Burung Unta

Burung unta merupakan burung terbesar yang masih hidup.

Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan disesebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus.

Burung unta
Julat zaman: 15–0 Ma
Early Miocene-Present
Burung Unta
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Struthioniformes
Keluarga:
Struthionidae

Vigors, 1825
Genus:
Struthio
Spesies:
S. camelus
Nama binomial
Struthio camelus
Subspecies
  • S. c. camelus Linnaeus, 1758 North African ostrich
  • S. c. australis Gurney, 1868 South African ostrich
  • S. c. massaicus Neumann, 1898 Masai ostrich
  • S. c. molybdophanes Reichenow, 1883 Somali ostrich
  • S. c. syriacus Rothschild, 1919 Arabian ostrich
Burung Unta
Struthio camelus distribution map
     S. c. camelus      S. molybdophanes
     S. c. massaicus      S. c. australis

Burung Unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Spesies yang terdapat di Timur Tengah, yakni S. c. syriacus, telah pun pupus. Ahli lain kumpulan Palaeognaths termasuk burung Rea, emu, kasuari serta burung terbesar diketahui tetapi sekarang terpupus, burung Aepyornis.

Ciri-ciri

Burung ini haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bulu pelepah mereka tidak berfungsi sebagai kerajang udara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi wanita dan sebagainya. Paruhnya tidak bergigi.

Video penggerakan kepala Burung Unta

Ia mempunyai leher yang panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam).

Burung unta berlari

Tabiat

Pemakanan

Burung unta biasanya suka memakan biji-bijian, rumput-rampai, buah-buahan dan bunga-bungaan; mereka juga memakan serangga seperti locust. Mempunyai gigi yang sikit dan lemah, juga ada yang langsung tidak ada gigi, mereka kebanyakkan menelan makanan mereka bersama batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menggiling makanan di rempela.

Burung unta dewasa membawa bersama kira-kira 1 kilogram (2.2 lb) batu kerikil kecil kedalam perut mereka. Apabila mereka makan, mereka akan mengisi kerongkong mereka dengan makanan, dimana bolus yang mengandungi campuran makanan dan kerikil kecil akan ditolak masuk melalui esofagus dan seterusnya ke perut (rempela) untuk dicerna. Besar bolus makanan ialah sebanyak 210 ml (7.1 US fl oz). Rempela boleh memuatkan kira-kira 1,300 g (46 oz).[[:]] Burung unta boleh bertahan tanpa meminum air untuk beberapa hari, dengan menggunakan cecair metabolik tubuh dan kelembapan ketika menghadam tumbuhan sebagai sumber pendapatan air badan, namun mereka juga sangat menyukai air dan acap kali bermandi jika air ada di sekeliling mereka.

Pembiakan

Burung ini bersarang secara terkumpul di mana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang, untuk diramkan oleh seekor betina alfa pada waktu siang dan jantan alfa pada waktu malam.

Telur burung unta adalah telur terbesar.

Ketahanan

Burung unta boleh bertoleransi dan mudah menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca dan suhu yang tinggi dan ekstrem. Di habitat semulajadi mereka, julat perbezaan suhu antara waktu siang dan malam sangat ekstrem. Waktu siang sangat panas sehingga 40 C dan malam boleh mencecah suhu sehingga -10 C. Mekanisme kawalan suhu ada secara semulajadi pada tubuh burung, dimana burung unta menggunakan kepaknya untuk menutup tubuhnya yang tidak berbulu ketika sejuk atau melebarkan kepaknya pada waktu panas bagi membebaskan haba.

Hubungan dengan manusia

Burung Unta 
Di Jacksonville, Florida, seorang lelaki kelihatan sedang menunggang kereta burung unta, circa 1911

Burung unta dipelihara sebagai sumber daging di kawasan sejuk seperti Sweden. Rasan dagingnya seperti daging tak berlemak.

Menurut kepercayaan rakyat, burung Unta terkenal kerana menyembunyikan kepala mereka di dalam tanah apabila sahaja berhadapan dengan bahaya. Tabiat ini tidak pernah direkod atau dilihat, walaupun burung Unta diketahui merendahkan kepala dan leher mereka ke tanah untuk melindungkan diri apabila pemangsa ada berhampiran. Apabila diancam, burung Unta mampu menyebabkan kecederaan yang serius dengan tendangan dari kaki mereka yang kuat itu.

Pemuliharaan

Burung Unta 
Sekawanan Burung Unta jantan dan betina yang dipelihara di Yotvata Hai-Bar Nature Reserve, Israel. burung Unta yang dijaga dan dipelihara disitu, akan dibenarkan utuk terus dikembang biakkan dan seterusnya dibebaskan kembali ke dunia liarnya semula.

Populasi Burug unta liar didunia telah menurun secara drastik sejak 200 tahun kebelakangan ini. kedapatan burung unta hanya banyak dilihat jika melawat di taman burung atau zoo; walau bagaimanapun, jumlah burung unta tetap dalam bahaya jika tren penurunan populasi burung unta terus menurun dari hari ke hari. Menurut IUCN, status konservasi haiwan ini dalam kategori Kurang Perhatian, dengan kira-kira julat populasi haiwan ini 12,000,000 km2 (4,600,000 bt2).

Galeri

Lihat juga

Nota kaki

Tags:

Burung Unta Ciri-ciriBurung Unta TabiatBurung Unta Hubungan dengan manusiaBurung Unta GaleriBurung Unta Lihat jugaBurung Unta Nota kakiBurung Unta RujukanBurung Unta Pautan luarBurung Unta

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Telefon bimbitAzhan RaniSarah SuhairiMierul AimanUndang-Undang Laut MelakaMega Movie (Slot TV3)Mati syahidHadha min fadhle RabbiBoBoiBoyAbdul Razak HusseinPasukan Khas UdaraHannah DelishaPerang AhzabFarali KhanPasukan bola sepak kebangsaan IndonesiaAmir AhnafCinta Buat DaraSunan MuriaNur (drama)Baby ShimaJam 24 jamNabiDewi RemajaCik ManggisAbdul Taib MahmudMenara Berkembar PetronasPukimakSejarah IslamErry PutraAyat kursiAsiaPegawai Tadbir dan DiplomatikForest CityDaerah di SabahRita RudainiSekolah Kluster KecemerlanganRakaatMimi LanaKomanderDatuk (gelaran)Bahasa MaduraChacha MaembongKementerian Pendidikan MalaysiaMat KilauTentera Udara Diraja MalaysiaJangan Menangis Cinta (drama)Parti Islam Se-MalaysiaMelayuBandaraya MelakaFadhlina SidekAzira ShafinazHaidGabenor Bank Negara MalaysiaJabatan Perangkaan MalaysiaMandi wajibUlar Tedung SelarSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaSrivijayaFaralyna IdrisHassanal BolkiahPuteri Gunung LedangIndonesiaSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaPersekutuan Tanah MelayuMaria OzawaHemoroidMustapha KamalMas Ermieyati SamsudinKuala TerengganuYasmin AhmadMarissa YasminSyed Mokhtar Al-BukharySharnaaz AhmadMaya KarinGoogleBatu Belah Batu BertangkupSenarai saluran AstroAliff Aziz🡆 More