Syurga

Syurga (kata serapan daripada Sanskrit: स्वर्गcode: sa is deprecated svarga kayangan) merupakan satu konsep hidup selepas mati dalam banyak agama dan falsafah rohaniah.

Syurga
Dante dan Beatrice melihat langit yang tertinggi; daripada ilustrasi Gustave Doré bagi karya Divina Commedia oleh Dante Alighieri.

Mereka yang mempercayai tentang syurga umumnya berpendapat bahawa syurga atau neraka adalah destinasi bagi kebanyakan atau semua manusia selepas kematian. Menurut banyak testimoni dan tradisi, dalam kejadian-kejadian yang luar biasa, manusia telah mempunyai pengetahuan peribadi tentang syurga. Mereka menganggap bahawa pengetahuan ini diberikan mereka untuk mengajar manusia yang lain tentang kehidupan, -dewa-dewi, dan tanggapan-tanggapan tentang hidup selepas mati.

Sedangkan terdapat banyak sumber yang berbeza-beza tentang tanggapan Syurga, pandangan biasa bagi orang-orang yang mempercayainya kelihatan bergantung sebahagian besarnya kepada agama yang dianuti mereka. Berbagai-bagai agama telah memerihalkan Syurga sebagai diduduki oleh malaikat, syaitan, dewa dan dewi, dan/atau pahlawan (khususnya dalam agama Zoroastrianisme Parsi dan kemudiannya mitologi Yunani). Syurga umumnya ditafsirkan sebagai tempat kebahagiaan atau kekadangnya kebahagian abadi.

Mengikut agama

Agama Yahudi

Dalam agama Yahudi kuno, kepercayaan kepada Syurga dan hidup selepas mati dikaitkan dengan Sheol (disebut dalam Isaiah 38:18, Psalms 6:5, dan Job 7:7-10). Sesetengah cendekiawan menegaskan bahawa Sheol merupakan konsep yang lebih awal, tetapi teori ini tidak diterima sejagat. Farisi, salah satu mazhab Yahudi yang kemudian, mempercayai tentang Kebangkitan Semula, tetapi kepercayaan ini ditentang oleh mazhab Sadducees yang menolak doktrin Kebangkitan Semula (Matt. 22:23).

Agama Kristian

Dalam kebanyakan agama Kristian, syurga ialah kepulangan kepada keadaan manusia sebelum kejatuhan, dan merupakan Syurga Aden kedua yang baru, dengan manusia disatukan semula dengan Tuhan dalam kewujudan semula jadi dan sempurna yang abadi. Penganut-penganut Kristian mempercayai bahawa penyatuan semula ini dibolehkan melalui usaha penyelamatan Yesus Kristus yang mati disalib untuk menebus dosa-dosa manusia.

Agama Islam

Menurut agama Islam, syurga atau jannah (Arab: جنّة) ialah tempat anugerah pada manusia yang telah berbuat baik dan mengikut perintah Allah dan mereka diletak di kebun luas di mana mereka semua hidup dalam kesenangan dan kemewahan.

Allah SWT berfirman dalam Al-Qur'an::

اِنَّ الْمُتَّقِيْنَ فِيْ جَنّٰتٍ وَّنَعِيْمٍ "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, ditempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya)." (Surah At-Tur ayat 17)

Tags:

Syurga Mengikut agamaSyurgaAgamaBahasa SanskritFalsafahKayanganKerohanian

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hantu Kak Limah Balik RumahTengku Permaisuri NorashikinKhalid bin al-WalidUsul al-FiqhLoloqSejarah MalaysiaSyafiq KyleUqasha SenroseNusantaraLaskar MudaMusang PulutRukun ImanBahasa MaduraAmelia HendersonParlimen MalaysiaInsya-AllahAsiaLaura AnnaHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Piala Asia B-23 AFC 2024Polis Diraja MalaysiaDewan Negara MalaysiaUlar Tedung SelarBryan DomaniKedah TuaPilihan raya negeri Selangor 2023Azan dan iqamatHari GuruKhairy JamaluddinKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Senarai sistem badan manusiaPelesitCinta Buat DaraSarawakJosiah HoganEtnik MelayuPasukan Gerakan AmGrup Gerak KhasKuantanSultan Mizan Zainal AbidinNombor dalam budaya CinaSiti Khadijah HalimSophia AlbarakbahNadia AqilahRoti canaiRindu Kasih 2Sifat-sifat AllahSejarah IslamSiksa NerakaPahangMy Lovely DriverKL Gangster 2Menara Berkembar PetronasPertubuhan Keselamatan SosialRangka manusiaPuteri BalqisLaila NasirJam 12 jamTakdir Yang TertulisIskandar ChempakaPuteri KhareezaNabi Muhammad SAWJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaAlhamdulillahFrekuensi radio di TerengganuTalbis IblisSaifuddin Nasution IsmailKugiran MasdoLiberalismePantang larang MelayuRicheese FactorySenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahYouTube RewindSherry AlhadadBerlinRizky NazarPerpustakaan Nasional Republik IndonesiaLengkuas🡆 More