Negara Berdaulat

Dalam undang-undang antarabangsa, negara berdaulat merupakan suatu entiti bidang kuasa bukan fizikal diwakili pemerintah berpusat yang memiliki kedaulatan ke atas suatu kawasan geografi tertentu.

Undang-undang antarabangsa mentakrifkan negara berdaulat itu sebagai mempunyai populasi atau kependudukan yang kekal, lingkungan kawasan yang jelas, sebuah pemerintah, dan keupayaan memasuki hubungan bersama negara berdaulat lain. Terdapat juga fahaman umum bahawa sesebuah negara berdaulat itu tidak bergantung mahupun tunduk kepada sebarang kuasa atau negara lain.

Sesebuah negara berdaulat itu boleh wujud tanpa pengiktirafan negara berdaulat lain jika mengikut teori deklaratif kenegaraan, namun negara yang tidak diiktiraf sering kali susah melaksanakan kuasa membuat perjanjian serta terlibat dalam hubungan diplomatik dengan negara berdaulat lain.

Hubungan antara negara dan pemerintah

Meskipun istilah "negara" dan "pemerintah" sering digunakan secara berganti-ganti, terdapat undang-undang yang membezakan antara negara tidak fizikal dan pemerintahnya; dan pada kenyataannya, konsep "pemerintah dalam buangan" didasarkan atas perbezaan itu. Negara adalah suatu kesatuan kehakiman yang tidak fizikal, dan tidaklah menyerupai pertubuhan manapun. Namun, hanya pemerintah sesebuah negara biasanya yang dapat mewajibkan atau mengikat negara, misalnya melalui suatu perjanjian.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Hubungan antarabangsaKedaulatanNegara (politik)PemerintahUndang-undang antarabangsa

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Proton PersonaMatlamat Pembangunan MampanPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaPolis EVO 3PerakPenanda wacanaGajahGunung QafKesan rumah hijauKaum-kaum di MalaysiaRacun RihannaCaturCinta FatamorganaPegawai memerintahPiala Asia B-23 AFCAkut (perubatan)Sikorsky S-61A-4 NuriLee Kee HiongMuhammad al-FatihAbang Long Fadil 3Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahGerak KhasShahrulezad MohameddinNILAMTalbis IblisPerkahwinan menurut IslamKelantanMusang PulutRukun NegaraKata adjektifAl-QuranMohammed Hanif OmarHubungan seksKlangMy Lovely DriverSejarah MelakaBangladeshJohor BahruMenteri Pertahanan MalaysiaPerjanjian HudaibiyahMakkahSaleemOrang Melayu IndonesiaAbdul Rahim Mohd NoorGas rumah hijauWan Azizah Wan IsmailPerodua KancilM. NasirGrup Gerak KhasZahirah MacWilsonNajib RazakPukimakSenarai stesen televisyen di MalaysiaAzhar IdrusMajlis Amanah RakyatPolitik balas budiGanjaFasha SandhaNabi Isa a.s.Kitar semulaBank Negara MalaysiaDemografi MalaysiaMarissa YasminShaharuddin ThambyKumpulan Wang Simpanan PekerjaOrang LampungAsiaKartina AyoobSyafiq YusofTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiSharnaaz AhmadTentera Laut Diraja MalaysiaPeti pertolongan cemasSheila RuslyFarah AhmadOne Cent ThiefKaum Dusun🡆 More