Syurga Cinta

Syurga Cinta ialah sebuah filem komedi romantis keagamaan Malaysia 2009 arahan Ahmad Idham.

Filem keluaran Metrowealth Pictures yang ke-30 dan filem dakwah kedua dari syarikat tersebut selepas Syukur 21 ini dibintangi oleh Awal Ashaari, Heliza dan bintang kanak-kanak Muhamad Hadziq Hazem dari rancangan Tom Tom Bak dan sudah disahkan bakal merebut anugerah di Festival Filem Malaysia ke-22.

Syurga Cinta
Syurga Cinta
Poster keluaran tayangan
PengarahAhmad Idham
PenulisNor Shuhadatul Ain Zakaria
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting olehAhmad Mustadha
Muzik olehBrian Ng
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 21 Mei 2009 (2009-05-21) (Malaysia)
Masa tayangan
87 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.5 juta
Pecah panggungRM 2.2 juta

Sinopsis

Irham (Awal Ashaari), berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria (Mustapha Kamal) dan Puan Sri Mahani (Dian P. Ramlee) telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal (Fizz Fairuz) dan Alex (Shaheizy Sam) yang sangat mengenali perangai Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah (Heliza Helmi), seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya (Hisham Ahmad Tajuddin) sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal (Hadziq).

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.

Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa disedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim seperti mendirikan solat dan dia merasa selesa dengan perubahan itu. Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Walaupun Irham memenangi pertaruhan itu tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar bahawa dia sangat mencintai dan menyayangi Syuhadah. Syuhadah pula telah mengelakkan diri dari bertemu dengan Irham. Di akhir cerita ini , Irham dan Syuhadah dapat bersama semula hasil bantuan Ikmal dan datuk Syuhadah .

Pelakon

Sambutan

Ulasan

Bakthiar Kastor berpendapat filem ini hanya cuba mengikut arus filem dakwah dari seberang. Terdapat banyak persamaan dengan Filem 'Kiamat Sudah Dekat'. Jalan ceritanya juga boleh dibaca dan dijangka oleh sesiapa pun. Namun, percubaan sebegini harus digalakkan kerana filem dakwah dan bertemakan Islamik amat jarang berada di pasaran Malaysia. Beliau memberikan 1.5 dari 5 bintang. Nur Safina Othman untuk laman web Tupai memberi 2.5 dari 5 bintang untuk filem Syurga Cinta, dengan kata putus "Pengarah berjaya menyampaikan nilai-nilai keagamaan kepada penonton. Namun ianya perlulah nampak realistik dan tidak seperti dibuat-buat. Kepada peminat-peminat filem sebegini, ia adalah satu filem yang mampu membuat anda tersentuh." Serimah Sallehuddin yang mengulas dalam sisipan Z! Berita Harian menyatakan "penghayatan baik oleh Awal mampu membuatkan hati penonton tersentuh. Ini juga adalah antara lakonan terbaik Awal kerana berjaya menukar mood dengan mudah."

Kutipan pawagam

Semenjak mula tayangan pada 21 Mei, sungguhpun bertembung dengan musim panas filem Hollywood yang mempertaruhkan judul-judul seperti Night At The Museum: Battle of the Smithsonian dan Terminator Salvation, apapun filem Syurga Cinta berjaya RM1.3 juta dalam tempoh seminggu melalui 54 buah pawagam, iaitu pencapaian kutipan terbaik bagi filem tempatan bergenre komedi romantik sejak lima tahun kebelakangan ini. Selepas minggu kedua, perangkaan kutipan keseluruhan mencecah RM2.2 juta.

Kontroversi

Pernah dilaporkan khabar angin bahawa filem Syurga Cinta serupa jalan ceritanya dengan Muallaf, tetapi setelah menghadiri sesi pratayang pada 17 Mei, para hadirin sebulat suara berpendapat filem ini nyata berbeza dari filem arahan Yasmin Ahmad tersebut. Namun begitu, timbulnya desas-desus bahawa filem ini serupa dengan dua filem Indonesia yang bertemakan agama iaitu Ayat-ayat Cinta and Kiamat Sudah Dekat. Penerbit David Teo menafikan dakwaan tersebut dengan mengakui, "Rasanya kesamaan hanya timbul dalam genre filem yang mengetengahkan perihal cinta dan kerohanian; genre ini adalah universal jadi sukar hendak melakar perbezaan yang nyata antara Syurga Cinta dan filem-filem tersebut. Apa-apa pun, saya yakin bahawa penonton pasti dapat melihat perbezaannya dari segi pendekatan kami yang tersendiri dalam menyampaikan mesej melalui filem kami ini."

Runut bunyi

  1. Zul Handy Black - Syurga Cinta
  2. Mohram - Syurga Cinta (Instrumental + Flute)

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Cerita Asal Terbaik Nor Shuhadatul Ain Zakaria Syurga Cinta Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Syurga Cinta SinopsisSyurga Cinta PelakonSyurga Cinta SambutanSyurga Cinta Runut bunyiSyurga Cinta Anugerah dan pencalonanSyurga Cinta RujukanSyurga Cinta Pautan luarSyurga CintaAhmad IdhamAwal AshaariFestival Filem Malaysia ke-22HelizaMalaysiaMetrowealth PicturesSyukur 21Tom Tom Bak

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Azan dan iqamatPenjodoh bilangan bahasa MelayuBuah kerasInna lillahi wa inna ilaihi raji'unPerodua KancilKabungPerodua AxiaPuteri BalqisTaurat16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil FitriKedahJesus ChristDewi SandraAmelia HendersonSlot MegaDramaMalang Si PuteriSophia AlbarakbahJasmine Suraya ChinJohor Darul Ta'zim F.C.KesumFrekuensi radio di JohorGajahSejarah MalaysiaPrivate BodyguardAstro (syarikat)Salasilah keturunan Nabi MuhammadPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaHans IsaacMusafirPokok MambuUniversiti Teknologi MalaysiaDeria bauButakPenanda wacanaPeristiwa 13 MeiSiti NurhalizaPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanSarawakParameswaraKaabahAmira OthmanSlot SamarindaTempoh haram puasaAedy AshrafKedah TuaKata adjektifAngkorBella AstillahCopa América 1995Jabatan dan agensi kerajaan MalaysiaZUS CoffeeSlot LestaryIndonesiaGantangFranco BaresiKesultanan Melayu MelakaMohd Safee Mohd SaliSumpahan JeruneiKelapa sawitIndiaDaim ZainuddinKata ganti diriNegara PalestinSlot SakuraLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaNegeri SembilanBoBoiBoySerangan jantungSenarai poskod di MalaysiaRedza MinhatRangka manusiaAnafilaksiPerang Dunia PertamaSyahadahAerofonNoorkumalasariPiala Dunia FIFA 2014Iban🡆 More