Sukan Olimpik Musim Panas 2012

Sukan Olimpik Musim Panas 2012 (nama rasmi Sukan Olimpik XXX) atau juga dikenali sebagai London 2012, berlangsung di London, United Kingdom, mulai 27 Julai (upacara pembukaan) hingga 12 Ogos 2012.

Acara pertama, iaitu peringkat kumpulan bola sepak wanita, bermula dua hari lebih awal iaitu pada 25 Julai. Seramai 10,000 orang ahli sukan yang mewakili 204 buah Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK) telah bertanding dalam temasya ini.

Sukan Olimpik XXX
Sukan Olimpik Musim Panas 2012
Hos BandarLondon, Great Britain
Cogan kataInspire a Generation
Negara204
Atlet10,500 orang (dianggarkan)
Acara302 acara dalam 26 sukan
Pembukaan27 Julai 2012
Penutupan12 Ogos 2012
Dibuka oleh
Kawah Obor
Callum Airlie
Jordan Duckitt
Desiree Henry
Katie Kirk
Cameron MacRitchie
Aidan Reynolds
Adelle Tracey
StadiumStadium Wembley
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2012


Sukan Olimpik Musim Panas 2012 Musim Panas 2012
  • Proses pembidaan
  • Bidaan terperinci
  • Pembangunan
  • Tempat
  • Torch relay
  • Maskot
  • Ringkasan kronologi
  • Kontroversi
  • Upacara penutup
  • BOA
  • LOCOG

Ekoran bidaan yang diketuai oleh bekas atlet Olimpik, Sebastian Coe dan Datuk Bandar London ketika itu, Ken Livingstone, London terpilih selaku tuan rumah pada 6 Julai 2005 di Sesi IOC ke-117 di Singapura, mengatasi bidaan dari Moscow, Bandar Raya New York, Madrid dan Paris. London merupakan bandaraya pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik moden sebanyak tiga kali, setelah diberi hak penganjuran pada tahun 1908 dan 1948.

Usaha persediaan untuk temasya Sukan Olimpik ini telah banyak melibatkan pembangunan semula, khususnya pembangunan lestari. Tumpuan utama usaha ini ialah Taman Olimpik baharu seluas 200 hektar yang dibina di atas sebuah bekas kawasan perindustrian di Stratford di timur London. Temasya ini juga memanfaatkan banyak kemudahan yang sedia ada sebelum bidaan.

Proses pembidaan

Sukan Olimpik Musim Panas 2012 
Logo yang digunakan ketika proses pembidaan

London dipilih sebagai tuan rumah pada 6 Julai 2005 dalam Sesi IOC ke-117 di Singapura. London muncul sebagai pemenang proses pembidaan walaupun menghadapi persaingan yang kuat dengan bandar-bandar calon yang lain, terutamanya Paris.

Keputusan pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik 2012
Bandar JOK P1 P2 P3 P4
London Sukan Olimpik Musim Panas 2012  United Kingdom 22 27 39 54
Paris Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Perancis 21 25 33 50
Madrid Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Sepanyol 20 32 31 -
New York Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Amerika Syarikat 19 16 - -
Moscow Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Rusia 15 - - -

Pembangunan dan persediaan

Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik London (LOCOG) ditubuhkan untuk menyelia penganjuran temasya Sukan Olimpik setelah berjaya dalam pembidaan, lalu mengadakan sidang lembaga yang pertama pada 3 Oktober 2005. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Lord Coe ini bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menganjurkan temasya, sementara Lembaga Penyampaian Olimpik (Olympic Delivery Authority, ODA) yang ditubuhkan pada April 2006 bertugas untuk membina tempat acara dan prasarana.

Eksekutif Olimpik Kerajaan (Government Olympic Executive, GOE), sebuah unit di bawah Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan UK, merupakan lembaga kerajaan utama yang menyelaras Sukan Olimpik London 2012. GOE melapor menerusi Setiausaha Kekal Jabatan tersebut kepada Menteri Sukan dan Olimpik. Tumpuannya ialah menyelia temasya Sukan, pengurusan acara antara acara dan "London 2012 Olympic Legacy" sebelum dan selepas temasya yang akan memanfaatkan London dan UK. Pertubuhan ini juga bertanggungjawab menyelia pembiayaan sektor awam sebanyak £9.3 juta.

Pada Ogos 2011, wujudnya kebimbangan keselamatan berkenaan penganjuran Sukan Olimpik di London ekoran rusuhan England 2011, apabila beberapa negara meluahkan kerisauan tentang keselamatan temasya, biarpun Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah menjamin bahawa rusuhan itu tidak akan menjejaskan temasya.

Suruhanjaya Penyelarasan IOC sempena Sukan Olimpik 2012 telah mengadakan lawatan kesepuluh dan terakhir ke London pada Mac 2012, lalu membuat kesimpulan bahawa "London bersedia untuk menganjurkan dunia ini pada musim panas nanti".

Tempat acara dan prasarana

Sukan Olimpik Musim Panas 2012 
Akademi Pelayaran Kebangsaan Weymouth dan Portland di Pulau Portland, Dorset mengadakan acara lumba kapal layar

Sukan Olimpik dan Paralimpik 2012 telah sekaligus menggunakan kemudahan sukan yang baharu, sedia ada, bersejarah serta sementara, termasuk Taman Hyde dan Horse Guards Parade. Sesetengah kemudahan baru akan digunakan semula dalam bentuk Olimpiknya, sementara yang lain akan dibesarkan atau dipindahkan.

Kebanyakan tempat acara dibahagikan kepada tiga zon dalam London Raya, iaitu Zon Olimpik, Zon Sungai dan Zon Pusat. Selain itu, terdapat tempat-tempat acara yang terletak di luar batas London Raya, seperti Akademi Pelayaran Kebangsaan Weymouth dan Portland di Pulau Portland, Dorset, yang telah menempatkan acara belayar, yang terletak kira-kira 125 batu (200 km) ke barat daya London. Pertandingan bola sepak pula diadakan di beberapa padang di serata UK. Usaha pembaharuan Taman Olimpik bermula pada Disember 2006, apabila dewan sukan di Eton Manor terpaksa dirobohkan. Kampung Olimpik di Portland pula siap dibina pada September 2011.

Pada November 2004, rancangan pembinaan Taman Olimpik telah diperkenalkan. Rancangan tersebut diluluskan oleh majlis-majlis perbandaran Tower Hamlets, Newham, Hackney dan Waltham Forest pada September 2004. Usaha pembangunan semula kawasan berkenaan untuk membina Taman Olimpik memerlukan arahan pembelian paksa harta tanah. Agensi Pembangunan London bertelingkah dengan syarikat pengangkutan London and Continental Railways berkenaan arahan itu pada November 2005. LCR menuduh agensi tersebut mengganggu pembangunan kawasan berkenaan. Agensi tersebut hendak membeli tanah di sekeliling Taman Olimpik untuk projek pembangunan Bandaraya Stratford, yang mana tapak bekas Stratford Rail Lands seluas 180 ekar itu akan dijadikan projek pelbagai guna yang menempatkan 4,500 buah rumah, pejabat, hotel dan kedai baharu. Hasilnya pada tahun 2011 ialah pusat beli-belah urban terbesar di Eropah yang dikendalikan oleh Westfield. Menjelang Mei 2006, 86% tanah berkenaan telah dibeli sementara wujudnya tentangan oleh masyarakat peniaga, sehingga berlakunya siasatan. 206 buah syarikat terpaksa berpindah sebelum Julai 2007. Selain itu, para penduduk yang menentang pemindahan itu cuba menghalangnya dengan mengadakan kempen. Bagaimanapun, mereka terpaksa berpindah kerana 94% tanah sudah dibeli dan 6% lagi yang dibeli untuk projek pembangunan semula £9 bilion pun bermula.


Pandangan udara Taman Olimpik pada April 2012

Pembiayaan

Belanjawan penganjuran Sukan Olimpik adalah berasingan dengan belanjawan pembinaan tempat acara dan prasarana, serta pembangunan semula tanah untuk Taman Olimpik. Sungguhpun temasya dibiayai oleh pihak swasta, namun kebanyakan projek pembinaan tempat-tempat acara dan Taman Olimpik dibiayai dengan dana awam.

Belanjawan asal temasya ini adalah £2.4 bilion, tetapi jumlah itu meningkat hampir empat kali ganda kepada £9.3 bilion pada tahun 2007. Perangkaan baru ini diumumkan di hadapan Dewan Rakyat pada 15 Mac 2007. Selain kos pembangunan semula East End, belanjanya terdiri daripada yang berikut:

Sektor Belanja
Pembinaan tempat acara dan prasarana temasya £5.3 bilion
Pembiayaan sukan elit dan Paralimpik £400 juta
Kawalan keselamatan £600 juta
Pembangunan semula Lembah Lea £1.7 bilion
Dana luar jangkaan £2.7 bilion
Cukai tambah nilai £800 juta

Penaja

Sukarelawan

Sukarelawan tidak berbayar yang bergelar Games Makers melakukan pelbagai tugas sebelum dan sewaktu temasya. Seramai 70,000 orang sukarelawan disasarkan seawal tahun 2004. Apabila perekrutan diadakan pada tahun 2010, seramai 240,000 permohonan diterima. Sebastian Coe berkata pada Februari 2012, "Games Makers kami akan menyumbangkan sebanyak lapan juta jam kesukarelawanan sewaktu temasya, maka temasya ini tidak boleh dizahirkan tanpa mereka".

Penjualan tiket

Pihak penganjur menganggarkan, sebanyak 8 juta keping tiket dapat dijual untuk Sukan Olimpik London, dan 1.5 juta lagi untuk Sukan Paralimpik. Dianggarkan bahawa 82% tiket Olimpik yang sedia ada dan 63% tiket Paralimpik akan dijual. LOCOG mengharapkan hasil penjualan tiket dapat mencapai £375–£400 juta. Terdapat juga acara percuma, seperti maraton, triatlon dan lumba basikal jalanan, tetapi buat julung kalinya dalam sejarah Olimpik, acara belayar dikenakan bayaran.

Keselamatan

Operasi menjaga keselamatan diketuai oleh polis yang menyediakan seramai 10,000 orang kakitangan, disokong oleh 13,500 ahli tentera British. Aset-aset Tentera Laut dan Udara, termasuk kapal-kapal yang berlabuh di Sungai Thames, pesawat-pesawat Eurofighter dan peluru-peluru berpandu permukaan ke udara, turut dikerah dalam operasi ini. Belanja keselamatan turut meningkat dari £282 juta hingga £553 juta. Inilah operasi keselamatan terbesar yang diadakan oleh Britain dalam puluhan tahun kebelakangan ini. Jumlah 13,500 kakitangan tentera adalah lebih daripada yang dihantar oleh UK ke Afghanistan ketika itu. Polis Metropolitan dan Angkatan Marin Diraja menjalankan raptai keselamatan dalam persediaan untuk temasya Olimpik pada 19 Januari 2012.

Logo dan grafik

Dua logo London 2012 telah digunakan, iaitu satu untuk pembidaan yang direka oleh Kino Design dan satu lagi untuk temasya sukan. Logo yang terdahulu ialah reben berjalur biru, kuning, hitam, hijau dan merah berliku-liku melalui teks "LONDON 2012", menyerupai bentuk Sungai Thames di London Timur. Logo kemudian direka oleh Wolff Olins dan diperkenalkan 4 Jun 2007 setelah menelan belanja £400,000. Logo baru ini melambangkan nombor 2012, dengan logo Olimpik pada angka kosongnya.

Logo Paralimpik (kiri sekali) dan pelbagai gabungan warna rasmi untuk reka bentuk logo utama Wolff Olins

Inilah kali pertama logo yang sama digunakan untuk sukan Olimpik dan Paralimpik.

Maskot

Sukan Olimpik Musim Panas 2012 
Mandeville (kiri) dan Wenlock (kanan)

Maskot-maskot rasmi Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2012 diperkenalkan pada 19 Mei 2010; ini merupakan kali kedua (selepas Vancouver) yang mana kedua-dua maskot Olimpik dan Paralimpik diperkenalkan serentak. Wenlock dan Mandeville merupakan bentuk animasi yang menggambarkan dua titisan keluli lebur dari sebuah kilang keluli di Bolton. Mereka diberi nama Wenlock, sempena pekan Much Wenlock yang mengadakan suatu acara perintis kepada Sukan Olimpik masa kini, dan Mandeville, sempena Stoke Mandeville, sebuah desa di Buckinghamshire di mana diadakannya perintis kepada Sukan Paralimpik. Pengarang cerita kanak-kanak, Michael Morpurgo mencipta konsep cerita maskot-maskot ini, dan juga wujudnya filem animasi pendek berkenaan kisah mereka;. Dua cerita telah direka tentang maskot-maskot ini, iaitu Out Of A Rainbow yang mengisahkan kelahiran Wenlock dan Mandeville, dan Adventures On A Rainbow yang mengisahkan pertemuan kanak-kanak dari Out Of A Rainbow dengan maskot-maskot ini di samping mencuba pelbagai acara sukan Olimpik dan Paralimpik.

Pingat

Sekitar 4,700 butir pingat Olimpik dan Paralimpik 2012 telah dihasilkan oleh Royal Mint, direka oleh David Watkins (Olimpik) dan Lin Cheung (Paralimpik). Hampir kesemua bahan emas, perak dan tembaganya digali di Kaunti Salt Lake, Utah, Amerika Syarikat. Setiap pingat beratnya 375–400g, diameternya 85mm dan tebalnya 7mm, dengan nama sukan dan jurus tertera pada bibirnya. Seperti biasa, muka depannya memaparkan Nike, dewi kemenangan Yunani yang melangkah keluar dari Stadium Panathinaiko yang menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik moden yang sulung pada tahun 1896, dengan Parthenon sebagai latar belakangnya; muka belakangnya pula terpapar logo Sukan Olimpik, Sungai Thames dan garis-garis bersiri yang melambangkan "tenaga para atlet dan semangat perpaduan". Pingat-pingat ini dipindahkan untuk disimpan ke bilik kebal Menara London pada 2 Julai 2012.

Larian obor

Sukan Olimpik Musim Panas 2012 
Larian obor di Newport, Isle of Wight

Larian obor Olimpik dilangsungkan mulai 19 Mei hingga 27 Julai 2012, sebelum temasya bermula. Rancangan untuk larian obor dibangunkan pada 2010–11, sementara proses pemilihan pembawa obor diumumkan pada 18 Mei 2011. Api Olimpik tiba dalam kapal terbang BA2012 pada 18 Mei 2012 dari Greece. Larian ini diadakan selama 70 hari, dengan 66 keraian malam dan enam kunjungan pulau, melibatkan seramai 8,000 yang membawa obor dalam perjalanan sepanjang 8,000 batu (12,800 km), mulai Land's End di Cornwall. Obor ini hanya keluar dari United Kingdom selama sehari ketika mengunjungi Dublin pada 6 Jun. Larian ini tertumpu pada Tapak Warisan Negara, lokasi-lokasi yang penting kepada bidang sukan, acara sukan utama, sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Get Set School Network, kawasan hijau dan simpanan alam, Live Sites (lokasi berskrin besar), pesta dan sebagainya.

Upacara pembukaan

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 telah diadakan pada 27 Julai 2012 dan diberi gelaran The Isles of Wonder (Pulau-Pulau Keajaiban). Sutradara filem terkenal, Danny Boyle merupakan pengarah kesenian upacara ini, diiringi oleh Rick Smith dan Karl Hyde yang menganggotai duo muzik elektronik Underworld sebagai pengarah muzik.

Temasya dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II yang diiringi oleh Putera Philip, Adipati Edinburgh. Antara acara-acara menarik dalam upacara pembukaan ini termasuk filem pendek yang dibintangi oleh Daniel Craig sebagai James Bond bersama Ratu sendiri, dan juga persembahan lagu tema Chariots of Fire yang menampilkan pelawak terkenal Rowan Atkinson yang kelihatan leka berangan-angan akan babak larian pantai dalam filem tersebut sambil menekan-nekan satu kunci pada papan nadanya. Acara kemuncak upacara ialah penyalaan kawah Olimpik oleh tujuh orang atlet muda UK. Sir Paul McCartney membuat persembahan di akhir upacara.

Upacara penutupan

Upacara penutupan Sukan Olimpik London 2012 diadakan pada 12 Ogos 2012, menyaksikan penyerahan bendera Olimpik oleh Boris Johnson, Datuk Bandar London, kepada Eduardo Paes, Datuk Bandar Rio de Janeiro, iaitu tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2016.

Temasya

Peserta

Sukan Olimpik Musim Panas 2012 
Bilangan ahli setiap kontinjen

Seramai 10,000 orang atlet yang mewakili 204 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dijangka turut serta, sekaligus menjangkaui Sukan Olimpik Musim Panas 1948 di London dan Sukan Komanwel 2002 di Manchester sebagai temasya aneka sukan terbesar yang pernah dianjurkan di United Kingdom.

Jawatankuasa Olimpik Antillen Belanda yang pernah merancang untuk terus beroperasi selepas Antillen Belanda dibubarkan, ditarik balik keahliannya oleh Jawatankuasa Eksekutif IOC di sesi IOC Jun 2011. Bagaimanapun, para atlet Antillen Belanda yang layak ke Sukan Olimpik 2012 dibenarkan turut serta secara bebas di bawah bendera Olimpik. Memandangkan Sudan Selatan tiada NOC yang teriktiraf, atlet balapan dan padang dari negara tersebut, Guor Marial turut serta sebagai peserta bebas.

Juga timbulnya kekhuatiran bahawa Arab Saudi, Qatar dan Brunei tidak menghantar atlet wanita ke temasya. Walaupun demikian, kontinjen Arab Saudi akhirnya menghantar dua orang wanita.

  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Afghanistan (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Albania (11)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Algeria (39)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Samoa Amerika (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Andorra (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Angola (34)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Antigua dan Barbuda (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Argentina (137)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Armenia (25)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Aruba (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Australia (410)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Austria (70)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Azerbaijan (53)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Bahamas (24)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Bahrain (14)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Bangladesh (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Barbados (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Belarus (165)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Belgium (115)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Belize (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Benin (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Bermuda (8)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Bhutan (2)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Bolivia (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Bosnia dan Herzegovina (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Botswana (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Brazil (258)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kepulauan Virgin British (2)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Brunei (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Bulgaria (63)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Burkina Faso (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Burundi (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kemboja (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Cameroon (33)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kanada (277)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Tanjung Verde (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kepulauan Cayman (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Republik Afrika Tengah (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Chad (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Chile (35)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  China (380)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Colombia (104)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Comoros (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Republik Congo (7)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Republik Demokratik Congo (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kepulauan Cook (8)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Costa Rica (11)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Ivory Coast (10)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Croatia (108)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Cuba (110)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Cyprus (13)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Republik Czech (133)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Denmark (113)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Djibouti (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Dominika (2)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Republik Dominika (35)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Ecuador (36)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Mesir (113)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  El Salvador (10)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Guinea Khatulistiwa (2)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Eritrea (12)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Estonia (33)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Habsyah (35)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Fiji (9)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Finland (55)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Perancis (330)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Gabon (24)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Gambia (2)

  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Georgia (35)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Jerman (391)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Ghana (9)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Great Britain (541) (tuan rumah)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Yunani (104)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Grenada (10)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Guam (8)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Guatemala (19)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Guinea (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Guinea-Bissau (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Guyana (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Haiti (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Honduras (27)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Hong Kong (42)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Hungary (157)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Iceland (27)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Atlet Olimpik Bebas (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  India (83)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Indonesia (22)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Iran (53)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Iraq (8)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Ireland (66)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Israel (37)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Itali (284)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Jamaica (50)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Jepun (293)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Jordan (9)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kazakhstan (114)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kenya (47)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kiribati (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Korea Utara (51)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Korea Selatan (245)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kuwait (11)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kyrgyzstan (14)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Laos (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Latvia (46)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Lubnan (10)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Lesotho (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Liberia (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Libya (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Liechtenstein (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Lithuania (62)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Luxembourg (9)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Makedonia (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Madagaskar (7)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Malawi (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Malaysia (30)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Maldives (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Mali (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Malta (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kepulauan Marshall (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Mauritania (2)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Mauritius (11)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Mexico (102)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Persekutuan Mikronesia (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Moldova (22)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Monaco (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Mongolia (29)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Montenegro (33)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Maghribi (67)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Mozambique (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Myanmar (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Namibia (9)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Nauru (2)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Nepal (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Belanda (178)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  New Zealand (184)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Nicaragua (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Niger (6)

  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Nigeria (55)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Norway (64)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Oman (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Pakistan (21)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Palau (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Palestin (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Panama (7)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Papua New Guinea (8)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Paraguay (8)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Peru (16)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Filipina (11)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Poland (218)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Portugal (77)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Puerto Rico (24)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Qatar (12)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Romania (103)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Rusia (436)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Rwanda (7)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Saint Kitts dan Nevis (7)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Saint Lucia (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Samoa (8)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  San Marino (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  São Tomé dan Príncipe (2)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Arab Saudi (19)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Senegal (31)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Serbia (115)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Seychelles (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Sierra Leone (2)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Singapura (23)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Slovakia (46)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Slovenia (65)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kepulauan Solomon (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Somalia (2)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Afrika Selatan (125)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Sepanyol (282)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Sri Lanka (7)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Sudan (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Suriname (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Swaziland (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Sweden (134)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Switzerland (102)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Syria (10)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Taipei Cina (44)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Tajikistan (16)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Tanzania (7)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Thailand (37)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Timor-Leste (2)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Togo (6)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Tonga (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Trinidad dan Tobago (30)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Tunisia (83)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Turki (114)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Turkmenistan (10)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Tuvalu (3)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Uganda (16)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Ukraine (237)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Emiriah Arab Bersatu (26)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Amerika Syarikat (530)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Uruguay (29)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Uzbekistan (54)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Vanuatu (5)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Venezuela (70)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Vietnam (18)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kepulauan Virgin (7)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Yaman (4)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Zambia (7)
  • Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Zimbabwe (7)

Sukan

Acara Sukan Olimpik Musim Panas 2012 terdiri daripada 26 sukan dan 39 jurus:

  • Akuatik
    • Terjun (8)
    • Renang (34)
    • Renang berirama (2)
    • Polo air (2)
  • Angkat berat (15)
  • Badminton (5)
  • Belayar (10)
  • Bola baling (2)
  • Bola keranjang (2)
  • Bola sepak (2)

  • Bola tampar
    • Gelanggang (2)
    • Pantai (2)
  • Ekuestrian
    • Dressage (2)
    • Eventing (2)
    • Lompat (2)
  • Gimnastik
    • Artistik (14)
    • Berirama (2)
    • Trampolin (2)

  • Hoki (2)
  • Judo (14)
  • Lawan pedang (10)
  • Lumba basikal
    • BMX (2)
    • Basikal gunung (2)
    • Jalanan (4)
    • Balapan (10)
  • Lumba kanu
    • Sprint (12)
    • Slalom (4)

  • Memanah (4)
  • Mendayung (14)
  • Menembak (15)
  • Olahraga (47)
  • Pentatlon moden (2)
  • Pingpong (4)
  • Taekwondo (8)
  • Tenis (5)
  • Tinju (13)
  • Triatlon (2)

Buat kali pertama, acara tinju wanita disertakan dalam acara, dengan 36 peserta yang bertanding dalam tiga kelas berat. Bagi sukan tenis, acara beregu campuran kembali ke dalam program Olimpik sejak digugurkan pada tahun 1924.

Bidaan London menjanjikan 28 jenis sukan, sejajar dengan Sukan Olimpik Musim Panas kebelakangan itu, tetapi IOC mengundi untuk menggugurkan besbol dan sofbol daripada Sukan Olimpik 2012 dua hari selepas London dipilih sebagai tuan rumah.


Jadual

Jadual rasmi muktamad diterbitkan pada 15 Februari 2011.

OC Upacara pembukaan Peringkat saringan 1 Peringkat akhir CC Upacara penutup
Julai / Ogos 25
Rab
26
Kha
27
Jum
28
Sab
29
Ahd
30
Isn
31
Sel
1
Rab
2
Kha
3
Jum
4
Sab
5
Ahd
6
Isn
7
Sel
8
Rab
9
Kha
10
Jum
11
Sab
12
Ahd
Acara
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Upacara OC CC
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Angkat berat 1 2 2 2 2 2 1 1 1 1 15
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Badminton 1 2 2 5
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Belayar 2 2 2 1 1 1 1 10
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Bola baling 1 1 2
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Bola keranjang 1 1 2
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Bola sepak 1 1 2
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Bola tampar 1 1 1 1 4
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Ekuestrian 2 1 1 2 6
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Gimnastik 1 1 1 1 1 1 3 3 4 1 1 18
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Gusti 2 3 2 2 2 2 3 2 18
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Hoki 1 1 2
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Judo 2 2 2 2 2 2 2 14
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Lawan pedang 1 1 1 1 2 1 1 1 1 10
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Lumba basikal 1 1 2 2 2 1 1 1 3 2 1 1 18
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Lumba kanu 1 1 2 4 4 4 16
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Memanah 1 1 1 1 4
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Mendayung 3 3 4 4 14
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Menembak 2 2 1 1 1 1 2 2 1 2 15
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Olahraga 2 5 7 5 4 4 5 6 8 1 47
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Pentatlon moden 1 1 2
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Pingpong 1 1 1 1 4
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Polo air 1 1 2
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Renang 4 4 4 4 4 4 4 4 1 1 34
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Renang berirama 1 1 2
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Taekwondo 2 2 2 2 8
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Terjun 1 1 1 1 1 1 1 1 8
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Tenis 2 3 5
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Tinju 3 5 5 13
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Triatlon 1 1 2
Jumlah acara 12 14 12 15 20 18 22 25 23 18 21 17 22 16 32 15 302
Jumlah terkumpul 12 26 38 53 73 91 113 138 161 179 200 217 239 255 287 302
Julai / Ogos 25
Rab
26
Kha
27
Jum
28
Sab
29
Ahd
30
Isn
31
Sel
1
Rab
2
Kha
3
Jum
4
Sab
5
Ahd
6
Isn
7
Sel
8
Rab
9
Kha
10
Jum
11
Sab
12
Ahd
Acara

Rekod dunia

Tarikh Acara Atlet Negara Keterangan Ruj
27 Julai 2012 Memanah – Perseorangan lelaki Im Dong-Hyun Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Korea Selatan 699 mata pada pusingan ranking
27 Julai 2012 Memanah – Pasukan lelaki Im Dong-Hyun
Kim Bub-Min
Oh Jin-Hyek
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Korea Selatan 2087 mata pada pusingan ranking
28 Julai 2012 Mendayung – Beregu lelaki tanpa juragan Eric Murray
Hamish Bond
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  New Zealand 6:08.50 pada pusingan saringan
28 Julai 2012 Renang – Rampai individu400 meter wanita Ye Shiwen Sukan Olimpik Musim Panas 2012  China 4:28.43 pada pusingan akhir
29 Julai 2012 Angkat berat – 53 kg wanita Zulfiya Chinshanlo Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kazakhstan Sentap juak terus 131 kg
29 Julai 2012 Renang – Kuak kupu-kupu 100 meter wanita Dana Vollmer Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Amerika Syarikat 55.98
29 Julai 2012 Renang – Kuak lentang 100 meter lelaki Cameron van der Burgh Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Afrika Selatan 58.46
30 Julai 2012 Angkat berat – 62 kg lelaki Kim Un-Guk Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Korea Utara 327 kg
1 Ogos 2012 Renang – Kuak dada 200 meter lelaki Dániel Gyurta Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Hungary 2:07.28
1 Ogos 2012 Angkat berat – 77 kg lelaki Lü Xiaojun Sukan Olimpik Musim Panas 2012  China Sambar 175 kg
Jumlah 379 kg
1 Ogos 2012 Renang – Kuak dada 200 meter wanita Rebecca Soni Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Amerika Syarikat 2:20.00 pada pusingan separuh akhir.
2 Ogos 2012 Lumba basikal – Pecut berpasukan wanita Victoria Pendleton
Jessica Varnish
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Great Britain 32.526 saat pada pusingan kelayakan.
2 Ogos 2012 Lumba basikal – Pecut berpasukan wanita Gong Jinjie
Guo Shuang
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  China 32.447 saat pada pusingan kelayakan.
32.422 saat pada pusingan pertama.
2 Ogos 2012 Lumba basikal – Kejar-mengejar berpasukan lelaki Ed Clancy
Geraint Thomas
Steven Burke
Peter Kennaugh
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Great Britain 3:52.499 pada pusingan kelayakan.
3:51.659 pada pusingan akhir.
2 Ogos 2012 Lumba basikal – Pecut berpasukan lelaki Philip Hindes
Chris Hoy
Jason Kenny
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Great Britain 42.747 saat pada pusingan pertama.
42.600 saat pada pusingan akhir.
2 Ogos 2012 Renang – Kuak dada 200 meter wanita Rebecca Soni Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Amerika Syarikat 2:19.59 pada pusingan akhir.
2 Ogos 2012 Menembak – Pistol tembak tubi 25 meter lelaki Alexei Klimov Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Rusia 592 mata pada pusingan kelayakan
3 Ogos 2012 Lumba basikal – Kejar-mengejar berpasukan wanita Danielle King
Laura Trott
Joanna Rowsell
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Great Britain 3:15.669 pada pusingan kelayakan.
3 Ogos 2012 Menembak – Raifal meniarap 50 meter lelaki Sergei Martynov Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Belarus 705.5 mata pada pusingan akhir.
3 Ogos 2012 Renang – Kuak lentang 200 meter wanita Missy Franklin Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Amerika Syarikat 2:04.06 pada pusingan akhir.
4 Ogos 2012 Menembak – Jebak wanita Jessica Rossi Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Itali 75 mata pada pusingan kelayakan.
99 mata pada pusingan akhir.
4 Ogos 2012 Lumba basikal – Kejar-mengejar berpasukan wanita Danielle King
Laura Trott
Joanna Rowsell
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Great Britain 3:14.682 pada pusingan pertama.
3:14.051 pada pusingan akhir.
4 Ogos 2012 Renang – Gaya bebas 1500 meter lelaki Sun Yang Sukan Olimpik Musim Panas 2012  China 14:31.02 pada pusingan akhir.
4 Ogos 2012 Renang – Rampai berganti-ganti 4 × 100 meter wanita Missy Franklin
Rebecca Soni
Dana Vollmer
Allison Schmitt
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Amerika Syarikat 3:52.05 pada pusingan akhir.
4 Ogos 2012 Angkat berat– 94 kg lelaki Ilya Ilin Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kazakhstan Sentap juak terus 233 kg.
Jumlah 418 kg.
5 Ogos 2012 Angkat berat – +75 kg wanita Tatiana Kashirina Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Rusia Sambar 151 kg.
5 Ogos 2012 Angkat berat – +75 kg wanita Zhou Lulu Sukan Olimpik Musim Panas 2012  China Jumlah 333 kg.
9 Ogos 2012 Olahraga – 800 meter lelaki David Rudisha Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Kenya 1:40.91 pada pusingan akhir.
10 Ogos 2012 Olahraga – Larian berganti-ganti 4 × 100 meter wanita Tianna Madison
Allyson Felix
Bianca Knight
Carmelita Jeter
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Amerika Syarikat 40.82 pada pusingan akhir.
11 Ogos 2012 Olahraga – Lumba jalan kaki 20 kilometer wanita Elena Lashmanova Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Rusia 1:25:02.
11 Ogos 2012 Olahraga – Larian berganti-ganti 4 × 100 meter lelaki Nesta Carter
Michael Frater
Yohan Blake
Usain Bolt
Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Jamaica 36.84 pada pusingan akhir.

Jadual pingat

2012 Summer Olympics medal table
 Ked.  NOC Emas Perak Gangsa Jumlah
1 Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Amerika Syarikat (USA) 46 29 29 104
2 Sukan Olimpik Musim Panas 2012  China (CHN) 38 27 23 88
3 Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Great Britain (GBR)* 29 17 19 65
4 Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Rusia (RUS) 24 25 32 81
5 Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Korea Selatan (KOR) 13 8 7 28
6 Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Jerman (GER) 11 19 14 44
7 Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Perancis (FRA) 11 11 12 34
8 Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Itali (ITA) 8 9 11 28
9 Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Hungary (HUN) 8 4 6 18
10 Sukan Olimpik Musim Panas 2012  Australia (AUS) 7 16 12 35
11–85 Remaining NOCs 107 139 191 437
Jumlah (85 NOCs) 302 304 356 962

Penyiaran

Sukan Olimpik Musim Panas 2012 
Pusat Penyiaran Antarabangsa pada Jun 2011

Sukan Olimpik London 2012 merupakan Sukan Olimpik kesepuluh (setelah mengambil kira Sukan Musim Panas dan Musim Sejuk) yang memanfaatkan teknologi digital Panasonic sebagai format rakaman rasmi sejak Sukan Olimpik Barcelona 1992. Video antarabangsa rasmi diterbitkan dan diedar dari Pusat Penyiaran Antarabangsa (International Broadcast Centre, IBC) di Taman Olimpik London, dalam format definisi tinggi (HD) 1080/50i. Panasonic mengumumkan bahawa DVCPRO HD merupakan format rakaman rasmi untuk merakam temasya. Olympic Broadcasting Services London (OBSL) selaku Penyiar Tuan Rumah menggunakan kelengkapan siri HD P2 untuk menyokong penyiaran sepanjang kejohanan.

YouTube menyiarkan temasya sukan ke semua negara di serata dunia menerusi penstriman secara langsung atas perjanjian dengan IOC.


Pemasaran

Lagu rasmi

"Survival", single keluaran kugiran Inggeris Muse, merupakan lagu rasmi temasya ini. Lagu tersebut dimainkan disiarkan apabila para atlet berarak memasuki stadium serta ketika sebelum upacara penyampaian pingat; penyiar-penyiar seluruh dunia turut memainkannya ketika melaporkan perkembangan temasya.

Setem

Sukan Olimpik Musim Panas 2012 
Kedai mudah alih di VISA FIVB Beach Volleyball International (2011)

Pada Ogos 2009, Royal Mail memohon khidmat para pelukis untuk melukis 30 reka bentuk setem yang dikeluarkan secara kelompok bersepuluh pada tahun 2009 hingga 2011. 30 setem ini melambangkan Sukan Olimpik Musim Panas ke-30. Setiap setem memaparkan satu acara sukan Olimpik atau Paralimpik serta logo London 2012. Royal Mail pernah mencadangkan agar gambar foto disertakan, tetapi cadangan itu diketepikan kerana hanya foto tokoh yang sudah meninggal dibenarkan untuk ditampilkan pada setem; satu-satunya tokoh hidup yang boleh ditampilkan pada setem ialah Ratu.

Syiling

Dua butir syiling £5 dihasilkan untuk menyambut Sukan Olimpik London 2012, rekaan Saiman Miah, seorang penuntut seni bina tempatan yang keturunan Bangladesh. Seperti temasya sukan Olimpik yang lain sejak tahun 1952, Royal Mint mengilangkan satu set syiling emas dan perak kenang-kenangan satu kilogram, tetapi ini hanya dibenarkan setelah digubalnya satu Akta Parlimen, iaitu Akta Pencetakan Duit Syiling (Sukatan) 2011.

Chariots of Fire

Filem pemenang Anugerah Akademi, Chariots of Fire keluaran 1981 yang mengisahkan kejayaan sukan Britain pada Sukan Olimpik 1924, turut dijadikan tema yang ditampilkan berulang kali dalam promosi Sukan Olimpik London 2012. Lagu tema filem ini didendangkan pada acara bunga api sambutan Tahun Baru London 2012 sempena menyambut Olimpik, manakala babak larian pantai dalam filem itu serta lagu temanya ditampilkan dalam iklan "Let's Make It Great, Britain" yang disiarkan oleh akhbar The Sun. Lima ribu orang pelari yang menyertai larian uji pendahuluan Taman Olimpik juga didorong oleh lagu tema Chariots of Fire.

Dalam sambutan rasmi Festival London 2012, filem Chariots of Fire versi remaster ditayangkan di 100 buah pawagam di seluruh UK mulai 13 Julai 2012, dua minggu sebelum upacara pembukaan Olimpik. Filem tersebut turut diadaptasikan dalam bentuk pementasan sempena Olimpik, mulai 9 Mei di Teater Hampstead, kemudian berpindah ke West End pada 23 Jun.

Lihat juga

Rujukan

Rujukan buku

Pautan luar

Didahului oleh
Beijing
Sukan Olimpik Musim Panas
London

XXX Olympiad (2012)
Diikuti oleh:
Rio de Janeiro


Tags:

Sukan Olimpik Musim Panas 2012 Proses pembidaanSukan Olimpik Musim Panas 2012 Pembangunan dan persediaanSukan Olimpik Musim Panas 2012 TemasyaSukan Olimpik Musim Panas 2012 JadualSukan Olimpik Musim Panas 2012 PenyiaranSukan Olimpik Musim Panas 2012 PemasaranSukan Olimpik Musim Panas 2012 Lihat jugaSukan Olimpik Musim Panas 2012 RujukanSukan Olimpik Musim Panas 2012 Pautan luarSukan Olimpik Musim Panas 2012Jawatankuasa Olimpik KebangsaanLondon

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Shah AlamKelayakan Piala Asia AFC 2027IbanComorosBani IsraelYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanSrivijayaSolat Sunat RawatibTunku Abu BakarShideePortugalMira FilzahRazarudin HusainTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahPolis EVO 3Peringkat magnitud (jisim)Empayar Rom SuciAl-QuranOne Cent ThiefCopa América 2015Pandu PuteriSijil Pelajaran MalaysiaKerajaan Bani UmaiyahPihak Bersekutu Perang Dunia ISarimah IbrahimKetua Polis Negara MalaysiaWudukImaginurRadio Televisyen MalaysiaPeribahasa MelayuPerkahwinan menurut IslamNabiTakwim HijrahAdat resamSonu SoodOktovia ManroseKampung Medan, Petaling JayaNombor telefon di MalaysiaPenggunaPerlembagaan MalaysiaOptimismeAmin IdrisHarimauKaum-kaum di MalaysiaPiala Dunia FIFA 2026Riena DianaAgama BuddhaSlot SamarindaPuteri KhareezaAlif SatarAisyah Abu BakarShahrulezad MohameddinSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiHantu Kak Limah Balik RumahBeto KusyairyMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahPasukan bola sepak kebangsaan OmanKerenggaPulau PangkorTunku Puan NoraHubungan seksUpin & IpinAnwar IbrahimMahkamah MalaysiaAnna JoblingRock Oo!Kau Yang TerindahSultan Nazrin Muizzuddin ShahMaryamKementerian Komunikasi MalaysiaSyariat IslamLembah KlangSurah Al-AlaqSabahMasjid al-AqsaAzhar IdrusSolat tarawih🡆 More