Margot Robbie: Pelakon dan penerbit Australia

Margot Elise Robbie (lahir 2 Julai 1990) ialah seorang pelakon wanita Australia.

Robbie memulakan kariernya dengan muncul dalam filem bebas Australia pada tahun 2008. Beliau kemudiannya dipilih untuk berlakon dalam Neighbours (2008–2011), yang mendapatkan beliau dua pencalonan Anugerah Logie. Selepas berpindah ke Amerika Syarikat, Robbie membintangi drama bersiri ABC, Pan Am (2011–2012). Pada tahun 2013, beliau membuat penampilan skrin besar pertamanya dalam filem romantik-drama, About Time dan membintangi The Wolf of Wall Street. Pada tahun 2015, Robbie membintangi filem komedi, Focus, muncul dalam filem drama romantik Perang Dunia Kedua, Suite Française dan membintangi filem sci fi, Z for Zachariah. Pada tahun 2016, beliau melakonkan watak Harleen Quinzel / Harley Quinn dalam filem adiwira, Suicide Squad dan Jane Porter dalam filem The Legend of Tarzan.

Margot Robbie
Margot Robbie: Kehidupan awal, Karier, Kehidupan peribadi
Kelahiran
Margot Elise Robbie

(1990-07-02) 2 Julai 1990 (umur 33)
Pusat pendidikanKolej Somerset
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007–kini
PasanganTom Ackerley (k. 2016)
Laman web rasmiwww.margotrobbie.com.au

Kehidupan awal

Robbie dilahirkan di Gold Coast, Queensland, Australia, anak perempuan kepada Sarie Kessler, seorang fisioterapi dan ayahnya seorang bekas pemilik ladang. Beliau mempunyai tiga orang adik beradik, abang bernama Lachlan "Lockie" Robbie, adik lelaki bernama Cameron Robbie dan kakak bernama Anya. Robbie dan adik beradiknya dibesarkan oleh ibu tunggal mereka. Beliau mempunyai hubungan yang minimum dengan bapanya. Membesar, beliau membahagikan masanya diantara pantai dan ladang datuk dan neneknya di Dalby. Untuk hidup, Robbie bekerja tiga pekerjaan dengan serentak pada usia 16 tahun. Beliau mempelajari drama di sekolah, menamatkan pengajian dari Kolej Somerset pada tahun 2007. Ketika Robbie berumur 17 tahun, beliau berpindah ke Melbourne untuk berlakon secara profesional.

Karier

Awal karier

Robbie telah berlakon secara profesional sejak tahun 2007, apabila beliau membintangi dua filem, I.C.U. dan Vigilante. Selepas mengagumkan pengarah dengan prestasi beliau semasa uji bakat, beliau mendapat watak dalam I.C.U. tanpa sebarang ejen pada masa itu. Robbie juga berlakon dalam iklan dan mempunyai watak sokongan dalam The Elephant Princess dan City Homicide sebagai Caitlin Brentford.

Margot Robbie: Kehidupan awal, Karier, Kehidupan peribadi 
Robbie di Anugerah Logie 2011

Robbie mula muncul sebagai Donna Freedman dalam Neighbours bermula bulan Jun 2008. Karakter itu pada asalnya merupakan watak sokongan tetapi beliau kemudiannya dijadikan sebagai barisan pelakon tetap. Dalam satu temuramah bersama Digital Spy, Robbie berkata beliau pergi bercuti ke Kanada bersama teman lelakinya selepas uji bakat tetapi terpaksa kembali selepas dua hari apabila beliau diberitahu beliau mendapat watak tersebut.

Pada awal tahun 2009, Robbie muncul dalam pelbagai promosi Network Ten, menampilkan sekumpulan muka popular Australia dalam rangkaian itu. Pada bulan Julai 2009, beliau memenuhi tempat tetamu "Generasi Y" dalam rancangan Network Ten Talkin' 'Bout Your Generation. Robbie juga menjadi Duta Belia untuk orang hilang sebagai sebahagian daripada Minggu Belia Negara.

Pada tahun yang sama, Robbie dicalonkan untuk kategori Bakat Wanita Baru Paling Popular di Anugerah Logie Australia. Beliau juga dicalonkan untuk Favorite Hottie di Nickelodeon Kids Choice Awards. Pada bulan September 2010, Robbie mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Neighbours selepas hampir tiga tahun untuk meneruskan kerjaya lakonan di Hollywood. Babak terakhirnya ditayangkan pada 26 Januari 2011 dan pada bulan April tahun itu, Robbie dicalonkan untuk Pelakon Wanita Paling Popular di Anugerah Logie.

Berpindah ke Hollywood

Selepas tiba di Los Angeles untuk musim pertama, Robbie menjalani uji bakat untuk siri baru Charlie's Angels. Walau bagaimanapun, penerbit-penerbit di Sony Pictures Television memilih beliau untuk peranan dalam siri drama ABC, Pan Am bersama-sama Christina Ricci. Robbie mendapat watak Laura Cameron. Pan Am dibatalkan selepas satu musim kerana kejatuhan rating walaupun menerima ulasan positif daripada pengkritik.

Pada bulan Mei 2012, Robbie menyertai barisan pelakon filem romantik komedi, About Time (2013) bersama-sama Domhnall Gleeson, Rachel McAdams dan Bill Nighy. About Time ditayangkan di United Kingdom pada 4 September 2013 dan di Amerika Syarikat pada 1 November 2013. Filem ini menerima ulasan positif dan mengutip $87 juta berbanding bajet sebanyak $12 juta. Pada bulan Jun 2012, ia telah diumumkan bahawa Robbie berada dalam perbincangan untuk muncul dalam filem arahan Martin Scorsese, The Wolf of Wall Street (2013) bersama-sama Leonardo DiCaprio, Jonah Hill dan Matthew McConaughey. Pemilihannya disahkan pada bulan Ogos. The Wolf of Wall Street ditayangkan pada 25 Disember 2013 dan menerima ulasan positif serta mencapai kejayaan komersial dengan kutipan seluruh dunia sebanyak $392 juta menjadikannya filem Scorsese dengan kutipan tertinggi. Filem ini telah dicalonkan untuk lima Anugerah Akademi termasuk untuk kategori Filem Terbaik. Untuk lakonannya sebagai isteri kedua Jordan Belfort, Naomi Lapaglia, Robbie dipuji oleh pengkritik untuk loghat Brooklyn-nya. Beliau menerima pencalonan Anugerah Filem MTV untuk Lakonan Breakthrough Terbaik dan memenangi Anugerah Empayar untuk Pendatang Baru Terbaik.

Pada tahun 2015, Robbie membintangi bersama-sama Will Smith dalam filem romantik komedi, Focus. Filem ini ditayangkan pada 27 Februari 2015 dan menerima ulasan bercampur, tetapi lakonan Robbie dipuji oleh pengkritik. Focus mengutip lebih $150 juta di seluruh dunia. Pada tahun 2015, Robbie menerima pencalonan Anugerah BAFTA untuk Bintang Meningkat Naik. Juga pada tahun 2015, Robbie melakonkan watak Ann Burden dalam filem adaptasi Z for Zachariah bersama-sama Chris Pine dan Chiwetel Ejiofor, yang difilemkan di New Zealand. Filem ini dibuka pada 24 Januari 2015 di Festival Filem Sundance dan ditayangkan di teater pada 28 Ogos 2015. Filem ini menerima ulasan positif. Lakonan Robbie dipuji oleh pengkritik.

Robbie muncul dalam dokumentari istimewa meraikan ulang tahun ke-30 Neighbours bertajuk Neighbours 30th: The Stars Reunite, yang disiarkan di Australia dan UK pada bulan Mac 2015. Beliau juga muncul dalam Suite Française (2015) bersama-sama Michelle Williams, Kristin Scott Thomas dan Matthias Schoenaerts. Filem ini menerima ulasan positif. Robbie membuat penampilan kameo dalam filem drama-komedi arahan Adam McKay, The Big Short yang ditayangkan pada 11 Disember 2015. Pada 22 Oktober 2014, Robbie menyertai Tina Fey dalam Whiskey Tango Foxtrot (2016), sebuah filam adaptasi The Taliban Shuffle. Beliau melakonkan watak Tanya Vanderpoel. Filem ini juga dibintangi oleh Martin Freeman dan Alfred Molina dan ditayangkan pada 4 Mac 2016 oleh Paramount Pictures. Pada bulan Mei 2016, Calvin Klein mengumumkan Robbie sebagai wajah untuk Deep Euphoria.

Filem-filem akan datang

Pada bulan Januari 2014, ia telah disahkan bahawa Robbie akan membintangi sebagai Jane Porter dalam filem The Legend of Tarzan bersama-sama Alexander Skarsgård, Samuel L. Jackson dan Christoph Waltz, dijadual ditayangkan pada 1 Julai 2016. Pada 16 Oktober 2014, beliau telah didatangi oleh Warner Bros. untuk filem 2016 DC Comics akan datang, Suicide Squad. Pada bulan Disember 2014, ia telah disahkan bahawa beliau akan membintangi sebagai Harley Quinn. Barisan pelakon termasuk Will Smith, Jared Leto, Viola Davis dan Joel Kinnaman. Pengarah, David Ayer mengesahkan menerusi akaun Twitter-nya bahawa fotografi utama filem ini akan bermula pada 13 April 2015. Warner Bros. akan mengeluarkan filem ini pada 5 Ogos 2016.

Robbie telah disahkan akan membintangi filem Dangerous Odds dan Violent Talent. dan Violent Talent. Pada bulan Februari 2016, Robbie telah dipilih untuk berlakon dalam filem thriller, Terminal sebagai Annie. Beliau juga akan melakonkan watak Tonya Harding dalam I, Tonya. Robbie akan menyambung wataknya sebagai Harley Quinn dalam sebuah filem solo. Beliau juga akan membintangi bersama-sama Domhnall Gleeson dalam Goodbye Christopher Robin sebagai Daphne de Sélincourt.

Kehidupan peribadi

Robbie tinggal di New York untuk beberapa tahun. Sejak bulan Mei 2014, beliau tinggal di London bersama lima orang kawannya. Sejak tahun 2014, Robbie mempunyai hubungan dengan penolong pengarah British Tom Ackerley, selepas bertemu di set Suite Française.

Filmografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Nota
2008 Vigilante Cassandra
2009 I.C.U. Tristan Waters
2013 About Time Charlotte
2013 The Wolf of Wall Street Naomi Lapaglia
2015 Z for Zachariah Ann Burden
2015 Focus Jess Barrett
2015 Suite Française Celine
2015 The Big Short Diri sendiri kameo
2016 Whiskey Tango Foxtrot Tanya Vanderpoel
2016 The Legend of Tarzan Jane Porter
2016 Suicide Squad Harleen Quinzel / Harley Quinn
2018 Larrikins suara

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Nota
2008 Review with Myles Barlow Kelly Episod #1.1
2008 The Elephant Princess Butterfly (tidak dikredit) Episod: "The Butterfly Effect" dan "Butterfly Kiss"
2008 City Homicide Caitlin Brentford Episod: "Somersaulting Dogs"
2008–2011 Neighbours Donna Freedman 311 episod
2011–2012 Pan Am Laura Cameron 14 episod
2015 Top Gear Diri sendiri Episod #22.4
2015 Neighbours 30th: The Stars Reunite Diri sendiri Dokumentari

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan Ref.
2009 Anugerah Logie Bakat Wanita Baru Paling Popular Neighbours Tercalon
2011 Anugerah Logie Pelakon Wanita Paling Popular Neighbours Tercalon
2013 Persatuan Pengkritik Filem Boston Barisan Pelakon Terbaik The Wolf of Wall Street Tercalon
2013 Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran Barisan Pelakon Terbaik The Wolf of Wall Street Tercalon
2013 Persatuan Pengkritik Filem Detroit Barisan Pelakon Terbaik The Wolf of Wall Street Tercalon
2014 Anugerah Empire Pendatang Baru Wanita Terbaik The Wolf of Wall Street Menang
2014 Anugerah Filem MTV Lakonan Breakthrough Terbaik The Wolf of Wall Street Tercalon
2014 Anugerah Muda Hollywood Pelakon Wanita Breakthrough Tercalon
2015 Anugerah Filem Akademi British Anugerah BAFTA Bintang Meningkat Naik Tercalon

Rujukan

Tags:

Margot Robbie Kehidupan awalMargot Robbie KarierMargot Robbie Kehidupan peribadiMargot Robbie FilmografiMargot Robbie Anugerah dan pencalonanMargot Robbie RujukanMargot Robbie Pautan luarMargot Robbie

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Mas Ermieyati SamsudinKesan perubahan iklimBank Negara MalaysiaNabi Nuh a.s.Maktab Rendah Sains MARA Sungai BesarTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahSumazauPuaka Cuti SemesterNabi Ibrahim a.s.Singapura Dilanggar TodakPak Ketipak KetipungParti Rakyat India MalaysiaSabronzoKerajaan Bani UmaiyahFrekuensi radio di SelangorAstro RiaPutrajayaPerdana Menteri MalaysiaJanji DianaJasmine Suraya ChinSistem SuriaLaluan Shah AlamAdat resam kahwin MelayuPulau PangkorSultan PerakChinaBeto KusyairyPuteri Sarah LiyanaKadazan-DusunBahasa MaduraAzhan RaniPlayboy Itu Suami AkuOrang Cina MalaysiaMuaz ZabirSyazuwan HassanHawa RizwanaDewan Negeri SelangorPuteri KhareezaDaerah SegamatHarris AlifSelangorFuad RahmanHarvey NormanMedia sosialKhalid Mohamad JiwaRogolMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahHannah DelishaRazarudin HusainKata sendi (bahasa Melayu)Lencana pangkat TLDMCiri-ciri orang munafikHadha min fadhle RabbiNegeri-negeri Melayu BersekutuI.D.Radius OneKhairulamingPontianak Harum Sundal Malam II4U2CElizabeth TanPakatan HarapanPasukan Khas UdaraProton WajaBuah kerasLabuanKeropok lekorQistina RaisahPeristiwa 13 MeiZul AriffinKhir RahmanLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurKetupatPerempuan Itu (drama)🡆 More