Pelayar Web

Pelayar web atau penyemak imbas ialah paket perisian yang membolehkan pengguna untuk memapar dan berinteraksi dengan dokumen yang dihos oleh pelayan web.

Pelayar Web penyemak imbas terkenal di komputer peribadi termasuklah Microsoft Internet Explorer dan Mozilla Firefox. Pelayar merupakan jenis agen pengguna paling biasa digunakan. Jaringan besar dokumen berkait ini dikenali sebagai Jaringan Sejagat

Protokol dan piawaian

Penguasaan pada Disember 2010
Internet Explorer - 57.08%
Firefox - 22.81%
Google Chrome - 9.98%
Safari - 5.89%
Opera - 2.23%

Pelayar web berkomunikasi dengan pelayan web terutamanya dengan menggunakan HTTP (hyper-text transfer protocol) untuk mengambil tapak web. HTTP membenarkan pelayar untuk menghantar maklumat kepada pelayan web dan juga mencapai paparan laman web daripada mereka. Ketika ini, HTTP yang paling biasa digunakan ialah HTTP/1.1, yang ditakrifkan sepenuhnya di RFC - (Request for Comments) 2616. HTTP/1.1 mempunyai piwaian sendiri yang tidak disokong sepenuhnya oleh Internet Explorer, tetapi disokong oleh kebanyakan pelayar web generasi sekarang.

Laman web dijumpai melalui URL - (Uniform Resource Locator), yang dianggap sebagai alamat, bermula dengan http: untuk capaian HTTP. Kebanyakan pelayar turut menyokong pelbagai jenis URL dan protokol seumpamanya, seperti ftp: untuk FTP - ([File Transfer Protocol), gopher: untuk (Gopher protocol, dan https: untuk HTTPS (SSL versi tersulit HTTP).

Format fail untuk laman web biasanya HTML (hyper-text markup language) dan dikenal pasti melalui protokol HTTP dengan menggunakan jenis kandungan MIME . Kebanyakan pelayar tempanan menyokong pelbagai format sebagai tambahan kepada HTML, seperti format imej JPEG, PNG dan GIF, dan boleh dikembangkan untuk menyokong lebih banyak lagi melalui penggunaan palam masuk - (plugin). Gabungan spesifikasi protokol jenis kandungan HTTP dan URL membenarkan pereka muka web untuk memasukkan imej, animasi, video, bunyi, dan media aliran kepada laman web, atau membolehkan mereka dicapai melalui laman web.

Pelayar web awal menyokong hanya versi ringkas HTML. Perkembangan pesat pelayar web proprietari (lihat perperangan pelayar) mendorong kepada pembangunan dialek tidak piawaian HTML, membawa kepada masalah interoperasi dengan Jaring. Pelayar jaring moden (Mozilla Suite, Firefox, Opera, dan Safari) menyokong HTML dan XHTML berasaskan piawaian (bermula dengan HTML 4.01), yang sepatutnya dipaparkan dalam bentuk yang sama di kesemua pelayar. Internet Explorer tidak menyokong HTML 4.01 dan XHTML 1.x sepenuhnya lagi. Masa kini, banyak tapak jaring direka dengan menggunakan perisian penjana HTML WYSIWYG seperti Macromedia Dreamweaver atau Microsoft Frontpage. Ini sering kali menghasilkan HTML tidak piawaian secara ingkar, menghalang kerja W3C untuk membangunkan piawaian, khususnya dengan XHTML dan CSS (cascading style sheets, digunakan bagi atur letak laman).

Sesetengah pelayar popular termasuk komponen tambahan bagi menyokong berita Usenet, IRC (Internet relay chat) dan e-mel. Protokol yang mungkin disokong termasuk NNTP (network news transfer protocol), SMTP (simple mail transfer protocol), IMAP (Internet message access protocol), dan POP (post office protocol).

Sejarah ringkas

Tim Berners-Lee, yang meneroka penggunaan hiperteks untuk pengkongsian maklumat, mencipta pelayar jaring pertama, dikenali sebagai WorldWideWeb, pada tahun 1990 dan memperkenalkannya kepada rakan di CERN pada March 1991. Semenjak itu, pembangunan pelayar jaring tidak dapat dipisahkan daripada pembangunan jaring itu sendiri.

Ia dipercayai sebagai aplikasi berguna bagi mengendali buku telefon besar CERN. Dari segi antaramuka pengguna, ia menggunakan protokol gopher/telnet, membolehkan setiap pengguna untuk melayari tapak lain yang ditulis pengguna lain dengan mudah. Dengan integrasi grafik, ia kemudiannya dikatakan sebagai applikasi maut - (killer-application).

Kejutan kepopularan jaring dicetuskan NCSA Mosaic yang merupakan pelayar grafik beroperasi pada Unix tetapi kemudian dialih kepada pelantar Apple Macintosh dan Microsoft Windows. Versi 1.0 dibebaskan pada September 1993. Marc Andreesen, yang merupakan ketua pasukan Mosaic di NCSA, berhenti untuk membentuk syarikat yang kemudiannya dikenali sebagai Netscape Communications Corporation.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Pelayar Web Protokol dan piawaianPelayar Web Sejarah ringkasPelayar Web RujukanPelayar Web Pautan luarPelayar WebInternet ExplorerJaringan SejagatKomputer peribadiMicrosoftMozilla FirefoxPelayan webPerisian

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perang AhzabNegara PalestinSenarai Kementerian di MalaysiaNabi Ibrahim a.s.Pemancutan maniAsha MericanSurah Al-AlaqYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanAl-Masih ad-DajjalHarimauToyota AgyaKelayakan Piala Asia AFC 2027Dewan Rakyat MalaysiaKedudukan Dunia FIFAPertubuhan Pribumi PerkasaDemografi MalaysiaUngku Ismail AzizSenarai Surah Al-QuranDarah yang keluar dari rahim wanitaJenis-jenis ayat bahasa MelayuSultan JohorKesihatanLee Kee HiongMasjid Sri SendayanRuhainiesSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarKomunismeBola tamparSenarai anime yang ditayangkan di MalaysiaPetronasSurah al-FatihahKumpulan 15Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Tunku Aminah Maimunah IskandariahPerluasan Persatuan Negara-negara Asia TenggaraIsrafilUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaAsbab al-nuzulKaabahFrekuensi radio di PahangUniversiti Putra MalaysiaDaiyan TrishaNasi tangasSenarai saluran Astro NJOIDeria bauCuti umum di MalaysiaSejarahSlot SamarindaSunan Gunung JatiDarurat Tanah MelayuJuzLingga (Hindu)Onde-ondeNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaTeknologiDemokrasiRaysha RizroseMuhammad InderaRakaatSemenanjung MalaysiaSarah SuhairiMenteri Besar JohorPadiMuhyiddin YassinMalaysia MadaniSolozKeluaran dalam negara kasarSepahtu Reunion LiveEtnik MelayuSonu SoodGeografi IndonesiaSharnaaz AhmadLim Kit SiangBukan Kahwin PaksaLembah Bujang🡆 More