Skala Richter

Skala magnitud Richter (atau ringkasnya skala Richter) ialah suatu sistem skala seismos yang dibangunkan bagi memberikan suatu nombor bagi mewakili tenaga yang dibebaskan semasa suatu gempa bumi.

Skala ini ialah suatu skala logaritma asas-10. Magnitudnya ditakrifkan sebagai logaritma nisbah amplitud gelombang yang diukur oleh seismograf kepada suatu amplitud kecil sembarangan. Jadi gempa bumi yang berukuran 5.0 pada skala Richter memiliki amplitud gegaran 10 kali lebih besar daripada gempa yang berukuran 4.0, dan berpadanan dengan keluaran tenaga 31.6 kali lebih besar.

Sejak pertengahan abad ke-20, penggunaan skala magnitud Richter telah mula digantikan oleh skala magnitud momen (MMS) di banyak negara.

Pembangunan

Skala Richter dicipta oleh Charles Francis Richter pada 1935: Charles sebelum ini telah mempelajari bidang seismologi di Universiti Stanford. Pada tahun 1927, Beliau mula bekerja di makmal seismologi di Pasadena, California dan setahun kemudian Charles F. Richter telah melanjutkan pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang fizik teori di Institut Teknologi California (CalTech) pada tahun 1928.

Pada tahun 1935, Richter dengan bantuan Beno Gutenberg telah mengembangkan satu sistem untuk mengukur kekuatan gempa bumi yang dikenali sebagai skala Richter sempena namanya dan pada mulanya bertujuan digunakan di California sahaja. Skala Richter yang dikembangkannya merupakan gandaan matematik untuk membezakan sesuatu kekuatan gempa bumi dan diterima pakai secara meluas setelah diubah suai. Kekuatan gempa bumi ditetapkan dengan penggunaan logaritma gandaan (amplitud) gelombang yang dirakamkan oleh mesin seismograf.

Richter memilih secara sembarangan peristiwa bermagnitud 0 ialah gempa bumi yang menunjukkan sesaran mendatar tergabung maksimum sebanyak 1 µm pada seismogram yang direkod menggunakan seismograf kilasan Wood-Anderson 100 km (62 bt) dari pusat gempa. Gempa bumi terkecil yang boleh direkodkan dan dikenal pasti ketika itu ialah sekitar magnitud 3. Sebagai bandingan, gempa dengan kekuatan 2.0 atau lebih kecil dianggap gempa mikro, biasanya tidak dapat dikesan oleh manusia dan hanya dirakamkan di mesin seismograf tempatan. Gempa bumi dengan kekuatan 4.5 mampu dirakam mesin seismograf di seluruh dunia dan berlaku beribu kali setahun. Kekuatan 5.3 dikelaskan sebagai gempa bumi sederhana dan kekuatan 6.3 dikelaskan sebagai gempa bumi yang kuat.

Gempa bumi besar seperti yang terjadi di Alaska tahun 1964 diukur memiliki magnitud 8.0 atau lebih. Rata-rata satu gempa bumi yang berukuran seperti itu terjadi setiap tahun.

Magnitud Richter

Magnitud Richter suatu gempa bumi ditentukan daripada logaritma amplitud gelombang yang direkodkan seismograf (pelarasan dibuat bagi memampas jarak antara seismograf dan pusat gempa). Formula asal ialah:

    Skala Richter 

di mana A ialah persiaran maksimum seismograf Wood-Anderson, fungsi empirik A0 bergantung hanya pada jarak epipusat stesen tersebut, Skala Richter . Pada praktiknya, purata bacaan daripada semua stesen pencerapan diambil selepas pelarasan bagi mendapat nilai Skala Richter .

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Skala Richter PembangunanSkala Richter Magnitud RichterSkala Richter Lihat jugaSkala Richter RujukanSkala Richter Pautan luarSkala RichterGempa bumi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Angkatan Pertahanan Awam MalaysiaKementerian Kesihatan MalaysiaTakbirQistina KhaledPersekutuan Tanah MelayuTuberkulosisJohor Darul Ta'zim F.C.Ciri-ciri orang munafikJabatan Kastam Diraja MalaysiaNabila RazaliHazama AzmiKhir RahmanBanjaran TitiwangsaSyamsul YusofRangka manusiaHassan MaricanGunung RuangMaktab Rendah Sains MARAMandi wajibSabronzoJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaKKN di Desa Penari (filem)Misteri DilailaGunung QafSurah al-FatihahMarsyal TUDMKelapa sawitAmir NafisHalim RadziDewan Undangan Negeri di MalaysiaPerodua KancilJabatan Kemajuan MasyarakatNazim OthmanKesan perubahan iklimPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Wadi AnnuarIsteri-isteri Nabi MuhammadGolongan yang terawal memeluk IslamRindu Kasih 2AllahKugiran MasdoSenarai Kementerian di MalaysiaSari YantiSuntikanMedia sosialBryan DomaniMark AdamHassanal BolkiahKota BharuKata namaZizan RazakKerenggaJoseph KurupRokokHukum madInisiatifHantu Kak Limah Balik RumahYouTubeLaskar KananTengku Zafrul Abdul AzizKepimpinanAhmad Zahid HamidiPenjodoh bilangan bahasa Melayu2024 di MalaysiaSunan KalijagaIntan LadyanaSejarah MalaysiaMalaysiaHak asasi manusiaMikroplastikPersekutuan Pengakap MalaysiaSkuadronSungai BulohPeraturan bola jaringSiksa Neraka🡆 More