Uzbekistan

Uzbekistan (Uzbek: O‘zbekistoncode: uz is deprecated ) atau nama rasminya, Republik Uzbekistan (Ózbekiston Respublikasi, Ўзбекистон Республикаси) merupakan sebuah negara tanpa pantai di Asia Tengah.

Uzbekistan pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet.

Republik Uzbekistan
ريڤوبليك اوزبيکيستن
O‘zbekiston Respublikasi
Ўзбекистон Республикаси
Bendera Uzbekistan
Jata Uzbekistan
Bendera Jata
Lagu kebangsaanO`zbekiston Respublikasining Davlat Madhiyasi
Uzbekistan
Ibu negara
dan bandar terbesar
Tashkent
Bahasa rasmiBahasa Uzbek
DemonimUzbek
KerajaanRepublik
• Presiden
Shavkat Mirziyoyev
• Perdana Menteri
Abdulla Aripov
Kemerdekaan 
Pembubaran USSR
• Diisytiharkan
1 September 1991
• Diiktiraf
8 Disember 1991
• Perairan (%)
4.9
Populasi
• Perkiraan 2019
32,245,620 (43)
• Bancian Penduduk 2000
24,123,338
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$253.18 bilion (62)
$7,851 (130)
HDI (2019)0.714
tinggi · 115
Mata wangSom Uzbekistan
(UZS)
Zon waktuUTC+5 (UZT3)
• Musim panas (DST)
tiada
Kod panggilan+998
Kod ISO 3166UZ
DPT internet.uz
Uzbekistan

Sejarah

Kawasan Uzbekistan telah dihuni sejak milennium kedua SM. Ada temuan-temuan perkakas purba manusia serta monumen-monumen di daerah Ferghana, Tashkent, Bukhara, Khorezm dan Samarkand.

Alexander Agung menaklukkan Sogdiana dan Baktria pada 327 SM, menikahi Roxana, anak seorang ketua suku Baktria setempat. Namun, penaklukan ini rupanya tidak banyak menolong Alexander kerana rakyat melawan dengan sengit, sehingga tentara Alexander akhirnya kalah di wilayah ini.

Selama berabad-abad wilayah Uzbekistan diperintah oleh empayar-empayar Iran, seperti Empayar Parthia dan Sassan.

Pada abad ke-14 M, Timur Lenk, mengalahkan bangsa Mongol dan membangun sebuah empayar. Dalam peperangannya, Timur Lenk memperluas wilayahnya hingga ke Timur Tengah. Ia mengalahkan Sultan Uthmaniyyah Bayezid I. Bayezid ditangkap dan meninggal dalma penahanan. Timur Lenk berusaha membangun ibu kota empayarnya di Samarkand. Kini, Timur Lenk dianggap sebagai salah satu pahlawan terbesar di Uzbekistan yang memainkan peranan penting dalam identitas dan sejarah nasionalnya. Setelah jatuhnya Empayar Timur Lenk, kaum Uzbek merebut wilayah ini.

Zaman Rusia dan Soviet

Pada abad ke-19, Empayar Rusia mula berkembang dan menyebar ke Asia Tengah. Masa "Permainan Besar" pada umumnya dianggap berlangsung dari lebih kurang 1813 hingga Konvensyen Inggeris-Rusia 1907. Setelah Revolusi Bolshevik tahun 1917, perkembangan tahap kedua yang tidak begitu intensif berlangsung. Pada awal abad ke-19, ada wilayah sekitar 3,200 km yang memisahkan India British dengan wilayah-wilayah di pinggiran Empayar Rusia. Banyak dari daerah antara ini tidak dipetakan.

Pada 27 Oktober 1924, Republik Sosialis Soviet Uzbekistan (RSS Uzbekistan) ditubuhkan dan Samarkand dijadikan sebagai ibu kota. Pada 1 September 1930, ibu kota dipindahkan ke Tashkent.

Kemerdekaan dan Uzbekistan moden

Uzbekistan mengisytiharkan kedaulatan negaranya pada 20 Jun 1990. Uzbekistan mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1991 dan 1 September dijadikan sebagai hari kemerdekaan kebangsaan. Nama RSS Uzbekistan ditukarkan kepada Republik Uzbekistan pada 30 September pada tahun sama. Kesatuan Soviet dibubarkan pada 26 Disember pada tahun sama.

Pada akhir 1991, sebuah referendum telah dijalankan bagi meninjau sokongan kemerdekaan Republik Uzbekistan, dengan 93.8% daripada pengundi menerima kemerdekaan tersebut. Peratusan pengundi yang hadir ialah 94.1%. Perlembagaan Uzbekistan diwartakan secara rasmi pada 8 Disember 1992.

Presiden Uzbekistan, Islam Karimov dipilih melalui pilihan raya pada 29 Disember 1991. Beliau memerintah sebagai Presiden hingga kematiannya pada 2 September 2016. Beliau digantikan dengan Perdana Menteri Uzbekistan pada masa itu, Shavkat Mirziyoyev pada 14 Disember pada tahun sama.

Wilayah dan daerah

Uzbekistan terbahagi kepada 12 wilayah (viloyat), satu republik autonomi (respublika) dan satu bandar bebas (shahari).

Wilayah-wilayah ini seterusnya dibahagikan kepada 160 daerah (tuman).

Bahagian Ibu kota Luas
(km²)
Populasi (2008) Kunci
Andijon Viloyati Andijon 4,200 2,477,900 2
Buxoro Viloyati Buxoro (Bukhara) 39,400 1,576,800 3
Farg'ona Viloyati Farg'ona (Fergana)  6,800 2,997,400 4
Jizzax Viloyati Jizzax 20,500 1,090,900 5
Xorazm Viloyati Urganch 6,300  1,517,600 13
Namangan Viloyati Namangan 7,900 2,196,200 6
Navoiy Viloyati Navoiy 110,800 834,100 7
Qashqadaryo Viloyati Qarshi 28,400 2,537,600 8
Qaraqalpaqstan Respublikasi Nukus 160,000 1,612,300 14
Samarqand Viloyati Samarqand 16,400  3,032,000 9
Sirdaryo Viloyati Guliston 5,100 698,100 10
Surxondaryo Viloyati Termez 20,800 2,012,600 11
Toshkent Viloyati Toshkent (Tashkent) 15,300  2,537,500 12
Toshkent Shahri Toshkent (Tashkent) ??? 2,192,700 1

Geografi

Uzbekistan berkeluasan kira-kira 447,400 kilometer persegi, menjadikan negara ini sebagai negara ke-56 terbesar dunia. Dalam kalangan negara CIS, Uzbekistan ialah negara keempat terbesar.

Negara ini ialah negara dikelilingi daratan, malah merupakan satu daripada dua negara yang dikelilingi oleh negara yang juga dikelilingi daratan, negara yang satu lagi ialah Liechtenstein. Puncak tertinggi Uzbekistan ialah Khazret Sultan dengan ketinggian mencecah 4,643 meter di atas paras laut, dan terletak di sempadan Tajikistan-Uzbekistan, yakni di barat laut Dushanbe.

Iklim Uzbekistan secara umumnya ialah iklim benua, dengan kadar penurunan hujan tahunan yang rendah pada 100 - 200 milimeter. Suhu musim panas purata lazimnya ialah 40 °C manakala suhu purata musim sejuk ialah -23 °C.

Demografi

Setakat 2019, Uzbekistan memiliki angka penduduk seramai 32,768,725 orang. Penduduk Uzbekistan juga adalah muda, 34.1% rakyatnya berumur kurang daripada 14 tahun setakat 2008. Mengikut rujukan rasmi, penduduk kaum Uzbek merangkumi 80% jumlah penduduk Uzbekistam. Kaum-kaum lain di Uzbekistan termasuklah kaum Tajik (5%), Kazakh (3%), Karakalpak (2.5%), Rusia (2%) dan Tatar (1.5%).

Agama

Islam ialah agama paling utama di Uzbekistan. Laporan oleh Pew Research Center pada 2009 menyatakan bahawa penduduk Muslim merangkumi 93.3% jumlah penduduk Uzbekistan. 90% penganut Islam ialah Sunni, 1% Syiah dan selebihnya ialah sekular.

Penganut Kristian Ortodoks Rusia merangkumi 7% populasi Uzbekistan pada 2014. Sebuah laporan pada awal 90-an mencatatkan jumlah penganut Yahudi Uzbekistan adalah sebanyak 93,000 orang. Kira-kira 7,400 orang penganut Majusi kini tinggal di Uzbekistan, kebanyakannya di kawasan Tajik.

Bahasa

Bahasa Uzbek ialah bahasa rasmi Uzbekistan. Bahasa Uzbek ialah salah satu bahasa-bahasa Turkik dan kini ditulis dalam tulisan Rumi secara rasmi, tetapi pernah ditulis dalam tulisan Nasta'liq serta Cyril. Meskipun penggunaan tulisan Cyril telah dihapuskan dalam kegunaan rasmi, sesetengah daripada pihak media masih menggunakan tulisan tersebut, dengan ada yang menggunakan kedua-dua tulisan Rumi dan Cyril dengan serentak. Tulisan Cyril dalam bahasa Uzbek juga umum dalam golongan tua. Kefasihan dalam bahasa tertentu adalah tidak perlu dalam proses permohonan kewarganegaraan Uzbekistan.

Bahasa Uzbek ialah bahasa pengantar utama pendidikan di Uzbekistan, dengan peratusan pelajar sekolah yang menggunakan bahasa Uzbek sebagai bahasa pengantar ialah 85.61% setakat 2016.

Ekonomi

Pada 2017, pecahan KDNK Uzbekistan mengikut sektor ialah 47.3% perkhidmatan, 33.4% industri dan 19.3% pertanian. Nilai GNI per kapita Uzbekistan ialah AS$2,020 pada 2018, menetapkan nilai pariti kuasa beli pada AS$7,230.

Negara ini merupakan pengeluar utama gas asli, emas, arang batu, petroleum, perak dan uranium. Uzbekistan memiliki simpanan emas keempat terbesar di dunia, dan melombong 80 tan emas setiap tahun, menjadikan republik ini sebagai negara pengeluar emas ketujuh terbesar dunia. Selain itu, Uzbekistan memiliki simpanan tembaga ke-10 terbesar dunia dan simpanan uranium pula ialah ke-12 terbesar. Pengeluaran uranium negara ialah ketujuh terbesar di dunia.

Uzbekistan mempunyai simpanan petroleum dan gas asli yang ketara, dengan 194 buah deposit hidrokarbon dikenal pasti di Uzbekistan, yakni 98 buah deposit peluwapan gas dan gas asli, dan 96 buah deposit peluwapan gas. Syarikat petroleum dan gas kebangsaan, Uzbekneftegas mengeluarkan 60 ke 70 bilion meter padu gas asli setiap tahun, menjadikan mereka sebagai pengeluar gas asli ke-11 terbesar pada peringkat global.

Prasarana

Uzbekistan 
Kampus Universiti Inha di Tashkent.

Pendidikan

Uzbekistan memiliki kadar celik huruf yang tinggi, dengan kira-kira 99.3% penduduk berumur lebih daripada 15 tahun dapat membaca dan menulis. Pada 2016, 9628 buah sekolah beroperasi di Uzbekistan. Namun begitu, hanya kira-kira 76% penduduk berumur kurang daripada 15 tahun kini mendapat pendidikan formal. Para murid bersekolah daripada Isnin hingga Sabtu. Pendidikan sekolah Uzbekistan ialah percuma, meskipun buku teks dikenakan bayaran tahunan.

Pengajian tinggi di Uzbekistan menghasilkan hampir 600 ratus ribu orang graduan setiap tahun. Insitut-institut pengajian tinggi awam Uzbekistan termasuklah Universiti Kebangsaan Uzbekistan, Universiti Teknikal Negara Uzbekistan dan Akademi Islam Antarabangsa Uzbekistan. Pelbagai universiti asing memiliki kampus di republik ini seperti Universiti Westminster dan Universiti Turin.

Negara ini memiliki masalah bajet dalam program pendidikannya, dengan rombakan kurikulum yang perlahan. Hal ini berlaku lazimnya akibat nilai gaji yang rendah yang diperoleh para guru serta kekurangan dana terhadap prasarana, bangunan dan sumber dalam pendidikan. Selain itu, masalah korupsi juga lazim, dengan para pelajar golongan kaya merasuahkan para guru dan pentadbir sekolah untuk memperoleh gred tinggi tanpa hadir ke sekolah atau mengambil peperiksaan rasmi. Pihak universiti Uzbekistan juga kekurangan pekerja fakulti, hanya 22.8 ribu orang pada 2015, dan jumlah profesor dan doktor atasan dalam bidang sains (Fan doktori) hanya merangkumi 6.7% berbanding golongan profesor PhD. (Fan nomzodi) dalam sains yang merangkumi 30.4% jumlah profesor Fan nomzodi pada 2009.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Uzbekistan SejarahUzbekistan Wilayah dan daerahUzbekistan GeografiUzbekistan DemografiUzbekistan EkonomiUzbekistan PrasaranaUzbekistan RujukanUzbekistan Pautan luarUzbekistanAsia TengahBahasa UzbekKesatuan Soviet

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Johan Raja LawakZahirah MacWilsonHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMPutrajayaHarris AlifLuqman AbdullahJilat farajSungai BulohSabahRasuahSarimah AhmadDaiyan TrishaLee Chong WeiThailandLan Pet PetLaman UtamaFunanKota BharuHadha min fadhle RabbiDataran MerdekaPembimbing Rakan SebayaHalim RadziBaby ShimaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaUmmi NazeeraDarurat Tanah MelayuThe Original GangsterKhulafa al-RasyidinFadhli MasootShukri YahayaAwieWilayah PersekutuanIndonesiaIsteri-isteri Nabi MuhammadShaheizy SamSejarah bahasa MelayuAngkatan Tentera MalaysiaSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurMalayan UnionRejimen Askar Melayu DiRajaPerkahwinan menurut IslamSenarai SBP di MalaysiaTawauPenjodoh bilangan bahasa MelayuSlot AkasiaAsiaPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalPerodua AxiaNajib RazakPemerintahan berajaAbdul Taib MahmudBruneiOrang India MalaysiaSultan Muhammad VSepak takrawZarina ZainuddinPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 UzbekistanNatasya MahyanSultan Mizan Zainal AbidinAzhar MansorSharifah AmaniZUS CoffeeWikipediaGeografi JohorBuah kerasCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahPulau PangkorAiman Hakim RidzaZamarul HishamUnifi TVNegeri SembilanIbanAparteidMusang PulutNabila HudaNegeri-Negeri SelatMustaqim Bahadon🡆 More