Noki K-Clique

Ahmad Ikhwan bin Aji (lahir 17 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Noki K-Clique adalah merupakan penyanyi dan pelakon asal kelahiran Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Clique.

Noki K-Clique
Kelahiran
Ahmad Ikhwan bin Aji

(1994-07-17) 17 Julai 1994 (umur 29)
Nama lainIkhwan Lee
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2012–kini
Kerjaya muzik
GenreHip Hop, Underground, Mainstream
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Black Hat Cat Records
Pengkarya berkait
K-Clique, MK K-Clique, Shiha Zikir, Kaka Azraff, Loca B

Karier

Bakatnya dicungkil daripada rancangan Showdown musim ketiga pada tahun 2012, sebuah pertandingan tarian urban berkumpulan yang mana beliau menganggotai kumpulan Kitta Move. Beliau kemudiannya menyertai pertandingan The Band, sebuah rancangan pencarian bakat nyanyian dan tarian siaran Astro pada 2014. Kini beliau menganggotai kumpulan K Clique yang turut dibarisi tujuh ahli lain iaitu MK, Tuju, FareedPF, Gnello, SoMean, KDeaf dan NastyNas. Deretan lagu yang pernah dirakamkannya bersama K Clique termasuk Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Memorabilia (menampilkan XNADS), Licik, Warna, Mimpi (menampilkan Alif), Beg 2 Back, Kamu Okay, Kitta Move, Merais dan Pulang (menampilkan AJ). Lagu-lagu dipopularkannya sebagai penyanyi solo pula seperti Gila (bersama Kaka Azraff dan Loca B), Poyo (bersama Danial Zaini dan Santesh), AEWO (bersama Shiha Zikir), Zoom Zoom Zoom (bersama MK, Gnello, Kidd Santhe dan CatFarish) dan Hati (bersama AJ dan Gnello). Beliau bersama K Clique pernah tercalon dalam kategori Best Southeast Asian Act di Anugerah Muzik Eropah MTV 2020, namun kemenangan berpihak kepada penyanyi hip hop Vietnam, Jack. Lagu Gila dendangannya bersama Kaka Azraff dan Loca B diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang berlangsung pada 14 Mac 2021. Menggunakan akaun Instagram @ikhwanlee94 yang sehingga kini mencapai lebih 230,000 pengikut

Diskografi

Single kolaborasi

Tahun Judul Kolaborasi Album
2020 "AEWO" Shiha Zikir Single
"Hati" AJ & Gnello
"Gila" Kaka Azraff & Loca B
2021 "Payung Pelangi" MK K-Clique

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Nota
2023 War on Terror: KL Anarki Zack Filem pertama
2025 Reeza Andika Panca-penerbitan

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Oh My Hantaran Mail TV9 Drama pertama

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Cincin Pusaka TV9

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Showdown (musim 3) Peserta 8TV
2014 The Band Peserta Astro Ria
2019 MeleTOP Dirinya sendiri Bersama K-Clique
Unplugged Dirinya sendiri
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Finalis TV3 Duet bersama MK
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta (Bawang Putih) Astro Warna

Pencapaian

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan Nota
2020 Anugerah Juara Lagu ke-35 Juara Lagu "Gila" Menang Juara Lagu keseluruhan bersama Kaka Azraff & Loca B.
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Finalis Top 12 AEWO Tercalon Duet bersama Shiha Zikir.
Anugerah MeleTOP Era 2021 Lagu MeleTOP AEWO Menang Duet bersama Shiha Zikir.
Grup/Duo MeleTOP Era AEWO Menang Duet bersama Shiha Zikir.

Rujukan

Tags:

Noki K-Clique KarierNoki K-Clique DiskografiNoki K-Clique FilemografiNoki K-Clique PencapaianNoki K-Clique RujukanNoki K-CliqueK-CliqueKota KinabaluSabah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Adat resamIbnu KhaldunSurah Al-InsyirahTerengganuJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaRevolusi PerindustrianFrekuensi radio di JohorZul AriffinSingapuraSejarah MalaysiaTV3Sabri YunusErry PutraCendolTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahKugiran MasdoSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaNusyuz Berkiblat CintaAli bin Abi TalibAstrolabMedia sosialAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahJohor BahruWinai KraibutrMarlia MusaNombor perdanaAna DahliaNabi Saleh a.s.Anak Perjanjian Syaitan 2Senarai kata pinjaman bahasa MelayuKimpalanBendera MalaysiaSiti HariesaHans IsaacKucingUniversiti Teknologi MalaysiaElly ArifinSonu SoodSyed Danial Syed AhmadRita RudainiJabatan Kastam Diraja MalaysiaGrup Gerak KhasFrekuensi radio di SabahHero Seorang CinderellaKata adjektifSemenyihYasmin AhmadHari Kebangsaan MalaysiaJepunKhalid bin al-WalidWarna Warni AidilfitriAyu RaudhahLayang Layang PerkahwinanKata namaJumaat AgungSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaSijjin (filem 2023)Frekuensi radio di Negeri SembilanCik ManggisSahurPerang AhzabBola balingSenarai bank di MalaysiaTuakMasjid al-AqsaSiti NurhalizaFrekuensi radio di SarawakRozita Che WanEyka FarhanaSunan KalijagaBak kut tehSyed Mohd Yusof Syed NasirFrekuensi radio di MelakaBola sepak18 Puasa di Kampong Pisang🡆 More