Angkasa lepas; (Jawi: اڠكاس لڤسcode: ms is deprecated ), atau lebih ringkas angkasa; (Jawi: اڠکاسcode: ms is deprecated ), merujuk kepada ruangan yang secara relatifnya kosong di dalam alam semesta yakni berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi.
Angkasa lepas digunakan untuk membezakannya dengan ruang udara (dan kawasan-kawasan daratan) kerana angkasa merujuk kepada langit. Berlawanan dengan pemahaman popular, angkasa lepas tidak sebenarnya kosong (iaitu hampagas sepenuhnya) tetapi mengandungi zarah-zarah dalam ketumpatan yang rendah, majoriti plasma hidrogen, serta sinaran elektromagnet. Angkasa lepas dikatakan turut mengandungi jirim gelap dan tenaga gelap, namun kenyataan ini cumalah bersifat hipotesis.
20 km (65,600 ka)(12.4 batu) - Air pada suhu bilik mendidih tanpa bekas bertekanan (Tanggapan yang cecair badan akan mula mendidih pada takat ini adalah salah kerana tubuh mengenakan tekanan yang cukup untuk menghalangnya dari berlaku)
24 km (78,700 ka)(14.9 batu) - Sistem tekanan pesawat udara biasa tidak lagi berfungsi
32 km (105,000 ka)(19.9 batu) - Turbojet tidak lagi berfungsi
34.7 km (113,740 ka)(21.5 batu) - Rekod altitud untuk penerbangan manusia dalam belon
45 km (147,600 ka)(28 batu) - Ramjet tidak lagi berfungsi.
50 km (164,000 ka)(31 batu) - Sempadan antara stratosfera dan mesosfera
53 km (174,000 ka)(33 batu) - Rekod altitud untuk belon udara
80.5 km (264,000 ka)(50 batu) - Sempadan antara mesosfera dan termosfera. Takrifan penerbangan angkasa lepas oleh A.S.
100 km (328,100 ka)(62.1 batu) - Garis Kármán, had angkasa lepas mengikut Fédération Aéronautique Internationale. Permukaan aerodinamik tidak lagi berkesan akibat ketumpatan atmosfera yang rendah. Kelajuan angkat umumnya melebihi halaju orbit. Turbopause.
120 km (393,400 ka)(74.6 batu) - Seretan atmosfera mula terasa semasa masuk semula dari orbit
200 km (124.2 batu) - Orbit paling rendah yang mungkin untuk kestabilan jangka-pendek (stabil untuk beberapa hari)
307 km (190.8 batu) - Orbit misi STS-1
350 km (217.4 batu) - Orit paling rendah yang mungkin untuk kestabilan jangka-panjang (stabil untuk banyak tahun)
360 km (223.7 batu) - Orbit purata Stesen Angkasa Antarabangsa, yang masih berubah akibat seretan dan pertambahan berkala
63,800 km (39,600 batu) - Hujung sabuk sinaran Van Allen luar
320,000 km (200,000 batu) - Graviti Bulan mengatasi graviti Bumi (pada titik Lagrange)
348,200 km (238,700 batu) - perigee qamari (jarak terdekat dengan Bulan)
402,100 km (249,900 batu) - apogee qamari (jarak terjauh dari Bulan)
Penemuan
Pada tahun 350 S.M., ahli falsafah Yunani, Aristotle, mencadangkan bahawa alam bencikan kekosongan (nature abhors a vacuum), prinsip ini kemudiannya dikenali sebagai horror vacui. Berdasarkan pendapat ini, keadaan hampagas adalah tidak wujud, di Barat idea tiada ruang yang kosong ini tidak disanggah berkurun lamanya. Sehinggalah lewat kurun ke-17, ahli falsafah PerancisRené Descartes telah menyanggah tentang keseluruhan ruang perlu diisi.
Rujukan
Bibliografi
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Angkasa lepas, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses. ®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.