijPerkhidmatan awam di MalaysiaBugisKelapa sawitBaba dan NyonyaTengkolokPiala Asia AFCBintara KananAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaMalang Si PuteriMuhyiddin YassinAnwar IbrahimSultan Mizan Zainal AbidinMaya KarinRukun IslamTelefon bimbitInna lillahi wa inna ilaihi raji'unGerakan Aceh MerdekaAnna JoblingSalomaAb Rauf YusohGunung JeraiBruce GilleyKL Gangster 2Geografi JohorKementerian Pendidikan MalaysiaNabi Sulaiman a.s.Hulu SelangorBatu Belah Batu BertangkupBukit TaburSalahuddin al-AyyubiPemancutan maniEmpayar UthmaniyahTabbyNatasya MahyanPolis Diraja MalaysiaSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaBahasa CinaUndang-Undang Laut MelakaKulitUpin & IpinMati syahidErma FatimaPeristiwa 13 MeiFadhlina SidekMalayan UnionPokok MambuErnie ZakriA FamosaRemy IshakProton WajaAdnan bin SaidiKesultanan Johor-RiauRaja Zarith SofiahKementerian Dalam Negeri MalaysiaNeelofaGerak Khas🡆 More