Letusan Lelangit-Gusi Bersuara

Letusan lelangit-gusi bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara d͡ʒ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan dZ dalam X-SAMPA.

IPA – nombor 104 (135)
IPA – teks d͡ʒ
IPA – imej Letusan Lelangit-Gusi Bersuara
Entiti ʤ
X-SAMPA dZ
Kirshenbaum dZ
Mengenai audio iniContoh bunyi 

Dalam bahasa Melayu, letusan lelangit-gusi bersuara dilambangkan oleh huruf Rumi j (contohnya: jajah, anjak dan caj) seperti yang disetujui dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan dibangunkan bersama Malaysia dan Indonesia pada tahun 1972. Sebelum tahun 1972, ia hanya diwakili mengikut gaya ejaan diperkenalkan hasil pengaruh Barat - Ejaan Rumi Baharu di Malaysia mengeja bunyi ini dengan dwilambang j mengikut kelaziman bahasa Inggeris dipelopori Richard James Wilkinson manakala sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia menggunakan dwilambang dj mengikut kelaziman bahasa Belanda. Bunyi konsonan ini turut diwakili huruf Jawi جjim.

Ciri-ciri

Ciri-ciri letusan lelangit-gusi bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah letusan sibilan, iaitu dihasilkan mula-mulanya dengan menghalang arus udara sepenuhnya, kemudian mengarahkannya melalui alur pada lidah hingga ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
  • Daerah artikulasinya adalah lelangit-gusi, iaitu belakang gusi melengkung (separa dipalatalkan), dalam erti kata lain disebut dengan daun lidah di belakang batas gusi, dan bahagian hadapan lidah dilengkungkan ke arah lelangit.
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Penggunaan

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Melayu [[[Ortografi bahasa Melayu|jahat]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [d͡ʒahat] 'jahat' Rujuk fonologi bahasa Melayu
Arab Baku جرس [d͡ʒaras] 'loceng' Rujuk fonologi bahasa Arab
Croatia [[[Abjad Croatia|ep]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [d͡ʒep] 'kantung'
Georgia იბე [d͡ʒibɛ] 'poket'
Hindi [[[Devanāgarī|जाना]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [d͡ʒɑːnɑː] 'pergi' Rujuk fonologi bahasa Hindi-Urdu
Hungary [[[Abjad Hungary|lándzsa]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [laːnd͡ʒɒ] 'lembing' Rujuk fonologi bahasa Hungary
Inggeris [[[Ortografi bahasa Inggeris|jump]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈd͡ʒʌmp] 'lompat' Rujuk fonologi bahasa Inggeris
Itali [[[Abjad Itali|gemma]] ] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈd͡ʒɛmːa] 'permata' Rujuk fonologi bahasa Itali
Jerman [[[Ortografi bahasa Jerman|Dschungel]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [d͡ʒʊŋəl] 'hutan belantara' Rujuk fonologi bahasa Jerman
Portugis Brazil [[[Ortografi bahasa Portugis|grande]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ɡɾɐ̃d͡ʒi] 'hebat' Rujuk fonologi bahasa Portugis
Turki [[[Turkish alphabet|yatırımcı]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [jät̪ɯɾɯmd͡ʒɯ] 'pelabur' Rujuk fonologi bahasa Turki
Zapotec Tilquiapan dxan [d͡ʒaŋ] 'dewa'

Rujukan

Bibliografi

  • Barbosa, Plínio A.; Albano, Eleonora C. (2004), "Brazilian Portuguese", Journal of the International Phonetic Association, 34 (2): 227–232
  • Merrill, Elizabeth (2008), "Tilquiapan Zapotec", Journal of the International Phonetic Association, 38 (1): 107–114
  • Rogers, Derek; d'Arcangeli, Luciana (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association, 34 (1): 117–121
  • Shosted, Ryan K.; Vakhtang, Chikovani (2006), "Standard Georgian", Journal of the International Phonetic Association, 36 (2): 255–264
  • Watson, Janet (2002). The Phonology and Morphology of Arabic. New York: Oxford University Press.


Tags:

Letusan Lelangit-Gusi Bersuara Ciri-ciriLetusan Lelangit-Gusi Bersuara PenggunaanLetusan Lelangit-Gusi Bersuara RujukanLetusan Lelangit-Gusi Bersuara BibliografiLetusan Lelangit-Gusi BersuaraAbjad Fonetik AntarabangsaBahasaKonsonanX-SAMPA

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tulisan JawiGerhana matahariNegara-Negara KomanwelKecerdasan buatanIbnu KhaldunPiala UEFASyahadahKata adjektifMia KhalifaCik ManggisNasi kerabuAdat resam kahwin MelayuUniversiti Putra MalaysiaEmpayar Rom SuciAmin IdrisSolat subuhFatimah al-ZahraSosialAdi PutraIrma HasmieNasrizal NgasriUniversiti Sultan Zainal AbidinPeristiwa Bukit KepongGhibahProton WajaHadha min fadhle RabbiF.C. Internazionale MilanoPasukan bola sepak kebangsaan VietnamXPDCJudiRaja Zarith SofiahMasjid Sri SendayanPulau PangkorSurah Al-QadrPersekutuan Pengakap MalaysiaIntan LadyanaTunku Aminah Maimunah IskandariahRevolusi PerindustrianKelayakan UEFA Euro 2024Sarimah IbrahimAliff AzizInflasiHadis MutawatirRejimen Askar Melayu DiRajaLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaMasjid Wilayah PersekutuanStadium Nasional Bukit JalilMohd Noor Helmy Abdul HalemHantu Kak Limah Balik RumahHulu LangatMelayuWadi AnnuarHaidRukun ImanLiberalismeJenayah kolar putihTunku Abdul RahmanProton Holdings BerhadKedudukan Dunia FIFAKau Yang TerindahAsbab al-nuzulInfrastrukturSifat-sifat AllahPemancutan maniAzam AzmiKerajaan TarumanagaraStray KidsSyed Mohd Yusof Syed NasirJermanOktovia ManroseNegeri-Negeri SelatCabang dan mazhab IslamSyed Danial Syed AhmadMustapha KamalYang di-Pertua Negeri Sarawak🡆 More