Peter Higgs

Peter Ware Higgs CH FRS FRSE FInstP (29 Mei 1929 – 8 April 2024) ialah seorang ahli fizik teori dari United Kingdom.

Beliau merupakan profesor emeritus di Universiti Edinburgh.

Peter Higgs

CH FRS FRSE FInstP
Peter Higgs
Nobel laureate Peter Higgs at a press conference, Stockholm, December 2013
Kelahiran
Peter Ware Higgs

(1929-05-29) 29 Mei 1929 (umur 94)
Newcastle upon Tyne, England, UK
Meninggal dunia8 April 2024(2024-04-08) (umur 94)
WarganegaraBritish
Pusat pendidikanKing's College London (BSc, MSc, PhD)
Terkenal keranaBoson Higgs
Medan Higgs
Mekanisme Higgs
Pemecahan simetri
PasanganJody Williamson (k. 1963)
Anak-anak2
Anugerah
  • Hadiah Nobel dalam Fizik (2013)
  • Hadiah Wolf dalam Fizik (2004)
  • Haidah Sakurai (2010)
  • Pingat Dirac (1997)
  • Rutherford Medal (1984)
  • FRS (1983)
  • Pingat Hughes (1981)
  • Pingat Copley (2015)
Kerjaya saintifik
BidangFizik teoris
InstitusiUniversity of Edinburgh
Imperial College London
University College London
King's College London
TesisSome problems in the theory of molecular vibrations (1955)
Penasihat kedoktoranCharles Coulson
Christopher Longuet-Higgins
Pelajar kedoktoran
Laman web rasmiwww.ph.ed.ac.uk/higgs
Tandatangan
Peter Higgs

Beliau dikenali di mana beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik 2013 bersama François Englert atas penemuan boson Higgs, lagi-lagi dengan saranan Stephen Hawking.

Biografi

Awal hidup

Peter Higgs lahir di Elswick, Newcastle upon Tyne, England kepada Thomas Ware Higgs (1898–1962), seorang jurutera bunyi dalam BBC, dan isterinya Gertrude Maude née Coghill (1895–1969), seorang surirumah.

Pendidikan

Ketika Peter berusia 17 tahun pada 1946, beliau berpindah ke City of London School di mana beliau mengkhusus dalam bidang matematik. Beliau meneruskan pengajiannya dalam bidang fizik ke King's College London pada tahun 1947 sehingga dia mendapat kelulusan tinggi pada tahun 1950 serta mendapat ijazah sarjana di tempat yang sama pada tahun 1952. Beliau menjalankan kajian kedoktorannya dalam bidang fizik molekuln di bawah pengawasan Charles Coulson dan Christopher Longuet-Higgins, dua orang pakar kimia teori yang terunggul di sana. Beliau diberikan ijazah PhD pada tahun 1954 berikutan tulisan tesisnya mengenai getaran molekul (Tajuk: Some problems in the theory of molecular vibrations - "beberapa permasalahan dalam teori getaran molekul").

Beliau dilantik sebagai seorang Felo Pengkaji (Research Fellow) di University of Edinburgh (1954–56) sebelum berpindah-randah menjawat beberapa kerusi dalam Imperial College London dan University College London (sebagai seorang pensyarah Matematik sementara).Beliau kembali ke Universiti Edinburgh tahun 1960 sebagai seorang pensyarah dalam Tait Institute of Mathematical Physics.

Kerjaya perguruan dan pengkajian

Persaraan

Beliau pernah menganggotai Greenpeace sehingga ia menyatakan bantahan terhadap organisma terubah suai genetik pada 2014.

Beliau meninggal dunia sakit tua di Edinburgh pada tanggal 8 April 2024 berusia 94 tahun.

Penemuan

Ketika Higgs membuat kajian di Edinburgh, beliau tertarik kepada konsep pemerolehan jisim hasil interaksi zarah dengan suatu medan teoretikal (kini dikenali sebagai medan Higgs). Suatu mekanisme turut difikirkan di mana kuark dan lepton juga diterapkan jisim pada masa yang sama, namun ia menghasilkan sebilangan kecil jisim proton dan neutron manakala selebihnya terdiri daripada gluon sebagai suatu pengikat jisim zarah-zarah ini. Penemuan ini didasarkan kepada bahan penyelidikan Yoichiro Nambu dari Universiti Chicago yang mengusulkan suatu teori pemecahan simetri spontan (spontaneous symmetry breaking) seperti yang diperhatikan Yoichiro dalam kesuperkonduksian bahan yang menyejat.

Anugerah dan kehormatan

Beliau mendapat ijazah kehormatan daripada universiti-universiti berikut:

  • DSc University of Bristol (1997)
  • DSc University of Edinburgh (1998)
  • DSc University of Glasgow (2002)
  • DSc Swansea University (2008)
  • DSc King's College London 2009)
  • DSc University College London (2010)
  • DSc University of Cambridge (2012)
  • DSc Heriot-Watt University (2012)
  • PhD SISSA, Trieste (2013)
  • DSc University of Durham (2013)
  • DSc University of Manchester (2013)
  • DSc University of St Andrews (2014)
  • DSc Free University of Brussels (2014)
  • DSc University of North Carolina at Chapel Hill (2015)
  • DSc Queen's University Belfast (2015)

Beliau juga mendapat anugerah Hadiah Wolf dalam Fizik pada tahun 2004 bersama François Englert dan Robert Brout namun enggan menghadiri majlis penganugerahan tersebut yang diacarakan di Baitulmaqdis oleh Presiden Israel Moshe Katsav sebagai membantah kekerasan rejim Israel terhadap Palestin.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Peter Higgs BiografiPeter Higgs PenemuanPeter Higgs Anugerah dan kehormatanPeter Higgs RujukanPeter Higgs Pautan luarPeter HiggsFellow of the Royal SocietyFizik teoriUniversiti Edinburgh

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nadia AqilahUpin & IpinNabila HudaJambatan Angkat Kuala TerengganuTimbalan Perdana Menteri MalaysiaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahKhairulamingCarles PuigdemontTuanku Abdul Rahman7 Hari Mencintaiku (musim 3)Sejarah MalaysiaMasjidNabi Sulaiman a.s.Ketua Polis Negara MalaysiaZizan RazakPenunggang AgamaPak Ketipak KetipungAiman Hakim RidzaIsa KhanTikTokMaktab Rendah Sains MARA Sungai BesarTalbis IblisPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IraqRawang, SelangorTunku Abdul RahmanChacha MaembongI.D.Azira ShafinazIntan LadyanaSolat hajatNajis dalam IslamPerang Dunia KeduaSenarai dail terus antarabangsaPerlisKuala TerengganuMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahMeerqeenLiwatGula melakaMaktab Rendah Sains MARAKaum DusunSenarai Yang di-Pertuan AgongRisteena MunimAbdul Hadi AwangAn-Nuayman bin AmrSekali Lagi Cinta KembaliDewan Negeri SelangorIntegritiKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Menteri Pendidikan MalaysiaNasi lemakPakatan HarapanSolat Sunat RawatibTulisan JawiMerdeka 118Farid KamilYandexNur (drama)PedofiliaGoogle ScholarSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2023Jabatan Akauntan NegaraNajua NasirPerakThe GadysBruce GilleyPerang PadriRatu SofyaNabi Yusuf a.s.JepunMega Movie (Slot TV3)Ali bin Abi TalibSolat Sunat JumaatHang TuahChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaXPDCMalaysia Madani🡆 More