Penisilin

Penisilin merupakan salah satu dari jenis ubat antibiotik β-laktik yang digunakan dalam penyembuhan penyakit berjangkit disebabkan bakteria berjenis Gram positif., ia berkesan melalui sifat yang mampu menghalang pengukuhan mukopeptida asas pembentukan dinding sel bakteria yang tumbuh aktif.

Penisilin diperolehi daripada kulat yang bernama penisilum.

Penisilin
Nukleus Penicillin

Penisilin digunakan dengan meluas untuk merawat jangkitan pada pelbagai bahagian tubuh, seperti penyakit:

Dalam Perang Dunia Kedua, ramai askar telah diselamatkan kerana luka mereka dapat dirawat dengan penisilin. Terdapat pelbagai jenis penisilin dan setiap satunya adalah khusus untuk membunuh kuman tertentu.

Secara umumnya penisilin merupakan suatu ubat yang selamat digunakan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pesakit yang sangat peka terhadap penisilin. Apabila seseorang memakan penisilin, mereka mungkin menjadi sakit, merasa gatal, semput, ataupun ruam kulit. Dalam kes yang serius, pesakit itu boleh mati akibat kekusutan penyakitnya.

Penemuan

Alexander Fleming pada 1929 semasa melakukan penyelidikan di makmal kajian Hospital Saint Mary London di mana beliau mencatat adanya lingkaran hambatan (zona bening) pada pertumbuhan bakteria di piring kultur Staphylococcus. Fleming menyimpulkan bahawa hambatan itu disebabkan bahan perencat dihasilkan yang menghalang pertumbuhan dan menghancurkan bakterian. Suatu pengkulturan tulen kemudian menemukan Penicillium yang kemudian dikenal sebagai Penicillium chrysogenum. Fleming memberikan istilah "penisilin" untuk menggambarkan hasil penapisan dari kultur tersebut.

Kesan sampingan

Tindak balas

Reaksi yang sering dialami dalam segelintir pesakit yang menerima antibiotik penisilin adalah (≥1% pasien) cirit-birit, urtikaria, nausea, dan superinfeksi dari Candidiasis. Kesan yang jarang dialami (0.1–1% pasien) termasuk demam, muntah, dermatitis, angiodema atau kolitis pseudomembarnosus.

Alergi

Alahan terhadap antibiotik beta-laktam termasuk penisilin dapat terjadi pada 10% pesakit, 0.01% bilangan pesakit diamati berkemungkinan dapat menderita anafilaksis.

Rujukan

Tags:

Penisilin PenemuanPenisilin Kesan sampinganPenisilin RujukanPenisilinAntibiotikBakteriaDinding selGram positif

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Takdir Itu Milik AkuKL GangsterSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaSunan DrajatHaidFrekuensi radio di SabahBaju kurungSenarai raja-raja MelayuSolat jamakPeristiwa Kampung MedanTakbirUniversiti MalayaSejarahKamus DewanJasmine Suraya ChinSyafiq YusofKedudukan Dunia FIFAKanun KeseksaanMedia sosialSaleemAzzim ZahidAliff Dalam 7 DimensiPerkhidmatan awam di MalaysiaGunung KinabaluLingga (Hindu)AlgeriaRevolusi PerindustrianDompet digitalMalek MccroneKelayakan Piala Asia AFC 2027KonfusianismePulau PangkorAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminFrekuensi radio di JohorJohor BahruUmar bin Al-KhattabKetumSyed Mokhtar Al-BukharySungai BulohCopa América 2015RibaKata namaErysha EmyraGereja KatolikRock Oo!Zara ZyaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaSarimah AhmadSijil Pelajaran MalaysiaSimpulan bahasaBadarBella AstillahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalHassanal BolkiahRiena DianaSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirKota BharuHadha min fadhle RabbiPersekutuan Tanah MelayuSultanah Nur Diana Petra AbdullahEnglandSenarai Saintis IslamAhli Sunah WaljamaahZarina ZainoordinPuasa (Islam)I.D.One Cent ThiefSekolah Menengah Kebangsaan Jalan TigaHemoroidPerang BadarSolat hajatTembikaiNombor dalam budaya CinaKerajaan Persekutuan MalaysiaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Kementerian Dalam Negeri MalaysiaPiala Dunia FIFA 2026🡆 More