Pengelasan Biologi: Kaedah taksonomi saintifik

Pengelasan biologi atau pengelasan saintifik merupakan kaedah taksonomi saintifik yang digunakan dalam pengumpulan dan pengelasan organisma menerusi kategori organisma seperti genus atau spesis.

Golongan kumpulan ini dikenali sebagai taxa (tunggal:takson).

Pelbagai peringkat sistem pengelasan saintifik.SpesiesGenusFamiliOrderKelasFilumAlamDomainHidupan
Pelbagai peringkat sistem pengelasan saintifik.

Pengelasan Biologi: Sistem awal, Alam dan domain, Contoh
Hierarki pengelasan biologi untuk lapan pangkat taksonomi utama. Pangkat pertengahan tidak ditunjukkan.

Pengelasan biologi moden diasaskan oleh Carolus Linnaeus, yang mengelompokkan spesies menurut ciri-ciri fizikal yang sama. Pengelompokan ini telah disemak kembali untuk diselaraskan dengan prinsip keturunan yang sama (common descent) yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Sistem molekular, yang menggunakan urutan DNA atau analisis bioinformatik telah mendorong kepada penilaian semula taksonomi. Walau bagaimanapun, maklumat molekular cuma merupakan pelengkap atau tambahan kepada sistem yang diasaskan kepada morfologi yang telah sedia digunakan dalam pengelasan saintifik. Pengelasan saintifik dikenal juga sebagai taksonomi sains.

Sistem awal

Pengelasan terawal haiwan hidup adalah yang dikemukakan oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani yang mengelaskan semua organisma ketika itu sebagai tumbuhan atau haiwan. Dia kemudian membahagikan haiwan berdasarkan kepada cara mereka bergerak (udara, darat atau air).

Pada 1172 Ibn Rushd yang merupakan seorang kadi di Seville, Sepanyol telah menterjemah dan meringkaskan buku Aristotle de Anima ke dalam bahasa Arab. Malangnya, buku asal beliau telah hilang namun terjemahan dalam bahasa Latin oleh Michael Scot masih ada sehingga ke hari ini.

Seterusnya, seorang professor Sweden, Conrad von Gesner (1516–1565) telah mengumpulkan senarai benda hidup yang diketahui pada masa itu.

Penjelajahan Dunia Baru kemudiannya menemukan banyak jenis haiwan baru. Pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17, kajian cermat terhadap binatang telah dilakukan, pertama ke atas yang biasa, dan kemudian dilanjutkan sehingga ia cukup untuk bertindak sebagai asas anatomi untuk pengelasan. Kemajuan pengetahuan ini terletak pada kajian ahli anatomi perubatan, antaranya Fabricius (1537–1619), Petrus Severinus (1580–1656), William Harvey (1578–1657) dan Edward Tyson (1649–1708). Manakala kemajuan dalam pengelasan adalah hasil kerha ahli entomologi dan ahli mikroskopi seperti Marcello Malpighi (1628–1694), Jan Swammerdam (1637–1680) dan Robert Hooke (1635–1702). Lord Monboddo (1714-1799), seorang pemikir mujarad turut menyumbang

Alam dan domain

Linnaeus
1735
Haeckel
1866
Chatton
1925
Copeland
1938
Whittaker
1969
Woese et al.
1990
Cavalier-Smith
1998
2 alam 3 alam 2 empayar 4 alam 5 alam 3 domain 6 alam
(tidak diolah) Protista Prokaryota Monera Monera Bacteria Bacteria
Archaea
Eukaryota Protoctista Protista Eucarya Protozoa
Chromista
Vegetabilia Plantae Plantae Plantae Plantae
Fungi Fungi
Animalia Animalia Animalia Animalia Animalia

Contoh

Manusia (Homo sapiens)

Domain Eukarya
Alam Haiwan
Filum Kordata
Subfilum Vertebrata
Kelas Mamalia
Subkelas Theria
Infrakelas Eutheria
Order Primat
Suborder Haplorrhini
Famili/Keluarga Hominidae
Genus Homo
Spesies H. sapiens

Rujukan

Tags:

Pengelasan Biologi Sistem awalPengelasan Biologi Alam dan domainPengelasan Biologi ContohPengelasan Biologi RujukanPengelasan BiologiKategoriOrganismaTaksonomi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaPahangSukanAmerika SyarikatUngku Ismail AzizTahun Baru CinaAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaBola balingMy Lovely DriverPilihan raya umum Malaysia 2022Kesultanan Melayu MelakaTanda-tanda KiamatMimi LanaUniversiti Utara MalaysiaTerengganuKerajaan KutaiRoti johnKedudukan Dunia FIFAShazia RozainiJohor Darul Ta'zim F.C.Uqasha SenroseKementerian Kesihatan MalaysiaKetumSherry AlhadadAkulah BalqisSarawakMustapha KamalEDasar Ekonomi BaruBubur lambukPerlembagaan MalaysiaSejarah MalaysiaDewan Rakyat MalaysiaWinai KraibutrKematian Zulfarhan Osman ZulkarnainHari Kebangsaan MalaysiaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Shaheizy SamFrekuensi radio di JohorSyurgamu RamadhanNabi Musa menyeberangi Laut MerahImam MahdiKerajaan Persekutuan MalaysiaErma FatimaSijil Pelajaran MalaysiaMalaysiaLembah BujangNur FazuraBukan Sekadar LafazAnna JoblingJaafar OnnMalaysia MadaniIsteri-isteri Nabi MuhammadJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaErysha EmyraLayang Layang PerkahwinanSultan SelangorPetronasCongkakRadius OneSunan MuriaPersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaShakira (drama)T-araJuventus F.C.Muhammad bin Idris al-SyafiiSophia LianaSolat hajatAerofonVirusMasjidPembenihan awanPertubuhan Keselamatan SosialKontroversi stoking kalimah Allah 2024Sepak takrawFunanNegeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia🡆 More