Eritrea

Eritrea (Ge'ez ኤርትራ ʾĒrtrā) atau nama rasminya Negara Eritrea ialah sebuah negara di bahagian utara Afrika Timur.

Negara ini menyempadani Sudan di barat, Habsyah di selatan, dan Djibouti di tenggara. Bahagian timur dan timur laut negara ini mempunyai garis pinggir laut yang panjang yang menghadapi Laut Merah, betul-betul berhadapan dengan Arab Saudi dan Yaman. Kepulauan Dahlak dan banyak pulau di Kepulauan Hanish merupakan sebahagian Eritrea.

Negeri Eritrea
نݢارا إريتريا
Bendera Eritrea
Emblem Eritrea
Bendera Emblem
Lagu kebangsaan"Ertra, Ertra, Ertra"
(bahasa Inggeris: "Eritrea, Eritrea, Eritrea")
Eritrea
Eritrea
Ibu negara
dan bandar terbesar
Asmara
15°20′N 38°55′E / 15.333°N 38.917°E / 15.333; 38.917
Bahasa rasmiTiada
Bahasa kebangsaan
Bahasa lazim
Bahasa lain
Kumpulan etnik
(2010 est.)
  • 55% Tigrinya
  • 30% Tigre
  • 4% Saho
  • 2% Kunama
  • 2% Rashaida
  • 2% Bilen
  • 5% Lain-lain (Afar, Beni-Amer, Nara
Agama
Kristian (63%), Islam (36%), Lain-lain(<1%)
KerajaanRepublik berpresiden unitari satu parti
• Presiden
Isaias Afwerki
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan 
daripada Habsyah
• Secara de facto
24 Mei 1991
• Secara de jure
24 Mei 1993
Keluasan
• Jumlah
117,600 km2 (45,400 bt2) (ke-99)
• Perairan (%)
0.14%
Penduduk
• Perkiraan 2021
(2021) 3,600,000
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$11.263 bilion (ke-156)
$1,797 (ke-180)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$8.116 billion (ke-149)
$1,295 (ke-160)
HDI (2019) 0.459
rendah · ke-180
Mata wangNakfa
(ERN)
Zon waktuUTC+3 (Waktu Afrika Timur)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (tiada)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+291
Kod ISO 3166ER
DPT internet.er
Eritrea
Sebuah terowong kereta di Dataran Tinggi Eritrea.

Eritrea digabungkan menjadi sebuah tanah jajahan oleh kerajaan Itali pada 1 Januari 1890. Negara bangsa moden Eritrea mencapai kemerdekaan daripada Habsyah selepas berperang selama tiga puluh tahun dari 1961 hingga 1991. Eritrea secara rasmi merupakan sebuah demokrasi berparlimen yang terdiri daripada enam kawasan, tetapi kini berfungsi sebagai sebuah negara satu parti. Eritrea adalah sebuah negara berbilang bahasa dan berbilang budaya dengan dua agama utama serta sembilan kerakyatan, dengan setiap mereka bertutur dalam bahasa yang berlainan. Negara ini tidak mempunyai bahasa rasmi, tetapi menggunakan tiga bahasa kerja, iaitu bahasa Tigrinya, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris. Bahasa keempat, iaitu bahasa Itali, kekadang juga digunakan untuk perdagangan.

Penamaan

Nama Eritrea berasal daripada nama Yunani kuno bagi Laut Merah (Ἐρυθρὰ Θάλασσα Erythra Thalassa, daripada ἐρυθρός erythros "merah"). Nama itu pertama kali diguna pakai secara formal pada 1890 ketika pembentukan Eritrea Itali (Colonia Eritrea). Nama itu kekal digunakan sepanjang zaman penjajahan Inggeris dan Habsyah berikutnya, dan disahkan dalam referendum kemerdekaan 1993 dan perlembagaan diggubal tahun 1997.

Sejarah

Penyelidikan menunjukkan bahawa alat-alat yang ada dijumpai di Lembah Barka yang disahkan dari kira-kira 8000 SM muncul sebagai bukti kukuh pertama mengenai penempatan manusia di kawasan itu. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa kebanyakan etnik Eritrea adalah yang terawal mendiami kawasan ini.

Sekitar 2000 SM, sebahagian kawasan Eritrea kemungkinan besar adalah sebahagian daripada Tanah Punt yang pertama kali disebut pada abad ke-25 SM. Petempatan itu terkenal dengan penghasilan dan pengeksportan emas, resin aromatik, kayu hitam, gading dan binatang liar. Wilayah ini dikenali menerusi catatan ekspedisi para pedangang Mesir purba ke sana.

Sempadan negara bangsa Eritrea moden telah ditetapkan semasa peristiwa Perebutan Afrika. Pada tahun 1869 atau 1870, ketua pemerintah berkuasa menjual tanah di sekitar Teluk Assab kepada Rubattino Shipping Company. [51] Kawasan ini berfungsi sebagai stesen pengisian bahan api arang di sepanjang laluan pelayaran yang diperkenalkan oleh Terusan Suez yang baru siap dibina.

Sementara berlakunya kekosongan kuasa selepas kemangkatan Maharaja Yohannes IV pada 1889, Jeneral Oreste Baratieri menjajah dataran tinggi di sepanjang pantai Eritrea, dan pihak Itali mengisytiharkan penubuhan koloni Eritrea Itali baharu sebagai tanah jajahan Kerajaan Itali. Dalam Perjanjian Wuchale yang ditandatangani pada tahun yang sama, Raja Menelik dari Shewa, sebuah kerajaan di selatan Habsyah, mengakui pendudukan Itali di tanah pesaingnya di Bogos, Hamasien, Akkele Guzay, dan Serae sebagai pertukaran bagi jaminan kewangan bantuan dan akses berterusan senjata dan peluru Eropah. Kemenangannya berikutnya atas raja-raja saingannya dan pertabalannya sebagai Maharaja Menelek II (bertakhta 1889–1913) menjadikan perjanjian itu terikat secara rasmi di seluruh wilayah.

Pertempuran Keren pada 1941 menyaksikan Inggeris berjaya mengusir pemerintah Itali lalu mengambil alih pentadbiran negara itu. Akibat ketiadaan kesepakatan dalam kalangan Kuasa Sekutu mengenai status Eritrea, pentadbiran British berlanjutan sepanjang Perang Dunia II hingga 1950.

Geografi

Eritrea terletak di kawasan Tanduk Afrika di Afrika Timur. Negara ini bersempadan di timur laut dan timur dengan Laut Merah, Sudan di barat, Habsyah di selatan, dan Djibouti di tenggara. Eritrea terletak di antara latitud 12° dan 18° U, dan longitud 36° dan 44° T.

Politik

Politik Eritrea dan Kerajaan Eritrea berlaku dalam rangka kerja diktator totalitarian republik presiden satu parti. Presiden secara rasmi berkhidmat sebagai ketua negara dan ketua pemerintahan. Barisan Rakyat untuk Demokrasi dan Keadilan adalah satu-satunya parti politik yang dibenarkan secara sah untuk wujud di Eritrea. Perhimpunan Kebangsaan yang dipilih secara popular dengan 150 kerusi, dibentuk pada 1993 sejurus selepas kemerdekaan daripada Habsyah, memilih presiden semasa, Isaias Afwerki. Tidak ada pilihan raya umum sejak kemerdekaan rasminya pada tahun 1993. Perlembagaan baru telah digubal pada 1993 dan disahkan pada 1997, tetapi belum dilaksanakan. Sejak Perhimpunan Kebangsaan kali terakhir bermesyuarat pada Januari 2002, Presiden Isaias Afwerki telah melaksanakan kuasa kedua-dua cabang eksekutif dan perundangan kerajaan.

Sumber maklumat politik tempatan bebas mengenai politik domestik Eritrea adalah terhad; pada September 2001 kerajaan menutup semua media cetak milik persendirian negara, dan pengkritik lantang kerajaan telah ditangkap dan ditahan tanpa perbicaraan, menurut pemerhati domestik dan antarabangsa, termasuk Human Rights Watch dan Amnesty International. Pada tahun 2004, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengisytiharkan Eritrea sebagai Negara Keprihatinan Tertentu (CPC) atas dakwaan rekod penganiayaan agamanya.

Ekonomi

Ekonomi Eritrea telah mengalami pertumbuhan yang cukup besar sejak kebelakangan ini (2010-2020) seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan tahunan keluaran dalam negara kasar (KDNK) melebihi 5% dalam beberapa tahun terakhir, dengan sesetengah tahun mencapai nilai setinggi 8.7%. Punca-punca utama pertumbuhan ekonomi Eritrea baru-baru ini termasuk permulaan operasi penuh lombong emas dan perak Bisha dan pengeluaran simen dari kilang simen di Massawa.

Demografi

Eritrea 
Penduduk, kadar kesuburan dan kadar pembiakan bersih, anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Sumber tidak bersetuju dengan populasi semasa Eritrea, dengan beberapa mencadangkan bilangan serendah 3.6 juta dan yang lain setinggi 6.7 juta. Eritrea tidak pernah menjalankan bancian rasmi kerajaan.

Negara ini mempunyai sembilan kumpulan etnik yang diiktiraf. Daripada jumlah ini, yang terbesar ialah Tigriniya, yang membentuk 50% daripada populasi; orang Tigre, yang juga bercakap bahasa Semitik, membentuk kira-kira 30% penduduk. Kebanyakan penduduk yang lain tergolong dalam komuniti berbahasa Afro-Asiatik yang lain di cawangan Cushitic. Selain itu, terdapat beberapa etnik minoriti berbahasa Nilo-Saharan dan kumpulan kecil lain.

Dua agama yang paling dianuti ialah Kristian (47%-63% daripada jumlah penduduk) dan Islam (37%-52%).

Kebudayaan

Eritrea 
Muzium Negara Eritrea ialah sebuah muzium kebangsaan di Asmara, Eritrea

Kebudayaan Eritrea merupakan warisan budaya kolektif pelbagai penduduk asli Eritrea. Eritrea mempunyai sembilan kumpulan etnik yang diiktiraf. Setiap kumpulan mempunyai tradisi dan adat yang tersendiri tetapi beberapa tradisi dikongsi dan dihayati di kalangan kelompok etnik yang berbeza. Budaya tempatan terdiri daripada pelbagai, dan selalunya agak serupa, tradisi yang diamalkan oleh banyak kumpulan etnik Afro-Asiatik berbahasa Kushitik dan Habsyah yang berbahasa Semitik, di samping yang diamalkan oleh minoriti Nilotik di kawasan itu. Budaya Eritrea dalam beberapa cara serupa dengan budaya negara lain di rantau ini.

Rujukan

Pautan luar

Kerajaan

Lain-lain

Tags:

Eritrea PenamaanEritrea SejarahEritrea GeografiEritrea PolitikEritrea EkonomiEritrea DemografiEritrea KebudayaanEritrea RujukanEritrea Pautan luarEritreaAfrika TimurArab SaudiDjiboutiHabsyahKepulauan HanishLaut MerahSudanYaman

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Azhar IdrusAshraf SinclairHisteriaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaPiala Asia B-23 AFCBuaya katakAb Rauf YusohPiala Asia B-23 AFC 2024Hukum madZiana ZainSenarai raja-raja MelayuMimi LanaTuanku Abdul RahmanSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahMyKadKaum DusunKerenggaIbanPerakMy Lovely DriverBade Hj. AzmiKementerian Kesihatan MalaysiaKanun KeseksaanPerubahan iklimBugisKetumProton SatriaSherry AlhadadGunung JeraiPemboleh ubahTerengganuNasionalismeTakdir Itu Milik AkuSenarai peribahasa (A–M)Hujan asidAsmidarPokok MambuShaheizy SamErma FatimaIsrafilPerang Dunia KeduaSofia JaneNur FazuraParti Komunis MalayaKL Gangster 2Talbis IblisSlot SamarindaAkta Dadah Berbahaya 1952Pulau PangkorXPDCKhalid Mohamad JiwaDaniella SyaPekanbaruSyarikat swastaMisteri DilailaNasi kandarPersatuan Negara-negara Asia TenggaraRahsia (filem 2023)Redza RosliMinal 'Aidin wal-FaizinRinggitAzira ShafinazAbdul Rahim Mohd NoorPenanggalanHari WesakKata hubung (bahasa Melayu)Bendera PalestinSejarah MalaysiaShiqin KamalLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiIsmail Sabri YaakobTelaga BarhutGolongan kata (bahasa Melayu)Tengku Permaisuri NorashikinPolitik balas budiPenanda wacanaFrekuensi radio di MelakaSultan Nazrin Muizzuddin Shah🡆 More