afa

Rencana ini merupakan kunci asas kepada simbol-simbol Abjad Fonetik Antarabangsa.

(audio) Rencana ini disertakan pautan ke fail audio. Jika anda menghadapi masalah memainkan fail-fail audio, rujuk Wiki: Bantuan audio.

Beberapa simbol AFA yang jarang dilafazkan mungkin tidak disertakan, kerana simbol-simbol tersebut boleh didapati pada laman AFA utama atau pada carta AFA yang lebih terperinci.

Setiap satu simbol AFA akan disertakan satu contoh daripada bahasa Melayu seboleh mungkin. Bahasa-bahasa asing yang menjadi rujukan utama bunyi tambahan adalah dari bahasa Inggeris, kemudian bahasa-bahasa yang lazim digunakan di seluruh dunia seperti bahasa Perancis, bahasa Jerman Baku dan bahasa Sepanyol. Untuk simbol-simbol yang tidak diliputi oleh bahasa-bahasa tersebut, bahasa-bahasa yang ramai penuturnya akan digunakan seperti bahasa Cina Baku, bahasa Hindustani, bahasa Arab dan bahasa Rusia. Jika terdapat bunyi-bunyi yang masih tidak diliputi oleh bahasa-bahasa tersebut, bahasa-bahasa lain yang mantap diselidik seperti bahasa Swahili, bahasa Zulu dan bahasa Turki akan digunakan.

Lajur kiri memaparkan simbol-simbol individu dalam kurungan siku ( [a] (Mengenai audio inidengar). ) Sila klik perkataan "dengar" untuk mendengar bunyi bagi setiap bunyi; dan klik pada simbol itu sendiri untuk rencana khusus dengan penerangan yang lebih lengkap yang berserta contoh-contoh daripada pelbagai bahasa. Bunyi-bunyi konsonan dilafazkan sekali diikuti bunyi vokal dan dilafazkan sekali lagi di antara dua vokal.

Jika aksara tidak dipaparkan, anda mungkin perlu memasang pasuan sokongan. Pasuan-pasuan percuma dengan sokongan AFA yang baik termasuk Gentium Plus (gaya serif) dan Andika (gaya sans-serif).

Simbol-simbol utama

Simbol-simbol disusun mengikut turutan huruf abjad Rumi. Simbol-simbol yang tidak menyerupai mana-mana huruf Latin akan diletakkan di hujung, atau di bahagian lain.

Simbol Contoh perkataan Penerangan
A
[a] (afa dengar) Mann (bahasa Jerman), gare (bahasa Perancis) Seperti bunyi untuk huruf ⟨a⟩ dalam bahasa Melayu tetapi bunyinya lebih terbuka dan ke hadapan.
[ä] (afa dengar) tā (bahasa Cina Mandarin), father (bahasa Inggeris Amerika), casa (bahasa Sepanyol), patte (bahasa Perancis) Bunyi ⟨a⟩ seperti yang dituturkan oleh jumhur penutur bahasa Melayu berdialek Johor-Selangor. Ini adalah bunyi piawai untuk bahasa Melayu.
[ɐ] (afa dengar) cut (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom), Kaiserslautern (bahasa Jerman) (dalam transkripsi bahasa Inggeris, [ɐ] biasanya ditulis dalam bentuk ⟨ʌ⟩.)
[ɑ] (afa dengar) father (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom), pâte (bahasa Perancis), bad (bahasa Belanda)
[ɑ̃] (afa dengar) Caen, sans, temps (bahasa Perancis) Bunyi [ɑ] yang disengaukan.
[ɒ] (afa dengar) cot (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom) Seperti [ɑ], tetapi dengan bibir yang lebih sedikit dibundarkan.
[ʌ] (afa dengar) cut (bahasa Inggeris Amerika) Seperti [ɔ], tetapi tanpa pembundaran bibir. (Apabila ⟨ʌ⟩ digunakan dalam bahasa Inggeris, sebutan sebenarnya mungkin [ɐ] atau [ɜ].)
[æ] (afa dengar) cat (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom)
B
[b] (afa dengar) babble (bahasa Inggeris)
[ɓ] (afa dengar) bwana (bahasa Swahili) Seperti [b] tetapi disebut seperti meneguk udara. Sila lihat konsonan implosif.
[β] (afa dengar) la Bamba (bahasa Sepanyol), abana "kanak-kanak" (bahasa Kinyarwanda), 무궁화 [muɡuŋβwa̠] mugunghwa (bahasa Korea) Seperti [b], tetapi bibir tidak ditutup serapat [b].
[ʙ] (afa dengar) simbi [siʙi] "rahang bawah" (bahasa Nias) Bunyi [b] tetapi bibir bergetar.
C
[c] (afa dengar) kebap "kebab" (bahasa Turki), stín "bayang-bayang" (bahasa Czech), και "dan" (bahasa Yunani) Di antara bunyi tune (Sebutan Diterima) dan cute dalam bahasa Inggeris. Kadangkala digunakan mengganti [tʃ] dalam bahasa-bahasa seperti bahasa Hindi.
[ç] (afa dengar) Ich (bahasa Jerman) Bunyi [x] tetapi lebih dilelangitkan (maksudnya ada bunyi "y" di dalamnya). Bunyinya seakan khianat dalam bahasa Melayu. Boleh cuba menyebut suku kata "khyi!" dengan laju-laju.
[ɕ] (afa dengar) 西安 Xi'an (bahasa Cina Mandarin), ściana (bahasa Poland) Bunyinya seakan desisan [ʃ], tetapi dimalar serta dilelangitkan. Maksudnya, berbanding [ʃ], aliran suara ini tidak terkumpul di kawasan berhampiran bibir tetapi di bahagian lidah yang menyentuh lelangit. Bentuk lidah pun lebih melengkung berbanding [ʃ], serta lidah tidak menyentuh gigi.
[ɔ] (afa dengar) sila lihat entri O
D
[d] (afa dengar) dad (bahasa Inggeris)
[ɗ] (afa dengar) Dodoma (bahasa Swahili) Bunyi [d] tetapi disebut seperti meneguk udara.
[ɖ] (afa dengar) harder (bahasa Inggeris Amerika) Bunyi [d] dengan lidah yang bergulung atau ditarik balik.
[ð] (afa dengar) the, bathe (bahasa Inggeris)
[dz] (afa dengar) adds (bahasa Inggeris) zero (bahasa Itali)
[] (afa dengar) judge (bahasa Inggeris)
[] (afa dengar) niewiedź "beruang" (bahasa Poland) Seperti [dʒ], tetapi tambah bunyi "y".
[] (afa dengar) em "jem" (Bahasa Poland) Seperti [dʒ] tetapi lidah lebih digulung atau ditarik ke belakang.
E
[e] (afa dengar) fe (bahasa Sepanyol), clé (bahasa Perancis), Klee (bahasa Jerman) Bunyi piawai "e-taling" dalam bahasa Melayu untuk perkataan "enak". Dekat dengan bunyi "i" tetapi dibuka sedikit sahaja. Berbanding bahasa Inggeris, kedudukan lidah untuk bunyi ini lebih tinggi.
[ɘ] (afa dengar) bird (bahasa Inggeris Australia)
[ə] (afa dengar) above (bahasa Inggeris), ठग [ʈʰəɡ] "pencuri" (bahasa Hindi) Bunyi piawai "e-pepet" dalam bahasa Melayu untuk perkataan "emak". Cara menyebutnya ialah lidah dan rahang dalam keadaan rehat, seperti orang yang berbunyi ketika dia tengah termenung.
[ɚ] (afa dengar) runner (bahasa Inggeris Amerika)
[ɛ] (afa dengar) bet (bahasa Inggeris) Bunyi "e" dalam bahasa Inggeris seperti contoh perkataan "bet". Berbanding [e], kedudukan lidah lebih rendah. Boleh cuba ungkapan "Eh!" dalam bahasa Melayu
[ɛ̃] (afa dengar) Saint-Étienne, vin, main (bahasa Perancis) Bunyi [ɛ] yang disengaukan.
[ɜ] (afa dengar) bird (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom)
[ɝ] (afa dengar) bird (bahasa Inggeris Amerika)
F
[f] (afa dengar) fun (bahasa Inggeris)
[ɟ] (afa dengar) sila lihat entri J
[ʄ] (afa dengar) sila lihat entri J
G
[ɡ] (afa dengar) gag (bahasa Inggeris)
[ɠ] (afa dengar) Uganda (bahasa Swahili) Seakan bunyi [ɡ] tetapi disebut seperti meneguk udara.
[ɢ] (afa dengar) Seakan bunyi [ɡ], tetapi kedudukan lebih ke belakang sehingga ke kerongkong. Dijumpai pada bahasa Parsi dan dialek-dialek Arab untuk fonem /q/, seperti Muammar Gaddafi.
[ʒ] (afa dengar) sila lihat entri Z Bunyi [ʃ] tetapi pita suara bergetar.
H
[h] (afa dengar) house (bahasa Inggeris Amerika)
[ɦ] (afa dengar) ahead (bahasa Inggeris), terutamanya apabila disebut dengan laju.
[ʰ] Bunyi konsonan berhembus. Bunyi ini sering digunakan oleh penutur bukan asli bahasa Melayu sebagai kelainan bebas untuk sebutan bunyi-bunyi konsonan letupan seperti [p], [t] dan [k].
[ħ] (afa dengar) مُحَمَّدMuhammad (bahasa Arab) Ha pedas. Jauh ke dalam tekak seperti [h] tetapi lebih kuat bunyi hembusannya.
[ɥ] (afa dengar) sila lihat entri Y
[ɮ] (afa dengar) sila lihat entri L
I
[i] (afa dengar) sea (bahasa Inggeris), ville (bahasa Inggeris), Valladolid (bahasa Sepanyol)
[ɪ] (afa dengar) sit (bahasa Inggeris)
[ɨ] (afa dengar) ты "awak" (bahasa Rusia)
J
[j] (afa dengar) yes, hallelujah (bahasa Inggeris), Junge (bahasa Jerman)
[ʲ] Ленин [ˈlʲenʲɪn] (bahasa Rusia) Menandakan bunyi konsonan itu mempunyai lebih banyak unsur bunyi huruf "y".
[ʝ] (afa dengar) cayo (sesetengah dialek bahasa Sepanyol) Seperti [j], tetapi lebih kuat.
[ɟ] (afa dengar) gör "lihat" (bahasa Turki), díra "lubang" (bahasa Czech) Antara bunyi dius dan giur dalam bahasa Melayu. Kadangkala digunakan sebagai kelainan bebas kepada bunyi [dʒ] dalam bahasa-bahasa seperti bahasa Hindi.
[ʄ] (afa dengar) jambo (bahasa Swahili) Seperti [ɟ] tetapi disebut seperti meneguk udara.
K
[k] (afa dengar) kick, skip (bahasa Inggeris)
L
[l] (afa dengar) leaf (bahasa Inggeris)
[ɫ] (afa dengar) wool (bahasa Inggeris)

малый [ˈmɑɫɨj] "kecil" (bahasa Rusia)

Dalam bahasa Melayu digunakan dalam perkataan Allah.
[ɬ] (afa dengar) llwyd [ɬʊɪd] "kelabu" (bahasa Welsh)

hlala [ɬaːla] "duduk" (bahasa Zulu)

Disebut melalui menyentuk lelangit menggunakan lidah pada masa yang sama menghembus nafas keluar di dua sisi lidah tersebut.
[ɭ] (afa dengar) Seperti [l] tetapi lidah tergulung atau ditarikbalik.
[ɺ] Bunyi [l] yang berkibas, seperti [l] dan [ɾ] disebut serentak.
[ɮ] (afa dengar) dla "makan" (bahasa Zulu) Seperti pasangan [l] dan [ʒ], atau pasangan [l] dan [ð], yang disebut secara serentak.
[ʟ] (afa dengar)
M
[m] (afa dengar) mime (bahasa Inggeris)
[ɱ] (afa dengar) pemvaksinan (bahasa Melayu), symphony (bahasa Inggeris) Seperti [m], tetapi bibir menyentuh gigi yang seakan cara sebutan [f].
[ɯ] (afa dengar) sila lihat entri W
[ʍ] (afa dengar) sila lihat entri W
N
[n] (afa dengar) nasi (bahasa Melayu), nun (bahasa Inggeris)
[ŋ] (afa dengar) nganga (bahasa Melayu), sing (bahasa Inggeris), nga (bahasa Māori)
[ɲ] (afa dengar) nyanyi (bahasa Melayu), Peña (bahasa Sepanyol), champagne (bahasa Perancis)
[ɳ] (afa dengar) वरुण [ʋəruɳ] Varuna (bahasa Hindi) Seperti [n] tetapi lidah lebih digulung atau ditarik ke belakang.
[ɴ] (afa dengar) Don Juan [doɴˈχwan] (bahasa Sepanyol Castilla) Seperti [ŋ], tetapi lebih ke belakang ke kawasan tekak.
O
[o] (afa dengar) orang (bahasa Melayu), no (bahasa Sepanyol), eau (bahasa Perancis), Boden (bahasa Jerman) Bunyi piawai "o" dalam bahasa Melayu.
[ɔ] (afa dengar) Oldenburg (bahasa Jerman), Garonne (bahasa Perancis) Bunyi kelainan bebas untuk "o" dalam bahasa Melayu. Kedudukan lidah lebih rendah, boleh cuba menyebut "Oh!" dengan mulut dibuka besar.
[ɔ̃] (afa dengar) Lyon, son (bahasa Perancis) Bunyi [ɔ] yang disengaukan.
[ø] (afa dengar) feu, bœufs (bahasa Perancis), Goethe (bahasa Jerman) Bunyi seperti [e] tetapi bibir dibundarkan seperti [o].
[ɵ] (afa dengar) hut (bahasa Belanda), je (bahasa Perancis), dum (bahasa Sweden) Bunyi di tengah-tengah [o] dan [ø]. Seperti [ʊ] tetapi lidah berkedudukan sedikit di bawah dan ke hadapan. Bunyi vokal ini jika dalam bahasa Belanda selalu ditranskripsikan sebagai ⟨ʏ⟩ atau ⟨œ⟩, manakala jika dalam bahasa Perancis pula selalunya ditranskripsikan sebagai ⟨ə⟩.
[œ] (afa dengar) bœuf, seul (bahasa Perancis), Göttingen (bahasa Jerman) Seperti [ɛ] tetapi bibir lebih dibundarkan seperti [ɔ].
[œ̃] (afa dengar) brun, parfum (bahasa Perancis) Bunyi [œ] disengaukan.
[ɶ] (afa dengar)
[θ] (afa dengar) sila lihat entri Lain-lain
[ɸ] (afa dengar) sila lihat entri Lain-lain
P
[p] (afa dengar) pip (bahasa Inggeris)
Q
[q] (afa dengar) قُرْآنQur’ān (bahasa Arab) Seperti [k], tetapi jauh ke belakang sehingga ke dalam tekak.
R
[r] (afa dengar) rasa (bahasa Melayu Malaysia, sebutan baku), perro (bahasa Sepanyol), borrow (Bahasa Scot) Bunyi "R getar". Bunyi ini dianggap sebagai bunyi piawai dalam bahasa Melayu Baku, tetapi perlu diingatkan bunyi "R" bahasa Melayu Baku bergetar tetapi tidak sekuat bunyi /r/ dalam bahasa Jawa (yang mempengaruhi sebutan bahasa Indonesia Baku).
[ɾ] (afa dengar) khabar, rasa (bahasa Melayu Malaysia, sebutan umum), pero (bahasa Sepanyol), daliri (bahasa Tagalog), kitty/kiddie (bahasa Inggeris Amerika) Bunyi "R tampar". Bunyi ini adalah bunyi kelainan bebas untuk "R" dalam dialek Johor-Selangor.
[ʀ] (afa dengar) rood (bahasa Belanda), rot (sebahagian penutur asli bahasa Jerman) Bunyi getaran di belakang tekak. Dijumpai pada laras konservatif bahasa Perancis untuk sebutan /r/.
[ɽ] (afa dengar) ساڑی [sə.ɽək] "jalan" (bahasa Urdu) Seperti bunyi tamparan [ɾ], tetapi lidah digulung ke belakang.
[ɹ] (afa dengar) borrow (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom) Bunyi kelainan bebas yang amat luas digunakan dalam sebutan umum bahasa Melayu Malaysia (termasuk pembaca berita), sehingga ramai di kalangan penutur asli bahasa Melayu berpendapat bunyi ini ialah bunyi baku.
[ɻ] (afa dengar) புழு Puu "cacing" (bahasa Tamil), 人民日报 Rénmín Rìbào "Akhbar Harian Rakyat" (bahasa Cina Baku), borrow, butter (bahasa Inggeris Amerika) Seperti [ɹ], tetapi lidah digulung atau ditarik ke belakang. Bunyi ini seringkali digunakan oleh penutur bukan asli bahasa Melayu apabila menyebut bunyi /r/.
[ʁ] (afa dengar) Paris (bahasa Perancis), Riemann (sebahagian dialek bahasa Jerman) Kelainan bebas untuk bunyi dalam bahasa Melayu. Bunyi ini di belakang tekak tetapi tidak getar.
S
[s] (afa dengar) sass (bahasa Inggeris)
[ʃ] (afa dengar) shoe (bahasa Inggeris)
[ʂ] (afa dengar) 少林 (Shàolín), (bahasa Cina Mandarin), Пушкин Pushkin (bahasa Rusia) Bentuk akustiknya seakan [ʃ], tetapi lidah bergulung atau ditarik balik ke belakang.
T
[t] (afa dengar) tot, stop (bahasa Inggeris)
[ʈ] (afa dengar) ठग [ʈʰəɡ] (thug) "thief" (bahasa Hindi) Seperti [t], tetapi lidah bergulung atau ditarik balik ke belakang.
[ts] (afa dengar) cats (bahasa Inggeris), царь tsar (Bahasa Rusia)
[] (afa dengar) church (bahasa Inggeris)
[] (afa dengar) 北京 Běijīng (afa listen) (bahasa Cina Mandarin), ciebie "you" (bahasa Poland) Seperti [tʃ], tetapi mempunyai lebih banyak bunyi "y".
[] (afa dengar) 真正 zhēnzhèng (bahasa Cina Mandarin), czas (bahasa Poland) Seperti [tʃ] tetapi lidah bergulung atau ditarik balik ke belakang.
U
[u] (afa dengar) food (bahasa Inggeris Amerika), vous "you" (bahasa Perancis), Schumacher (bahasa Jerman)
[ʊ] (afa dengar) foot (bahasa Inggeris), Bundesrepublik (bahasa Jerman)
[ʉ] (afa dengar) food (bahasa Inggeris Australia; tetapi bunyi panjang) Seperti [ɨ], tetapi bibir dibundarkan seperti [u].
[ɥ] (afa dengar) sila lihat entri Y
[ɯ] (afa dengar) sila lihat entri W
V
[v] (afa dengar) verve (bahasa Inggeris)
[ʋ] (afa dengar) वरुण [ʋəruɳə] "Varuna" (bahasa Hindi) Di antara [v] dan [w]. Digunakan oleh sebilangan penutur asli bahasa Jerman dan bahasa Rusia untuk menyebut v/w, dan sebilangan penutur asli bahasa Inggeris United Kingdom untuk menyebut r.
[ɤ] (afa dengar) sila lihat entri Y
[ɣ] (afa dengar) sila lihat entri Y
[ʌ] (afa dengar) sila lihat entri A
W
[w] (afa dengar) wow (bahasa Inggeris)
[ʷ] Menandakan bunyi konsonan itu ada dibundarkan
[ʍ] (afa dengar) what (bahasa Inggeris, sesetengah dialek) seperti [h] dan [w] disebut serentak
[ɯ] (afa dengar) kayık "caïque" (bahasa Turki), gaol (bahasa Gael Scotland) Seperti [u], tetapi bibir lebih hampas; seperti [ʊ].
[ɰ] (afa dengar) agua (bahasa Sepanyol) Seperti [w], tetapi bibir dihamparkan.
X
[x] (afa dengar) loch (bahasa Inggeris Scotland), Bach (bahasa Jerman), хлеб [xlʲep] "bread" (bahasa Rusia), joven (bahasa Sepanyol) Antara [k] dan [h]. Bunyi baku untuk dalam bahasa Melayu.
[χ] (afa dengar) Scheveningen (bahasa Belanda Baku Utara), Don Juan [doɴˈχwan] (bahasa Sepanyol Castilia) Seperti [x], tetapi jauh ke belakang dalam tekak. Sesetengah penutur asli bahasa Jerman dan bahasa Arab menggunakan [χ] untuk [x]. Bunyi kelainan bebas untuk dalam bahasa Melayu Baku.
Y
[y] (afa dengar) rue (bahasa Perancis), Bülow (bahasa Jerman) Seperti [i], tetapi bibir lebih dibundarkan seperti [u].
[ʏ] (afa dengar) Düsseldorf (bahasa Jerman) Seperti [ɪ], tetapi bibir lebih dibundarkan seperti [ʊ].
[ɣ] (afa dengar) غَالِيghālī (bahasa Arab), ghali "expensive" (bahasa Swahili), suegro (bahasa Sepanyol) Bunyi baku untuk dalam bahasa Melayu Baku. Bunyinya di antara [ɡ] dan [h].
[ɤ] (afa dengar) 河南 Hénán (bahasa Cina Mandarin), taigh (bahasa Gael Scotland) Seperti [o] tetapi bibir tidak dibundarkan, seperti gabungan bunyi [ʊ] dan [ʌ].
[ʎ] (afa dengar) tagliatelle, (bahasa Itali), mulher (bahasa Portugis) Seperti [l], tetapi mempunyai warna bunyi "y". Boleh cuba sebut "liu" dengan laju-laju.
[ɥ] (afa dengar) lui (bahasa Perancis) Seperti [j] dan [w] disebut serentak.
Z
[z] (afa dengar) zoo (bahasa Inggeris)
[ʒ] (afa dengar) vision (bahasa Inggeris), journal (bahasa Perancis) Bunyi [ʃ] tetapi pita suara bergetar.
[ʑ] (afa dengar) позже [ˈpoʑːe] "kemudian" (cara sebutan lama dalam bahasa Rusia), źle (bahasa Poland) Lebih mempunyai bunyi "y" berbanding [ʒ].
[ʐ] (afa dengar) жир "gemuk" (bahasa Rusia) Seperti [ʒ] tetapi lidah digulung atau ditarik ke belakang.
[ɮ] (afa dengar) sila lihat di bawah entri L
Lain-lain
[θ] (afa dengar) thigh, bath (bahasa Inggeris)
[ɸ] (afa dengar) 富士 [ɸɯdʑi] Fuji (bahasa Jepun), [ˌɸaːɾeːˈnuiː] wharenui (bahasa Māori) Seperti [p], tetapi bibirnya tidak berapa menyentuh
[ʔ] (afa dengar) tak, saat, (bahasa Melayu Baku), uh-oh, Hawaii, (bahasa Inggeris), die Angst (bahasa Jerman) Bunyi 'hentian glotis'.
[ʕ] (afa dengar) عَرَبِيّʻarabī "Arab" (bahasa Arab) Bunyi yang ringat tetapi disebut jauh ke dalam tekak, diartikulasi dengan akar lidah yang menyentuk farinks (di belakang tekak).
[ǀ] (afa dengar) tsk-tsk! atau tut-tut! (bahasa Inggeris), icici "earring" (bahasa Zulu) Bunyi berdecit yang digunakan dalam bahasa Melayu menandakan ketidakpuashatian.
[ǁ] (afa dengar) tchick! tchick! (bahasa Inggeris), ixoxo "frog" (bahasa Zulu)
[ǃ] (afa dengar) iqaqa "polecat" (bahasa Zulu) Bunyi seakan-akan menghantuk atau memetik lidah ke arah lelangit.
[ʘ] (afa dengar) ʘoa "two" (bahasa ǂʼAmkoe) Bunyi seolah-oleh bercumbu.
[ǂ] (afa dengar) ǂgā-amǃnâ [ǂàʔám̀ᵑǃã̀] "letak di dalam mulut" (bahasa Khoekhoe) Bunyi seolah-oleh mengunyah.

Penanda kepada simbol AFA

Beberapa simbol penanda boleh ditambah di atas, bawa, sebelum dan selepas huruf-huruf AFA. Berikut merupakan beberapa simbol penanda yang digunakan pada lambang AFA [a]. Senarai lebih lengkap boleh ditemui pada Abjad Fonetik Antarabangsa § Tatatanda prosodik dan diakritik.

Simbol Contoh Huraian
Penanda di atas huruf
[ã] vin blanc [vɛ̃ blɑ̃] "wain putih" (bahasa Perancis) Bunyi vokal disengau
[ä] vá [vä] "pergi" (bahasa Portugis) Bunyi vokal tengah yang disebut dengan cara kedudukan lidah terletak di kawasan tengah rongga, tidak depan atau belakang
[ă] police [pə̆ˈliˑs] (bahasa Inggeris) Bunyi sebutan yang terlebih pendek (selalunya bunyi vokal)
Penanda di bawah huruf
[a̯] cow [kʰaʊ̯], koi [kʰɔɪ̯] (bahasa Inggeris) Bunyi vokal pertama tidak membentuk suku kata secara sendirian, tetapi geluncur ke bunyi vokal seterusnya. (Dalam bahasa Inggeris, diakritik ini biasanya ditinggalkan menjadi [kaʊ].)
[n̥] boy [b̥ɔɪ̯], doe [d̥oʊ̯] (bahasa Inggeris) Bunyi seperti bisikan kuat; [n̥] adalah seperti hembusan berbisik yang keluar dari hidung. [l̥] dijumpai pada bahasa Tibet seperti perkataan Lhasa.
[n̩] button (bahasa Inggeris) Bunyi konsonan yang tidak diapiti oleh bunyi vokal sama ada di hadapan mahupun dibelakangnya (dalam bahas Inggeris [n̩] selalunya ditranskripsikan sebagai /ən/.)
[d̪] dos (bahasa Sepanyol), deux (bahasa Perancis) Lidah menyentuh gigi lebih daripada bunyi asalnya seperti dalam bahasa Inggeris.
Penanda di sebelah huruf
[kʰ] come (bahasa Inggeris) Penanda untuk konsonan beraspirat, disebut dengan adanya hembusan udara. Sama juga dengan bunyi konsonan [tʰ pʰ tsʰ tʃʰ tɕʰ].
[k’] ukuza "datang" (bahasa Zulu) Penanda ejektif. Seperti bunyi [k] yang diledak, atau ditolak secara paksaan dari kerongkong. Sama juga seperti [tʼ pʼ qʼ tʃʼ tsʼ tɬʼ].
[aː] shh! [ʃː] (bahasa Inggeris) Penanda bunyi vokal yang dipanjangkan. Selalu digunakan berserta bunyi-bunyi vokal bahasa Inggeris atau bunyi-bunyi diftong: Mayo /ˈmeːoː/ for [ˈmeɪ̯ɜʊ̯], etc.
[aˑ] caught [ˈkʰɔˑt] (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom) Penanda bunyi vokal separa panjang. (Walaupun berlainan bunyi vokal, namun sebutan ini lebih lama disebut berbanding cot [ˈkʰɒt].)
[ˈa] pronunciation [pɹ̥əʊ̯ˌnɐnsiˈeɪʃn̩] (bahasa Inggeris) Tekanan utama. Tanda ini menunjukkan tekanan pada suku kata selepasnya.
[ˌa] Tekanan yang lebih lemah dari tekanan utama. Tanda ini menunjukkan tekanan pada suku kata selepasnya.
[.] courtship [ˈkʰɔrt.ʃɪp] (bahasa Inggeris) Pemisah suku kata (kebiasaannya ia merupakan tanda yang lewah maka tidak ditanda)

Kurungan

Dua jenis kurungan biasanya digunakan untuk memagarkan transkripsi AFA:

  • /Tanda garis miring/ digunakan untuk bunyi-bunyi yang dibezakan sebagai unit-unit asas perkataan dalam sesuatu bahasa oleh penutur aslinya; dan unit-unit asas ini dikenali sebagai fonem. Penukaran simbol-simbol antara dua garis miring ini akan mengubah identiti perkataan sepenuhnya atau menghasilkan perkataan karut. Contohnya, dalam perkataan bahasa Inggeris lulls, huruf L pertama dan gabungan dua huruf L yang seterusnya dianggap sebagai fonem yang sama disebabkan tiada perbezaan bermakna menurut penutur asli, dan apabila tanda garis miring digunakan, ungkapan AFAnya akan jadi: /ˈlʌlz/. Sama juga dengan huruf-huruf B dalam frasa la bamba dalam bahasa Sepanyol ditranskripsikan secara fonemik menjadi /la ˈbamba/, walaupun kedua-dua huruf B kedengaran berbeza menurut penutur asli bahasa Inggeris. Oleh itu, pembaca yang tidak biasa dengan bahasa yang dimaksudkan mungkin tidak tahu bagaimana untuk mentafsir transkripsi ini dengan lebih sempit.
  • [Kurung siku] menunjukkan kualiti fonetik yang lebih sempit atau lebih terperinci bagi sesuatu sebutan, tidak mengambil kira norma bahasa yang digunakan; oleh itu, transkripsi tersebut tidak mengambil kira sama ada sebutan bunyi tersebut beza secara halus sehingga boleh didengar atau dibezakan oleh penutur asli bahasa itu. Transkripsi dalam kurungan siku mewakili bunyi didengar oleh orang asing yang langsung tidak tahu sesuatu bahasa tersebut sebagai unit-unit bunyi yang berasingan. Contohnya, perkataan Inggeris lulls boleh disebut dalam dialek tertentu dengan lebih khusus sebagai [ˈlɐɫz], dengan bunyi huruf L yang berbeza pada permulaan dan akhir. Bunyi ini mungkin kedengaran jelas berbeza bagi penutur bahasa yang membezakan antara bunyi [l] dan [ɫ]. Begitu juga, bahasa Sepanyol la bamba (disebut tanpa jeda) mempunyai dua bunyi b yang berbeza di telinga orang asing atau ahli bahasa— [la ˈβamba] —walaupun penutur asli Sepanyol mungkin tidak perasan akan perbezaannya. Meninggalkan atau menambah butiran sedemikian tidak membuat perbezaan kepada identiti perkataan, tetapi membantu untuk memberikan sebutan yang lebih tepat.

Jenis kurungan ketiga kadang-kadang dilihat:

  • Sama ada //garisan miring berganda// atau |garis menegak| menunjukkan bahawa bunyi tertutup adalah binaan teori yang sebenarnya tidak didengari. (Ini adalah sebahagian daripada morfofonologi.) Contohnya, kebanyakan ahli fonologi berpendapat bahawa -s di hujung kata kerja bahasa Inggeris, yang muncul dalam bentuk sama ada /s/ dalam talks /tɔːks/ atau sebagai /z/ dalam lulls /lʌlz/, mempunyai satu bentuk asas. Jika mereka memutuskan bahawa bentuk bunyi ini ialah s, mereka akan menulisnya //s// (atau |s|) untuk mendakwa bahawa fonemik /tɔːks/ dan /lʌlz/ pada asasnya adalah //tɔːks// dan //lʌls// di bawahnya. Jika mereka memutuskan bentuk bunyi ini pada dasarnya adalah yang kemudiannya, yakni //z//, mereka akan mentranskripsi perkataan ini menjadi //tɔːkz// dan //lʌlz// .

Akhir sekali,

  • Tanda kurung sudut digunakan untuk mewakili bentuk ortografi sesuatu bahasa, serta transliterasi untuk aksara-aksara bukan-Latin. Contohnya seperti lulls, la bamba, dan huruf a. Tanda kurung sudut tidak disokong oleh semua jenis pasuan, makanya templat {{angle bracket}} digunakan di Wikipedia untuk keserasian pasuan maksimum dapat dijaminkan.

Input komputer menggunakan papan kekunci pada skrin

Utiliti papan kekunci IPA dalam talian tersedia dan ia meliputi pelbagai simbol dan diakritik IPA:

Untuk sistem iOS terdapat susun atur papan kekunci IPA percuma, contohnya Papan Kekunci Fonetik AFA .

Lihat juga

  • Lanjutan kepada Abjad Fonetik Antarabangsa
  • Carta AFA untuk diftong dalam pelbagai bahasa lain

Pautan luar

Tags:

Abjad Fonetik AntarabangsaCarta Abjad Fonetik Antarabangsa

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

P. RamleeAbang Long Fadil 3KhairulamingKelantan F.C.InisiatifKerajaan Persekutuan MalaysiaKhulafa al-RasyidinPerubahan iklimPersekutuan Tanah MelayuHantu Kak Limah Balik RumahMarie AntoinetteLeftenan KomanderHael HusainiSidratulmuntahaManchester United F.C.Pertubuhan Keselamatan SosialSenarai Surah Al-QuranPasir GudangPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaKelapa sawitCibaiAl Nassr FCSyed Mokhtar Al-BukharyUniversiti Teknologi MARALaskar Udara KananKesultanan Johor-RiauHassanal BolkiahMalang Si PuteriAmerika SyarikatHang TuahPiala Sumbangsih 2024Rejimen Askar Melayu DiRajaKamal Affandi HashimJangkitanSunan BonangTentera Laut Diraja MalaysiaSiti HariesaWahabiMalariaUmie AidaUniversiti MalayaPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaCabang dan mazhab IslamNajis dalam IslamKata sendi (bahasa Melayu)Erysha EmyraKulitMajlis Raja-RajaAnwar IbrahimNegeri-negeri Melayu BersekutuBoBoiBoyProton SagaQarinSyamim FaridAzhan RaniSenarai kaum di MalaysiaDasar Ekonomi BaruPenanda wacanaRindu Kasih 2Negeri SembilanSalasilah keturunan Nabi MuhammadTakdir Yang TertulisYusof HaslamPerang AhzabUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaNegeri-Negeri SelatPembentukan MalaysiaCapriceRizky NazarKebudayaan MalaysiaDaiyan TrishaNombor telefon di MalaysiaJohorHawa RizwanaFrekuensi radio di SelangorHusin, Mon dan Jin Pakai Toncit🡆 More