Jaguar

Jaguar (nama saintifik: Panthera onca) ialah sejenis kucing besar yang tergolong dalam genus Panthera, ia satu-satunya spesies Panthera yang berasal dari benua Amerika.

Jaguar ialah kucing liar ketiga terbesar selepas harimau dan singa, dan juga kucing yang terbesar dan terkuat di Hemisfera Barat. Taburan jaguar meliputi kawasan dari Mexico di utara, merentasi Amerika Tengah hingga ke Paraguay dan Argentina utara di selatan. Melainkan di sebahagian negeri Arizona (tenggara Tucson), spesies jaguar telah menjadi pupus di Amerika Syarikat sejak awal 1900-an.

Jaguar
Jaguar
Jaguar jantan
Jaguar
Jaguar betina
Brazil
CITES Appendix I (CITES)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. onca
Nama binomial
Panthera onca
Linnaeus, 1758
Jaguar
Taburan Jaguar.

Jaguar ialah sejenis spesies hampir terancam yang semakin berkurangan bilangannya akibat kehilangan dan fragmentasi habitat. Sungguhpun larangan undang-undang dikenakan terhadap perdagangan jaguar atau anggota badannya di peringkat antarabangsa, namun nyawa kucing besar ini masih diancam oleh manusia, khususnya ketika berdepan dengan peladang dan penternak di Amerika Selatan. Meskipun begitu, taburan jaguar masih tetap meluas. Disebabkan wujud begitu lama dalam sejarah, jaguar banyak menjadi bahan utama dalam mitos kebudayaan peribumi benua Amerika, termasuk tamadun-tamadun Maya dan Aztek.

Sifat fizikal

Jaguar kucing liar asli benua Amerika paling besar dan kucing liar ketiga terbesar di dunia selepas harimau dan singa. Ia berdiri dengan ukuran tinggi 68 hingga 75 cm (26.8 hingga 29.5 in) dari bahu sampai ke kaki-kakinya. Badan jaguar sangat berotot.

Badan jaguar bertompok seperti harimau bintang, tetapi tompok jaguar lebih besar dan gelap membentuk seperti bunga dengan bintik kecil di tengahnya. Badan jaguar juga kurang bertompok berbanding dengan badan harimau kumbang, tompok-tompok di kepala, tengkuk dan ekornya hanya berwarna tunggal. Badan jaguar pun lebih besar dan teguh daripada badan harimau bintang, manakala sifat-sifat tabii dan habitatnya lebih menyerupai harimau belang.

Tabiat

Biarpun lebih gemar hidup dalam kawasan hutan hujan, namun jaguar juga boleh hidup dalam berbagai-bagai jenis kawasan berhutan dan terbuka. Selain itu, habitatnya mesti ada punca air.

Jaguar pandai berenang seperti harimau belang.

Pemakanan

Jaguar merupakan pemangsa hendap yang biasanya memburu secara bersendirian dan memilih mangsanya mengikut peluang, dan juga pemangsa puncak dan batu kunci, yang memainkan peranan penting dalam menstabilkan ekosistem dan mengawal bilangan spesies mangsanya. Gigitan jaguar teramat kuat sekali, berbanding kucing-kucing besar yang lain, sehingga boleh menusuk cangkerang kura-kura serta menggunakan cara pembunuhan yang tersendiri, iaitu menggigit telinga mangsa sampai menusuk tengkorak dan otaknya.

Rujukan

Tags:

Jaguar Sifat fizikalJaguar TabiatJaguar RujukanJaguar Pautan luarJaguar

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Daerah LangkawiGoogleHazama AzmiTaoismeMenteri Pendidikan MalaysiaFrekuensi radio di MelakaFrekuensi radio di KelantanMark AdamAmerika SyarikatBoBoiBoyHari PekerjaTwitterKhalid Mohamad JiwaBaju MelayuAl-ArqamTanam paksaSunan Gunung JatiTulisan JawiNegeri SembilanGoogle ScholarSolatA FamosaDzulkefly AhmadRicheese FactoryKL GangsterUniversiti Utara MalaysiaSarah SuhairiSiti HariesaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiMan BaiHannah DelishaKhairulamingPerlisRujukan kehormatFuad RahmanMedia sosialSultan Sharafuddin Idris ShahJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaAbdul Razak HusseinMediaTekFauzi NawawiSenarai saluran Astro NJOIAbdul Taib MahmudAstro ShawLencana pangkat TLDMProton WajaPersatuan Negara-negara Asia TenggaraPilihan raya negeri Selangor 2023TengkolokHantu Kak LimahAbdullah bin Ahmad BadawiKedah TuaLumut, PerakSunan DrajatWafariena RoslanRatu SofyaMati syahidBangunan Sultan Abdul SamadSalahuddin al-AyyubiJangan Menangis Cinta (drama)Universiti Teknologi MARASenarai Kementerian di MalaysiaAaron AzizNombor perdanaHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Hari GawaiSistem pernafasanCuti umum di MalaysiaEtikaBryan DomaniPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Umie AidaSenarai perbandingan pangkat tenteraPiramid Agung GizaAhmad Samsuri MokhtarRamli M. S.Lee Chong WeiTrisha OoiTom (penyanyi)🡆 More