Bahasa Korea: Bahasa yang ditutur di Korea

Bahasa Korea (한국어/조선말code: ko is deprecated , lihat bawah) ialah bahasa rasmi kedua-dua Korea Utara dan Korea Selatan, dan juga bahasa rasmi di Wilayah Autonomi Etnik Korea Yanbian di China.

Di seluruh dunia, terdapat kira-kira 80 juta penutur bahasa Korea, termasuklah kelompok besar di negara-negara Bekas Kesatuan Soviet, serta kelompok etnik Korea di China, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Jepun, dan sejak kebelakangan ini, Filipina.

Bahasa Korea
한국어, a조선말
Hangugeoa, Chosŏnmal
Asli kepadaKorea Utara, Korea Selatan, bahagian timur laut dari China, Jepun
Penutur bahasa
80 juta
Kegunaan khusus Hangul atau campuran Hangul dan Hanja
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Negeri luas:
Korea Utara, Korea Selatan, Malaysia
Kawasan:
Republik Rakyat China
(Prefektur Berautonomi Yanbian Korean in Provinsi Jilin)
Dikawal selia olehKorea Selatan: Gungnip-gugeowon (Institut Kebangsaan Bahasa Korea; 국립국어원)[1]
Korea Utara: Sahoe Kwahagwŏn Ŏhak Yŏnguso (사회 과학원 어학 연구소)
Kod bahasa
ISO 639-1ko
ISO 639-2kor
ISO 639-3
kor

Pengelasan genealogikal bahasa Korea masih belum ditetapkan. Kebanyakan pakar bahasa menggolongkannya di bawah keluarga bahasa Altaik, namun ada yang menegaskan bahawa bahasa ini sejenis bahasa pencilan. Morfologi bahasa Korea disifatkan sebagai agglutinatif dan tatabahasanya mengikut urutan Subjek Objek Kerja. Serupa seperti bahasa Jepun dan bahasa Vietnam, bahasa Korea dipengaruhi bahasa Cina melalui kewujudan perkataan Sino-Korea. Perkataan bahasa Korea asli membentuk 35% daripada perbendaharaan katanya, manakala kira-kira 60% perbendaharaan kata merupakan perkataan Sino-Korea. 5% yang tinggal merupakan pinjaman daripada bahasa lain, 90% daripadanya bahasa Inggeris.

Fonologi

Konsonan

Bahasa Korea: Fonologi, Rujukan 
Konsonan tulisan Korea.
Bibir Alveolar Postalveolar Velar Glotal
Plosif dan
afrikat
biasa /p/ /t/ /ʨ/ /k/
tegang /p͈/ /t͈/ /ʨ͈/ /k͈/
beraspirasi /pʰ/ /tʰ/ /ʨʰ/ /kʰ/
Frikatif biasa /s/ /h/
tegang /s͈/
Hentian nasal /m/ /n/ /ŋ/
Konsonan kibasan /ɾ/

Contoh perkataan dengan konsonan:

Bunyi Contoh Transkripsi Roman Bahasa Melayu
/p/ [pal] bal 'kaki'
/p͈/ 빨다 [p͈alda] ppalda 'menghisap'
/pʰ/ [pʰal] pal 'lengan'
/m/ [mal] mal 'kuda'
/t/ [tal] dal 'bulan'
/t͈/ [t͈al] ttal 'anak perempuan'
/tʰ/ 타다 [tʰada] tada 'menunggang'
/n/ [nal] nal 'hari'
/ʨ/ [ʨal] jal 'baik'
/ʨ͈/ 짜다 [ʨ͈ada] jjada 'memerah; menjadi masin'
/ʨʰ/ 차다 [ʨʰada] chada 'menendang'
/k/ 가다 [kada] gada 'pergi'
/k͈/ 깔다 [k͈alda] kkalda 'menyebar'
/kʰ/ [kʰal] kal 'pisau'
/ŋ/ [paŋ] bang 'bilik'
/s/ [sal] sal 'daging'
/s͈/ [s͈al] ssal 'bijian beras'
/l/ 바람 [paɾam] baram 'angin'
/h/ 하다 [hada] hada 'buat'

Simbol IPA <͈> (tanda petikan lurus berganda dalam bentuk subscript) digunakan untuk menandakan konsonan yang tegang /p͈/, /t͈/, /k͈/, /ʨ͈/, /s͈/. Kegunaan rasminya dalam Extended IPA ialah untuk artikulasi yang 'kuat', namun juga digunakan dalam cetakan bagi suara faukal (faucalized voice). Konsonan-konsonan bahasa Korea juga mengandungi unsur-unsur suara kaku, tetapi belum diketahui sejauh mana kerapnya konsonan faukal. Konsonan-konsonan ini dihasilkan dengan kekangan sebahagian glotis dan tekanan subglotal tambahan serta juga dinding saluran vokal yang tegang, perendahan larinks, atau mana-mana kembangan larinks yang lain.

Kadang-kala konsonan tegang itu ditandakan dengan simbol berupa koma atas <ʼ>, namun ini kurang sesuai, kerana IPA <ʼ> mewakili konsonan ejektif, dengan penaikan glotis seakan omboh dan tekanan udara bukan pulmonik yang tidak dikongsi oleh konsonan tegang bahasa Korea ini.

Vokal

Bahasa Korea: Fonologi, Rujukan  Bahasa Korea: Fonologi, Rujukan 
Bahasa Korea: Fonologi, Rujukan 
Huruf vokal bahasa Korea

Monoftong

/i/ , /e/ , /ɛ/ , /a/ , /o/ , /u/ , /ʌ/ , /ɯ/ , /o̷/

Bunyi vokal yang didahului oleh pengantara, atau Diftong

/je/ , /jɛ/ , /ja/ , /wi/ , /we/ , /wɛ/ , /wa/ , /ɯi/ , /jo/ , /ju/ , /jʌ/ , /wʌ/

(/ɯi/ ialah satu-satunya diftong sejati dalam bahasa Korea.)

Monoftong

Bahasa Korea mengandungi 8 kualiti vokal yang berlainan serta kelainan kepanjangan vokal. Dua vokal lagi, iaitu vokal membulat hadapan separuh tertutup /ø/ dan vokal membulat hadapan tertutup /y/, masih kedengaran dalam pertuturan sesetengah penutur yang lebih tua, namun bunyi vokal tersebut masing-masing telah banyak diganti dengan diftong [we] dan [wi]. Dalam satu pantauan terhadap 350 orang penutur di Seoul pada tahun 2003, hampir 90% menyebut huruf vokal '' sebagai [wi]. Kelainan kepanjangan hampir lenyap sama sekali; kelainan kepanjangan bagi semua bunyi vokal masih kedengaran dalam penutur yang lebih tua, tetapi hampir semua penutur yang muda sama ada tidak memperlainkan kepanjangan vokal secara konsisten atau langsung tidak memperlainkan kepanjangan vokal sama sekali. Kelainan antara /e/ dan /ɛ/ juga menjadi unsur yang kian pupus dalam sesetengah penutur lebih muda, terutamanya di kawasan Seoul, manakala dalam kawasan-kawasan dialek lain, kedua-dua vokal ini masih ketara lainannya. Bagi penutur yang tidak melakukan pembezaan ini [e] lebih kerap didengar. Vokal /ʌː/ panjang pula menjadi [əː] bagi kebanyakan penutur.

Vokal pendek Vokal panjang
/i/ 시장 (sijang [ɕiˈʥaŋ], 'kelaparan') /iː/ 시장 (sijang [ˈɕiːʥaŋ], 'pasar')
/e/ 베개 (begae [peˈɡɛ], 'bantal') /eː/ 베다 (beda [ˈpeːda], 'memotong')
/ɛ/ 태양 (taeyang [tʰɛˈjaŋ], 'matahari') /ɛː/ 태도 (taedo, [ˈtʰɛːdo], 'kelakuan')
/a/ (mal [ˈmal], 'kuda') /aː/ (mal [ˈmaːl], 'kata, bahasa')
/o/ 보리 (bori [poˈɾi], 'barli') /oː/ 보수 (bosu [ˈpoːsu], 'gaji')
/u/ 구리 (guri [kuˈɾi], 'kuprum') /uː/ 수박 (subak [ˈsuːbak], 'tembikai')
/ʌ/ (beol [ˈpʌl], 'hukuman') /əː/ (beol [ˈpəːl], 'lebah')
/ɯ/ 어른 (eoreun [ˈəːɾɯn], 'orang tua') /ɯː/ 음식 (eumsik [ˈɯːmɕik], 'makanan')

Diftong dan luncuran

/j/ dan /w/ dianggap sebagai komponen diftong dan bukannya bunyi konsonan yang berasingan.

        wi [twi] dwi 'belakang' ɯi [ˈɯisa] uisa 'doktor'
je [ˈjeːsan] yesan 'bajet' we [kwe] gwe 'kotak'        
[ˈjɛːgi] yaegi 'cerita' [wɛ] wae 'mengapa'        
ja [ˈjaːgu] yagu 'lisut' wa [kwaːˈil] gwail 'buah-buahan'        
jo [ˈkjoːsa] gyosa 'guru'                
ju [juˈɾi] yuri 'kaca'                
[jəːgi] yeogi 'sini' [mwʌ] mwo 'apa'        

Rujukan


Tags:

Bahasa Korea FonologiBahasa Korea RujukanBahasa KoreaAmerika SyarikatAustraliaBrazilFilipinaJepunKanadaKorea SelatanKorea UtaraRepublik Rakyat China

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pitt HanifPuyuRacun RihannaAmir NafisMahligai PermataQistina KhaledTikTokAngel (penyanyi)Agensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaSurah Al-InsyirahKamal AdliTuanku Abdul RahmanMohamed Khaled NordinKelantanSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahPerpaduanTengku Amir ShahOlahragaTakwim HijrahPemancutan maniSiput babiRosyam NorBaju tradisional MelayuIsa KhanKata ganti diriPenjajahan Jepun di Tanah MelayuPenggunaSudirman (penyanyi)Baby ShimaSarah SuhairiFauzi NawawiHarris AlifPencemaranSolat Sunat RawatibKota BharuAl-QuranBeto KusyairyAngkatan Tentera MalaysiaAgama di MalaysiaBismillahMia KhalifaKamus DewanGunung KinabaluSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaFrekuensi radio di Negeri SembilanPersekutuan Tanah MelayuPremier SarawakAina AbdulDemokrasiKata sendi (bahasa Melayu)Senarai Surah Al-QuranBintang RTMKetua Polis Negara MalaysiaFadhlina SidekSiksa NerakaSyed Mokhtar Al-BukharyPersatuan Negara-negara Asia TenggaraOh My Ceria!Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanPembahagian kuasaKartina AyoobAhmad Samsuri MokhtarTV3Khalid Mohamad JiwaPilihan raya umum Malaysia 2022Matlamat Pembangunan MampanKadazan-DusunAngeline TanShakilla KhoririNasi kandarRedza RosliLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaNabi Musa a.s.HidroterapiSurah al-FatihahHari Wesak🡆 More