laman Perbincangan

Laman perbincangan ialah suatu laman khas dalam Wikipedia yang berfungsi untuk membolehkan komunikasi antara pengguna.

Pada dasarnya terdapat 3 jenis laman perbincangan, iaitu:

  • Wiki: Kedai Kopi
    Kedai kopi ialah satu tempat awam yang disediakan untuk semua pengguna wikipedia untuk berbincang tentang perkembangan wikipedia
  • Halaman perbincangan rencana
    Halaman perbincangan rencana ialah laman yang disediakan untuk perbincangan tentang satu-satu rencana. Ia merupakan satu laman yang terikat kepada rencana berkenaan.
  • Halaman perbualan pengguna
    Halaman perbualan pengguna ialah tempat perbincangan peribadi bagi seseorang pengguna. Ia merupakan tempat peninggalan pesanan peribadi kepada seseorang.

Perkara utama

Mengekalkan dasar Wikipedia

Ruang untuk spekulasi, cadangan, dan pengetahuan peribadi di laman perbincangan, dengan tujuan untuk membuat kajian lanjut adalah dibenarkan di laman perbincangan. Walau bagimanapun, laman perbincangan sering disalahgunakan sebagai tempat pertelagahan berkenaan kandungan rencana yang tidak memenuhi dasar Wiki. Sila ambil perhatian khusus kepada Wiki: Biografi orang hidup, yang digunapakai untuk halaman perbincangan serta rencana: "Editor perlu mengambil perhatian khusus untuk menambah maklumat tentang orang hidup dalam mana-mana halaman Wiki Bahasa Melayu. "

Mencipta laman perbincangan

Halaman-halaman perbincangan umumnya dicipta dengan mengklik tab merah "Perbincangan" dan membuat halaman, seperti mana-mana halaman lain.

Jangan cipta laman perbincangan kosong semata-mata supaya satu laman perbincangan wujud untuk kegunaan masa depan. Jangan cipta halaman semata-mata untuk meletakkan templat {{bincang}} di atasnya. Notis templat perbincangan ini dan yang sama dengannya tidak harus ditambahkan pada halaman yang tidak mempunyai perbincangan mengenainya. Tidak perlu menambahkan templat peringatan perbincangan ke setiap halaman perbincangan, bahkan ke setiap halaman perbincangan yang mengandungi perbincangan.

Cara memasuki laman perbincangan

Untuk memasuki laman perbincangan, anda boleh menekan pautan berkenaan dengan tetikus anda. Seperti apa yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

Pautan kedai kopi

Anda boleh menjumpai pautan kedai kopi terletak di Laman Utama ms.wikipedia.org, seperti apa yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

laman Perbincangan 
Pautan Kedai Kopi ditandai dengan bulatan merah

Pautan halaman perbualan pengguna

Setelah log masuk, pautan laman perbualan untuk anda secara automatiknya akan muncul, seperti apa yang ditunjukkan di bawah:

laman Perbincangan 
Pautan Laman Perualan ditandai dengan bulatan merah

Tetapi ini hanya laman perbualan pengguna untuk anda sendiri, kegunaannya adalah supaya anda dapat dihubungi pengguna lain. Di sini anda dapat membaca pesanan yang ditinggalkan oleh kawan-kawan anda. Untuk menghubungi pengguna lain, anda harus meninggalkan pesanan anda di laman perbualan yang dimilikinya. Contohnya, kalau anda mahu menghubungi seorang pengguna yang bernama Pengguna:Muhammad Alif Adha Bin Samad, maka anda harus mencari laman penggunanya dengan memasukkan "Pengguna: Ychmatematik" di ruang carian. Sekiranya pengguna ini masih wujud maka laman penggunanya akan muncul. Anda boleh menghubungi pengguna ini menerusi laman perbincangan yang ada pada halaman pengguna berkenaan:

laman Perbincangan 
Pautan Laman Perbincangan ditandai dengan bulatan merah

Pautan perbincangan rencana

Laman perbincangan pengguna merupakan laman yang disediakan untuk membolehkan pengguna berbincang tentang sesuatu rencana. Pautannya terdapat di atas setiap halaman rencana. Di sini kita mengambil rencana Formula Satu sebagai contoh:

laman Perbincangan 
Pautan Laman Perbincangan ditandai dengan bulatan merah

Cara menggunakan laman perbincangan

Selepas memasuki laman perbincangan, anda akan menjumpai pesanan yang ditinggalkan oleh pengguna lain. Pesanan ini mungkin terdiri daripada soalan ataupun cadangan. Anda boleh memberi jawapan kepada pesanan ini, ataupun terus memulakan perbincangan baru menerusi butang sunting. Caranya adalah seperti cara anda menyunting rencana.

Laman perbincangan pengguna

Sementara tujuan laman perbincangan rencana adalah untuk membincangkan tentang kandungan rencana, laman perbincangan pengguna pula bertujuan sebagai tempat menarik perhatian atau berbincang tenntang suntingan seseorang pengguna. Wikipedia bukan sebuah media sosial, dan apa-apa perbincangan sepatutnya diarahkan demi penambahbaikan Wiki Bahasa Melayu. Laman perbincangan pengguna sepatutnya digunakan bagi tujuan utamanya, yakni memudahkan komunikasi dan kerjasama antara penyunting. Para penyunting yang menggunakan laman perbincangan mereka bagi tujuan-tujuan ini melanggari garis panduan laman perbincangan, dan dikira sebagai enggan memberi kerjasama. Laman perbincangan pengguna tertakluk kepada garis panduan laman pengguna lazim berkenaan kandungan tidak sopan.

Pembersihan laman perbincangan pengguna

Panjang laman perbincangan pengguna dan pengarkiban kandungan terdahulu adalah tertakluk kepada keinginan pengguna.

Meskipun pengarkiban adalah digalakkan, pengguna secara bebas boleh membuang komen dalam laman perbincangan mereka sendiri. Pengguna juga boleh membuang sebilangan kandungan ketika pengarkiban. Pembuangan amaran akan dilihat sebagai bukti bahawa amaran telah dibaca oleh pengguna, tanpa mengira sama ada ia adalah manual atau automatik, dan termasuk pengguna berdaftar mahupun tidak. Beberapa pengguna baharu mungkin percaya bahawa mereka boleh menyembunyikan komen kritikal dengan memadamnya; ini tidak benar: komen-komen sebegitu boleh diperoleh semula di sejarah laman.

Ada juga beberapa amaran yang tidak boleh dipadam oleh pengguna sendiri seperti permohonan nyahsekat yang ditolak serta teg pemadaman segera.

Laman perbincangan pengguna selalunya tidak akan dipadam, tetapi satu pengosongan penghormatan boleh dimohon atas keperluan kritikal.

Lihat juga

Tags:

laman Perbincangan Perkara utamalaman Perbincangan Cara memasuki laman perbincanganlaman Perbincangan Cara menggunakan laman perbincanganlaman Perbincangan Laman perbincangan penggunalaman Perbincangan Lihat jugalaman Perbincangan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Astro RiaMohd Shuhaily Mohd ZainBaby ShimaLaluan Shah AlamParti Islam Se-MalaysiaTikTokKL Gangster 2MyKadAbang Long Fadil 3Khunsa (siri TV)Erma FatimaPerodua AxiaMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahHari WesakLee Kee HiongMuhyiddin YassinLebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanNadhir NasarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaKerenggaJohan GhazaliSarafPilihan raya negeri Selangor 2023Piala Sumbangsih 2024Nombor perdanaBabiBukit TaburKedah TuaPiala Asia B-23 AFCRedza RosliShaharuddin ThambyPuteri BalqisDaerah di MalaysiaLabuanBuah pelagaSenarai SBP di MalaysiaEMegat SharizalHaqiem RusliSherry AlhadadNaim DanielEda EzrinArena LieyaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaSyazuwan HassanProton Saga (generasi kedua)Liga Super Malaysia 2024–25Piala Asia AFCAiman Hakim RidzaNabi Adam a.s.Puncak AlamNombor telefon di MalaysiaPerkahwinan menurut IslamKuala LumpurP. RamleeTakbirEmpayar UthmaniyahProton Holdings BerhadCinema (Slot TV3)Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarTakwim HijrahAedy AshrafSophia AlbarakbahSateSiti NurhalizaMega Movie (Slot TV3)JattProton WiraSungai PetaniWings (kumpulan muzik Malaysia)Proton SatriaAlicia AminProton SagaMenara Jam Condong Teluk IntanPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalHot FMAzhan RaniPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Uzbekistan🡆 More