Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) merupakan anugerah muzik berprestij yang mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi.
Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL berserta wang tunai. Program ini akan dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda bagi slot utama, manakala Sean Lee dan Sissy Imann akan mengendalikan segmen Karpet Merah AJL 36.
Anugerah Juara Lagu Ke-36 | |
---|---|
Tarikh | 6 Mac 2022 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Tajaan | Noir Beauty & Oppo |
Pengacara | Alif Satar Nabila Huda Sissy Imann (Karpet Merah) Sean Lee (Karpet Merah) |
Penerbit | Primeworks Studios |
Ketua Juri | Dato' Mokhzani Ismail |
Pengarah | Ramli M. S. |
Tempoh Tayangan | 180 minit |
Juara Lagu | "Pelukan Angkasa" Nyanyian: Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah Muzik: Raja Nazrin Shah Lirik: Fazleena Hishamuddin |
Sorotan | |
Persembahan Terbaik | Marsha Milan ("Cinta") |
Vokal Terbaik | Aina Abdul ("Sepi") |
Sebanyak 30 buah lagu telah layak ke peringkat separuh akhir dengan pemarkahan 40% hasil daripada undian peminat di Carta Mingguan manakala baki 60% dinilai oleh juri professional. Untuk pentas akhir pertandingan Juara Lagu ke-36 sebanyak 12 lagu telah terpilih dari 2 pusingan separuh akhir yang telah berlangsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diacarakan oleh Sissy Iman dan Aliff Satar di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, Selangor . Persembahan mereka telah diadili oleh juri professional seperti Dato Mokhzani selaku Ketua Juri, Dato Syafinaz Selamat, Altimet, Helen Yap, LY, Datuk Acis dan Chaan. Sebanyak 30 lagu dipilih untuk berentap pada SFMM36 yang menampilkan ramai penyanyi terkenal tanah air dan bersaing dengan pelbagai genre lagu termasuk balada, pop rock dan hip-hop. Kebanyakan netizen berpuas hati dengan barisan finalis Anugerah Juara Lagu kali ini.
Artis | Lagu |
---|---|
Mas Idayu | "Bolehlah Boleh" |
Jamal Abdillah | "Samrah Mentari" |
Ayda Jebat | "Pencuri Hati" |
Cassia | "Cassia" |
Dayang Nurfaizah | Tajaan Noir (penaja): "Wanita Noir" (lagu penaja) |
Wings diiringi oleh Koir Kebangsaan dan orkestra pimpinan Ramli M.S. | Medley : "Taman Rasyidah Utama" "Hukum Karma" "Harapan" "Opera Hidup" |
Gil. | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi |
---|---|---|---|---|
1 | "Purnama" | Ahmad Amzar Ahmad Sabri (Amzar Razqa) dan Muhammad Naim Daniel Baharin | Ahmad Amzar Ahmad Sabri (Amzar Razqa) | Naim Daniel |
2 | "Nafas Cinta" | Muhammad Khairul Baharuddin (Khai Bahar) dan Nurul Aina Abdul Ghani | Nurul Aina Abdul Ghani dan Wan Zakaria | Khai Bahar dan Aina Abdul |
3 | "Boneka" | Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K), Iqie Hugh dan Muhammad Firdaus Rahmat | Syamel | |
4 | "Cinta" | Stacy Anam (Bunga Cantik) dan Akim Ahmad (Hang Nadim) | Akim Ahmad (Hang Nadim) | Marsha Milan |
5 | "Intan Payung" | Noor Ayu Fatini (Bunga) dan Ahmad Amzar Ahmad Sabri (Amzar Razqa) | Noor Ayu Fatini (Bunga) dan Rahmat Zulhilmi (Siqma) | Bunga dan Noraniza Idris |
6 | "Angkara" | Sharon Anne Paul Abdullah (Sharon Paul) | Ahmad Fedtri Yahya dan Siti Nordiana Alias (Nana Alias) | Siti Nordiana |
7 | "AEWO" | Ezra Kong | Ezra Kong dan Ahmad Ikhwan Aji (Noki) | Shiha Zikir dan Noki |
8 | "Mimpi" | Zaidah Awang (A. Aida) dan Ridzuan Haqiem Rusli | Haqiem Rusli | |
9 | "Pelukan Angkasa" | Raja Nazrin Shah Raja Azaham | Fazleena Hishamuddin | Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah |
10 | "Salahku" | Muhammad Haqeem Nuriman (Yonnyboii) | Yonnyboii | |
11 | "Sepi" | Nurul Aina Abdul Ghani | Nurul Aina Abdul Ghani dan Wan Zakaria | Aina Abdul |
12 | "Lara" | Brendan Lim Sang Meng (MFMF.), Wee Zhen Yong (MFMF.), Justin Seow Seng Tack (MFMF.), Raja Muizuddin Shah Raja Ahmad Murad (MFMF.) | Hael Husaini Razmi, Muhammad Naim Daniel Baharin dan Ridzuan Haqiem Rusli | Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli |
Menandakan Anugerah Sampingan |
Anugerah | Kedudukan | Judul Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Ganjaran |
---|---|---|---|---|---|---|
Juara Lagu | Juara Lagu | "Pelukan Angkasa" | Raja Nazrin Shah Raja Azaham | Fazleena Hishamuddin | Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah | RM 100,000 dan trofi |
Naib Juara | "Cinta" | Stacy Anam (Bunga Cantik) dan Akim Ahmad (Hang Nadim) | Akim Ahmad (Hang Nadim) | Marsha Milan | RM 50,000 dan trofi | |
Tempat Ketiga | "Mimpi" | Zaidah Awang (A. Aida) dan Ridzuan Haqiem Rusli | Haqiem Rusli | RM 30,000 dan trofi | ||
Persembahan Terbaik | "Cinta" | Marsha Milan | RM 18,000 dan trofi | |||
Vokal Terbaik | "Sepi" | Aina Abdul | RM 12,000 dan trofi | |||
Penyanyi Pilihan Popular Oppo | "Nafas Cinta" | Aina Abdul dan Khai Bahar | RM 5,000 dan trofi tajaan Oppo |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Anugerah Juara Lagu ke-36, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.