Negara Merdeka Croatia

Negara Merdeka Croatia (Croatia: Nezavisna Država Hrvatska, NDHcode: hr is deprecated ; Jerman: Unabhängiger Staat Kroatiencode: de is deprecated ; Itali: Stato Indipendente di Croaziacode: it is deprecated ) adalah sebuah negara boneka fasis Jerman dan Itali semasa Perang Dunia Kedua.

Ia telah ditubuhkan di bahagian Yugoslavia yang diduduki pada 10 April 1941, selepas pencerobohan kuasa Paksi. Wilayahnya terdiri daripada kebanyakan Croatia moden dan Bosnia dan Herzegovina, serta beberapa bahagian Serbia moden dan Slovenia.[perlu rujukan]

Negara Merdeka Croatia
Nezavisna Država Hrvatska
1941–1945
Bendera Croatia
Jata Croatia
Bendera Jata
Lagu kebangsaanLijepa naša domovino
Negara Merdeka Croatia pada 1942
Negara Merdeka Croatia pada 1942
StatusNegara boneka Jerman Nazi (1941–45)
Negeri naungan Kerajaan Itali (1941–43)
Ibu negaraZagreb
Bahasa yang umum digunakanCroatia
Agama
Roman Katolik dan Islam
KerajaanFasis satu parti totalitarian kediktatoran
Raja 
• 1941–1943
Tomislav II
Poglavnik 
• 1941–1945
Ante Pavelić
Perdana Menteri 
• 1941–1943
Ante Pavelić
• 1943–1945
Nikola Mandić
Era SejarahPerang Dunia II
10 April 1941
8 Mei 1945
Keluasan
1941115,133 km2 (44,453 bt2)
Populasi
• 1941
6966729
Mata wangNDH Kuna
Kod ISO 3166HR
Didahului oleh
Diganti oleh
Negara Merdeka Croatia Kingdom of Yugoslavia
Socialist Federal Republic of Yugoslavia Negara Merdeka Croatia
Sekarang sebahagian dariNegara Merdeka Croatia Bosnia dan Herzegovina
Negara Merdeka Croatia Croatia
Negara Merdeka Croatia Serbia
Negara Merdeka Croatia Slovenia
*Aimone, Duke Spoleto menerima pelantikan pada 18 Mei 1941, turun takhta 31 Julai 1943 dan melepaskan semua tuntutan pada 12 Oktober 1943. Selepas itu, negara ini bukan lagi beraja secara teknikal. Ante Pavelić menjadi ketua negara, gelarannya sebagai pemimpin pergerakan Ustaše yang memerintah, "Poglavnik", secara rasminya menjadi gelaran ketua negara NDH.

Semasa kewujudannya, NDH telah ditadbir sebagai sebuah negara satu parti oleh organisasi Ustaše fasis. Ustaše dipimpin oleh Poglavnik, Ante Pavelić. Rejim ini mensasarkan bangsa Serbia, Yahudi dan Romani sebagai sebahagian daripada kempen genosid besar-besaran, serta anti-fasis atau penentang Croat dan Muslim.

Antara tahun 1941–45, 22 buah kem tahanan wujud didalam wilayah yang dikawal oleh Negara Merdeka Croatia, dua di antaranya (Jastrebarsko dan Sisak) menempatkan kanak-kanak sahaja dan yang terbesar ialah Jasenovac.

Negara ini secara rasminya menjadi pemerintahan beraja selepas menandatangani Undang-Undang Mahkota Zvonimir pada 15 Mac 1941. Di tabalkan oleh Victor Emmanuel III dari Itali, Putera Aimone, Duke Aosta pada mulanya enggan menerima mahkota tersebut sebagai membantah pengilhakan Itali ke atas wilayah Dalmatia yang majoritinya diduduki orang Croat, diilhak sebagai sebahagian daripada agenda irredentis Itali mewujudkan Mare Nostrum ("Laut Kami"). Beliau kemudian secara singkat menerima takhta tersebut kerana mendapat tekanan dari Victor Emmanuel III dan diberi gelaran Tomislav II dari Croatia, tetapi tidak pernah berpindah dari Itali untuk menetap di Croatia.

Dari penandatanganan Persetiaan Rome pada 18 Mei 1941 hingga penyerahan Itali pada 8 September 1943, negara merdeka croatia adalah kondominium jajahan Jerman dan Itali. Dalam penghakimannya di Perbicaraan Tebusan, Tribunal Tentera Nuremberg menyimpulkan bahawa NDH bukan sebuah negara berdaulat. Menurut Tribunal, "Croatia was at all times here involved an occupied country".

Pada tahun 1942, Jerman mencadangkan Itali mengambil alih semua kawalan tentera Croatia kerana keinginannya untuk mengalihkan tentera Jerman dari Croatia ke Barisan Timur. Itali bagaimanapun menolak tawaran itu kerana ia percayai tidak mampu mengurus sendiri situasi tidak stabil di Balkan. Selepas penyingkiran Mussolini dan gencatan senjata Itali dengan pihak Sekutu, NDH pada 10 September 1943 mengisytiharkan bahawa Persetiaan Rome terbatal dan mengilhak bahagian Dalmatia yang sebelum ini diserahkan kepada Itali. NDH cuba mengilhak Zara, yang telah diakui wilayah Itali sejak tahun 1919 tetapi menjadi objek lama irredentisme Croatia, namun Jerman tidak membenarkannya.

Lihat juga

  • Kem tahanan dalam Negara Merdeka Croatia
  • Pembunuhan beramai-ramai Glina
  • Sejarah Orang Yahudi di Croatia: Holokus
  • Senarai para pemimpin Negara Merdeka Croatia
  • Darjah kebesaran, bintang dan pingat Negara Merdeka Croatia
  • Holokus di Negara Merdeka Croatia
  • Garis masa sejarah Croatia

Nota

Rujukan

Sumber

Pautan luar

Tags:

Negara Merdeka Croatia Lihat jugaNegara Merdeka Croatia NotaNegara Merdeka Croatia RujukanNegara Merdeka Croatia SumberNegara Merdeka Croatia Pautan luarNegara Merdeka CroatiaBahasa CroatiaBahasa ItaliBahasa JermanBosnia dan HerzegovinaCroatiaFasismeJerman NaziKerajaan Itali (1861-1946)Negara bonekaPerang Dunia KeduaSerangan ke atas YugoslaviaSerbiaSloveniaWikipedia:Sumber petikan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Proton WajaKlangCarles PuigdemontPerang AhzabPulau PangkorSolat subuhSyahadahYang di-Pertua Negeri SarawakKuswadinataShuib SepahtuMuhammad bin Idris al-SyafiiAwesome TVDarah yang keluar dari rahim wanitaJanna NickAhmad Zahid HamidiTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahElizabeth IIDoa IftitahTanda-tanda KiamatGiacinto FacchettiPasukan bola sepak kebangsaan IndonesiaPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalFrekuensi radio di SabahTanam paksaCopa América 1995Kuala Kubu Bharu (kawasan negeri)EPerempuan Itu (drama)Sarawak17 PuasaAnak BapakUEFA Euro 2020Inna lillahi wa inna ilaihi raji'unKecerdasan buatanUniversiti Teknologi MalaysiaPiala UEFARevolusi PerindustrianSyed Mokhtar Al-BukharySusan ManenAnak Perjanjian Syaitan 2Sari YantiDewi SandraKK Super MartFrekuensi radio di PahangNabiNorreen ImanSharifah ShahirahDino ZoffSetelah Cinta Itu Pergi (novel)Paskah YahudiMuhamad Akmal SalehZamarul HishamNabil AqilZizan RazakAyob Khan Mydin PitchayRadius OneGiant's CausewayNuzul QuranKuchingLailatulqadarMuhyiddin YassinPandemik COVID-19 di MalaysiaSumpahan JeruneiNabi Musa a.s.Ijazah sarjanaLiwatPerjanjian HudaibiyahSenarai stesen televisyen di MalaysiaAlyssa DezekBabiSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahReading, BerkshireKhir RahmanFunanRuminah SidekKucingJepunSaadiah🡆 More