Laman ialah rencana berkaitan kelayak sesuatu rencana.
Untuk kegunaan lain, lihat Wiki: Apa yang bukan Wiki.
Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Mesej laman ini secara ringkas: Rencana-rencana Wikipedia merangkumi topik-topik penting—topik yang mendapat perhatian dunia dalam tempoh yang agak lama, dan tidak berada di luar skop Wiki. Kami mengambil kira bukti daripada sumber-sumber bebas dan sesuatu tajuk dikatakan dikenali sekiranya ia menerima liputan yang cukup meluas dalam sumber sekunder yang boleh dipercayai tentang subjek berkenaan. Garis panduan kelayakan ini tidak menetapkan kandungan rencana, hanya sama ada topik harus mendapat rencananya sendiri. |
Jika anda mahu mendapatkan nasihat sama ada sesuatu topik rencana itu layak atau tidak, sila lawat Wiki: Kedai Kopi dan nyatakan soalan di sana. |
Dalam Wikipedia, kelayakan adalah satu ujian yang digunakan penyunting bagi membuat keputusan sama ada sesuatu topik itu boleh diberikan rencananya tersendiri. Maklumat Wikipedia perlu dapat disahkan. Sesuatu topik tidak seharusnya diberi rencananya sendiri jika tiada sumber pihak ketiga dapat diperolehi berkaitannya. Konsep kelayakan Wikipedia mengenakan piawai asas ini bagi mengelakkan pemuatan topik secara sembarangan. Topik-topik rencana dan senari perlulah layak, atau "harus mendapat perhatian". Kelayakan tidak semestinya bergantung kepada perkara-perkara seperti kemasyhuran, kepentingan, atau populariti—walaupun perkara-perkara sedemikian dapat menambah penerimaan sesuatu subjek yang menepati garis panduan yang dijelaskan dengan lebih terperinci di bawah. Garis Panduan Wikipedia Kelayakan ini juga sangat menuruti dasar rasmi kami: Wiki: Pengesahan.
Jika tiada sumber pihak ketiga yang dijumpai mengenai topik itu, maka ia tidak wajar ada rencana sendiri. Konsep kelayakan Wikipedia ini bertujuan menghindari penyertaan topik ke dalam Wikipedia secara sembarangan. Topik rencana dan senarai mestilah "layak diberi perhatian". Penentuan kelayakan tidak semestinya bergantung pada perkara-perkara seperti kemasyhuran, kepentingan, atau populariti—namun ini boleh meningkatkan peluang subjek boleh diterima berlandaskan garis panduan di bawah.
Sesuatu topik dianggap layak mendapat rencana sendiri jika ia memenuhi garis panduan kelayakan am di bawah. Garis panduan berikut hanya menggariskan kesesuaian topik untuk mendapat rencana atau senarai sendiri, tanpa mengehadkan kandungan rencana atau senarai secara langsung. Untuk dasar-dasar kandungan Wikipedia, rujuk Pandangan berkecuali, Pengesahan,Tiada penyelidikan asli, Wiki bukanlah, and Biografi tokoh hidup.
Sesebuah topik dianggap sebagai layak jika ia menerima liputan meluas dalam sumber rujukan yang meyakinkan dan bebas dari subjek itu.
Tema biasa dalam garis panduan kemashyuran adalah perlunya terdapat bukti objektif yang disahkan bahawa subjek tersebut telah mendapat perhatian besar oleh dunia atau negara, bagi membukti dakwaan kemashyuran itu.
Bukti mesti menunjukkan bahawa topik telah mendapat litupan bebas meluas atau pengiktirafan, dan ini bukan sekadar cetusan berita sementara, maupun aktiviti mencari publisiti murahan, maupun ia merupakan topik yang tidak sesuai bagi sebab-sebab lain. Sumber bukti mesti termasuk penerbitan rakan sejawat yang diakui, buku yang boleh dipercayai dan memiliki kelayakan (tidak termasuk buku diterbit sendiri ("vanity books"), sumber media dipercayai (bukan tabloid), dan sumber lain yang dipercayai umum.
Sekiranya rencana gagal memberi sumber rujukan yang mencukupi bagi membuktikan kemashyuran subjek tersebut, cari sumber itu sendiri, atau:
Sekiranya sumber bersesuaian tidak dijumpai, kami mempertimbang supaya kandungan rencana digabungkan dalam rencana yang memberikan konteks lebih umum.
Misalnya, rencana watak kecil dalam sesebuah karya cereka wajar digabungkan menjadi "Senarai watak kecil dalam ..."; rencana tentang sekolah wajar digabungkan kepada daerah-daerah di mana letaknya sekolah-sekolah tersebut; saudara-mara seseorang tokoh wajar digabungkan kepada rencana tokoh tersebut; rencana bagi tokoh yang hanya dikenali kerana dikaitkan dengan kelompok atau peristiwa tertentu patut digabungkan ke dalam rencana utama kumpulan atau peristiwa itu.
Apabila sesuatu topik menerima liputan berita semasa untuk seketika, tidak bererti ia mendapat bukti objektif untuk kelayakan jangka panjang. Sebaliknya, jika liputan jangka panjang dari sejarah dibuktikan secukup-cukupnya, tiada perlunya menunjukkan liputan yang berterusan. Topik-topik yang tidak memenuhi garis panduan kelayakan pada awalnya mungkin akhirnya memenuhi garis panduan itu dengan berlalunya masa apabila wujudnya sumber-sumber baru. Ingat, jangan tuliskan rencana berdasarkan spekulasi bahawa topik itu mungkin menerima liputan lebih meluas pada masa depan.
Garis panduan kelayakan memberikan panduan sama ada topik itu cukup layak untuk disertakan dalam Wikipedia sebagai rencana berasingan, tetapi tidak mengawal kandungan rencana (selain rencana senarai). Kandungan rencana dijaga oleh dasar-dasar dan garis-garis panduan lain, seperti dasar yang menekankan kebolehsahan, sumber yang boleh dipercayai dan bahagian trivia. Topik-topik dan fakta-fakta dalam rencana tidak dimestikan memenuhi piawaian garis panduan kelayakan rencana.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Wiki:Kelayakan, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.