Kalium

Kalium (Jawi: ‏کاليوم‎code: ms is deprecated ‎ ) adalah unsur kimia dalam jadual berkala.

Ia mempunyai simbol K dan nombor atom 19. Perkataan kalium kemungkinannya berasal dari perkataan Arab yang bermaksud memanggang, iaitu abu tumbuh-tumbuhan yang dibakar. Kalium adalah logam alkali putih keperakan lembut yang wujud secara semulajadi terikat dengan lain-lain unsur dalam air laut (0.04% ikut berat) atau kebanyakan mineral. Ia teroksida cepat dalam udara, sangat reaktif, terutamanya dalam air, dan menyerupai natrium secara kimia.

Kalium,  19K
Kalium
Kalium
Butiran kalium dalam minyak tanah, yang besar berukuran 0.5 cm. Bawah: Garis-garis spektrum kalium
Ciri-ciri umum
RupaPutih keperakan
Kalium dalam jadual berkala
Hidrogen (bukan logam diatom)
Helium (gas adi)
Litium (logam alkali)
Berilium (logam alkali bumi)
Boron (metaloid)
Karbon (bukan logam poliatom)
Nitrogen (bukan logam diatom)
Oksigen (bukan logam diatom)
Fluorin (bukan logam diatom)
Neon (gas adi)
Natrium (logam alkali)
Magnesium (logam alkali bumi)
Aluminium (logam pascaperalihan)
Silikon (metaloid)
Fosforus (bukan logam poliatom)
Sulfur (bukan logam poliatom)
Klorin (bukan logam diatom)
Argon (gas adi)
Kalium (logam alkali)
Kalsium (logam alkali bumi)
Skandium (logam peralihan)
Titanium (logam peralihan)
Vanadium (logam peralihan)
Kromium (logam peralihan)
Mangan (logam peralihan)
Besi (logam peralihan)
Kobalt (logam peralihan)
Nikel (logam peralihan)
Kuprum (logam peralihan)
Zink (logam peralihan)
Galium (logam pascaperalihan)
Germanium (metaloid)
Arsenik (metaloid)
Selenium (bukan logam poliatom)
Bromin (bukan logam diatom)
Kripton (gas adi)
Rubidium (logam alkali)
Strontium (logam alkali bumi)
Ytrium (logam peralihan)
Zirkonium (logam peralihan)
Niobium (logam peralihan)
Molibdenum (logam peralihan)
Teknetium (logam peralihan)
Rutenium (logam peralihan)
Rodium (logam peralihan)
Paladium (logam peralihan)
Perak (logam peralihan)
Kadmium (logam peralihan)
Indium (logam pascaperalihan)
Timah (logam pascaperalihan)
Antimoni (metaloid)
Telurium (metaloid)
Iodin (bukan logam diatom)
Xenon (gas adi)
Sesium (logam alkali)
Barium (logam alkali bumi)
Lantanum (lantanid)
Serium (lantanid)
Praseodimium (lantanid)
Neodimium (lantanid)
Prometium (lantanid)
Samarium (lantanid)
Europium (lantanid)
Gadolinium (lantanid)
Terbium (lantanid)
Disprosium (lantanid)
Holmium (lantanid)
Erbium (lantanid)
Tulium (lantanid)
Yterbium (lantanid)
Lutetium (lantanid)
Hafnium (logam peralihan)
Tantalum (logam peralihan)
Tungsten (logam peralihan)
Renium (logam peralihan)
Osmium (logam peralihan)
Iridium (logam peralihan)
Platinum (logam peralihan)
Emas (logam peralihan)
Merkuri (logam peralihan)
Talium (logam pascaperalihan)
Plumbum (logam pascaperalihan)
Bismut (logam pascaperalihan)
Polonium (logam pascaperalihan)
Astatin (metaloid)
Radon (gas adi)
Fransium (logam alkali)
Radium (logam alkali bumi)
Aktinium (aktinid)
Torium (aktinid)
Protaktinium (aktinid)
Uranium (aktinid)
Neptunium (aktinid)
Plutonium (aktinid)
Amerisium (aktinid)
Kurium (aktinid)
Berkelium (aktinid)
Kalifornium (aktinid)
Einsteinium (aktinid)
Fermium (aktinid)
Mendelevium (aktinid)
Nobelium (aktinid)
Lawrencium (aktinid)
Rutherfordium (logam peralihan)
Dubnium (logam peralihan)
Seaborgium (logam peralihan)
Bohrium (logam peralihan)
Hasium (logam peralihan)
Meitnerium (ciri kimia tidak diketahui)
Darmstadtium (ciri kimia tidak diketahui)
Roentgenium (ciri kimia tidak diketahui)
Kopernisium (logam peralihan)
Nihonium (ciri kimia tidak diketahui)
Flerovium (ciri kimia tidak diketahui)
Moscovium (ciri kimia tidak diketahui)
Livermorium (ciri kimia tidak diketahui)
Tennessin (ciri kimia tidak diketahui)
Oganesson (ciri kimia tidak diketahui)
Na

K

Rb
argonkaliumkalsium
Nombor atom (Z)19
Kumpulan, kalakumpulan 1 (logam alkali), kala 4
BlokBlok s
Berat atom piawai (Ar)39.0983(1)
Konfigurasi elektron[Ar] 4s1
Bil. elektron per petala/cengkerang
2, 8, 8, 1
Ciri-ciri fizikal
Fasapepejal
Takat lebur336.53 K ​(63.88 °C, ​146.08 °F)
Takat didih1032 K ​(759 °C, ​1398 °F)
Ketumpatan suhu bilik hampir0.862 g/cm3
apabila cecair, pada t.l.0.828 g/cm3
Takat tigaan336.35 K, ​ kPa
Haba pelakuran2.33 kJ/mol
Haba pengewapan76.9 kJ/mol
Muatan haba molar29.6 J/(mol·K)
Ciri-ciri atom
Keadaan pengoksidaan1 ​oksida sangat bes
KeelektronegatifanSkala Pauling: 0.82
Tenaga pengionan
(lagi)
Jejari atomempirik: 227 pm
Jejari kovalen203±12 pm
Jejari van der Waals275 pm
Rampaian
Struktur hablur ​kiub berpusatkan badan
Struktur hablur kiub berpusatkan badan bagi kalium
Kelajuan bunyi rod nipis2000 m/s (pada 20 °C)
Pekali pengembangan terma83.3 µm/(m·K) (pada 25 °C)
Daya pengaliran terma102.5 W/(m·K)
Kerintangan elektrik72 Ω·m (pada 20 °C)
Sifat kemagnetanparamagnet
Modulus Young3.53 GPa
Modulus ricih1.3 GPa
Modulus pukal3.1 GPa
Skala Mohs0.4
Kekerasan Brinell0.363 MPa
Nombor CAS7440-09-7
Sejarah
PenemuanHumphry Davy (1807)
Pengasiangan pertamaHumphry Davy (1807)
Isotop utama bagi kalium
Iso­top Kelim­pahan Separuh hayat Mod reputan Pro­duk
39K 93.26% K stabil dengan 20 neutron
40K 0.012% 1.248(3)×109 thn β 1.311 40Ca
ε 1.505 40Ar
β+ 1.505 40Ar
41K 6.73% K stabil dengan 22 neutron
| rujukan | dalam Wikidata

Ion kalium diperlukan untuk fungsi semua sel hidup terutamanya sebagai pengantar isyarat elektron saraf normal; kekurangan dan kelebihan kalium masing-masing dapat mengakibatkan banyak masalah, termasuk degupan jantung yang abnormal. Tubuh merespons masuknya kalium makanan, yang meningkatkan kadar kalium serum, dengan menggeser kalium dari luar ke dalam sel dan meningkatkan rembesan kalium oleh buah ginjal.

Ciri-ciri utama

Dengan logam bertiga yang ada ketumpatan lebih rendah daripada air, kalium adalah kedua ringan dan tumpat selepas litium. Ia adalah pepejal lembut yang mudah dikerat dengan pisau dan mempunyai warna keperakan pada permukaan yang baru dipotong. Ia teroksida dengan cepat dalam udara dan haruslah disimpan selamat dalam minyak mineral atau kerosin.

Seperti juga logam-logam alkali lain, kalium bertindak kuas pantas kepada air membakar serta-merta menghasilkan hidrogen. Api nyalaan garam sebatiannya memancarkan warna ungu dengan panjang puncak gelombang diukur setinggi 766.5 nanometer.

Penggunaan

  • Kalium oksida digunakan terutamanya dalam baja.
  • Kalium hidroksida adalah bahan kimia penting sebagai bes kuat.
  • Kalium nitrat KNO3 digunakan sebagai ubat bedil.
  • Kalium karbonat, juga dikenali sebagai potasy, digunakan dalam pembuatan kaca.
  • Kaca yang dirawat dengan kalium cair adalah lebih kuat daripada kaca biasa.
  • NaK, sejenis aloi natrium dan kalium, digunakan sebagai medium pemindahan haba.
  • Kalium adalam juzuk penting dalam pertumbuhan tumbuhan dan dijumpai dalam kebanyakan jenis tanah.
  • Dalam sel haiwan, ion kalium adalah sangat penting untuk memastikan sel hidup (lihat pam Na-K)
  • Kalium klorida digunakan sebagai pengganti garam biasa dan digunakan juga untuk memberhentikan jantung, contohnya dalam pembedahan jantung dan pelaksanaan hukuman mati melalui suntikan maut.
  • superoksida KO2 digunakan sebagai sumber oksigen mudah alih dan penyerap karbon dioksida. Ia amat berguna dalam sistem pernafasan mudah alih.

Kebanyakan garam kalium sangat berguna, termasuklah kalium bromida, kalium klorat, kalium kromat, kalium sianida, kalium dikromat, kalium iodida, kalium nitrat, kalium sulfat.

Sejarah

Pada tahun 1797, kimiawan Jerman Martin Klaproth menemukan "Potasch" (dalam bahasa Jerman bermaksud "abu periuk") dalam galian leusit dan lepidolit dan menyedari bahwa ia bukanlah produk pertumbuhan tanaman namun sebenarnya mengandung unsur baru, yang diusulkannya untuk dinamakan kali; kali itu sendirinya serapan Arab: القَلِي, rumi: al-qalī terbitan kata kerja قَلَىqalā "menggoreng" menggambarkan pembuatan asas kali ini dari abu "gorengan" hangus tumbuhan tertentu seperti Salicornia untuk sebagai bahan asas pelbagai bahan seperti dakwat, kaca dan sabun.

Pada tahun 1807, Humphry Davy memperasingkan unsur tersebut dari sebatian potasy kaustik (KOH) melalui elektrolisis yang diberikan nama potassium daripada kata Inggeris pot ash yang seturunan. Pada tahun 1809, Ludwig Wilhelm Gilbert mencadangkan nama Latin Kalium terbitan kata kali diungkapkan Klapkroth untuk penemuan "potassium" Davy, ia disetujui makalah ditulis kimiawan Sweden Berzelius tahun 1814 yang memberi singkatan huruf "K".

Ragam jenis

Kalium merangkumi 2.4% berat kerak Bumi dan merupakan unsur ketujuh paling berlimpah di dalamnya. Oleh kerana ia amatlah elektropositif, unsur kalium sukar diperoleh daripada mineralnya.

Garam kalium seperti kalanit, langbeinit, polihalit, dan silvit dijumpai pada tasik purbakala dan dasar laut. Mineral ini membentuk longgokan besar-besaran pada persekitaran-persekitaran ini, membuatkan penyarian kalium dan garam-garamnya lebih berdaya maju. Sumber utama kalium, potasy, dilombong di California, Jerman, New Mexico, Utah, dan lain-lain tempat di dunia. 3000 kaki di bawah permukaan Saskatchewan terdapt longgokan besar potasy yang merupakan sumber penting unsur ini dan garam-garamnya, dan terdapat beberapa lombong besar sudah beroperasi semenjak 1960-an. Saskatchewan menjadi perintis kepada penggunaan pembekuan pasir basah (pembentukan Blairmore) untuk memandu syaf lombong menerusinya. Lihat Syarikat Potasy Saskatchewan. Lautan merupakan satu lagi sumber kalium, tetapi kuantiti yang hadir pada isipadu tertentu air laut adalah kurang berbanding dengan natrium.

Kalium boleh diasingkan melalui elektrolisis hidroksida dalam sejenis proses yang berubah sangat sedikit semenjak zaman Davy. Kaedah terma juga digunakan dalam penghasilan kalium, menggunakan kalium klorida. Kalium tidak pernah dijumpai dalam bentuk unsur bebas dalam alam semula jadi.

Lihat juga Mineral kalium.

Isotop

Kalium 
Kalium dalam feldspar

Terdapat 24 isotop kalium yang diketahui. Tiga isotop wujud secara semula jadi: 39K (93.3%), 40K (0.012%) dan 41K (6.7%). 40K yang wujud secara semula jadi mereput separuh hayatnya menjadi 40Ar (11.2%) stabil melalui tawanan elektron dan melalui pancara positron, dan merebut menjadi 40Ca stabil (88.8%) melalui reputan beta (sebanyak 88.8%). 40K mempunyai separuh hayat selama 1.250×109 tahun.

Reputan 40K kepada 40Ar membolehkan penggunaan kaedah pentarikhan batuan yang biasa digunakan. Pentarikhan K-Ar lazim bergantung kepada andaian bahawa batuan tidak mengandungi argon semasa masa pembentukan dan kesemua argon radiogenik terkemudian (iaitu, 40Ar) dikekalkan secara kuantitatif. Mineral ditarikhkan menggunakan pengukuran kepekatan kalium dan bilangan 40Ar radiogenik yang terkumpul. Mineral yang sesuai digunakan untuk pentarikhan termasuklah biotit, muskovit, hornblende plutonik/metamorfik gred tinggi, dan feldspar gunung berapi; sampel baruan keseluruhan daripada aliran gunung berapi dan terobosan cetek juga boleh ditarikhkan jika sifatnya tidak mengalami sebarang perubahan.

Selain pentarikhan, isotop kalium digunakan secara meluas sebagai penyurih dalam kajian luluhawa. Ia juga digunakan dalam kajian kitaran nutrien kerana kalium merupakan makronutrien yang diperlukan untuk kehidupan.

40K wujud dalam kalium semula jadi (oleh itu dalam sesetengah pengganti garam biasa komersil) pada kuantiti mencukupi menyebabkan karung besar pengganti-pengganti ini boleh digunakan sebagai sumber radioaktif untuk tunjuk cara dalam kelas. Dalam haiwan dan manusia yang sihat, 40K merupakan sumber terbesar keradioaktifan, lebih besar daripada 14C. Dalam tubuh badan manusia berjisim 70 kg, kira-kira 4,000 nukleus 40K mereput sesaat. Kalium semulajadi memancarkan radiasi sebanyak adalah 31 Bq/g.

Langkah pengawasan

Pepejal kalium bertindak cergas dengan air, oleh itu ia harus disimpan dalam minyak mineral seperti kerosin dan dikendalikan dengan berhati-hati. Belainan dengan litium dan natrium, kalium tidak dapat disimpan dalam minyak selama-lamanya. Jika disimpan lebih lama dari 6 bulan ke setahun, peroksida berbahaya yang peka hentakan boleh terbentuk pada logam dan di bawah penutup bekas, dan peroksida dapat meletup apabila bekas dibuka. JANGAN SEKALI-KALI menyimpan kalium, rubidium dan sesium lebih lama dari setahun kecuali apabila disimpan dalam atmosfera lengai (argon) atau dalam vakum (hampagas).

Kalium dalam gizi

Kalium merupakan mineral zat mikro penting dalam gizi manusia; ia membantu dalam pengecutan otot dan pengekalan keseimbaingan bendalir dan elektrolit dalam sel tubuh. Kalium juga penting dalam penghantaran impuls saraf serta pembebasan tenaga daripada protein, lemak, dan karbohidrat semasa metabolisme.

Kekurangan kalium boleh mengakibatkan keadaan yang boleh membawa maut yang dikenali sebagai hypokalemia, biasanya lanjutan daripada cirit-birit, diuresis berterusan dan muntah-muntah. Simptom kekurangan termasuklah kulit kering, jerawat, seram sejuk, fungsi kognitif terganggu, kekejangan (spasma) otot, aritmia, tindak balas refleks yang berkurangan, rasa dahaga, intolerans glukosa, perencatan pertumbuhan, insomnia, kolestrol, dan rendah tekanan darah.

Memakan bermacam jenis makanan yang mengandungi kalium adalah cara terbaik untuk memperoleh jumlah yang mencukupi. Individu sihat yang memakan gizi yang seimbang jarang sekali memerlukan makanan tambahan. Makanan yang mengandungi sumber kalium yang tinggi termasuklah pisang, avokado, saderi dan turnip, dan kebanyakan buah-buahan, sayur-sayuran dan daging lain juga mengandungi kalium. Kajian menunjukkan gizi yang mengandungi kandungan kalium yang tinggi boleh merendahkan risiko menghidapi tekanan darah tinggi.

Garis panduan 2004 oleh Institut Perubatan menetapkan RDA sebanyak 4,700 mg kalium. Sesetengah orang yang menghidap penyakit ginjal dinasihatkan agar mengelakkan pemakanan zat kalium pada kuantiti besar.

Lihat juga

Rujukan

    Sumber utama
  • Greenwood, Norman N.; Earnshaw, Alan (1997). Chemistry of the Elements (ed. 2nd). Butterworth-Heinemann. ISBN 0-08-037941-9.

Pautan luar

Tags:

Kalium Ciri-ciri utamaKalium PenggunaanKalium SejarahKalium Ragam jenisKalium IsotopKalium Langkah pengawasanKalium dalam giziKalium Lihat jugaKalium RujukanKalium Pautan luarKaliumAirAir lautAtmosfera BumiJadual berkalaLogam alkaliMineralNatriumNombor atomRedoksTulisan JawiUnsur kimia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Persekutuan Tanah MelayuHang TuahSenarai gunung berapi di IndonesiaPeristiwa Bukit KepongTeluk IntanRaja Zarith SofiahAstro MalaysiaPerodua AxiaAmyra RosliAyob Khan Mydin PitchayPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Gunung KinabaluKongkekNabi Nuh a.s.Jasmine Suraya ChinZahirah MacWilsonKementerian Perhubungan Republik IndonesiaNeelofaSarimah IbrahimBahasa CinaBeto KusyairyTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahTengku Amir ShahNadhir NasarKerajaan MataramTentang Hati DiaSalomaQistina KhaledKota KinabaluNorman HakimArmizan Mohd AliRukun ImanPutri Kuswisnu WardaniFrekuensi radio di JohorShakilla KhoririAisha RetnoHinduismeDaun salamPerdana Menteri MalaysiaNajis dalam IslamKugiran MasdoSaifuddin Nasution IsmailGoogle ScholarLiga Super MalaysiaKerenggaFrekuensi radio di KelantanTerlanjur Cinta (drama web)Sri Pahang FCSifat-sifat AllahBahasa ArabMona FandeyHaqiem RusliBumiputeraRuhainiesCik ManggisBatik Air MalaysiaImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Malayan UnionYusof HaslamGajahKerana Dia SukaEyka FarhanaP. RamleeLaskar MudaSejarah MalaysiaHemoroidKelantan Darul Naim F.C.HadisAyat kursiKeluaran dalam negara kasarPiala Asia B-23 AFC 2024Siput babiPahangNombor telefon di MalaysiaHukuman mati di MalaysiaBugisMat KilauMatlamat Pembangunan Mampan🡆 More