Bulan Deimos

Deimos (nama sistematik: Mars II, Marikh II) ialah salah satu daripada dua bulan yang mengelilingi Marikh, bulan yang satu lagi ialah Phobos.

Deimos memiliki jejari purata 6.2 km dan mengambil masa 30.3 jam untuk mengorbit Marikh. Jarak Deimos dari Marikh ialah 23,460 km, lebih jauh daripada Phobos. Deimos mungkin ialah sebuah asteroid yang diganggu oleh Musytari, terkeluar dari orbit asal lalu ditangkap oleh planet Marikh, meskipun pandangan ini adalah berkontroversi.

Deimos
Bulan Deimos
Gambar berwarna Deimos (MRO, 21 Februari 2009).
Penemuan
Ditemui olehAsaph Hall
Tarikh penemuan12 Ogos 1877
Designasi
Sebutan/ˈdmɒs/ to /ˈdməs/ atau Δεῖμος (dianggarkan sebagai /ˈdmɒs/)
Dinamakan sempenaΔεῖμος
AdjektifDeimian /ˈdmiən/
Ciri-ciri orbit
Epok 21 September 2012
(JD 2456191.5)
Periapsis23455.5 km
Apoapsis23470.9 km
Paksi semimajor23463.2 km (6.92 jejari Marikh)
Kesipian0.00033
Tempoh orbit1.263 h
(30.312 jam)
Kelajuan purata orbit1.3513 km/s
Kecondongan0.93° (berdasarkan khatulistiwa Marikh)
1.791° (berdasarkan satah Laplace)
27.58° (berdasarkan ekliptik)
Satelit bagiMarikh
Ciri-ciri fizikal
Dimensi15 × 12.2 × 11 km
Min jejari6.2 ± 0.18 km
(0.97316 mBumi)
Luas permukaan495.1548 km2
(0.970755 µBumi)[perlu rujukan]
Isi padu999.78 km3
(0.922979 nBumi)[perlu rujukan]
Jisim1.4762×1015 kg
(0.247179 nBumi)
Min ketumpatan1.471±0.166 g/cm3
Graviti permukaan khatulistiwa0.003 m/s2
(306 µg)
Halaju lepas5.556 m/s
(20 km/j)
Tempoh putaranSegerak
Albedo0.068 ± 0.007
Magnitud ketara12.89

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ciri-ciri

Seperti kebanyakan objek dengan saiz seperti Deimos, satelit ini tidak berbentuk sfera dengan dimensi 15 × 12.2 × 11 km, 56% saiz Phobos. Satelit ini adalah begitu poros dengan ketumpatan anggaran sebanyak hanya 1.471 g/cm3. Halaju berlepas dari Deimos ialah 5.6 m/s manakala magnitud ketara Deimos bernilai 12.45.

Orbit

Orbit Deimos hampir berbentuk bulat dan berdekatan khatulistiwa Marikh, seperti orbit Phobos. Deimos yang dilihat dari Marikh akan memiliki diameter sudut sebanyak 2.5 minit (1 darjah bersamaan 60 minit), menjadikan Deimos ibarat bintang apabila diperhatikan dari Marikh. Deimos pada tahap yang paling terang akan menjadi cerah seperti Zuhrah yang diperhatikan dari Bumi.

Orbit Deimos secara perlahan-lahan menjadi semakin besar kerana orbitnya yang jauh dari Marikh serta kesan pecutan pasang surut. Deimos dijangka akan terlepas daripada graviti Marikh.

Transit dari Marikh

Deimos lazim melintasi kawasan di antara Matahari dan Marikh (transit), tetapi saiz Deimos terlalu kecil untuk menghasilkan gerhana Matahari penuh, dan hanya boleh dilihat sebagai bintik hitam kecil yang melintasi Matahari.

Sejarah

Deimos ditemui oleh ahli astronomi, Asaph Hall di Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat, Washington, D.C. pada 12 Ogos 1817. Beberapa hari kemudian, beliau menemui satu lagi bulan Marikh, Phobos dalam usahanya untuk mencari bulan-bulan di Marikh.

Nama Deimos (asalnya dieja sebagai Deimus) diberi oleh ahli sains dari Kolej Eton, Henry Madan sempena watak Deimos dalam mitologi Yunani berdasarkan buku Iliad.

Penjelajahan

Penjelajahan di Deimos adalah lebih kurang serupa dengan penjelajahan Marikh dan Phobos. Gambar Deimos telah ditangkap oleh beberapa buah kapal angkasa yang ditugaskan untuk mengambil gambar Marikh. Tiada pendaratan pernah dibuat di Deimos.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Bulan Deimos Ciri-ciriBulan Deimos SejarahBulan Deimos PenjelajahanBulan Deimos RujukanBulan Deimos Pautan luarBulan DeimosMarikhMusytariPhobos (bulan)Satelit semula jadi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Amelia HendersonPerceraian dalam IslamIsrak dan MikrajPilihan raya umum India 2024MelayuNegarakuPiala Asia B-23 AFCSenarai perbandingan pangkat tenteraRaja Zarith SofiahErick ThohirSyiahLabuanBella AstillahIsteri HalalVincent TanBajauAsmidarSyasyaPedofiliaDaun salamDarjah kebesaran negeri TerengganuAbdul Taib MahmudTakwim HijrahNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaTentera Udara Diraja MalaysiaIzzue IslamPetronasKuala TerengganuKaum-kaum di MalaysiaJanji DianaNajua NasirEmelda RosmilaKaabahTulisan JawiPiala Asia B-23 AFC 2024Senarai pelakon lelaki MalaysiaHalim RadziSiksa KuburSunan Gunung JatiNegeri SembilanUmie AidaUngku Ismail AzizGambir SarawakGunung JeraiTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahAssalamualaikumSaronRawang, SelangorManchester United F.C.Fattah AminHamidin Mohd AminSalomaProton Saga (generasi kedua)Perkara 153 Perlembagaan MalaysiaPulau RedangAhli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15Sifat-sifat AllahFrekuensi radio di Negeri SembilanNombor dalam budaya CinaUniversiti Putra MalaysiaRokokLatSultan Iskandar ibni Sultan IsmailElizabeth TanKhulafa al-RasyidinKebudayaan MalaysiaPersekutuan Tanah MelayuRacun RihannaSolat Sunat JumaatSenarai kata pinjaman bahasa MelayuOmbak Rindu (filem)Jam 24 jamAb Rauf YusohSharnaaz AhmadProton WajaMetamfetaminaKesan perubahan iklimSunan Drajat🡆 More