lima Tonggak

Seluruh Dasar dan garis panduan Wikipedia yang sedia termaktub dapat diringkas menjadi lima tonggak utama yang merupakan ciri Wikipedia:

lima Tonggak Wiki ialah sebuah ensiklopedia
  • Wiki ialah sebuah ensiklopedia yang menggabungkan unsur-unsur daripada sebuah ensiklopedia umum, ensiklopedia khusus, dan almanak (catatan sejarah) dalam satu wadah.
  • Semua rencana harus mengikuti dasar dan polisi yang dirangka, disusun dan telah dipersetujui bersama. Perlu diketahui bahawa Wikipedia melarang penyelidikan asli dan penyumbang harus betul-betul berusaha memastikan kesahihannya.
  • Wiki bukan tempat untuk menyumbangkan pendapat, pengalaman, ataupun tegasan peribadi. Lebih lanjut, Wiki bukanlah tempat untuk meletakkan maklumat semberono.
  • Wiki bukanlah tempat untuk meletakkan himpunan pernyataan "remeh" (trivia), panggung politik, mempromosikan diri sendiri, tempat percubaan anarki mahupun demokrasi, atau sebuah buku petunjuk web.
  • Wiki juga bukanlah tempat untuk meletakkan kamus dan Kalam Tuhan secara bulat-bulat, (tetapi sebagai ayat penegas dan rujukan bagi mengukuhkan pernyataan adalah dibenarkan), mahupun himpunan naskah sumber (salinan naskah jurnal). Kandungan jenis seperti ini masing-masing boleh diletakkan di projek-projek Wiki yang berikut.
 
lima Tonggak Wiki memiliki sudut pandang berkecuali
  • Ini bermaksud, anda dan kami mesti berusaha keras untuk menghasilkan suatu bentuk sentuhan akhir setiap rencana di Wikipedia yang tidak hanya menumpukan pada satu sudut pandangan sahaja. Lebih tepat lagi tiada berat sebelah. Ini bererti kita harus mencari pandangan pro dan kontra antara sesuatu dakwaan dan permasalahan; dan menuliskan tiap pandangan untuk memastikan kesahihannya dan menyediakan sumber rujukan yang boleh dipercayai untuk setiap pandangan yang ditulis. Hal ini dimaksudkan agar pihak yang membaca dapat mengerti dan menilai akan kejituan pandangan yang diwakilkan oleh sebuah pernyataan.
  • Pada penulisan di Wikipedia, tidak ada sebuah pandangan pun yang dapat dituliskan sebagai "pandangan yang benar" atau "pandangan terbaik". Ini bererti, penulisan hanya tertumpu kepada sumber yang dapat ditentusahkan sahaja, khususnya kepada topik-tpik kontroversi yang memerlukan kaedah penyelesaian pertikaian yang matang lagi baik.
  • Ketika muncul sebuah konflik akan versi mana yang paling berkecuali, umumkan suatu tempoh bertenang dan berikan tanda (tag) pada rencana tersebut sebagai rencana dalam perselisihan; bahas rincian satu demi satu dalam laman perbincangannya dan ikuti kaedah penyelesaian pertikaian yang terbaik.
 
lima Tonggak Wiki memiliki kandungan bebas
 
lima Tonggak Wiki memiliki aturan tingkah laku
 
lima Tonggak Jangan terbeban dengan aturan
  • Wiki tidak memiliki peraturan kaku selain daripada kelima rukun yang dihuraikan di sini. Walau bagaimanapun, anda perlu menepati aturan-aturan yang bersangkutan dengannya. Lihat: Wiki: Dasar dan garis panduan.
  • Jangan takut dan gusar dalam mengemas kini laman, jangan takut menyunting, memindahkan, dan mengubah rencana. Kesenangan untuk menyunting seharusnya menjadi tujuan utama anda berada di Wiki Bahasa Melayu.
  • Jangan takut bahawa anda mungkin melakukan kesalahan dan malah mengganggu kelancaran Wiki Bahasa Melayu. Setiap versi suntingan terdahulu akan tetap ada, jadi anda tidak perlu khuatir bahawa anda akan secara tidak sengaja merosakkan Wikipedia atau menghapuskan suatu isi. Semuanya dapat dikembalikan. Tetapi ingatlah bahawa segala sesuatu yang anda tulis di sini akan tersimpan dalam jangka waktu yang lama. Namun sentiasalah memperbaiki gaya penulisan anda. Elakkan laku musnah kerana anda boleh disekat daripada menyunting mungkin untuk tempoh yang lama atau selama-lamanya.

Catatan

Halaman ini memuatkan prinsip-prinsip dasar Wiki Bahasa Melayu. Prinsip-prinsip dasar ini telah ada sebelum laman ini dibuat. Jadi anda disarankan untuk melihat laman Wiki: Dasar dan garis panduan terlebih dahulu sebelum pengumuman baru dibuat bagi menunjukkan laman ini siap untuk dikuatkuasakan sepenuhnya.

Lihat juga

Tags:

Wikipedia:Dasar dan garis panduan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bandaraya MelakaCuti umum di MalaysiaPangkat tenteraAbdul Hadi AwangMarissa YasminKhir RahmanPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaKKN di Desa Penari (filem)Muhyiddin YassinMeerqeenKeropok lekorPuteri BalqisKristianIpohNazim OthmanWadi AnnuarPahamin RajabSkop ProductionsJambatan Pulau PinangAbang Long FadilShiqin KamalSolat Sunat JumaatRiena DianaKementerian Pendidikan MalaysiaAdat resam kahwin MelayuNadia AqilahPiala Sumbangsih 2024Sultan Sharafuddin Idris ShahKata sendi (bahasa Melayu)Carles PuigdemontPukimakNusantaraSenarai kata pinjaman bahasa MelayuMusa HitamMenteri Pendidikan MalaysiaYasmin NapperSabronzoMelayuSarimah IbrahimMark AdamLatAween IsmailTentera Udara Diraja MalaysiaSaronPang Sock TaoAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamPiala Asia B-23 AFC 2024Sultan Mizan Zainal AbidinWikipediaMohammed Hanif OmarBajauPolitik balas budiKhairul Azhari SautPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaUnifi TVSungai TerengganuSunan DrajatPiala Asia B-23 AFCSolatMustaqim BahadonSurah al-FatihahSabahInna lillahi wa inna ilaihi raji'unWudukTimbalan Perdana Menteri MalaysiaPeraturan bola jaringNasha AzizMalaysiaAkikahBidaraMira FilzahBola tamparSultan TerengganuHantu rayaFarali KhanSri Pahang FCFacebookBukan Kahwin Paksa🡆 More