Kem Tahanan Jasenovac

Kem tahanan Jasenovac (Bahasa Serbia-Croatia: Error: }: teks mempunyai penanda italik (bantuan)/Логор Јасеновац, disebut ; Bahasa Yiddish: יאסענאוואץcode: yi is deprecated ) merupakan kem penghapusan yang dibina di Slavonia yang dibina oleh pihak berkuasa Negara Merdeka Croatia ketika Perang Dunia Kedua.

Kem ini telah ditubuh oleh kerajaan rejim Ustaše dan tidak dikendalikan oleh Jerman Nazi. Ia merupakan salah satu kem tahanan terbesar di Eropah. dan telah dirujuk sebagai "Auschwitz Balkan dan "Auschwitz Yugoslavia".

Kem Tahanan Jasenovac
Pelan kem utama Jasenovac

Ia telah dibina pada Ogos 1941 di atas sebuah tanah lapang di antara pertemuan Sungai Sava dan Una berhampiran kampung Jasenovac. Kem ini dibongkar pada bulan April 1945. Ia terkenal kerana "amalan kekejaman dan jumlah mangsa yang besar". Di Jasenovac, kebanyakan mangsa adalah dari etnik Serbia, selain Yahudi, Rom dan beberapa penentang politik rejim Ustaše. Jasenovac merupakan sebuah komplkes dengan lima buah kem kecil sekitar lebih 210 km2 (81 bt2) di tebing Sungai Sava dan Una. Kem terbesar adalah kem "Brickworks" kira-kira 100 km (62 bt) tenggara Zagreb. Keseluruhan kompleks termasuklah kem kecil Stara Gradiška, tapak pembunuhan, lima buah ladang kerja dan kem Rom Uštica.

Jumlah mangsa

Kem Tahanan Jasenovac 
Mayat-mayat banduan Jasenovac di Sungai Sava

Semasa dan sejak Perang Dunia Kedua, terdapat debat dan kontroversi mengenai jumlah mangsa yang dibunuh di kem tahanan Jasenovac sepanjang ia beroperasi selama lebih daripada tiga tahun setengah. Pada tahun 1964, pemerintah Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia menjalankan sebuah kaji selidik populasi dan laporan menunjukkan seramai 59,188 orang telah terbunuh, dan laporan itu tidak dikeluarkan sehinggalah tahun 1989. The survey results showed a far lower figure of 59,188 killed at Jasenovac, of whom 33,944 were recorded as Serbs. Ahli akademik Croatia, Vladimir Žerjavić pula dalam buku yang diterbitkannya pada tahun 1989 dan 1992 menyatakan seramai kira-kira 83,000 orang telah terbunuh di Jasenovac. Angka yang diberikan oleh Žerjavić telah dibantah oleh pengarah Muzium Mangsa Genosid di Belgrade, Milan Bulajić yang mempertahankan angka beliau iaitu 1.1 juta orang terbunuh, walaupun kemudiannya ditolak sebagai "tiada nilai ilmiah". Namun, sejak persaraan Bulajić dari jawatannya pada tahun 2002, pihak muzium tidak lagi mempertahankan angka 700,000 hingga 1 juta mangsa kem. Pada tahun 2005, Dragan Cvetković, seorang penyelidik dari Muzium dan juga seorang penulis Croatia telah menerbitkan sebuah buku dengan menyatakan terdapat kira-kira 100,000 orang mangsa di Jasenovac.

Muzium Memorial Holokus Amerika Syarikat di Washington, D.C. menyatakan anggaran mangsa pembunuhan rejim Ustaša adalah di antara 77,000 dan 99,000 orang di Jasenovac di antara tahun 1941 dan 1945, yang terdiri daripada; "45,000 hingga 52,000 orang Serbia; 12,000 hingga 20,000 orang Yahudi; 15,000 dan 20,000 orang Rom (Gypsy); dan 5,000 hingga 12,000 etnik Croatia dan Muslim, penentang politik dan agama rejim." Tapak Memorial Jasenovac Memorial turut melaporkan jumlah yang serupa iaitu 80,000 and 100,000 orang mangsa.

Bunga Batu

Kem Tahanan Jasenovac 
Bunga Batu, monumen yang didirikan untuk mangsa di Jasenovac, Slovania

Sebuah monumen mangsa kekejaman Ustaše semasa Perang Dunia Keduayang dikenali sebagai "Bunga Batu" (Croatia: Kameni cvijet; Cyril Serbia: Камени цвет) telah dibina di Jasenovac. Monumen tersebut telah direka oleh Bogdan Bogdanović dan dirasmikan pada tahun 1966. Ia dibina bagi memperingati kekejaman yang dilakukan di kem tahanan Jasenovac.

Nota

    Buku
    Jurnal
    Laman web

Bacaan tambahan

  • Witness to Jasenovac's Hell. Ilija Ivanović (with Wanda Schindley, ed.), Aleksandra Lazic (translator), Dallas Publishing, 2002
  • State Commission investigation of crimes of the occupiers and their collaborators in Croatia (1946). Crimes in the Jasenovac Camp. Zagreb.
  • Ustasha Camps by Mirko Percen, Globus, Zagreb, 1966; 2nd expanded printing 1990.
  • Ustashi and the Independent State of Croatia 1941–1945, by Fikreta Jelić-Butić, Liber, Zagreb, 1977.
  • Romans, J. Jews of Yugoslavia, 1941– 1945: Victims of Genocide and Freedom Fighters, Belgrade, 1982
  • Antisemitism in the anti-fascist Holocaust: a collection of works, The Jewish Center, Zagreb, 1996.
  • The Jasenovac Concentration Camp, by Antun Miletić, Volumes One and Two, Belgrade, 1986. Volume Three, Belgrade, 1987 (2nd edition, 1993).
  • Hell's Torture Chamber by Đjorđe Milica, Zagreb, 1945.
  • Die Besatzungszeit das Genozid in Jugoslawien 1941–1945 by Vladimir Umeljić, Graphics High Publishing, Los Angeles, CA, 1994.
  • Srbi i genocidni XX vek (Serbs and 20th century, Ages of Genocide) by Vladimir Umeljić, (vol 1, vol 2), Magne, Belgrade, 2004
  • Kaputt, by Curzio Malaparte; translated by Cesare Foligno, Northwestern University Press, Evanston, IL, 1999.
  • Der kroatische Ustascha-Staat 1941–1945, by Ladislaus Hory and Martin Broszat, Deutsche Verlags-Anstalt, Stuttgart 1964.
  • Novak, Viktor (2011). Magnum Crimen: Half a Century of Clericalism in Croatia. 1. Jagodina: Gambit.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Novak, Viktor (2011). Magnum Crimen: Half a Century of Clericalism in Croatia. 2. Jagodina: Gambit.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

Tags:

Kem Tahanan Jasenovac Jumlah mangsaKem Tahanan Jasenovac Bunga BatuKem Tahanan Jasenovac NotaKem Tahanan Jasenovac RujukanKem Tahanan Jasenovac Bacaan tambahanKem Tahanan Jasenovac Pautan luarKem Tahanan JasenovacBahasa Serbia-CroatiaBahasa YiddishJerman NaziKem penghapusanKem tahanan AuschwitzNegara Merdeka CroatiaPerang Dunia Kedua

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Petaling JayaPerikatan NasionalTenaga Nasional BerhadMarissa YasminKhir RahmanKota BharuSenarai buahCik ManggisMamat KhalidZul AriffinSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSemenanjung MalaysiaMasjid Sri SendayanPerodua KancilUNICSahurSumber primerBaju kurungIlmu hitamFitri HarisKhairulamingSalasilah keturunan Nabi MuhammadLingga (Hindu)Najis dalam IslamSultan Muhammad VNina IskandarSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaDiego MaradonaKumpulan Rock MalaysiaAerofonMohamed Fadzli HassanRukun NegaraMyKadChacha MaembongNuzul QuranRuqyahBola tamparRedza Rosli16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil FitriProton SatriaKata ganti nama (bahasa Melayu)The GadysRadius OneNasi tangasJakartaSantapan TerakhirTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJalaluddin HassanMatlamat Pembangunan MampanNur SajatFrekuensi radio di PahangBandar Raya MexicoSophia LianaPerempuan Itu (drama)Trisha OoiEvolusiEmpayar MacedoniaWhatsAppSophia AlbarakbahAlyssa DezekUbur-uburTepung pelitaCibaiNabi Musa a.s.Liga Negara-Negara UEFA 2020–21MYTV BroadcastingThe Original GangsterKetaminKanun KeseksaanProton Holdings BerhadUndang-undangPerodua AxiaDaerah di SabahSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirLaman UtamaKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaMeerqeen🡆 More