Sissy Imann: Penyanyi wanita Malaysia

Sissy Imann Mohammad Kamil​ (Jawi: سيسي ايمان محمد کميل; lahir 24 Oktober 1995) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia.

Beliau terkenal menerusi lagu "Mungkin Kamu". Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama.

Sissy Imann
Kelahiran
Sissy Imann binti Mohammad Kamil​

(1995-10-24) 24 Oktober 1995 (umur 28)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2014–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Faithful Music

Kehidupan awal

Sissy dilahirkan pada 24 Oktober 1995 di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Kerjaya

Bakatnya dikesan di YouTube oleh AG Coco sebelum terbit kerjasama antara mereka untuk album pertama. Selain itu, beliau juga berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, biola dan bes.

Namanya melonjak naik menerusi lagu "Mungkin Kamu". Video muzik lagu itu sehingga kini telahpun meraih lebih 750,000 tontonan di YouTube.

Selain menyanyi dan berlakon, Sissy juga merupakan guru vokal.

Sissy menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.

Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Tolong Aku Doktor Cinta lakonan Hafreez Adam, Puteri Aishah dan Nina Iskandar.

Pada 27 Mac 2019, Sissy muncul dalam rancangan The House bersama Sarah Suhairi dan Wani Kayrie yang akan disiarkan di Astro Ria. Bermula pada Ogos 2019, beliau menjadi pengacara baru rancangan Muzik Muzik memggantikan Daiyan Trisha yang telah tamat kontrak selepas 6 bulan.

Big Stage (musim 1)

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Mungkin Kamu" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Lit Throwback "Semoga Abadi" Misha Omar TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Drama"

(duet bersama Ara Johari)

Ning Baizura, Nikki Palikat & Yanie TERSELAMAT
Minggu 4 Tapi Bukan Aku "Senggol-senggolan Cubit-cubitan" Mas Idayu TERSINGKIR

Diskografi

Single
Tahun Tajuk lagu Catatan
2014 "Mungkin Kamu" OST Eksperimen Cinta
"Benar Ku Tak Bohong"
2015 "Entah Apa Rasa"
2017 "Jatuh" OST Papa Nak Menantu
2019 "Pesanan Ayahanda"
"Sudahlah (Meow!)"
2020 "Bisa Mencinta"
2021 "Bebas" OST Perisik Cinta Tak Diundang
"Namaku Padamu"

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Autumn in Wales Mira Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Tolong Aku Doktor Cinta Tania TV2 Drama pertama
Kariah Cak Pong Cik Tiara TV3
Cinta Belum Tamat Tempoh Aween Lee Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Misi Penculikan Cinta Cinta Farhani TV3 sempena Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL)
Geng Big Stage Beraya Dahlia Astro Ria
2020 Man Santan TV2
2022 Misteri Lain Macam Cici TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2018 Big Stage (musim 1) Peserta Astro Ria
2019 The House Dirinya sendiri bersama Sarah Suhairi & Wani Kayrie
Malam Kenangan Mengusik Jiwa Artis Jemputan TV2
2020 Studio Big Stage (musim 3) Pengacara Astro Ria bersama Neeta Manishaa
2021 Lounge AJL35 TV9 bersama Muaz Mohamed
All Together Now Malaysia (musim 1) Juri Astro Ria
Idola Kecil Di Rumah Pengacara TV9,
TV3
2021–2022 Muzik Muzik TV3 bersama Alif Satar & Muaz Mohamed
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Pengacara segmen lounge & karpet merah
Getaran Jiwa TVS bersama Jiggy Masin
Famili Duo (Musim 2) Peserta pasangan selebriti TV3 bersama Naim Daniel
All Together Now Malaysia (musim 2) Juri Astro Ria

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sissy Imann Kehidupan awalSissy Imann KerjayaSissy Imann DiskografiSissy Imann FilemografiSissy Imann RujukanSissy Imann Pautan luarSissy ImannBig StageBig Stage (musim 1)Tulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Gangga NegaraAnna JoblingSepak takrawPeristiwa Bukit KepongZizan RazakSophia LianaPuasa (Islam)Nabila RazaliSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahAl-Masih ad-DajjalReptiliaMenteri Pendidikan MalaysiaUqasha SenroseThe Original GangsterAdnan Abu HassanAerofonBuliKumpulan Wang Simpanan PekerjaPakatan HarapanAsha MericanPerang BadarSonu SoodRasuahBaba dan NyonyaKerajaan Persekutuan MalaysiaDadahNusantaraTerlanjur Cinta (drama)Frekuensi radio di KedahRukun IslamBahasa Melayu KunoLompat tikamDe FamGolongan kata (bahasa Melayu)Pemikiran bawah sedarBendera IslamPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Bella AstillahHubungan seks2024 dalam bola sepak MalaysiaJenis darahRaja berperlembagaanFasha SandhaBahasa ArabPasukan bola sepak kebangsaan KyrgyzstanBukit KepongUnifi TVDaiyan TrishaYang Bakal Mati Ramadan IniKelayakan Piala Dunia FIFA 2026Masjid NegaraKu Abdul Rahman Ku IsmailFadhli MasootKata ganti nama (bahasa Melayu)Deria bauIslamHael HusainiWikipediaRukun ImanKucingTengku Zafrul Abdul AzizBola sepakMarlia MusaSetelah Cinta Itu PergiOrang India MalaysiaSomaliaSejarah bahasa MelayuSumber primerSharifah HusnaNenek Kebaya (drama)SalomaKau Yang TerindahBaju kurungAbdul Taib MahmudPrivate BodyguardKadazan🡆 More