Chad

Republik Chad (Arab: تشاد, rumi: Tašādcode: ar is deprecated ; Perancis: Tchadcode: fr is deprecated ) ialah sebuah negara dikelilingi daratan di Afrika Utara.

Chad bersempadan dengan Libya di utara, Sudan di timur, Republik Afrika Tengah di selatan, Cameroon dan Nigeria di tenggara serta Niger di barat. Disebabkan oleh jaraknya daripada dan kebanyakan kawasannya beriklim gurun, negara berkenaan dirujuk sebagai 'jantung mati Afrika.' Di utara, ia mengandungi Banjaran Tibesti, pergunungan paling besar di gurun Sahara. Chad merupakan sebahagian daripada bekas Persekutuan Afrika Perancis Khatulistiwa.

Republik Chad
ريڤوبليك چد
République du Tchad (Perancis)
جمهورية تشاد (Arab)
Jumhūriyyat Tshād
Bendera Chad
Jata Chad
Bendera Jata
Cogan kata
  • "Unité, Travail, Progrès" (Perancis)
  • "Perpaduan, Pekerjaan, Kemajuan"
  • "الاتحاد، العمل، التقدم" (Arab)
Lagu kebangsaan
  • La Tchadienne (Perancis)
  • نشيد تشاد الوطني (Arab)
Lokasi Chad
Ibu negara
dan bandar terbesar
N'Djamena
12°06′N 16°02′E / 12.100°N 16.033°E / 12.100; 16.033
Bahasa rasmi
Kumpulan etnik
(2009)
  • 26.6% Sara
  • 12.9% Arab
  • 8.5% Kanembu/Buduma
  • 7.2% Masalit
  • 6.9% Gorane
  • 4.7% Masa/Musgum
  • 3.7% Bidio
  • 3.7% Boulala
  • 3% Marba
  • 2.6% Dadjo
  • 2.5% Moundang
  • 2.4% Gabri
  • 2.4% Zaghawa
  • 2.1% Fula
  • 2% Tupuri
  • 1.6% Tama
  • 1.4% Karo
  • 1.3% Banguirmi
  • 1% Mesmedjé
  • 2.6% Lain-lain
  • 0.7% Asing
KerajaanRepublik berpresiden parti dominan unitari
• Pengerusi Majlis Peralihan Kuasa Ketenteraan
Mahamat Déby Itno
• Perdana Menteri
Succès Masra
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan
• daripada Perancis
11 Ogos 1960
Keluasan
• Jumlah
1,284,000 km2 (496,000 bt2) (ke-20)
• Perairan (%)
1.9
Penduduk
• Perkiraan 2015
13,670,084
• Bancian Penduduk 2009
11,039,873
8.6/km2 (22.3/sq mi)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$30 bilion (ke-123)
$2,428 (ke-168)
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$11 billion (ke-130)
$890 (ke-151)
Gini (2011)43.3
sederhana
HDI (2018) 0.401
rendah · ke-187
Mata wangFranc CFA Afrika Tengah
(XAF)
Zon waktuUTC+1 (WAT)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+235
Kod ISO 3166TD
DPT internet.td

Sejarah

Chad memiliki kekayaan arkeologi yang ketara dalam kawasan Afrika. Tengkorak-tengkorak manusia dan lukisan-lukisan gua dari masa kuno telah ditemukan di sana, dengan tengkorak tertua berumur mencecah 7 juta tahun, kini dinamakan Sahelanthropus tchadensis.

Secara bertahap kerajaan-kerajaan setempat yang lemah berkembang; kemudian semuanya disusuli oleh Empayar Kanem-Bornu yang lebih besar dan berkuasa. Selain itu, dua buah kerajaan utama juga terbentuk, Kerajaan Baguirmi dan Ouaddai. Kemudian, kedatangan orang-orang asing datang memberi banyak pengaruh di Chad. Pada awal zaman pertengahan, Chad menjadi jalur persilangan para pedagang Muslim dan suku-suku asli. Pada 1890, pihak Perancis mula menjajah Chad, dan menjelang 1900, setelah Pertempuran Kousséri, Chad menjadi sebahagian jajahan Perancis.

Dalam Perang Dunia Kedua, Chad ialah koloni pertama Prancis yang bergabung dengan Perancis Bebas dan pihak Sekutu di bawah pimpinan gabenor Félix Éboué. Selepas perang, Chad mula menyaksikan pertubuhan parti-parti politik baharu; dua parti utama ialah Parti Progresif Chad (PPT) oleh Gabriel Lisette dan Kesatuan Demokratik Chad (UDT). Pada 11 Ogos 1960, Chad menjadi negara merdeka, dengan François Tombalbaye, ketua baharu PPT sebagai Presiden pertama.

Sejarah pascakemerdekaan Chad ditandai dengan ketakstabilan dan kekerasan dari ketegangan antara bahagian utara yang sebahagian besar dihuni Arab Muslim dan bahagian selatan yang lazimnya dihuni orang Kristian dan animisme. Dua tahun selepas merdeka, Tombalbaye mengharamkan semua parti politik kecuali PPT lalu membentuk negara satu parti.

Pada 1965, ketidakpuasan kaum Muslim dengan Tombalbaye selaku orang Kristian dari kawasan selatan mengakibatkan mereka membentuk Barisan Pembebasan Kebangsaan Chad dan terjadi perang gerila. Pada 1975, Presiden Tombalbaye dibunuh dalam sebuah rampasan kuasa yang dipimpin oleh Noël Milarew Odingar, yang segera digantikan oleh orang selatan lainnya, jeneral Félix Malloum.

Geografi

Chad ialah sebuah negara pedalaman di tengah-tengah Afrika Utara yang berkeluasan sebanyak 1,284,000 kilometer persegi. Chad memiliki sempadan sepanjang 5,968 kilometer dengan Cameroon, Republik Afrika Tengah, Libya, Niger, Nigeria, dan Sudan. Chad memiliki empat zon iklim: dataran kering yang luas di tengah, gurun di utara, pergunungan yang kering di barat laut, dan dataran rendah tropika di selatan. Hanya 3% tanah Chad yang subur untuk tujuan pertanian dan tiada kawasan yang memiliki penanaman tetap. Bencana alam di Chad termasuk angin kering yang panas, kering, dan berdebu yang terjadi di utara, dan kemarau berkala. Tasik Chad yang terletak di Chad dan Cameroon pernah menjadi danau kedua terbesar di Afrika namun telah banyak susut sejak kebelakangan ini dan kini mengecil menjadi kurang 10% keluasan asal.

Politik

Struktur pemerintahan Chad dikepalai oleh Presiden selaku ketua negara serta kerajaan yang memiliki kuasa ketara dalam urusan politik. Beliau berhak untuk melantik Perdana Menteri serta ahli-ahli kabinet, serta memiliki pengaruh besar dalam pelantikan jawatan-jawatan utama negara lain seperti para peguam dan jeneral. Presiden dilantik melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun, dan sejak pemindaan perlembagaan negara pada 2005, tiada had masa seseorang boleh menjadi Presiden. Badan perundangan negara ialah Perhimpunan Kebangsaan yang terdiri daripada 155 kerusi yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat yang dilantik setiap empat tahun.

Masalah korupsi dan rasuah di Chad adalah sangat ketara di semua tahap pemerintahan, dan pernah disenaraikan sebagai negara paling korup di dunia dalam carta antarabangsa seperti Indeks Persepsi Rasuah.

Pembahagian pentadbiran

Sekatat kini, Chad dibahagikan kepada 23 buah negeri, dan dibahagikan lagi menjadi 61 buah departmen.

Ekonomi

Indeks Pembangunan Manusia PBB menetapkan Chad sebagai negara ketujuh termiskin di dunia dengan 80% penduduk hidup di bawah garis kemiskinan. KDNK (pariti kuasa beli) per kapita dianggarkan sebanyak AS$1,651 pada tahun 2009. Chad adalah sebahagian dari Bank Negara-Negara Afrika Tengah, Kesatuan Kastam dan Ekonomi Afrika Tengah (UDEAC) dan Organisasi Harmonisasi Undang-Undang Perniagaan Afrika (OHADA).

Ekonomi pertanian Chad didorong oleh pembangunan ladang minyak dan jalur paip sejak 2000. Lebih dari 80% penduduk Chad menjalankan pertanian sara diri dan penternakan sebagai mata pencarian. Kapas, haiwan penternakan dan getah arab kini tetap menyediakan sebagian besar eksport Chad, namun Chad mulai mengeksport minyak pada 2003 dari tiga buah ladang minyak dekat Doba.

Demografi

Anggaran jumlah penduduk Chad oleh pihak kerajaan pada 2015 ialah antara 13,630,252 dengan 13,679,203 orang, dengan angka median sebanyak 13,670,084 orang. Berdasarkan angka ini, 3,212,470 orang ialah penetap bandar dan selebihnya penduduk luar bandar. Secara anggaran, 47.3% penduduk negara berumur kurang 15 tahun. Nilai kadar kelahiran dan kadar kematian penduduk Chad masing-masing ialah 42.35 dan 16.69 per 1,000 orang. Golongan masyarakat Chad memiliki keturunan etnik daripada kawasan Afrika Utara, Tengah, Barat dan Timur.

Bahasa-bahasa rasmi Chad ialah bahasa Arab dan bahasa Perancis, dengan dialek Chad ialah lingua franca dan dituturi oleh anggaran 40 ke 60 peratus penduduk. 51.8% - 57.7% penduduk negara adalah beragama Islam manakala 39% - 44.1%pula beragama Kristian.

Kebudayaan

Sebagai negara dengan pelbagai kaum, Chad memiliki warisan budaya yang kaya. Kerajaan Chad aktif mempromosikan budaya dan warisan Chad melalui institusi seperti Muzium Nasional Chad dan Pusat Kebudayaan Chad. Enam hari cuti am diraikan sepanjang tahun seperti perayaan Paskah dan hari-hari raya Islam.

Rujukan

Pauan luar

Kerajaan

Berita

Latar belakang

Direktori

Lain-lain


Daftar negara | Afrika | Afrika Barat
Benin | Burkina Faso | Cape Verde | Chad | Côte d'Ivoire | Gambia | Ghana | Guinea | Guinea-Bissau | Liberia | Mali | Mauritania | Niger | Nigeria | Saint Helena | Senegal | Sierra Leone | Togo

Tags:

Chad SejarahChad GeografiChad PolitikChad EkonomiChad DemografiChad KebudayaanChad RujukanChad Pauan luarChadAfrika UtaraBahasa ArabBahasa PerancisCameroonGurunGurun SaharaLibyaNegara dikelilingi daratanNigerNigeriaRepublik Afrika TengahSudan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perodua KancilFimie Don27 FebruariAbam BoceyPembunuhan Altantuya ShaariibuuKugiran MasdoSenarai haiwanAlmy NadiaKeluarga InstafamousNelydia SenroseTentera Darat MalaysiaEyka FarhanaKumpulan Wang Simpanan PekerjaKetumNatasha Charmaine RicksonTelevisyen di MalaysiaAzhar IdrusChe’ Puan Besar Khaleeda binti BustamamSazzy FalakTalasemiaZizan RazakRamadanUmmi NazeeraAstro B.yondKedahSekali Lagi Cinta KembaliYusof HaslamSalasilah keturunan Nabi MuhammadMojo (kumpulan muzik)Penjara di MalaysiaJangan Menangis Cinta (drama)Lupus eritematosus sistemikFara FauzanaBangiMohamad SabuDerhaka Sebuah CintaIntan NajuwaElla (penyanyi)Rafidah AzizNida PatcharawirapongMokhtar DahariThe Masked Singer Malaysia (musim 3)Mustafa Kemal AtatürkOrang Cina MalaysiaSaleemJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahBacaan talkinKamus DewanSunan GresikEdika YusofKitab suci IslamPulau (filem)Laudya Cynthia BellaBatu CavesSenarai saluran Astro NJOIRozita Che WanTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahPelaburanSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam ShahPasukan Gerakan AmJinbaraMelakaDewan Rakyat MalaysiaHafreez AdamEtnik MelayuDewan Undangan Negeri KedahWawa ZainalBalingNabi Isa a.s.P. RamleeCalifornia SelatanAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamIzzue IslamNad ZainalAl-ArqamTunku Aminah Maimunah IskandariahLaman UtamaYusry bin Abdul Halim🡆 More