Swan

Swan adalah burung dari keluarga Anatidae dalam genus Cygnus.

Ia sekeluarga dekat dengan angsa dan itik, malah dikumpulkan dengan angsa dalam cabang Anserinae membentuk suku Cygnini. Kadang-kadang, ia dianggap cabang yang berbeza iaitu Cygninae. Terdapat enam atau tujuh spesies haiwan ini (termasuk yang pupus) dalam genus Cygnus.

Swan
Sepasang swan bisu (Cygnus olor).

Etimologi

Kata Inggeris swan yang serumpun dengan Belanda: zwaan turunan akar Proto-Indo-Eropah *swenhₓ sewarisan Sanskrit: स्वन svaná "bunyi" dari bunyi desiran kepak terbangnya.

Taburan dan habitat

Haiwan ini biasanya ditemui dalam persekitaran yang beriklim sederhana. Sebanyak empat (atau lima) spesies ditemui di Hemisfera Utara, satu spesies ditemui di Australia, satu spesies pupus telah ditemui di New Zealand dan Kepulauan Chatham, dan satu spesies di selatan Amerika Selatan.

Tabiat

Pemakanan

Swan makan di air dan di atas darat. Ia merupakan haiwan herbivor yang terutamanya memakan akar, umbi, batang dan daun tumbuhan akuatik dan tenggelam namun adakalanya juga boleh makan haiwan akuatik.

Keluarga

Swan hanya mencapai kematangan seksual antara umur 4 hingga 7 tahun. Kawanannya sering membentuk pasangan tunggal yang setia dari seawal 20 bulan lalu boleh bertahan selama bertahun-tahun, malah adakalanya boleh kekal sepanjang hayat haiwan tersebut.

Haiawan ini bersarang di daratan berhampiran dengan air dengan jarak kira-kira 1 meter diukur merentasinya. Jantan haiwan ini membantu pasangan betinanya membina sarang bersama-sama, malah juga membantu secara bergilir-gilir mengeram telur tidak seperti banyak spesies itik dan angsa yang lain.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Swan EtimologiSwan Taburan dan habitatSwan TabiatSwan RujukanSwan Pautan luarSwanAngsaBurungItikKeluarga (biologi)PupusSubkeluargaSuku (biologi)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kadazan-DusunProton SatriaSlot LestaryPuchong, SelangorAisyah Abu BakarSifat-sifat AllahSejarah IslamSenarai pelakon lelaki MalaysiaSherry AlhadadSultan Mizan Zainal AbidinPilihan raya umum Malaysia 2022Vanny RossyaneMuhamad Akmal SalehPerang AhzabSkop ProductionsHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Pahamin RajabJamrahSharifah HusnaRacun RihannaSenarai mukim di PerakKetupatGoogleXPDCTentera Udara Diraja MalaysiaHusin, Mon dan Jin Pakai ToncitMatlamat Pembangunan MampanBola jaringAmy SearchShukri YahayaOktovia ManroseErysha EmyraI.D.Leftenan KomanderSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaYasmin NapperFrekuensi radio di TerengganuHulu LangatYouTube RewindOman AirMeerqeenIsrak dan MikrajProton Holdings BerhadPeribahasa MelayuKerajaan Persekutuan MalaysiaDaerah di MalaysiaMenteri Pertahanan MalaysiaRazarudin HusainDaerah di SabahP. RamleeMalayan UnionRukun ImanErma FatimaAbdul Razak HusseinRangka manusiaKerana Dia SukaPulau RedangSenarai saluran AstroKesultanan DemakProton ExoraRindu Kasih 2Bella AstillahKristianKhulafa al-RasyidinBismillahKesultanan Samudera PasaiHari PekerjaMelitha SidabutarKiesha AlvaroMaya KarinSophia AlbarakbahBarisan NasionalPlayboy Itu Suami AkuFadillah YusofHemoroidNegeri SembilanKata kerja tak transitif🡆 More