Mitos Aztek

Peradaban Aztek mengenali mitos politeistik yang mengandungi lebih seratus dewa dan makhluk-makhluk ajaib dalam kepercayaan agama bangsa ini.

Sejarah

Kebudayaan Aztek biasanya digolongkan dengan kompleks kebudayaan Nahuatl kerana kesamaan bahasanya. Menurut legenda, kelompok-kelompok kaum yang membentuk bangsa Aztek ini datang dari utara hingga ke lembah Anahuac sekitar Tasik Texcoco. Lokasi lembah dan tasik tersebut nyata sekali di tengah-tengah Bandar Mexico; tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai asal-usul Aztek.

Yang pasti, terdapat berbagai-bagai cerita tentang asal-usul Aztek. Dalam mitos, nenek moyang bangsa Mexica/Aztek datang dari suatu tempat di utara yang bernama Aztlan, iaitu yang terakhir daripada tujuh nahuatlacas (puak berbahasa Nahuatl, daritlaca, "manusia") yang berpindah ke arah selatan, maka namanya "Azteca." Kisah lain menghujahkan asal-usul bangsa Aztek di Chicomostoc, "tempat tujuh gua," ataupun di Tamoanchan (punca segala tamadun dalam legenda).

Bangsa Mexica/Aztek dikatakan telah dibimbing oleh dewa Huitzilopochtli, yang namanya bermaksud "Burung Madu Bertangan Kiri" atau "Burung Madu Selatan." Setibanya di sebuah pulau di tengah tasik, mereka melihat seekor helang yang hinggap di atas sebatang kaktus nopal yang penuh berbuah (nochtli). (Gara-gara salah terjemahan cerita dari Tesozomoc, pernah disangka bahawa helang itu tengah memakan seekor ular, padahal sebenarnya ular tidak disebut langsung.) Wawasan inilah yang memenuhi ramalan bahawa mereka sudah menemui tempat tinggal baru mereka di sini. Maka di sinilah orang Aztek membina kota Tenochtitlan dan sebuah pulau buatan yang megah, yang kini terletak di tengah-tengah Bandar Mexico. Wawasan ini turut diterapkan dalam Jata Mexico.

Menurut legena, apabila orang Mexica tiba di lembah Anahuac sekitar tasik Texcoco, mereka dipandang oleh kelompok-kelompok lain sebagai yang paling kurang bertamadun, tetapi kaum Mexica/Aztek tekad untuk belajar dan meminjam segala yang mampu dari kaum lain, terutamanya dari kaum Toltec purba (yang sedikit sebanyak terkeliru oleh mereka dengan tamadun Teotihuacan yang lebih lampau). Bagi kaum Aztek, Toltec merupakan pencipta segala budaya; "Toltecayotl" bersinonim dengan kebudayaan. Legenda Aztek mengaitkan kaum Toltec dan pemujaan Quetzalcoatl dengan kota legenda Tollan, yang juga dikaitkan oleh mereka dengan Teotihuacan yang lebih lampau.

Disebabkan bangsa Aztek menerima pakai dan menggabungkan beberapa tradisi kaum lain dengan tradisi sedia ada mereka, mereka mengenali sebilangan mitos penciptaan; salah satunya, Lima Matahari memerikan empat zaman agung yang mendahului zaman sekarang, setiap satunya berakhir dengan malapetaka. Zaman kita – Nahui-Ollin, yakni zaman kelima atau penciptaan kelima – terlepas dari kemusnahan kerana pengorbanan seorang tuhan (Nanahuatl yang nama bererti "penuh kedukaan", dewa yang paling hina dan rendah diri) yang bertukar menjadi Matahari. Mitos ini dikaitkan dengan kota purba Teotihuacan yang terbiar tetapi masih ada sewaktu kedatangan Aztek. Satu lagi mitos menyifatkan bumi sebagai ciptaan dewa kembar Tezcatlipoca dan Quetzalcoatl. Sesetengah sumber menyatakan bahawa Tezcatlipoca kehilangan sebelah kakinya dalam proses penciptaan dunia, maka dewa berkenaan digambarkan terkudung sebelah kaki tetapi terdedah tulangnya. Yang lain mengatakan Tezcatlipoca ada sebelah kaki yang merupakan kaki haiwan sebagai lambang kepantasannya. Quetzalcoatl juga bergelar "Tezcatlipoca Putih."

Dewa-dewi

  • Acolnahuacatl, atau Acolmiztli - seorang dewa alam kubur, Mictlan
  • Acuecucyoicihuati (lihat Chalchiuhtlicue)
  • Amimitl - dewa tasik dan nelayan
  • Atlacamani - dewi ribut lautan seperti taufan
  • Atlacoya - dewi kemarau
  • Atlatonan (juga Atlatonin) - dewi pantai
  • Atlaua - dewa air
  • Ayauhteotl - dewi kabus, kabut, kemegahan dan kenamaan
  • Camaxtli - dewa memburu, perang, nasib dan api
  • Centeotl (lihat Cinteotl)
  • Chalchiuhtlatonal - dewa air
  • Chalchiuhtecolotl - dewa bermalam
Mitos Aztek 
Chalchiutlicue dari Codex Ríos.
  • Chalchiuhtlicue (juga Chalciuhtlicue, atau Chalchihuitlicue) (Pemakai Jed Skirt); (adakalanya Acuecucyoticihuati) - dewi tasik dan sungai, juga kelahiran; permaisuri Tlaloc.
  • Chalchiuhtotolin (Ayam Belanda Jed) - dewa wabak dan misteri
  • Chalmecatl - seorang dewa alam kubur, Mictlan dan upacara korban
  • Chantico - dewi api perdiangan, harta peribadi, dan gunung berapi
  • Chicomecoatl (juga Chalchiuhcihuatl, Chiccomeccatl, atau Xilonen) - dewi jagung dan hasil baru, permaisuri Cinteotl.
  • Chicomexochtli - penaung seniman
  • Chiconahui - dewi kesuburan ternakan
  • Chiconahuiehecatl - dikaitkan dengan penciptaan
  • Cihuacoatl (juga Chihucoatl atau Ciucoatl) (Wanita Ular) - seroman Ilamatecuhtli dan permaisuri Quetzalcoatl
  • Cinteotl (juga Centeotl atau Centeocihuatl) - dewa utama jagung, anakanda Tlazolteotl
  • Cipactonal - dewa astrologi dan kalendar
  • Citlalatonac (lihat Ometeotl)
  • Citlalicue - pencipta bintang
  • Coatlicue (Pemakai Skirt Ular) - ibunda Coyolxauhqui, Centzon Huitzahua, dan Huitzilopochtli
Mitos Aztek 
Coatlicue, dewi bumi.
  • Cochimetl (juga Coccochimetl) - dewa perdagangan, barter dan saudara
  • Coyolxauhqui - saudari Huitzilopochtli, dikaitkan dengan bulan, mungkin penaung Bima Sakti
  • Cuaxolotl - seorang dewi perdiangan
  • Ehecatl (juga Ehecatl-Quetzalcoatl) - dewa Angin dan pencipta bumi, syurga, dan manusia; dewa Barat
  • Huehuecoyotl (juga Ueuecoyotl) - dewa suka hati dan usikan. Boleh bertukar bentuk, dikaitkan dengan dram dan koyote
  • Huehueteotl (juga Ueueteotl, Xiuhtecuhtli, Xiutechuhtli) - seorang dewa pendiangan, api kehidupan. Dikaitkan dengan bintang kutub dan utara
Mitos Aztek 
Huehueteotl, Museo Nacional de Antropología, Bandar Mexico.
  • Huitzilopochtli (juga Mextli, Mexitl, Uitzilopochtli) - dewa agung Tenochtitlan, penaung peperangan, api dan matahari
  • Huixtocihuatl (juga Uixtochihuatl) - dewi garam dan air masin
  • Ilamatecuhtli (juga Cihuacoatl atau Quilaztli) - dewi tua bumi, ajal, dan Bima Sakti. Raungannya merupakan alamat perang.
  • Itztlacoliuhqui-Ixquimilli - dewa batu, obsidian, kesejukan, kekerasan, dan kecaman. Roman Tlahuizcalpantecuhtli
  • Itzli - dewa korban dan pisau batu.
  • Itzpapalotl - Ratu Tomoanchan dan ahli Cihuateteo (hantu malam) dan tzitzimime (hantu bintang)
  • Ixtlilton - dewa penyembuhan, tarian, perayaan dan permainan. Saudara Xochipilli.
  • Macuilcozcacuauhtli (lima hering) - seorang dewa Ahuiateteo (dewa lebihan)
  • Macuilcuetzpalin (lima biawak) - seorang dewa Ahuiateteo
  • Macuilmalinalli (lima rumput) - seorang dewa Ahuiateteo
  • Macuiltochtli (lima arnab) - seorang dewa Ahuiateteo
  • Macuilxochitl (lima bunga) - dewa permainan dan judi, ketua Ahuiateteo
  • Malinalxochitl - tukang sihir dan dewi ular, kala jengking, dan serangga gurun
  • Matlalceuitl (juga Matlalcueje) - dewi hujan dan nyanyian. Dikaitkan dengan Chalchiuhtlicue.
  • Mayahuel (juga Mayahual, atau Mayouel) - dewi maguey dan arak
  • Metztli (juga Metztli, Tecuciztecatl, Tecciztecatl) - dewa bawahan yang enggan mengorbankan diri untuk menjadi matahari, sebaliknya menjadi bulan, dan mukanya digelapkan oleh arnab,
  • Mextli - dewa perang dan rimbut
  • Mictecacihuatl (juga Mictlancihuatl) - dewi death and Lady of Mictlan, underworld
  • Mictlantecuhtli (juga Mictlantecuhtzi, or Tzontemoc) - dewa ajal dan Raja Mictlan, juga dewa selatan
  • Mixcoatl (cloud serpent) - dewa pemburuan, peperangan dan Bima Sakti. Roman Tezcatlpoca dan bapa Quetzalcoatl
  • Nanahuatzin (juga Nana, Nanautzin, or Nanauatzin) - dewa bawahan yang mengorbankan diri untuk menjadi dewa matahari Tonatiuh
  • Omacatl (lihat Tezcatlipoca)
  • Omecihuatl (lihat Ometeotl)
  • Ometecuhtli (lihat Ometeotl)
  • Ometeotl (juga Citlatonac atau Ometecuhtli (lelaki) dan Omecihuatl (perempuan)) - dewa/dewi keduaan, pencipta roh dan raja/ratu syurga
  • Ometotchtli (dua arnab) - dewa arnab mabuk, ketua Centzon Totochtin
  • Opochtli - dewa kidal penjeratan, pemburuan dan perikanan
  • Oxomoco - dewi falak dan takwim
  • Patecatl - dewa perubatan, suami Mayahuel
  • Paynal - utusan kepada Huitzilopochtli
Mitos Aztek 
Quetzalcoatl dalam bentuk manusia, menggunakan lambang Ehecatl, dari Codex Borgia.
Mitos Aztek 
Xochipilli, Muzium Lombards
  • Quetzalcoatl (juga Tlahuizcalpantecuhtli) (ular berbulu quetzal) - dewa pencipta dan penaung kerajaan, pendeta dan saudagar. Dikaitkan dengan Ehecatl sebagai angin dewa
  • Quilaztli (lihat Ilamatecuhtli)
  • Tecciztecatl (lihat Mextli)
  • Temazcalteci (juga Temaxcaltechi) - dewi mandi dan mandi peluh
  • Teoyaomicqui (juga Teoyaomiqui)- dewa pahlawan gugur
  • Tepeyollotl - ( jaguar form of Tezcatlipoca) dewa pusat gunung, dikaitkan dengan jaguar, gema dan gempa bumi
  • Tepoztecatl (juga Tezcatzontecatl) - dewa pulque dan arnab
  • Teteoinnan - bonda segala dewa-dewi
  • Tezcatlipoca (juga Omacatl, Titlacauan) - raja, tukang sihir dan pahlawan dewa yang maha kuasa; malam, ajal, perbalahan, persengketaan, godaan dan perubahan. Lawan ketat Quetzalcoatl. Boleh menjelma sebagai jaguar.
  • Tlahuizcalpantecuhtli - dewa pemusnah, Kejora, subuh, dan timur
  • Tlaloc (juga Nuhualpilli) - dewa hujan, kesuburan dan kilat
  • Tlaltecuhtli - dewi bumi, dikaitkan dengan kesukaran kelahiran
  • Tlazolteotl (juga Tlaelquani, Tlazolteotli)- dewi pembersihan dari kekotoran, penyakit atau lebihan
  • Tloquenahuaque - dewa atau raja pencipta
  • Toci (juga Temazcalteci) - dewi nenda, pusat bumi dan bonda segala dewa-dewi. Dikaitkan dengan bidan dan perang
  • Tonacatecuhtli - pencipta dan penyedia makanan yang berusia, penaung kelahiran
  • Tonacacihuatl - permaisuri Tonacatecuhtli
  • Tonantzin - dewi ibunda
  • Tonatiuh - seorang dewa matahari dan pahlawan syurga, dikaitkan dengan helang dan Maya
  • Tzitzmitl - dewi nenda berusia
  • Xilonen - dewi jagung muda
  • Xipe Totec - dewa musim, percambahan dan pembaharuan benih, dianggap sebagai penaung tukang emas
  • Xiuhcoatl (ular api atau ular firus) - jelmaan sinar matahari dan lambang Xiuhtecuhtli
Mitos Aztek 
Xiuhcoatl.
  • Xiuhtecuhtli (lihat Huehueteotl)
  • Xochipilli - dewa muda kenduri, seni lukis, tarian, permainan, dan penulisan. Dikaitkan dengan Macuilxochitl dan Cinteotl
  • Xochiquetzal - dewi asmara, kecantikan, keseksualan wanita, pelacur, bunga, nikmat, kraf, tenunan, dan ibu muda
  • Xocotl - dewa bintang yang berkaitan dengan api
  • Xolotl - anjing teman Quetzalcoatl dan dewa anak kembar, keuzuran dan kecacatan. Menemani yang mati ke Mictlan
  • Yacatecuhtli (juga Yactecuhtli) - dewa saudagar dan kelana

Dewa ular

  • Chicomecoatl
  • Cihuacoatl
  • Coatlicue
  • Mixcoatl
  • Xiuhcoatl

Kumpulan dewa

  • Ahuiateteo (juga Macuiltonaleque) - lima dewa yang melambangkan lebihan
  • Cihuateteo (juga Civatateo) - roh wanita yang mati ketika bersalin, memimpin matahari terbenam di angkasa barat. Juga, hantu malam yang menculik kanak-kanak, serta menyebabkan sawan, kegilaan dan pencabulan seks. Juga menemani para pahlawan ke syurga.
  • Centzon Huitznahua - bintang-bintang selatan, anak-anak Coatlicue
  • Centzon Totochtin (400 arnab) - dewa pulque
  • Tzitzimime - hantu bintang kegelapan yang menyerang matahari ketika gerhana, dan mengancam bumi

Makhluk ghaib

  • Ahuitzotl - jembalang air kacukan anjing-monyet yang memakan manusia, ekornya ada tangan
  • Cipactli - buaya katak di dasar bumi
  • Cihuateteo - roh wanita yang mati ketika bersalin
  • Nagual - roh haiwan pengasuh atau sayur
  • Nahual - tukang sihir yang berubah bentuk
  • Tlaltecuhtli - dewi katak puru mabuk

Perwira legenda

  • Popocatepetl - pahlawan legenda

Tempat

  • Apanoayan (tempat menyeberangi sungai) - salah satu daripada sembilan tingkat Mictlan, juga dikenali sebagai Itzcuintlan.
  • Aztlán (bumi burung pucung) - petempatan asal Mexica sebelum berpindah dan membina Tenochtitlan
  • Iztaccihuatl (wanita tidur)
  • Mictlan - alam kubur
  • Popocatepetl - gunung berasap
  • Tlalocan - syurga pertaam
  • Tehuantepec - tempat bukit jaguar suci
  • Tlillan-Tlapallan - syurga pertengahan
  • Tonatiuhichan - syurga tertinggi
  • Tamoanchan

Lihat juga

  • Falsafah Aztek

Rujukan

  • Boone, Elizabeth H. (Ed.) (1982). The Art and Iconography of Late Post-Classic Central Mexico. Washington, D.C.: Dumbarton Oaks. ISBN 0-88402-110-6.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Brinton, Daniel G. (Ed.) (1890). "Rig Veda Americanus". Library of Aboriginal American Literature. No. VIII. Project Gutenberg reproduction.CS1 maint: extra text: authors list (link)(Inggeris) Templat:Nah icon
  • Leon-Portilla, Miguel (1990) [1963]. Aztec Thought and Culture. Davis, J.E. (trans). Norman, Oklahoma: Oklahoma University Press. ISBN 0-8061-2295-1.
  • Miller, Mary (1993). The Gods and Symbols of Ancient Mexico and the Maya. London: Thames and Hudson. ISBN 0-500-05068-6.

Tags:

Mitos Aztek SejarahMitos Aztek Lihat jugaMitos Aztek RujukanMitos AztekAztekDewa

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Surah Al-AlaqNadia AqilahLembah BujangTepung pelitaSunan DrajatNorish KarmanPilihan raya umum Malaysia 2022OlahragaSenarai Yang di-Pertuan AgongZul AriffinKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaBella AstillahKetua Polis Negara MalaysiaFrekuensi radio di Negeri SembilanBola jaring17 PuasaAhli Sunah WaljamaahFalsafah Pendidikan MalaysiaPiala Dunia FIFA 2010SibuIslam di RwandaLelaki ItuAsiaPulau MabulSyahadahNina IskandarCiri-ciri orang munafikLimau nipisSolat subuhKelantanMira FilzahSerpihan SayangKerajaan SalakanagaraUnited KingdomMustapha KamalUndang-undang MalaysiaRazarudin HusainKuantanOnn Hafiz GhaziSainsAbang Johari Tun OpengBatuk kokolHadha min fadhle RabbiCarles PuigdemontSilat Gayong MalaysiaNaim DanielMelayuPerkhidmatan awam di MalaysiaEmma MaembongOrang BanjarKata ganti nama (bahasa Melayu)Cabang dan mazhab IslamCibaiShazia RozainiNabi Nuh a.s.Bahasa LampungPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaJermanFattah AminNur (drama)Bumiputera di SabahSenarai peribahasa (A–M)Pemancutan maniJudiKata hubung (bahasa Melayu)Bank Negara MalaysiaSuku BidayuhGeografi JohorRaja berperlembagaanAdat resam kahwin MelayuPuteri Sarah LiyanaPolisAiman Hakim RidzaNasi kerabuDoa IftitahZizan RazakAllahErysha Emyra🡆 More