Gelsenkirchen

Gelsenkirchen ialah sebuah bandar di bahagian utara kawasan Ruhr, Rhine Utara-Westphalia, Jerman.

Jumlah penduduknya pada 31 Disember 2005 adalah 270,057 orang, dengan 234,964 orang merupakan warganegara Jerman dan 35,093 orang merupakan penduduk asing. Bilangan penduduk Gelsenkirchen merosot dari tahun ke tahun, dengan jumlah penduduk pada 22 Oktober 2006 merupakan 269,219 orang, termasuknya 35,327 orang penduduk asing.

Gelsenkirchen
Jata Gelsenkirchen
NegaraJerman
NegeriRhine Utara-Westphalia
Wilayah pentadbiranMünster
Daerahdaerah bandar
Pentadbiran
 • Datuk BandarFrank Baranowski (SPD)
Keluasan
 • Jumlah104.85 km2 (40.48 batu persegi)
Penduduk
 (2005)
 • Jumlah269,281
 • Kepadatan2,600/km2 (6,700/batu persegi)
Zon waktuCET/CEST (UTC+1/+2)
Poskod
45801-45899
Kod dail0209
Pendaftaran kenderaanGE
Laman sesawangLaman web Gelsenkirchen

Gelsenkirchen mula sekali didokumenkan pada tahun 1150, tetapi ia masih merupakan sebuah perkampungan yang kecil sehinggalah abad ke-19, apabila Revolusi Perindustrian membawa kepada pertumbuhan di seluruh kawasan berkenaan. Pada tahun 1840, apabila perlombongan batu arang bermula, 6,000 orang tinggal di Gelsenkirchen tetapi menjelang tahun 1900, jumlah penduduknya telah meningkat sehingga 138,000 orang.

Pada awal abad ke-20, Gelsenkirchen merupakan bandar perlombongan batu arang yang paling penting di Eropah. Ia dirujuk sebagai "bandar raya seribu kebakaran" kerana serombong-serombongnya yang berasap. Pada tahun 1928, Gelsenkirchen digabungkan dengan kota-kota Buer dan Horst yang bersebelahan dan dinamai Gelsenkirchen-Buer sehingga tahun 1930 apabila namanya ditukarkan kepada Gelsenkirchen.

Pada zaman Nazi, Gelsenkirchen tetap merupakan sebuah pusat pengeluaran batu arang dan penapisan minyak dan atas alasan itu, telah dibom oleh serangan udara Pihak Berikat dalam Perang Dunia II. Gelsenkirchen kini tidak lagi mempunyai sebarang lombong batu arang dan oleh itu, sedang mencari-carikan imej yang baru selepas dilanda dengan salah satu kadar pengangguran yang tertinggi di negara sejak berdekad-dekad lagi. Kini, loji kuasa suria Jerman yang terbesar terletak di bandar raya ini, dengan sebuah stesen kuasa batu arang yang mempunyai serombong yang tertinggi di Jerman (302 meter) terletak di Gelsenkirchen-Scholven.

Sukan

Gelsenkirchen ialah tempat asal untuk kelab bola sepak KBS Schalke 04, dengan Veltins-Arena, tempat Schalke sendiri, umumnya dianggap sebagai salah satu stadium yang paling inovatif yang telah dibina pada tahun-tahun terkini. Gelsenkirchen merupakan salah satu daripada 12 buah bandar raya Jerman yang mengehoskan permainan semasa Piala Bola Sepak Dunia 2006 dan telah mengehoskan perlawanan-perlawanan antara Poland dan Ecuador, Argentina dan Serbia dan Montenegro, Portugal dan Mexico, serta juga Amerika Syarikat dan Republik Czech.

Bandar kembar

Pautan luar


Error: tiada nama laman disertakan (help).

Tags:

2005200622 Oktober31 DisemberBandarJermanRuhrWarganegara

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KedahFauzi NawawiPerceraian dalam IslamMunafikNazim OthmanFasha SandhaIslamRadius OneKiblatUpin & IpinTanda-tanda KiamatIndonesiaSharnaaz AhmadSlot LestaryJ RevolusiPenanda wacanaAaron AzizSarawakPiala Asia AFCNajis dalam IslamDataran MerdekaAdi PutraAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamStadium Nasional Bukit JalilMaktab Rendah Sains MARA Sungai BesarPASKAL (filem)Bunga rayaAlhamdulillahHari Raya AidilfitriAiman Hakim RidzaGol & Gincu (filem)Pahamin RajabFaizal HusseinDa Di DuSingapura Dilanggar TodakZambry Abdul KadirSolatSetem (filem)Pasukan Operasi Khusus MalaysiaSingapuraGunung JeraiAsmidarCiri-ciri orang munafikKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaSolat Sunat RawatibSolat subuhKera bekantanEjen AliRahmad AyobKuala LumpurKuala Kubu BharuMeerqeenKodi RasheedKata ganti diriSistem SuriaPang Sock TaoNasi lemakLapangan Terbang Sultan Ismail PetraJasmine Suraya ChinMohamad SabuArena LieyaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiFadhlina SidekLebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanPembentukan MalaysiaNombor dalam budaya CinaKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Imbuhan kata nama (bahasa Melayu)Mustaqim BahadonMaktab MahmudSyafiq KyleSarah SuhairiHael HusainiPontianak Harum Sundal MalamSultan Nazrin Muizzuddin ShahAisyah AzizZahirah MacWilsonKhaliq Mehtab Mohd Ishaq🡆 More