Kepulauan Kuril

Kepulauan Kuril (Rusia: Кури́льские острова́code: ru is deprecated , Error: }: teks mempunyai penanda italik (bantuan), disebut , Jepun: Chishima rettō (Jepun: 千島列島)), di kawasan Wilayah Sakhalin di Rusia, merupakan sebuah kepulauan bergunung berapi yang terbentang kira-kira 1,300 km (810 bt) ke arah timur laut dari Hokkaidō, Jepun ke Kamchatka, Rusia, sambil memisahkan Laut Okhotsk dari Utara Lautan Pasifik.

Ia terdiri daripada 56 buah pulau dan sebilangan besar batuan kecil. Ia terdiri daripada Permatang Kuril Besar dan Permatang Kuril Kecil. Jumlah keluasan tanahnya sekitar 15,600 kilometer persegi (6,000 bt2) dan jumlah penduduknya sekitar 19,000 orang.

Kepulauan Kuril
Lokasi kepulauan Kuril di Pasifik Barat.
Kepulauan Kuril
Pemandangan Pulau Matua dari Raikoke.

Kesemua pulau ini adalah dalam bidang kuasa Rusia, tetapi Jepun menuntut dua pulau besar yang paling selatan sebagai taklukannya, dan juga anak pulau Shikotan dan Habomai, maka berlakunya pertikaian Kepulauan Kuril yang berterusan.

Asal-usul nama

Kepulauan Kuril 
Gunung berapi Sarychev yang meletus pada 12 Jun 2009, seperti yang dilihat dari Stesen Angkasa Antarabangsa.

Nama Kuril berasal dari autonim (nama gelaran sendiri) orang Ainu, iaitu penduduk pribumi pulau ini: "kur" bermaksud lelaki. Ia mungkin juga berkaitan dengan nama-nama pulau lain yang diduduki oleh masyarakat Ainu, seperti Kuyi atau Kuye untuk Sakhalin dan Kai untuk Hokkaidō. Dalam bahasa Jepun, Kepulauan Kuril dikenali sebagai Kepulauan Chishima (Kanji:千島列島 [Chishima Rettō] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) disebut [tɕiɕima ɽetːoː], erti harfiah: Gugusan Seribu Pulau).

Geografi

Kepulauan Kuril 
Peta Kepulauan Kuril yang menunjukkan pembahagian de facto sesama Jepun dan Rusia sepanjang zaman.

Kepulauan Kuril menganggotai lingkaran ketidakstabilan tektonik yang melingkari Lautan Pasifik, iaitu Lingkaran Api. Pulau-pulau ini merupakan puncak-puncak strato-gunung berapi yang merupakan hasil langsung benamnya Plat Pasifik ke bawah Plat Okhotsk yang membentuk Jurang Kuril sekitar 200 kilometer (120 bt) di timur pulau. Gugusan pulau ini mempunyai sekitar 100 buah gunung berapi, yang mana 40 daripadanya adalah hidup, di samping banyak mata air panas dan fumarol. Di kepulauan ini sering dialami aktiviti seismos, termasuk sebuah gempa bumi bermagnitud 8.5 yang berlaku pada tahun 1963, dan satu lagi yang bermagnitud 8.3 pada 15 November 2006 yang menyebabkan ombak tsunami setinggi 5 kaki (1.5 m) yang mencapai pantai California di seberang lautan Pasifik.

Iklim di atas kepulauan ini agak teruk, dengan musim sejuk yang berlarutan dan beribut, serta musim panas yang singkat dan banyak berkabus. Purata kerpasan tahunan adalah 30–40 inci (760–1,020 mm), kebanyakannya dalam bentuk salji.

Kepulauan ini meliputi iklim sederhana hingga sub-Artik, maka liputan vegetasinya dalah dari tundra di utara hingga hutan spruce dan larka di selatan. Aras-aras tertinggi di kepulauan ini ialah gunung berapi Alaid (2,339 m atau 7,674 ka*) di Pulau Atlasov di hujung utara gugusan, dan gunung berapi Tyatya (1,819 m atau 5,968 ka*) di Pulau Kunashir di hujung selatan.

Lanskap pulau ini terdiri daripada pantai dan pesisir batuan, tanjung, sungai yang luas dan anak sungai berkelikir yang deras, hutan, padang rumput, tundra alp, tasik kawah dan rawa gambut. Tanihnya secara amnya berdaya hasil kerana sering kali dilimpahi abu gunung berapi, dan juga pengayaan dari tinja burung laut di sesetengah tempat. Bagaimanapun, kebanyakan cerun yang curam dan peroi mudah dilanda tanah runtuh, sementara aktiviti gunung berapi terbaru mampu menggondol seluruh muka bumi.

Ekologi laut

Oleh sebab terletak di sepanjang tepi pelantar Pasifik serta pertembungan gir Laut Okhotsk dan Arus Oyashio yang menghala ke selatan, Kepulauan Kuril dikelilingi oleh salah sebuah perairan yang paling berdaya hasil di Pasifik Utara dengan beraneka jenis hidupan laut yang sungguh banyak jumlahnya.

Invertebrat: Tempat pembiakan kelpa yang luas mengelilingi hampir setiap pulau membekalkan habitat yang penting kepada landak laut, moluska dan banyak lagi jenis invertebrat serta pemangsa-pemangsa mereka. Sebilangan besar spesies cumi-cumi di sini dijadikan makanan ruji sebilangan besar mamalia kecil dan burung laut di gugusan ini.

Ikan: Jauh ke luar pesisir pula, ikan-ikan pollock Alaska, kod Pasifik, dan beberapa species ikan sebelah adalah paling penting dari segi komersil. Pada 1980-an, ikan sardin yang berpindah dari Jepun menjadi salah satu sumber ikan yang paling kaya pada musim panas dan dijadikan spesies komersil utama, tetapi industri perikanan sardin runtuh dan menjelang tahun 1993, tiada sardin yang dilaporkan ditangkap, maka ekonomi setempat pun merudum. Sesetengah spesies salmon, terutamanya yang merah jambu dan merah, bertelur dekat pulau-pulau besar.

Anjing laut: Kepulauan Kuril merupakan habitat bagi dua spesies anjing laut bertelinga, iaitu Singa Laut Steller dan Anjing Laut Berbulu Utara; kedua-duanya berkumpul di beberapa pulau yang lebih kecil di seluruh gugusan pada musim panas untuk membentuk salah satu koloni pembiakan yang terbesar di Rusia. Selain itu, juga banyak terdapat Anjing Laut Am subspesies Kuril (Phoca vitulina stejnegeri) dan Largha.

Anjing laut merupakan buruan yang penting buat masyarakat pribumi Kuril, baik sebagai sumber makanan mahupun bahan-bahan seperti kulit dan tulang. Perubahan jangka panjang pada taburan petempatan manusia di kepulauan Kuril dipercayai telah mempengaruhi taburan anjing laut. Dahulu kala, anjing laut bulu sering dieksploitasi demi bulunya pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, sehingga pupusnya sama sekali sesetengah koloni pembiakan yang terbesr, misalnya di pulau Raykoke. Berbeza pula dengan anjing laut lain yang agak jarang ditemui di kepulauan Kuril. Sejak 1960-an, kegiatan memburu anjing laut tidak lagi berkembang, maka populasi anjing laut di kepulauan Kuril tampak begitu sihat dan juga meluas, kecuali Singa Laut Jepun yang kini pupus dan pernah mendarat di kepulauan Kuril.

Memerang laut turut dieksploitasi besar-besaran demi bulunya pada abad ke-19. Sememangnya, pemburuan bulu memerang yang bernilai mendorong peluasan Rusia ke pulau-pulau itu sehingga bertembung dengan kepentingan Jepun. Oleh itu, jumlah memerang laut pun susut mendadak. Larangan sama sekali ke atas pemburuan haiwan ini sejak pertengahan abad ke-20 membantu spesies ini berkembang semula, maka kini ia banyak ditemui di seluruh gugusan.

Setasea: Antara haiwan setasea yang paling terkenal di sekitar ialah paus pembunuh, ikan lumba-lumba Pelabuhan dan Dall. Ikan-ikan paus berparuh Baird dan Cuvier, paus Minke, paus sirip, dan paus sperma juga sering kelihatan. Perairan di sekitar dikira sebagai habitat utama Paus sikat Pasifik Utara, salah satu spesies ikan paus yang paling terancam.

Burung laut: Kepulauan Kuril merupakan tempat tinggal buat berjuta-juta burung laut, termasuk Fulmar Utara, Pafin Jumbai, Murre, Kittiwake, Guillemot, Auklet, Petrel, Camar, dan Dendang Air. Di kebanyakan pulau kecil pada musim panas, apabila terdapat banyak pemangsa daratan, hampir semua banggul, ceruk cenuram atau bawah batu tongkol diduduki oleh burung yang bersarang.

Ekologi daratan

Kandungan spesies daratan di kepulauan Kuril dikuasai oleh takson-takson dari tanah besar Asia melalui perpindahan dari pulau-pulau Hokkaido dan Sakhalin, dan juga takson-takson Kamchatka dari Utara. Sungguhpun amat pelbagai, namun endemismenya agak rendah.

Disebabkan saiznya yang kecil dan betapa terpencilnya, tidak banyak mamalia daratan utama yang menduduki pulau-pulau tengah, namun rubah merah dan artik dibawa masuk demi perdagangan bulu pada 1880-an. Sebilangan besar biojisim mamalia daratan dikuasai oleh rodensia yang kebanyakannya dibawa masuk pada zaman dahulu. Pulau-pulau besar di hujung selatan dan utara didiami oleh beruang perang, rubah, dan marten. Juga terdapat beberapa spesies rusa di pulau-pulau selatan. Adalah dipercayai bahawa sejenis kucing liar, iaitu Kucing Ekor Kontot Kuril, berasal dari Kepulauan Kuril. Ekor kontotnya disebabkan oleh mutasi gen yang dominan. Kucing ini telah dijinakkan dan dieksport ke Rusia lalu dibiakkan di sini, sehingga menjadi kucing belaan sukaramai.

Antara jenis burung daratan yang paling kerap ditemui pula ialah raven, alap-alap kawah, ren dan burung goyang ekor.

Senarai pulau

Walaupun kepulauan Kuril disebut buat kali pertama dalam sumber Rusia pada tahun 1646, namun maklumat terperinci yang terawal tentangnya diutarakan oleh seorang pengembara yang bernama Vladimir Atlasov pada tahun 1697. Sepanjang abad ke-18 dan awal abad ke-19, Kepulauan Kuril dijelajahi oleh Danila Antsiferov, I.Kozyrevsky, Ivan Yevreinov, Fyodor Luzhin, Martin Shpanberg, Adam Johann von Krusenstern, Vasily Golovnin, dan Henry James Snow.

Dari utara ke selatan, pulau-pulau yang utama adalah seperti berikut (nama lain dalam tanda kurungan):

Kuril Utara

Kepulauan Kuril 
Pulau Atlasov — pulau yang paling utara di kepulauan Kurils, dilihat dari angkasa
  • Shumshu (Rusia: Шумшу; Shumushu / 占守島)
  • Atlasov (Остров Атласова; Araido / 阿頼度島)
  • Paramushir (Парамушир; Paramushiru, Horomushiro / 幌筵島)
  • Antsiferov (Остров Анциферова; Shirinki / 志林規島)
  • Makanrushi (Маканруши; Makanru / 磨勘留島)
  • Onekotan (Онекотан; Onnekotan / 温禰古丹島)
  • Kharimkotan (Харимкотан; Harimukotan, Harumukotan / 春牟古丹島)
  • Ekarma (Экарма; Ekaruma / 越渇磨島)
  • Chirinkotan (Чиринкотан; 知林古丹島)
  • Shiashkotan (Шиашкотан; Shasukotan / 捨子古丹島)
  • Raikoke (Райкоке; 雷公計島)
  • Matua (Матуа; Matsuwa, Matsua / 松輪島)
  • Rasshua atau Rasshya (Расшуа; Rasutsuwa, Rashowa, Rasuwa / 羅処和島)
  • Ushishir (Ушишир; Ushishiru / 宇志知島)
  • Ketoy (Кетой; Ketoi / 計吐夷島)
  • Simushir (Симушир; Shimushiru, Shinshiru / 新知島)
  • Broutona (Остров Броутона; Buroton, Makanruru / 武魯頓島)
  • Chirpoy (Чирпой; Chirihoi, Chieruboi / 知理保以島)
  • Brat Chirpoyev (Брат Чирпоев; Chirihoinan / 知理保以南島)
  • Urup (Уруп; Uruppu / 得撫島)

Kuril Selatan

Kepulauan Kuril 
Batu Signalny yang dilihat dari Tanjung Nosappu, Jepun
  • Iturup (Итуруп; Etorofu / 択捉島)
  • Kunashir (Кунашир; Kunashiri / 国後島)
  • Shikotan (Шикотан; 色丹島)
  • Khabomai Rocks (Южно-Курильская гряда; Habomai Shotō / 歯舞諸島)
    • Polonskogo (Остров Полонского; Taraku / 多楽島)
    • Zelyonyi (Зелёный; Shibotsu / 志発島)
    • Yuri (Юрий; 勇留島)
    • Anuchina (Остров Анучина; Akiyuri / 秋勇留島)
    • Kharkar (Остров Харкар; Harukaru / 春苅島)
    • Tanfilyeva (Остров Танфильева; Suishō / 水晶島)
    • Signalny (Сигнальный; Kaigara / 貝殻島)

Rujukan

151°30′E / 46.500°N 151.500°E / 46.500; 151.500

Tags:

Kepulauan Kuril Asal-usul namaKepulauan Kuril GeografiKepulauan Kuril Senarai pulauKepulauan Kuril RujukanKepulauan KurilBahasa JepunBahasa RusiaHokkaidōJepunKepulauanLaut OkhotskLautan PasifikRusiaSemenanjung KamchatkaWilayah Sakhalin

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

1Rizky NazarJ RevolusiPembentukan MalaysiaAdam CorrieAcryl Sani Abdullah SaniMenteri Pertahanan MalaysiaSultan Muhammad VSolat subuhKuala Kubu BharuLabuanKelantan Darul Naim F.C.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaKamal Affandi HashimAbdullah bin Ahmad BadawiHari WesakRedza RosliAngel (penyanyi)I.D.Maya KarinPolitik balas budiKota BharuHentaiLaskar KananLencana pangkat TLDMUmie AidaAisha RetnoAgama di MalaysiaJabatan Kastam Diraja MalaysiaUthman bin AffanOktovia ManroseNafiez ZaidiKesultanan GowaSudirman (penyanyi)Pulau PangkorSenarai SBP di MalaysiaBella AstillahSultan PerakPersekutuan Tanah MelayuKementerian Komunikasi MalaysiaPontianak Harum Sundal MalamMajlis Sukan Sekolah Sekolah MalaysiaNabi Sulaiman a.s.Fauzi NawawiKerajaan MataramKaum-kaum di MalaysiaPeraturan bola jaringMohd Noor Helmy Abdul HalemBahasa ArabNabi Lut a.s.SyiahSaleemYassin YahyaPantang larang MelayuAdat resam kahwin MelayuKedah TuaMuhammad bin Idris al-SyafiiSenarai negara mengikut sistem kerajaanPuteri KhareezaTakwim HijrahMandi wajibSyamim FaridOrang Melayu MalaysiaKhunsa (siri TV)MelakaBintara MudaMerdeka 118Raysha RizroseSyazuwan HassanMarsyal TUDMBruneiCik ManggisAzhar IdrusHady MirzaShaharuddin ThambyMelayuHarris AlifSenarai buah🡆 More