Tomato

Tomato (Jawi: ‏توماتو‎code: ms is deprecated ‎), rangam (disebut , Jawi: راڠم‎); atau ranti merah (nama saintifik: Solanum lycopersicum) adalah tumbuhan spesies keluarga Solanaceae ditanam untuk mendapatkan buahnya yang ranum dan dimasak sebagai sayur.

Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di benua-benua Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.

Tomato
Rangam
Tomato
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
Angiospermae
Divisi:
Magnoliophyta
(tanpa pangkat):
Eudikotil
Kelas:
Magnoliopsida
Order:
Solanales
Genus:
Solanum
Spesies:
lycopersicum
Sinonim

Lycopersicon lycopersicum (L.) H. Karst.
Lycopersicon esculentum Mill.

Peristilahan

Perkataan tomato berasal dari istilah bahasa Nahuatl tomatl terbitan kata tomahuac yang memberi maksud "benda kembung"; turunan serapan bahasa ini di Mexico kini lebih merujuk kepada spesies serumpun ia iaitu tomatillo yang kecil dan kehijauan dibezakan dari xitomatl ("benda kembung berpusat") yang berwarna merah.

Nama ranti merah datang dari perkaitan dengan penampilan buahnya yang menyerupai buah pokok ranti yang kebetulan berada dalam keluarga botani yang sama.

Nama saintifiknya, lycopersicum, bermakna "persik serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah serigala"). Antara spesies lain dalam genus Solanum ialah terung dan ubi kentang serta beberapa spesies beracun lain.

Botani

Tomato 
Keratan dalam buah tomato

Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain. Batangnya padat dengan daun pokok tomato berbentuk pinat tersusun berpilin dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil, setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua batang dan daun tomato agak berbulu.

Bunga tomato menjambak pada batang tomato bersaiz 1–2 cm diameter berwarna kuning, dengan lima cuping bermata pada korola; biasanya bunga tomato muncul dalam cyme 3-12 sekali.

Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan, ia secara botaninya dikelaskan sebagai beri. Buah tomato boleh tumbuh baik sebiji setangkai mahupun beberapa dalam segugus mengikut baka; saiznya berbeza mengikut jenis dari 1-2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah tomato juga berbeza-beza, dengan warna merah yang paling popular - warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu sebatian karotenoid semula jadi yang memberikan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Sejarah

Penanaman di benua Amerika

Semua baka tomato datangnya dari penamaman selektif leluhur asal pokok ini yang diberi nama saintifik moden Solanum pimpinellifolium berasal dari Amerika Selatan. Penanaman ini mula dikembangkan setelah dibawa dari situ ke selatan Mexico selepas 500 SM.:13 Masyarakat Aztek terutamanya menghasilkan pelbagai jenis baka dari yang berwarna merah (xictomatl) hingga ke kuning dan hijau (tomatl) sepertimana yang disaksikan Bernardino de Sahagún dalam perjalanan rombongannya dari Sepanyol meneroka Dunia Baru; paderi tersebut ada mencatat dalam bukunya buah ini banyak dimanfaatkan dalam masakan berkuah masyarakat ini.

Ia merupakan antara tumbuhan utama yang dibawa dalam pertukaran Columbus.

Perkenalan ke Eropah

Penulisan pertama mengenai tumbuhan ini di Eropah mula ditulis seorang ahli botani dari Itali, Pietro Andrea Mattioli dalam makalah bertajuk Di Pedacio Dioscoride Anazarbeo Libri cinque Della historia pada 1544.:13

Negara-negara utara benua Eropah amat sangsi dengan tahap keselamatan pokok ini pada awalnya kerana ia mirip tumbuhan yang sekeluarga dengan belladonna yang digunakan sebagai bahan membuat racun berbahaya; hal ini lagi diburukkan dengan masalah keracunan memakannya kerana tindak balas pinggan mangkuk piuter digunakan golongan bangsawan dengan jus berasid buah tersebut yang melarutresap timah hitam meracuni badan pemakan. Oleh itu, ia pada mulanya lebih ditanam sebagai tanaman hiasan semata-mata.

Ia mula diterapkan dalam masakan sesetengah kawasan Itali pada abad-abad ke-17 dan 18.

Khasiat

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. [perlu rujukan] Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar[perlu rujukan] daripada badan ketika berdiet.

Galeri

Lihat juga

  • Tomatillo

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Tomato PeristilahanTomato BotaniTomato SejarahTomato KhasiatTomato GaleriTomato Lihat jugaTomato RujukanTomato Pautan luarTomato

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

JamrahNabi Sulaiman a.s.Etnik MelayuMusa HassanBoBoiBoyForest CityMega Movie (Slot TV3)SheriffSyahadahHari DeepavaliErnie ZakriMustapha KamalBruneiSidratulmuntahaBryan DomaniPolis EVO 3BatikKementerian Kesihatan MalaysiaAyat kursiFalsafahPuteri BalqisIndeks Pembangunan ManusiaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiFrekuensi radio di TerengganuKhalid Mohamad JiwaLoloqMasjid Sri SendayanTaoismeAl Nassr FCKelantan F.C.Sunan Gunung JatiShakira (drama)Amelia HendersonGol & Gincu (filem)Ziana Zain7 Hari Mencintaiku (musim 3)Filem Malaysia tahun 2024Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunNajua NasirSultan Iskandar ibni Sultan IsmailAdat resam kahwin MelayuSuria RecordsKata kerjaAmerika SyarikatIbanKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaKhalid bin al-WalidGambir SarawakSrivijayaBella DallyPasukan bola sepak kebangsaan IndonesiaPrabowo SubiantoJasmine Suraya ChinTenaga Nasional BerhadSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanBella DowannaPaus biruMajlis Raja-RajaMadinah al-MunawwarahArif AimanLaluan Kelana JayaDoa IftitahTuanku MuhrizJohor BahruBatu Belah Batu BertangkupIman TroyeMark AdamJean Retno AryaniMarie AntoinetteSolat subuhProton WajaFuad RahmanHady MirzaKumpulan Rock MalaysiaSlot SamarindaYang di-Pertuan AgongPerang BadarPerempuan Itu (drama)🡆 More