Bahasa-Bahasa Melayu: Cabang subrumpun bahasa Melayu Polinesia

Bahasa-bahasa Melayu, atau lebih dikenali sebagai bahasa-bahasa Melayik dalam bidang linguistik, ialah satu cabang bahasa di bawah rumpun bahasa-bahasa Melayu-Polinesia dalam keluarga bahasa-bahasa Austronesia.

Bahasa yang terkenal dalam keluarga ini ialah bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan di Brunei dan Singapura serta asas kepada bahasa Malaysia iaitu bentuk bahasa yang dibakukan bagi kegunaan peringkat kebangsaan Malaysia. Bahasa Indonesia iakni bahasa kebangsaan Indonesia dan bahasa yang popular dipelajari di Timor Leste.

Bahasa-bahasa Melayu
Bahasa-bahasa Melayik
Taburan
geografi:
Asia Tenggara Maritim
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Bahasa-proto:Bahasa Melayu Purba
Pembahagian:
  • (dipertikaikan)
Glottolog:mala1538
{{{mapalt}}}
Taburan bahasa-bahasa Melayu di Asia Tenggara Maritim:
  Subkumpulan bahasa-bahasa Iban dan bahasa-bahasa Dayak Melayu Barat (Kanayatn/Salako-Kendayan), juga dikenali himpunannya sebagai "bahasa-bahasa Dayak Melayik".
  Ragam Melayu lain; hubungan genetik masih tidak jelas.
Seorang gadis sedang bertutur dalam bahasa Indonesia di Belanda

Cabang bahasa-bahasa Melayu juga merangkumi bahasa tempatan yang dituturkan pelbagai sub-etnik Melayu (contohnya seperti bahasa Kutai, bahasa Melayu Kedah dan bahasa Melayu Basemah). Bahasa kerabat yang mempunyai hubungan terdekat dengan bahasa Melayu di Sumatera (seperti bahasa Minangkabau) dan Borneo (seperti bahasa Iban), antara calon kawasan yang paling berkemungkinan sebagai titik daripada pemisahan bahasa-bahasa Melayu ialah di bahagian Borneo barat.

Sejarah

Istilah "bahasa-bahasa Melayu" adalah istilah umum yang digunakan di Wikipedia Bahasa Melayu, tetapi padanan sebenar yakni "Melayik" (Malayic) pertama kali dicipta oleh Dyen (1965) dalam klasifikasi leksikostatistik bahasa-bahasa Austronesia. "Kelekapan bahasa-bahasa Melayik" (Malayic hesion) oleh Dyen mempunyai skop yang lebih luas daripada subkumpulan bahasa-bahasa Melayu dalam bentuk yang diterima kini, dan juga merangkumi bahasa Aceh, bahasa Lampung, dan bahasa Madura. Nothofer (1988) menyempitkan julat bahasa-bahasa Melayu, tetapi memasukkan bahasa bukan Melayu seperti bahasa Rejang dan bahasa Embaloh:

Skop subkumpulan bahasa-bahasa Melayu kini, yang telah diterima secara umum oleh pakar sebidang, pertama kali diusulkan oleh Karl Alexander Adelaar (1992, 1993), berdasarkan bukti fonologi, morfologi, dan leksikal.

Bahasa

Bahasa-bahasa Melayu dituturkan di Borneo, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, dan di beberapa pulau yang terletak di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Borneo

Semenanjung Tanah Melayu

Sumatera

Jawa

Laut China Selatan/Selat Melaka

Subkumpulan

Pengelasan dalaman

Walaupun terdapat persetujuan umum tentang bahasa yang mana boleh dikelaskan dalam bahasa-bahasa Melayu, subkumpulan dalaman bahasa-bahasa Melayu masih dipertikaikan.

Adelaar (1993)

Adelaar (1993) mengelaskan bahasa-bahasa Melayu seperti berikut.

Ross (2004)

Berdasarkan bukti tatabahasa, Ross (2004) membahagikan kumpulan bahasa-bahasa Melayu kepada dua cabang utama:

  • Bahasa-bahasa Dayak Melayu Barat (Selako-Kendayan)
  • Bahasa-bahasa Melayu teras (bahasa-bahasa Melayu lain)

Klasifikasi ini dicerminkan dalam Glottolog (Gubahan 3.4).

Anderbeck (2012)

Mengikuti Tadmor (2002), Anderbeck (2012) membuat perbezaan antara bahasa Melayu dan bahasa-bahasa Melayu dalam perbincangannya tentang loghat-loghat Orang Laut di Kepulauan Riau. Beliau secara tentatif mengklasifikasikan semua bahasa-bahasa Melayik di bawah subkumpulan "Melayu", kecuali subkumpulan bahasa-bahasa Iban, bahasa-bahasa Selako-Kendayan, bahasa Keninjal, bahasa Dayak Melayu, dan "kelainan yang agak berbeza" iaitu bahasa Urak Lawoi dan bahasa Duano.

Klasifikasi Anderbeck telah diterima pakai dalam edisi ke-17 Etnologue, dengan pengecualian tunggal bahasa Duano, yang disenaraikan dalam Etnologue di bawah pengelasan "bahasa Melayu".

Smith (2017)

Dalam disertasinya tentang bahasa-bahasa di Borneo, Smith (2017) memberikan bukti untuk subkumpulan yang terdiri daripada isolek bahasa-bahasa Melayu di Borneo barat dan Sumatera selatan, yang dilabelnya sebagai "bahasa-bahasa Melayik Borneo Barat". Walau bagaimanapun, beliau membiarkan isolek lain ternirkelas.

Kedudukan dalam keluarga bahasa-bahasa Austronesia

Kemasukan bahasa Melayu dalam subkumpulan bahasa-bahasa Polinesia-Melayu tidak dapat dipertikaikan, dan terdapat sepersetujuan umum bahawa keluarga bahasa-bahasa Cam berkait rapat dengan keluarga bahasa-bahasa Melayu. Gabungan keluarga bahasa-bahasa Melayu yang lebih luas bagaimanapun menjadi kontroversi. Terdapat dua usulan utama: Adelaar (2005) meletakkan keluarga bahasa-bahasa Melayu dalam subkumpulan bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu, yang terdiri daripada bahasa berikut:

Blust (2010) dan Smith (2017) mengumpukkan keluarga bahasa-bahasa Melayu kepada subkumpulan bahasa-bahasa Borneo Utara Raya:

Hipotesis keluarga bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu adalah berdasarkan bukti fonologi dengan beberapa inovasi leksikal yang dikongsi bersama, manakala hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya adalah berdasarkan korpus besar bukti leksikal.

Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Purba
Rekonstruksi bahasa-bahasa Melayu
Leluhur
direkonstruksi
Austronesia Purba
  • Polinesia-Melayu Purba

Rekonstruksi fonologi

Bahasa Melayu Purba mempunyai jumlah 19 konsonan dan 4 vokal.

Konsonan
Bibir Gusi Lelangit Velar Glotis
Hentian Tanpa suara p t c k ʔ
Bersuara b d ɟ ɡ
Sengauan m n ɲ ŋ
Geseran s h
Likuida l ʀ
Aproksiman w y
Vokal
Ketinggian Depan Pusat Belakang
Sempit i /i/ u /u/
Tengah ə /ə/
Luas a /a/

Terdapat 2 diftong :

  • *-ay
  • *-aw

Morfologi

Leksem bahasa Melayu Purba kebanyakannya berdwisukukata, walaupun ada yang mempunyai satu, tiga, atau empat sukukata. Leksem mempunyai struktur sukukata berikut:

* [C V (N)] [C V (N)] [C V (N)] C V C 
    Nota : C = konsonan,


V = vokal, N = sengauan

Nota

Rujukan

Bibliografi

Templat:Austronesian languagesTemplat:Borneo

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Bahasa-bahasa Melayu, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Bahasa-Bahasa Melayu SejarahBahasa-Bahasa Melayu BahasaBahasa-Bahasa Melayu SubkumpulanBahasa-Bahasa Melayu Bahasa Melayu PurbaBahasa-Bahasa Melayu NotaBahasa-Bahasa Melayu RujukanBahasa-Bahasa MelayuBahasa IndonesiaBahasa MalaysiaBahasa MelayuBahasa bakuBahasa-bahasa AustronesiaBruneiIndonesiaMalaysiaRumpun Bahasa Melayu-PolinesiaSingapuraTimor Leste

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Peristiwa Kampung MedanMeerqeenPrabowo SubiantoRaja Zarith SofiahRahsia (filem 2023)Search (kugiran)Intan LadyanaYusof HaslamJata MalaysiaLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaZarina ZainoordinRakaatDarjah kebesaran MelayuUthman bin AffanLaskar Udara KananOne Cent ThiefFarali KhanTunku Ismail ibni Sultan IbrahimPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalWan SharmilaBukit TaburKota KinabaluIndonesiaNaim DanielZakar manusiaBukit Tinggi, Pahang2024 di MalaysiaAngeline TanDidi AstillahBoBoiBoyBatikJabatan Kastam Diraja MalaysiaSyamsul YusofEtnik MelayuFrekuensi radio di JohorRicheese FactoryAhli Sunah WaljamaahAstro ShawKristianPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaFahmi FadzilLiga Super Malaysia 2024–25Wafariena RoslanPaus biruSiti Khadijah HalimJamal AbdillahSemenanjung MalaysiaSistem pernafasanSunan KalijagaWanita SyurgaIntan NajuwaTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahSiti MuslihaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaPenanggalanSiksa NerakaOktovia ManroseSaleemTunku Aminah Maimunah IskandariahJam 24 jamPerdana Menteri MalaysiaPerlembagaan MalaysiaPerkahwinan menurut IslamAbdul Hadi AwangUniversiti Teknologi MalaysiaPersekutuan Tanah MelayuAdi PutraNabi Adam a.s.Jabatan dan agensi kerajaan MalaysiaNusantaraSejarah MalaysiaJabatan Perangkaan MalaysiaKuala Kubu BharuBandaraya MelakaAmyza AznanFrekuensi radio di PahangHari Raya AidiladhaPeribahasa Melayu🡆 More