Jules Verne

Jules Gabriel Verne / ; 8 Februari 1828 – 24 Mac 1905) merupakan seorang novelis, penyajak dan penulis drama dari Perancis.

Jules Verne
LahirJules Gabriel Verne
(1828-02-08)8 Februari 1828
Nantes, Perancis
Meninggal dunia24 Mac 1905(1905-03-24) (umur 77)
Amiens, Perancis
Tempat pengebumianTanah Perkuburan La Madeleine, Amiens, Perancis
PekerjaanPenulis, penyajak dan penulis drama
WarganegaraPerancis
Tempoh1850–1905
Karya terkenal
PasanganHonorine Hebe du Fraysse de Viane (Morel) Verne
AnakMichel Verne, 2 anak tiri
Tandatangan
Jules Verne
Jules Verne
Jules Verne 1856
Jules Verne
Rumah Api di Penghujung Dunia dianggap sebagai salah satu novel terbaik peringkat sastera Verne.

Kemasyhuran beliau dilihat berbeza mengikut penutur bahasa - beliau dikenali di Perancis dan benua Eropah atas pengaruhnya terhadap unsur surealisme dalam penulisan sastera, namun para pembaca dalam kalangan penutur bahasa Inggeris (juga merangkumi alam Komanwel) lebih mengenalinya melalui karya cereka sainsnya.

Idea-idea yang dibawa daripada karya cereka sains inilah yang telah banyak mempengaruhi tokoh-tokoh terkenal baik dari bidang kesusasteraan (termasuk Jean Cocteau, Julio Cortázar, Antoine de Saint-Exupéry dan Jean-Paul Sartre) mahupun penyelidikan sains (termasuk Guglielmo Marconi, Simon Lake, Wernher von Braun dan Yuri Gagarin).

Ringkasan hidup

Awal hidup

Jules Gabriel Verne lahir pada 8 February 1828 di Île Feydeau, sebuah pulau buatan atas Sungai Loire dalam baadar Nantes. Ayahnya Pierre Verne, merupakan peguam berasal dari Provins manakala ibunya, Sophie Allote de la Fuÿe, datang dari keluarga nakhoda dan pemilik kapal berketurunan Scotland.

Pada usia 19 tahun, beliau mula mengambil minat dalam penulisan panjang seperti yang diilhamkan penulis idolanya, Victor Hugo. Ayahnya pula lebih mahukan Jules mewarisi firma guaman keluarga mereka sebagai anak sulung. Pada 1847, Jules dihantarkan ayahnya ke Paris, untuk mekanjutkan pengajiannya dalam bidang perundangan dan guaman.

Dalam pengajian

Verne tiba di Paris sewaktu Revolusi Perancis 1848 yang membawa keadaan politik yang menggentingkan dalam negara Perancis dengan banyak tunjuk perasaan yang berlaku di merata-rata tempat, lebih-lebih lagi beberapa ketika sebelum pelantikan Louis-Napoléon Bonaparte sebagai Presiden pertama Republik Kedua. Beliau turut dimasukkan dalam senarai bakal kerahan tentera Perancis, namun beliau "diselamatkan" dalam proses pengisihan calon tersebut, apatah lagi dengan beliau mempunyai sentimen anti-perang serta menganggap pekerjaan askar itu sebagai suatu keadaan yang tidak bermaruah.

Memasuki alam penulisan

Beliau kerap mengunjungi salon-salon di Paris ketika pengajiannya di Paris, beliau mengenali penulis terkenal Alexandre Dumas melalui salah satu kunjungan ini pada tahun 1849. Verne turut bersahabat dengan anak Dumas di mana mereka menulis bersama pementasan komedi Les Pailles rompues yang dilangsungkan di Opéra-National Paris pada 12 Jun 1850.

Pada 1851, Jules menemui Pierre-Michel-François Chevalier, seorang penulis sekampungnya di Nantes yang juga seorang editor majalah Musée des familles. Chevalier mahu mencari sebarang rencana mengenai geografi, sejarah dan pengetahuan sains yang bisa dipasarkan untuk bacaan orang ramai menggunakan medium penceritaan cereka. Verne berminat akan tawaran Chevalier lalu menghanrtarkan suatu kisah pengembaraan pertamanya "L'Amérique du Sud. Etudes historiques. Les Premiers Navires de la Marine Mexicaine" yang diterbitkan pada Julai tahun itu serta "Cinq Semaines en ballon" pada bulan berikutnya. Kisah kedua inilah yang mendorong gaya penulisan yang diikuti beliau sepanjang kerjayanya. Di tahap ini jugalah Verne memutuskan jua meneruskan minatnya dalam bidang penulisan sehingga menolak habis-habisan tawaran pekerjaan dalam firma guaman ayahnya.

Senja hidup

Jules memasuki alam politik pada 1888 di mana beliau dilantik sebagai ketua majlis perbandaran Amiens, beliau menggalakkan beberapa pembaharuan dalam infrastruktur bandar tersebut selama beliau berkhidmat di bandar itu selama 15 tahun. Beliau dianugerahkan dengan darjah Chevalier de la ("Kesateria") Légion d'honneur pada tahun 1870. Beliau dinaikkan pangkat ke tahap Officier (Panglima) pada tahun 1892.

Jules meninggal dunia pada 24 Mac 1905 akibat komplikasi menghidap diabetes di kediamannya di Amiens, 44 Boulevard Longueville. Anaknya Michel menguruskan penerbitan novel-novel terakhir yang ditulis beliau - Invasion of the Sea dan Le Phare du bout du monde.

Senarai karya terpilih

Novel

Cerita pendek

  • "Un drame au Mexique" (tajuk asal: "Les premiers navires de la marine mexicaine," 1851)
  • "Un drame dans les airs" (tajuk asal: "Un voyage en ballon," 1851)
  • "Martin Paz" (1852)
  • "Maître Zacharius" (1854)
  • "Un hivernage dans les glaces" (1855)
  • "Le Comte de Chanteleine" (1864)
  • "Les Forceurs de blocus" ("1871)
  • "Une fantaisie du Docteur Ox" (1872)
  • "Une ville idéale" (1875)
  • "Les révoltés de la Bounty (bersama Gabriel Marcel,1879)

Rujukan

  • Angenot, Marc (Mac 1976), "Jules Verne and French Literary Criticism (II)", Science Fiction Studies, III (8): 46–49, diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-20, dicapai pada 26 Mac 2013
  • Butcher, William (2006), Jules Verne: The Definitive Biography, New York: Thunder's Mouth Press
  • Butcher, William (2007), "A Chronology of Jules Verne", Jules Verne Collection, Zvi Har'El, diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-29, dicapai pada 3 Mac 2013
  • Dekiss, Jean-Paul; Dehs, Volker (1999), Jules Verne, l'enchanteur, Paris: Editions du Félin
  • Evans, Arthur B. (1988), Jules Verne rediscovered: didacticism and the scientific novel, New York: Greenwood Press
  • Jules-Verne, Jean (1976), Jules Verne: a biography, translated by Roger Greaves, London: Macdonald and Jane's
  • Lottmann, Herbert R. (1996), Jules Verne: an exploratory biography, New York: St. Martin's Press
  • Sherard, Robert H. (Januari 1894), "Jules Verne at Home", McClure's Magazine, diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-03, dicapai pada 5 Mac 2013

Pautan luar


Tags:

Jules Verne Ringkasan hidupJules Verne Senarai karya terpilihJules Verne RujukanJules Verne Pautan luarJules Verne

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nasi kandarPersatuan Negara-negara Asia TenggaraAbdul Rahman HashimAbang Long Fadil 3SkuadronBahasa ArabKuantanSenarai Sultan Empayar UthmaniyahSabronzoJ RevolusiIbanSuntikanPontianak Harum Sundal MalamMustaqim BahadonPemboleh ubahKementerian Dalam Negeri MalaysiaSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahSemenanjung MalaysiaSelangorBunga rayaKerajaan SalakanagaraBarisan NasionalNegeri SembilanCinema (Slot TV3)Sultan SallehuddinTeluk IntanSophia AlbarakbahPerkhidmatan awam di MalaysiaShahrulezad MohameddinAcryl Sani Abdullah SaniTunku Ismail ibni Sultan IbrahimSultan Nazrin Muizzuddin ShahMohamad bin HasanImam MahdiGayatri Su-Lin PillaiFardu AinKata kerjaAbdul Taib MahmudSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaRacun RihannaRuhainiesPegawai Waran Udara IAsia TenggaraIpohDubaiJudiHukum Kanun MelakaRiena DianaZaman air batuHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Nabi Lut a.s.Sultan SelangorKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Hassan MaricanRespirasi selAyob Khan Mydin PitchaySenarai pelakon lelaki MalaysiaLumut, PerakSulalatus SalatinDollaDasar Ekonomi BaruLaman UtamaNabi Ya'akub a.s.Penjajahan Jepun di Tanah MelayuAyah PinKementerian Pertahanan MalaysiaHantu dalam masyarakat MelayuSingapuraKesultanan Johor-RiauLaksamana ArmadaParti Rakyat India MalaysiaSunan KalijagaMy Lovely DriverMikroplastikSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaUniversiti Utara MalaysiaPolis Diraja Malaysia🡆 More