Mozilla Firefox

Mozilla Firefox ialah pelayar web percuma dan sumber terbuka yang diturunkan dari Mozilla Application Suite dan diuruskan oleh Mozilla Corporation.

Setakat Oktober 2010, Firefox ialah pelayar kedua terlaris di dunia dengan 30% usage share of web browsers sedunia. Firefox menggunakan enjin susun atur Gecko sumber terbuka, yang melaksanakan Web piawai bersama-sama dengan beberapa kandungan tambahan yang dimaksudkan seperti penambahan kepada piawai berkenaan.

Mozilla Firefox
Mozilla Firefox
Mozilla Firefox
Firefox 89 on Arch Linux
PembangunMozilla Corporation
Mozilla Foundation
Keluaran asal9 November 2004; 19 tahun yang lalu (2004-11-09)
Versi stabil terkini48.0  (2 Ogos 2016; 7 tahun yang lalu (2016-08-02))
Versi tak stabil terkini18.0 Beta 1  (23 November 2012; 11 tahun yang lalu (2012-11-23))
status pengembanganActive
Ditulis dalamC/C++, JavaScript, CSS, XUL, XBL
Sistem pengendalianMicrosoft Windows
OS X
Linux
Android
EnjinGecko, SpiderMonkey
Saiz
  • Windows, x64: 37.5 MB
  • macOS: 53 MB
  • Linux, x64 : 51.6 MB
Tersedia dalam89 locales (79 languages)
Status pembangunanActive
JenisPelayar web
LesenMPL
Laman sesawangwww.mozilla.org/firefox

Firefox memasukkan pelayan bertab, satu pemeriksa ejaan, carian progresif, penanda buku langsung, satu pengurus muat turun, dan satu sistem carian yang memasukkan Google. Fungsi-fungsi boleh ditambah menerusi lebih daripada 2,000 add-ons yang dicipta oleh pemaju ketiga; Paling popular termasuklah FoxyTunes (mengawal pemain muzik), Adblock Plus (penyekat iklan), StumbleUpon (penemuan laman web), DownThemAll! (fungsi muat turun) dan pemaju Web (peralatan web).

Mozilla Firefox merupakan pelayar platform bersilang yang memberi sokongan kepada berbagai-bagai versi Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Namun begitu, kod sumbernya secara tidak rasminya telah disambungkan kepada sistem operasi lain, termasuk FreeBSD , OS/2, Solaris, SkyOS, BeOS dan kini juga Windows XP Professional x64 Edition .

Firefox boleh berfungsi di atas platform Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Pelancaran versi stabil terkini adalah versi 3.6.13, yang keluar pada 9 Disember 2010.. Kod sumber Firefox ialah perisian percuma yang dikeluarkan di bawah tri-lesen GNU GPL/GNU LGPL/MPL.

Sejarah

Firefox (kategori)
Mozilla

Yayasan • Perbadanan

Komuniti / Tempahan(Pesanan)

Ciri-ciri • Sambungan (kategori)
Sebarkan Firefox • Penerimaan • Tukang gosip

Cabangan dan Projek-projek berkaitan

Flock• Gnuzilla • GNU IceCat
IceDove • IceApe • Portable Edition
Netscape 9 • Swiftfox • Swiftweasel
Miro • Songbird
XeroBank

Asal usul dan wasilah

Set Aplikasi Mozilla
Netscape Communicator
Netscape Communications Corp.
Buku Mozilla

Dave Hyatt dan Blake Ross memulakan projek Firefox sebagai cabang eksperimental bagi projek Mozilla. Mereka percaya bahawa keperluan komersial tajaan Netscape dan pembodek ciri-ciri yang dipacu pemaju telah berkompromi dengan utiliti pelayar Mozilla. Bagi menangani apa yang dipandang oleh mereka sebagai pengembungan perisian, mereka mencipta sebuah pelayar web yang lebih ringkas, yang mana mereka berniat untuk menggantikan Mozilla Suite. Pada 3 April 2003, Pertubuhan Mozilla mengumumkan rancangannya untuk mengalihkan tumpuan mereka dari Mozilla Suite ke Firefox dan Thunderbird.

Projek Firefox telah melalui beberapa pengubahan nama. Asalnya dinamakan Phoenix, perisian ini dinamakan semula gara-gara pertembungan tanda dagang dengan Phoenix Technologies. Nama seterusnya, Firebird pula mengungkitkan rasa tidak puas hati projek perisian pangkalan data percuma Firebird. Selepas itu, Mozilla Foundation menyatakan bahawa perisiannya patut sentiasa memegang nama Mozilla Firebird bagi mengelakkan kekeliruan dengan perisian pangkalan data itu. Tekanan tanpa henti daripada kominiti pembangun server pangkalan data itu memaksa satu lagi penukaran nama; pada 9 Februari 2004, Mozilla Firebird menjadi Mozilla Firefox (Firefox for short).

Projek Firefox telah melalui banyak versi percubaan/beta sebelum terkeluarnya versi 1.0 pada 9 November 2004. Sebagai tambahan kepada pembaikan kestabilan dan keselamatan, Yayasan Mozilla mengeluarkan pengemaskinian pertama kepada Firefox—versi 1.5—pada 29 November 2005. Pada 24 Oktober 2006, Mozilla mengeluarkan Firefox 2 yang merangkumi pengemaskinian kepada persekitaran pelayaran bertab, pengurusan sambungan, GUI, dan enjin carian dan pengemaskinian perisian; satu ciri-ciri pemulihan sesi yang baru; penyemak ejaan; dan satu ciri-ciri anti-phishing yang dilaksanakan oleh Google sebagai satu sambungan yang kemudiannya bergabung kepada perisian itu sendiri.

Firefox 3

Mozilla Firefox 3 dikeluarkan pada 17 Jun 2008, oleh Mozilla Corporation. Firefox 3 menggunakan versi 1.9 enjin susun atur Mozilla Gecko untuk memaparkan laman web. Veris baru ini banyak membaiki pepijat, mempertingkatkan kepatuhan pada piawaian, serta melaksanakan API web yang baru. Ciri-ciri lainnya termasuk pengurus muat turun diperbaharui, sistem "Places" baru untuk menyimpan penanda laman dan sejarah, serta tema-tema berasingan untuk sistem pengendalian berlainan. Versi terbaru di bawah 3.0 ialah Firefox 3.0.15.

Pembangunan Firefox 3 bermula dari versi beta pertamaya (bernama kod 'Gran Paradiso') yang telah dikeluarkan pada 19 November 2007, diikuti beberapa lagi keluaran beta sepanjang musim bunga tahun 2008 sehingga dirasmikan pada bulan Jun. Terdapat 8 juta muat turun unik bagi Firefox 3 pada hari keluarannya, sekaligus mencatat Rekod Dunia Guinness.

Firefox 3.5

Versi 3.5, bernama kod Shiretoko, menambahkan pelbagai ciri-ciri baru pada Firefox. Dari Firefox 3.1, pihak pembangun Mozilla menukar nombor keluarannya kepada 3.5, untuk mencerminkan skop perubahan yang lebih luas daripada yang dirancangkan pada mulanya. Antara perubahannya termasuk prestasi lebih pantas hasil enjin JavaScript baru bernama TraceMonkey serta penambahbaikan paparan, serta sokongan untuk tag-tag dan seperti yang ditakrikan dalam spesifikasi HTML 5, yang bermatlamat menyediakan pemainan video tanpa halangan dari masalah paten yang dikaitkan dengan kebanyakan teknologi video. XMLHttpRequest (XHR) merentas laman yang membolehkan aplikasi web lebih berkuasa dan cara yang lebih mudah untuk melaksanakan mashup, turut dilaksanakan dalam 3.5. Objek JSON global baru mengandungi fungsi-fungsi natif untuk mensirikan dan menyahsirikan objek-objek JSON dengan cekap dan selamat, seperti yang ditetapkan oleh rangka ECMAScript 3.1. Sokongan pemilih CSS 3 penuh turut disediakan. Firefox 3.5 menggunakan enjin Gecko 1.9.1 yang merangkumi beberapa ciri-ciri yang tidak disertakan dalam keluaran 3.0. Sokongan multi-touch turut ditambahkan ke dalam keluaran ini, termasuk sokongan gerak isyarat seperti mencubit untuk mengezum dan menggesel untuk bertukar halaman ke belakang atau hadapan. Firefox 3.5 turut ditampilkan dengan logo baru.

Versi 3.6

Versi 3.6 (terkini 3.6.13), atau nama kodnya Namoroka. mulai dibangunkan pada 1 Disember 2008, lalu dikeluarkan pada 21 Januari 2010. Keluaran ini menggunakan enjin susun atur Gecko 1.9.2 yang baru.

Ciri-ciri baru pada Firefox 3.6 termasuk sokongan tersedia untuk Persona (penghias bar alat), pemberitahuan pemalam luput (Pemeriksaan tidak dilakukan dalam tetingkap add-on (tambahan), sebaliknya dalam laman Mozilla), memainkan video Theora secara skrin penuh, sokongan untuk format fon web terbuka WOFF, dan sistem pemalam yang lebih selamat, dan bermacam-macam lagi peningkatan prestasi.

Version 4.0

Mozilla Firefox 
Firefox 4.0 memaparkan Wiki di Ubuntu.

Dengan nama kod "Tumucumaque", Firefox 4 dikeluarkan pada 22 Mac 2011, menampilkan antara muka pengguna yang serba baru. di samping ciri pemberitahuan yang diperbaharui, pengumpulan tag, tab aplikasi, pengurus tambahan yang diperbaharui, penyepaduan dengan Firefox Sync, dan sokongan untuk paparan multitouch.

Firefox 4 berdasarkan enjin Gecko yang menambahkan atau meningkatkan sokongan untuk HTML5,CSS3, WebM, dan WebGL. Selain itu, ia merangkumi enjin JavaScript baru (JägerMonkey) dan API XPCOM yang lebih baik.

Sejarah keluaran

Nama pelayar Versi Gecko Versi Status sokongan Nama kod Tarikh keluaran Perubahan besar
Phoenix 1.2 0.1 Mozilla Firefox N Pescadero 23 September 2002 Keluaran pertama; bar alat boleh ubah suai, carian pantas, pelayaran bertab.
0.2 Mozilla Firefox N Santa Cruz 1 Oktober 2002 Bar sisi, pengurusan sambungan.
0.3 Mozilla Firefox N Lucia 14 Oktober 2002 Penyekatan imej, senarai putih sekatan tetimbul
1.3 0.4 Mozilla Firefox N Oceano 19 Oktober 2002 Tema, peningkatan sekatan tetimbul, pengubahsuaian bar alat.
0.5 Mozilla Firefox N Naples 7 Disember 2002 Berbilang halaman utama, peningkatan bar sisi dan kebolehcapaian, sejarah.
Mozilla Firebird 1.5 0.6 Mozilla Firefox N Glendale 17 Mei 2003 Tema tersedia baru (Qute), peningkatan penanda halaman dan privasi, penatalan lancar, pensaizan semula imej.
0.7 Mozilla Firefox N Indio 15 Oktober 2003 Penatalan automatik, pengurus kata laluan, peningkatan panel keutamaan.
Mozilla Firefox 1.6 0.8 Mozilla Firefox N Royal Oak 9 Februari 2004 Pemasang Windows, bekerja di luar talian, peningkatan penanda halaman dan pengurus muat turun, logo baru.
1.7 0.9 Mozilla Firefox N One Tree Hill 15 Jun 2004 Tema tersedia baru (Winstripe), pemindahan data menyeluruh, pengurus sambungan/tema baru, penurunan saiz muat turun, sistem muat turun baru, pemasang Linux, ikon mel (Windows sahaja).
1.0 Mozilla Firefox N Phoenix 9 November 2004 Ciri-ciri baru seperti sokongan suapan RSS/Atom, bar alat carian, pencari pemalam.
1.8 1.5 Mozilla Firefox N Deer Park 29 November 2005 Sokongan ditambah untuk SVG dan kanvas, penyelarasan UI dan peningkatan dalam JavaScript 1.5 dan CSS 2/3.
Mozilla Firefox 2 1.8.1 2.0 Mozilla Firefox N Bon Echo 24 Oktober 2006 Ciri-ciri baru seperti pemulihan sesi selepas keruntuhan pelayar, cadangan carian untuk Google dan Yahoo!, pengurus pemalam carian baru dan pengurus tambahan baru, pratonton suapan web, mikrorumusan penanda halaman dan perlindungan anti-phishing Google. Winstripe theme refresh. Included support for JavaScript 1.7.
Mozilla Firefox 3 1.9 3.0 Mozilla Firefox N Gran Paradiso 17 Jun 2008 Cairo digunakan sebagai bahagian belakang grafik. Cocoa Widgets disertakan dalam binaan OS X. API yang dilaksanakan daripada spesifikasi WHATWG. Perubahan pada cara pengiriman peristiwa DOM, pemuatan unsur-unsur objek HTML, dan pemaparan laman web. Unsur-unsur SVG dan penapis terbaru, serta peningkatan kepatuhan spesifikasi SVG. Patuh ujian Acid2. Peningkatan antara muka pengguna terbaru, termasuk tema asal untuk sistem pengendalian berlainan dan pengurus muat turun baru. Tiada lagi sokongan untuk Windows 95, 98, ME, Mac OS X v10.3.9. Penyepaduan Addons.mozilla.org dalam tetingkap Tambahan (Add-ons). Sokongan untuk fail APNG. "Perlindungan malware" Google.
Mozilla Firefox 3.5 1.9.1 3.5 Mozilla Firefox Y Shiretoko 30 Jun 2009 Peningkatan piawaian web dalam enjin susun atur Gecko. API teks untuk unsur . Sokongan penggunaan imej birai hias. Sokongan untuk pemilih pertanyaan JavaScript. Beberapa peningkatan pada Smart Location Bar (Bar Lokasi Pintar). Mod pelayaran secara rahsia (private). Pelayaran sedar lokasi berasaskan Google (geolocation).
3.5.16 Mozilla Firefox Y December 9, 2010 Kemaskini Keselamatan dan Kestabilan. Didahului oleh 3.5.1 hingga 3.5.15
Mozilla Firefox 3.6 1.9.2 3.6 Mozilla Firefox Y Namoroka 21 Januari 2010 Peningkatan prestasi enjin JavaScript TraceMonkey. Sokongan untuk sifat CSS -moz-background-size, CSS Gradients, dan berbilang imej latar belakang. Sokongan untuk WOFF, sokongan terpasang untuk Persona. Pemberitahuan pemalam luput. Versi 3.6.4 dan seterusnya bercirikan pemalam luar proses.
3.6.16 Mozilla Firefox Y 22 Mac 2011 Menyenaihitamkan sijil-dijil HTTPs yang tidak sah. Didahului 3.6.2 hingga 3.6.15
Mozilla Firefox 4 2.0 4.0b10 Mozilla Firefox Y Tumucumaque 22 Mac 2011 Tema tersedia baru di semua platform, pengurus sambungan dan pemberitahuan direka semula, tab di atas, menu Firefox baru di Windows, tab app, bersepadu dengan Firefox Sync dan Panorama, sokongan WebM, sokongan WebGL, pemecutan perkakasan kandungan sesawang berdasarkan GPU, pengoptimuman tambahan pada enjin TraceMonkey bergelar JägerMonkey, peningkatan sokongan untuk ciri-ciri HTML5 dan CSS3.

Ciri-ciri

  • Ciri-ciri terkini termasuk pelayaran bertab, penyemak ejaan, carian progresif, penandaan halaman secara langsung, pengurus muat turun, pelayaran secara rahsia, pelayaran disetempatkan ("geolocation") yang berasaskan perkhidmatan Google dan sistem carian bersepadu yang berasalkan Google di kebanyakan versi tempatan. Banyak lagi fungsi boleh ditambah melalui pelbagai pilihan tambahan rekaan pihak ketiga, yang menarik ramai pengguna Firefox.
  • Firefox menyediakan persekitaran untuk pembangun web yang mana terbinanya alat-alat untuk kegunaan mereka, seperti Error Console (Konsol Ralat) atau DOM Inspector, atau sambungan-sambungan seperti Firebug.

Piawaian

Mozilla Firefox banyak melaksanakan piawaian web, termasuk HTML, XML, XHTML, MathML, SVG 1.1 (separa), CSS (with extensions), ECMAScript (JavaScript), DOM, XSLT, XPath, dan imej PNG (animasi) dengan kelutsinaran alfa. Firefox juga melaksanakan cadangan piawaian rekaan WHATWG seperti storan pihak klien, dan unsur kanvas.

Mozilla Firefox 
Hasil ujian Acid3 pada Firefox 3.5

Keselamatan

Firefox menggunakan model keselamatan "kotak pasir", serta mengehadkan skrip-skrip dari mencapai data dari tapak web lain yang berasaskan dasar asal-usul sama. Firefox menggunakan SSL/TLS untuk melindungi perhubungan dengan pelayan web berlengkapkan kriptografi yang kukuh ketika menggunakan protokol HTTPS. Firefox juga menyediakan sokongan untuk aplikasi web untuk menggunakan kad pintar untuk tujuan pengesahan.

Yayasan Mozilla menawarkan ganjaran besar ("bug bounty") kepada para penyelidik yang menemui kebocoran keselamatan yang teruk di Firefox. Garis panduan rasmi untuk menangani kerentanan keselamatan tidak menggalakkan kerentanan didedahkan terlalu awal untuk menghindari penyerang mengambil kesempatan terhadap kepincangan yang diketahui.

DIsebabkan Firefox kurangnya kerentanan keselamatan serius yang dikenali dan belum ditampal berbanding Internet Explorer, maka ramai yang beralih dari IE ke Firefox demi keselamatan. Akhbar The Washington Post melaporkan kod eksploitasi untuk kerentanan keselamatan kritikal yang belum ditampal di Internet Explorer terbuka selama 284 hari pada tahun 2006, berbanding kod eksploitasi bagi kerentanan keselamatan kritikal di Firefox terbuka selama 9 hari sebelum Mozilla menghantar tampungnya.

Kaji selidik Symantec pada tahun 2006 mendapati bahawa, biarpun Firefox lebih banyak mencatatkan kerentanan yang disahkan oleh penyedia berbanding pelayar lain hingga bulan September tahun itu, namun kerentanan tersebut lebih cepat ditampung berbanding pelayar lain. Symantec kemudian menjelaskan kenyataannya bahawa Firefox masih kurang kerentanan keselamatannya berbanding Internet Explorer, seperti yang dikira oleh pengkaji keselamatan.

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Tags:

Mozilla Firefox SejarahMozilla Firefox Ciri-ciriMozilla Firefox RujukanMozilla Firefox Bacaan lanjutMozilla Firefox Pautan luarMozilla FirefoxEnjin susun aturGecko (enjin susun atur)Mozilla Application SuiteMozilla CorporationPelayar webSumber terbuka

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perang PadriHubungan seksKata adjektifKuchingHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007KapitalismeTadau KaamatanKesan perubahan iklimNadhir NasarSrivijayaNaim DanielSungai TerengganuRinggitPukimakJohor BahruBidaraDaiyan TrishaZUS CoffeeAnna JoblingSultan PahangMalaysiaPenanda wacanaPetronasFauzi NawawiBunga rayaSujud sahwiSenarai peribahasa (A–M)Nasi lemakBuah kerasHanez SurayaLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaSaronKL Gangster 2Maya KarinAngkatan Tentera MalaysiaZul AriffinPerodua KelisaSolat subuhSultan Muhammad VFarah AhmadHari WesakSenarai perbandingan pangkat tenteraZed ZaidiSultan SelangorNabi Isa a.s.Gunung KinabaluAmy SearchImam MahdiKristianKetumPenggunaBruce GilleyFarajTengku Permaisuri NorashikinSubang JayaPlayboy Itu Suami AkuPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSepupuBank Negara MalaysiaMalang Si PuteriSurah al-FatihahAhirine AhirudinKamal AdliSeks oralSunan MuriaBella DowannaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unUmar bin Al-KhattabOktovia ManroseHasnul RahmatMata anginTabbyPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaGenting HighlandsAsia TenggaraPerikatan NasionalSoffi JikanKumpulan Wang Simpanan Pekerja🡆 More