New Mexico

New Mexico ialah sebuah negeri di bahagian barat daya Amerika Syarikat.

Mengikut sejarah, ia telah diduduki oleh Penduduk asal Amerika Syarikat dan pernah menjadi sebahagian kawasan wizurai Sepanyol Baru, sebuah provinsi Mexico serta Negeri Amerika Syarikat.

State of New Mexico
Negeri New Mexico
Bendera New Mexico Mohor negeri New Mexico
Bendera Mohor
Nama samaran: Land of Enchantment (Tanah Pesona)
Cogan kata: Crescit eundo
Peta Amerika Syarikat dengan nama New Mexico ditonjolkan
Peta Amerika Syarikat dengan nama New Mexico ditonjolkan
Bahasa rasmi none
Bahasa pertuturan Bahasa Inggeris 82%
Bahasa Sepanyol 29%,
Bahasa Navajo 4%
Demonim New Mexican
Ibu negeri Santa Fe
Bandar raya terbesar Albuquerque
Kawasan metro terbesar Albuquerque
Keluasan  Kedudukan ke-5
 - Jumlah 121,593 batu persegi
(315,194 km²)
 - Lebar 342 batu (550 km)
 - Panjang 370 batu (595 km)
 - % air 0.2
 - Latitud 31° 20′ U ke 37° U
 - Longitud 103° B ke 109° 3′ B
Penduduk  Kedudukan ke-36
 - Jumlah 2,009,671 (2009)
 - Kepadatan 16.2/batu persegi 
6.27/km² (ke-45)
Ketinggian  
 - Titik tertinggi Wheeler Peak
13,161 ft  (4013.3 m)
 - Purata 5,692 ft  (1,735 m)
 - Titik terendah Red Bluff Reservoir
2,842 ft  (865 m)
Kemasukan ke
dalam Kesatuan
6 Januari 1912 (ke-47)
Gabenor Michelle Lujan Grisham (D)
Leftenan Gabenor Howie Morales (D)
Senator A.S. Martin Heinrich (D)
Ben Ray Luján (D)
Delegasi Dewan A.S. Vacant
Yvette Herrell (R)
Teresa Leger Fernandez (D) (Senarai)
Zon waktu Mountain: UTC-7/-6
Singkatan NM US-NM
Tapak web www.newmexico.gov
New Mexico

Di antara negeri-negeri di Amerika Syarikat, New Mexico mempunyai peratusan orang Amerika-Sepanyol yang tertinggi terdiri dari pendatang baru dan keturunan penjajah Sepanyol). Negeri ini juga mempunyai peratusan orang asli Amerika yang ketiga tertinggi selepas Alaska dan Oklahoma, dengan kebanyakannya suku Navajo dan Pueblo). Kerana ini, demografi dan budaya negeri ini adalah unik dengan pengaruh kebudayaan Sepanyol, Mexico dan India Amerika.

Geografi

Sempadan timur New Mexico terletak pada 103° B bersebelahan Oklahoma, dan 3 batu (5 km) di sebelah barat 103° B bersebelahan Texas. Di sempadan selatan, dua pertiga darinya bersempadan dengan Texas, sementara selebihnya dengan dua buah negeri Mexico iaitu Chihuahua dan Sonora. Sempadan baratnya bersebelahan dengan Arizona yang terletak sepanjang 109° B. Latitud 37° U membentuk sempadan utara dengan Colorado. New Mexico, Colorado, Arizona dan Utah bertemu di Empat Sudut pada sudut barat laut New Mexico.

Muka buminya berbeza-beza dari gurun yang berwarna merah mawar, mesa pecah ke puncak gunung yang dilitupi salji. Walaupun New Mexico dikenali kering, gunung-gunungnya yang dilitupi dengan hutan tebal melitupi sebahagian besar negeri ini terutamanya menghala ke utara. Sebahagian Banjaran Rocky dan Sangre de Cristo (Darah Christ) yang mengunjur utara-selatan, mengapit kedua-dua sisi Rio Grande dari kawasan rumput ternak utara yang berceranggah ke tengah negeri.

Kaktus, pokok yuka, pokok renek kreosot, semak pokok renek, dan rumput gurun melitupi dataran separa kering yang merangkumi bahagian selatan negeri ini.

Kerajaan persekutuan melindungi berjuta-juta ekar New Mexico yang indah sebagai hutan negara:

  • Hutan Negara Carson
  • Hutan Negara Cibola (ibu pejabat di Albuquerque)
  • Hutan Negara Lincoln
  • Hutan Negara Santa Fe (ibu pejabat di Santa Fe)

Tanah-tanah perlindungan yang lain termasuk tugu-tugu peringatan negara seperti berikut:

  • Tugu Peringatan Negara Puing-puing Aztek di Aztek
  • Tugu Peringatan Negara Bandelier di Los Alamos
  • Tugu Peringatan Negara Gunung Berapi Capulin dekat Capulin
  • Taman Negara Gua-gua Carlsbad dekat Carlsbad
  • Taman Bersejarah Negara Budaya Chaco di Nageezi
  • Denai Bersejarah Negara El Camino Real de Tierra Adentro
  • Tugu Peringatan Negara El Malpais di Grants
  • Tugu Peringatan Negara El Morro di Ramah
  • Tugu Peringatan Negara Fort Union di Watrous
  • Tugu Peringatan Negara Kediaman Cenuram Gila, dekat Bandaraya Silver
  • Denai Bersejarah Negara Sepanyol Lama
  • Taman Bersejarah Negara Pecos di Pecos
  • Tugu Peringatan Negara Petroglyph, dekat Albuquerque
  • Tugu Peringatan Negara Misi Salinas Pueblo di Mountainair
  • Denai Bersejarah Negara Santa Fe
  • Tugu Peringatan Negara White Sands dekat Alamogordo

Pelawat-pelawat juga sering melawati pueblo-pueblo asli New Mexico yang masih wujud. Pelancong-pelancong yang melawat tapak-tapak ini membawa banyak wang ke negeri ini. Kawasan-kawasan menarik dari segi geografi dan berpemandangan indah termasuk Tugu Peringatan Negara Kasha-Katuwe Tent Rocks dan Kawasan Simpanan Negara Valles Caldera. Hutan Gila terletak di barat daya negeri ini.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Amerika SyarikatBarat Amerika SyarikatMexicoNegeri di Amerika SyarikatPenduduk asal Amerika SyarikatSepanyol BaruWizurai

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Lencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaSyiahSurah al-BaqarahPulau PinangNasha AzizBeto KusyairyKelantan Darul Naim F.C.Sayu Yang SyukurKebudayaan MalaysiaSophia AlbarakbahShiqin KamalSyerifLuruhnya Bunga CintaCinta Luar BiasaLagi-Lagi SenarioSepahtu Reunion Al-RayaIkanTerengganuBidaraOrang Melayu MalaysiaSherry AlhadadCabang dan mazhab IslamOrang BanjarChin PengAbdullah bin Ahmad BadawiSejarah IslamLelaki ItuRemy IshakMenara Jam Condong Teluk IntanKata ganti diriSlot AkasiaDonald TrumpIskandar ChempakaTV3Abang Long Fadil 2HemoroidInflasiKomunikasiPulau PangkorAprena ManroseAliff AzizRuhainiesNelydia SenroseDarjah kebesaran MelayuHukum Kanun MelakaSerembanAman ShahInstagramGhazali ShafieJanna NickNoorkumalasariHarimau MudaMohamed Salleh IsmaelFilem Sex and Zen IIMandi wajibEmiriah Arab BersatuGunung RuangRaysha RizroseGolongan yang terawal memeluk IslamTalbis IblisKuala TerengganuMia KhalifaWilayah PersekutuanSharifah HusnaKampung PeopleNur Amira SyahiraMierul AimanBola tamparJenis air untuk bersuci dalam IslamDasar Ekonomi BaruPembentukan MalaysiaPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaKata kerja tak transitifKesan rumah hijauAshraf SinclairIsteri-isteri Nabi MuhammadMetamfetamina🡆 More