Palestin Bermandat

Palestin Bermandat ialah sebuah entiti geopolitk yang ditubuhkan antara 1920 dan 1948 di wilayah Palestin di bawah terma Mandat Liga Bangsa untuk Palestin.

Palestin
1920–1948
Bendera Palestin
Jata awam Palestin
Bendera Jata awam
Palestin Bermandat pada 1946
Palestin Bermandat pada 1946
StatusMandat Liga Bangsa
Ibu negaraBaitulmaqdis
Bahasa yang umum digunakanInggeris, Arab, Ibrani
Agama
Islam, Yahudi, Kristian, Baháí, Druze
Pesuruhjaya Tinggi 
• 1920–1925 (pertama)
Herbert Samuel
• 1945–1948 (terakhir)
Alan Cunningham
Badan perundangan
• Badan berparlimen bagi masyarakat Islam
Majlis Islam Tertinggi
• Badan berparlimen bagi masyarakat Yahudi
Dewan Perwakilan
Era Sejarah
• Mandat diperoleh
25 April 1920
• Britain dikira mengawal secara rasmi
29 September 1923
14 Mei 1948
Keluasan
• Jumlah
25,585.3 km2 (9,878.5 bt2)
Mata wangPaun Mesir
(sehingga 1927)
Paun Palestin
(dari 1927)
Kod ISO 3166PS
Didahului oleh
Diganti oleh
Palestin Bermandat Pentadbiran Wilayah Musuh yang Diduduki
Israel Palestin Bermandat
Pengilhakan Jordan di Tebing Barat Palestin Bermandat
Negara Naungan Seluruh Palestin Palestin Bermandat
Sekarang sebahagian dariIsrael
Palestin

Semasa Perang Dunia Pertama (1914–1918), berlaku kebangkitan Arab menentang pemerintahan Uthmaniyah dan Pasukan Ekspedisi Mesir milik Empayar British telah mengalahkan orang Turki Uthmaniyah daripada tanah Syam. United Kingdom telah bersetuju dalam surat-menyurat McMahon–Hussein bahawa mereka akan menganugerahkan kemerdekaan Arab sekiranya orang Arab memberontak menentang Turki Uthmaniyah, tetapi pada akhirnya, United Kingdom dan Perancis membahagikan kawasan tersebut di bawah Perjanjian Sykes-Picot — sebuah tindakan pengkhianatan pada mata orang Arab.

Perkara selanjutnya yang merumitkan keadaan ialah Perisytiharan Balfour 1917, yang mana British berjanji mereka menyokong penubuhan sebuah negara rumah Yahudi di Palestin. Pada akhir perang, British dan Perancis membentuk sebuah kerjasama Pentadbiran Wilayah Musuh Yang Diduduki yang terletak di Syria Uthmaniyah. British menerima kesahan dengan memperoleh sebuah mandat daripada Liga Bangsa pada Jun 1922. Salah satu matlamat sistem mandat Liga Bangsa ialah untuk mentadbir kawasan dari Empayar Uthmaniyah yang tidak lagi berfungsi "sehingga cukup masa untuk mereka boleh berdiri sendiri".

Semasa mandat tersebut berkuat kuasa, kawasan ini menyaksikan gelombang penghijrahan Yahudi dan kebangkitan gerakan kebangsaan di kedua-dua masyarakat Arab dan Yahudi. Persaingan kedua-dua golongan penduduk ini membawa kepada pemberontakan Arab di Palestin 1936–1939 dan pemberontakan Yahudi di Palestin 1944–1948. Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Palestin untuk memisahkan wilayah tersebut kepada dua negara, satu untuk Arab dan satu untuk Yahudi, diluluskan pada November 1947. Perang Palestin 1948 berakhir dengan wilayah Palestin Bermandat dibahagikan kepada Negara Israel, Kerajaan Hasyimiah Jordan yang mengilhak wilayah Tebing Barat di Sungai Jordan, dan Kerajaan Mesir, yang menubuhkan "Negara Naungan Seluruh Palestin" di Genting Gaza.

Lihat juga

  • Ernest Bevin
  • Herbert Dowbiggin (1880–1966) – pakar polis
  • Perjanjian Faisal–Weizmann (1919)
  • Perjanjian Haavara (1933)
  • Pesuruhjaya Tinggi bagi Palestin dan Transjordan
  • Perisytiharan Kemerdekaan Israel
  • Senarai pejabat pos di Palestin Bermandat
  • Pasport Palestin Bermandat
  • Muzium Banduan Bawah Tanah
  • Perintah Kerakyatan Palestin 1925
  • Perintah Palestin
  • Paun Palestin
  • Penempatan Rusia
  • Charles Tegart (1881–1946) – pakar polis. Kubu polis Tegart dinamakan sempena namanya.
  • Temmbok Tegart
  • Parti Liberal (Palestin Bermandat)

Nota

Rujukan

Bibliografi

Bacaan selanjutnya

Pautan luar

Templat:Mandatory Palestine topics

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Palestin Bermandat, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Palestin Bermandat Lihat jugaPalestin Bermandat NotaPalestin Bermandat RujukanPalestin Bermandat BibliografiPalestin Bermandat Bacaan selanjutnyaPalestin Bermandat Pautan luarPalestin BermandatPalestin (wilayah)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Stray KidsFrekuensi radio di PerakIzzue IslamFrekuensi radio di KedahSiti HariesaKementerian Kesihatan MalaysiaTempoh haram puasaEtnik MelayuMira FilzahPortugalSSC NapoliMasjidNombor perdanaBruneiSifat-sifat AllahHari GawaiMalaysia MadaniSukan OlimpikAnwar IbrahimNabi Sulaiman a.s.Kerajaan Bani AbbasiyahJustin BieberShideeNasi tangasSaleemRaja berperlembagaanErra FaziraJasmine Suraya ChinKorban KasihKaabahMajapahitKetumLembah BujangSherry AlhadadAdat resamNabi Nuh a.s.Nabila RazaliSlot MegaDramaAnak Perjanjian Syaitan 2Nazim OthmanMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakTony EusoffKanun KeseksaanS.S.C. NapoliRaihanSenarai negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Amerika SelatanTenaga Nasional BerhadMarlia MusaHukum madTahun Baru CinaNabi Ya'akub a.s.PahangHong KongLailatulqadarNadia BrianBola jaringAlgeriaKanchan TiranaBumiputeraCik ManggisToyota AgyaRevolusi PerindustrianTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaBola sepakUniversiti Utara MalaysiaAerofonPolis EVO 3Senarai Yang di-Pertuan AgongMaktab Rendah Sains MARATunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahGeografi IndonesiaJambatan Pulau PinangFadlan HazimPenanda wacanaJohor Darul Ta'zim F.C.Nasrizal Ngasri🡆 More