Anda juga boleh membuat sublaman yang berakhir dengan .js atau .css untuk menyimpan sebarang skrip pengguna dan ubah suai kulit yang dikehendaki apabila menyunting Wiki Bahasa Melayu. Hanya anda dan para penyelia yang boleh menyunting laman-laman itu, namun sesiapa sahaja boleh membacanya.
Anda akan diberitahu jika sesiapa menyunting laman perbincangan pengguna anda dan/atau meninggalkan pesanan di situ. Pemberitahuan dan pautan-pautan di bawah dipaparkan secara automatik di semua laman sehingga anda melihat laman perbincangan pengguna anda (atau laman perbezaan antara semakan atau sejarahnya).
Pautan-pautan Khas:MyPage dan Khas:MyTalk merupakan jalan-jalan pintas yang membawa seseorang pengguna ke laman pengguna dan perbincangan pengguna sendiri. Jika sesiapa ingin melawat laman pengguna atau perbincangan pengguna anda (atau orang lain), maka perlunya pautan laman yang sebetulnya (cth. [[Perbincangan pengguna:Contoh]]). Laman pengguna dan perbincangan pengguna biasanya boleh dilawati dengan mengklik tandatangan pengguna dalam perbincangan, dan pautan-pautan yang ditunjukkan dalam sejarah laman dan perbezaan antara semakan.
Laman-laman pengguna ini tiada kegunaan yang tetap, cuma pada kebiasaannya, laman pengguna seseorang mengandungi serba sedikit tentang diri pengguna itu, sementara laman perbincangannya digunakan untuk meninggalkan pesanan. Asalkan pengguna-pengguna lain boleh mencari laman-laman yang diperlukan dengan cepat dan mudah, para pengguna boleh menyusun atur laman penggunanya dengan bebas dan berakal budi.
Pengguna boleh menyertakan 'notis laman pengguna' pada laman pengguna dan perbincangan pengguna sendiri. Templat {{LamanPengguna}}
di atas sekali laman pengguna jelas mengecamkan sifat laman itu untuk para pengguna, dan juga menolong jika sesiapa mendapati laman yang berlabel ini pada salinan-salinan Wikipedia di tempat lain (lebih lanjut) dan hendak mencari yang asli. Laman pengguna ini boleh dicerminkan (disalin) oleh tapak-tapak sesawang yang lain. Bahan-bahan yang tidak ingin disalin atau diguna semula jangan diletakkan di tapak ini.
Sesetengah jenis bahan mesti tidak terbiar terlalu lama dalam ruang pengguna; rujuk di bawah untuk butirannya. Selain komunikasi, kegunaan ruang nama juga termasuk (tetapi tidak terhad keada):
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anda juga dialu-alukan untuk menyertakan pautan ringkas ke dalam laman web peribadi anda, namun anda tidak wajar menyerikannya dengan sebarang kata-kata promosi yang berbunga-bunga.
Laman pengguna juga digunakan untuk tujuan pentadbiran, untuk memastikan para pengguna sedar akan sekatan, amaran, atau tindakan-tindakan lain jika ada, serta memberitahukan hal-hal yang mungkin mempengaruhi rencana-rencana yang anda pernah usahakan atau terlibat dengan isu-isu editorialnya. Penyelia juga boleh menyunting laman pengguna anda, misalnya untuk menghadiahkan barnstar kepada anda ataupun mengajukan komen dan soalan kepada anda. Walaupun anda diberi cukup kebebasan untuk menyunting laman pengguna anda, namun ada hal-hal yang tidak wajar disingkrikan (lihat di bawah).
Pokoknya, butiran peribadi anda tidak patut diletakkan dalam ruang nama utama (untuk rencana ensiklopedia sahaja), dan rencana-rencana ensiklopedia tidak patut berpautan dengan mana-mana laman ruang pengguna.
Seandainya anda atau sesuatu yang berkait rapat dengan anda mempunyai rencana dalam ensiklopedia, itu sentiasa dianggap sebagai berasingan sama sekali dengan anda sebagai penyunting. Anda mesti membaca panduan konflik kepentingan dengan cukup teliti dan cuba mengelak daripada menyunting perihal diri anda atau hal-hal yang berkait rapat dengan anda di dalam sebarang rencana.
Sesetengah ahli meletakkan maklumat peribadi seperti butiran hubungan (e-mel, MSN, dsb.), gambar foto, nama sebenar, lokasi, maklumat tentang bidang kepakaran atau minatnya, yang disukai dan tidak disukai, dsb. Setelah diletakkan, maklumat ini tidak mungkin kekal peribadi lagi, dan boleh disalin ke mana sahaja dan juga digunakan untuk mengganggu anda pada masa akan datang. Anda diingatkan supaya berfikir panjang sebelum meletakkan maklumat peribadi pada laman pengguna anda kerana anda mungkin tidak akan dapat menariknya semula nanti sungguhpun anda berubah pendirian..
Bahan peribadi yang melanggar privasi, baik yang diletakkan oleh anda sendiri atau orang lain, boleh disingkirkan daripada mana-mana laman atas permintaan oleh para penyelia.
Semua kotak pengguna boleh didapati di sini.
Secara amnya, anda mesti mengelak daripada meletakkan terlalu banyak kandungan yang tiada kena-mengena dengan Wikipedia di laman pengguna anda.Wiki bukanlah perkhidmatan hos am, jadi laman pengguna anda bukan tapak web peribadi. Laman pengguna anda adalah mengenai diri anda sebagai ahli Wikipedia, dan laman-laman dalam ruang pengguna anda haruslah ditujukan kepada usaha anda untuk menyumbang kepada projek ini.
Selain itu, anda tidak boleh meletakkan kandungan yang memburukkan nama projek ini, ataupun pasti menyinggung perasaan orang lain (cth. penyokong pedofilia) dalam ruang pengguna anda. Sama ada tidak main-main atau bertindak seperti troll, hukum "Wikipedia bukan tempat berucap" biasanya ditafsirkan sebagai berkenaan dengan ruang pengguna dan ensiklopedia sekali, dan "Wikipedia tidak tertapis" memaksudkan laman rencana dan imej; di ruang-ruang nama lain ada sekatan yang bertujuan untuk memastikan kerelevanan, nilai dan ketenteraman komuniti. Sungguhpun menikmati lebih kebebasan di ruang pengguna daripada tempat lain, namun silalah bertimbang rasa. Bahan yang amat menyinggung perasaan boleh dipadamkan begitu sahaja oleh mana-mana penyunting.
Komuniti Wikipedia pada umumnya bersikap toleran dan menjamin kebebasan yang cukup ketika menyemai garis-garis panduan ini kepada peserta am. Khususnya, kegiatan membina komuniti yang tidak semestinya "ikut topik" dibenarkan, terutamanya yang dimulakan oleh ahli Wikipedia komited yang memiliki rekod prestasi yang memuaskan sebagai penyunting. Jika dilakukan dengan betul, kegiatan-kegiatan sebegini membantu membina komuniti dan juga memperkaya ensiklopedia, tetapi juga, jika kegiatan laman pengguna mengganggu komuniti atau menghalang pengayaan ensiklopedia, ia mesti diubah suai untuk mencegah gangguan.
Kandungan tak berkenaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
Penulisan, maklumat, perbincangan, dan kegiatan yang tidak berkait rapat dengan matlamat Wikipedia |
|
---|---|
Bahan-bahan dan pautan-pautan promosi dan sokongan |
|
Bahan-bahan yang amat memecahbelahkan atau menyinggung perasaan yang tiada kaitan dengan penyuntingan ensiklopedia |
|
Maklumat peribadi |
|
Kandungan Wikipedia yang tidak sesuai dengan ruang pengguna |
|
Umumnya, jika anda ada bahan-bahan yang anda tidak ingin orang lain sunting, ataupun tidak sesuai untuk Wikipedia, ia seharusnya diletakkan dalam tapak sesawang peribadi. Terdapat banyak perkhidmatan hos web, e-mel dan weblog, baik percuma mahupun berharga rendah, sebagai tempat yang sesuai untuk kandungan yang tiada kaitan dengan Wiki Bahasa Melayu. Bagi kolaborasi komuniti ala wiki, anda boleh muat turun perisian MediaWiki dan memasangnya ke dalam pelayan (server) anda jika anda inginkan kawalan sepenuhnya, atau menggunakan mana-mana satu daripada berbilang ladang wiki (seperti Wikia).
Kenyataan-kenyataan atau laman-laman yang kelihatan menyokong, menggalakkan atau membiarkan kelakuan-kelakuan berikut: laku musnah, pencabulan hak cipta, perang sunting-menyunting, gangguan, pelanggaran privasi,fitnah, dan tindakan-tindakan keganasan (termasuk segala bentuk keganasan tetapi bukan semata-mata kenyataan menyokong pihak penuh kontroversi yang boleh ditafsirkan sebagai menggalakkan keganasan).
Kenyataan-kenyataan ini boleh dipadamkan, disunting oleh dilipat oleh sesiapa untuk menghindari tampak kebolehterimaan, dan kriteria penghapusan segera yang sedia ada juga boleh digunakan. Untuk menjaga kebebasan ruang pengguna yang seadanya, jenis-jenis bahan yang lain wajar diuruskan seperti yang diterangkan di bawah melainkan ada tindakan yang dipersetujui sebulat suara.
Jangan letakkan laman pengguna atau sublaman anda, termasuk rencana draf, ke dalam kategori kandungan.
Terutama sekali, diingatkan bahawa templat dan notis rencana tuas sering menambahkan kategori dengan sendiri. Anda boleh menghalangnya sementara rencana didrafkan dengan meletakkan tlx| di antara {{ dan nama tempat, seperti ini: {{tlx|stub|any parameters}}
Anda juga boleh memaksa pengabaian sebahagian teks dengan meletakkan selepasnya, atau dengan membubuh tanda titik bertindih sebelum "Kategori", seperti ini:
[[:Kategori:Jambatan]]
untuk memaksa pautan kategori bertindak sebagai pautan wiki biasa.
Laman perbincangan pengguna seharusnya tidak melencong ke mana-mana selain laman perbincangan akaun yang dikawal oleh pengguna yang sama.
Ruang pengguna ini bukan hos web percuma dan tidak boleh digunakan untuk menempatkan laman-laman yang menyerupai rencana, semakan lama, atau kandungan terhapus, atau versi kandungan meragukan yang anda sukai. Salinan peribadi laman yang digunakan semata-mata untuk tujuan arkib jangka panjang mungkin tertakluk kepada penghapusan. Penempatan rencana-rencana yang mungkin sahih dan lain-lain kandungan yang munasabah dalam pembangunan atau sedang aktif digunakan biasanya boleh diterima (templat {{userspace draft}} boleh diletakkan di atas laman untuk mengecamkannya). Apabila laman ruang pengguna mencapai takat di mana dia boleh dijadikan rencana, maka ia boleh dipindahkan ke dalam ruang utama atau kandungannya digunakan secara berpatutan di rencana-rencana lain yang berkenaan.
Ruang pengguna ini juga bukan ganti kepada ruang projek (Wiki: ...), dan juga tidak patut digunakan sebagai pendokumenan utama bagi sebarang dasar, garis panduan, latihan atau konsep mantap Wiki Bahasa Melayu. Jika laman pengguna anda yang berkenaan dengan projek menjadi kerap digunakan atau dipautkan dengan ruang projek, ataupun fungsinya seakan-akan laman projek, apa kata anda pindahkannya ke dalam ruang projek atau menggabungkan dengan lain-lain laman yang seumpamanya yang sudah wujud di sana.
Secara tradisi, Wikipedia menyediakan ruang yang agak luas kepada para pengguna untuk mengurus ruang pengguna mereka dengan cara yang mereka suka. Namun, laman-laman di dalam ruang pengguna dimiliki komuniti. Laman-laman ini bukan laman peribadi, dan tidak dimiliki pengguna. Laman-laman ini sebahagian daripada Wikipedia dan wujud semata-mata untuk membantu kerjasama antara para penyunting.
Pengguna lain atau bot boleh menyunting halaman-halaman ruang pengguna anda atau meninggalkan pesanan untuk anda, mahupun mengikut resmi pengguna lain secara amnya tidak akan menyunting laman pengguna anda selain (amat jarang) daripada menangani isu besar ataupun meletakkan tag berkaitan projek. Bahan yang difikirkan tidak menjurus kepada tujuan projek boleh dibuang (lihat bawah), seperti juga suntingan daripada pengguna yang dilarang. Kebanyakan polisi tapak termasuk Larangan serangan peribadi dan Biografi orang hidup dikenakan terhadap ruang pengguna anda. (Polisi-polisi yang hanya berkaitan kandungan seperti Larangan penyelidikan asli,Pandangan berkecuali, dan lain-lain lazimnya tidak dikenakan kecuali penulisan tersebut dipindahkan ke dalam ruang utama).
Sama dengan semua suntingan, sumbangan ruang pengguna dilesenkan (tanpa boleh ditarik balik) di bawah lesen-lesen Creative Commons Attribution/Share-Alike License dan GNU Free documentation license.
Akhir sekali, sebilangan kecil notis dan tag, jika diletakkan pada ruang pengguna anda,tidak boleh diubah kepada bahagian yang tersorok ataupun dibuang tanpa perbincangan.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Wiki:Laman pengguna, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.