Suri Katriana merupakan drama yang ditayangkan di slot Tiara di Astro Prima bagi menggantikan drama Puteri Yang Ditukar yang kini telah pun tamat siarannya.
Drama ini mula ditayangkan pada 30 Oktober 2019 dan berakhir pada 06 Januari 2020.
Suri Katriana | |
---|---|
Genre | Keluarga Melodrama Dendam Cinta |
Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh | Ernie Zakri Ummi Nazeera Aishah Azman Nadiya Nisaa Zul Huzaimy Nazim Othman |
Lagu pembukaan | "Sinar Mata Hati" nyanyian Ernie Zakri |
Lagu penutup | "Sinar Mata Hati" nyanyian Ernie Zakri |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 49 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 48 minit |
Syarikat penerbitan | MIG Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima (Slot Tiara) Astro Prima HD |
Siaran asal | 29 Oktober 2019 – 6 Januari 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Puteri Yang Ditukar |
Diikuti oleh | Dua Takdir Cinta |
Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan. Suri merupakan seorang gadis kampung yang naif dan baik hati namun segalanya berubah selepas berlaku beberapa tragedi yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Keadaan tersebut memaksa Suri untuk menerima lamaran daripada bekas majikan ibunya, Tuan Syed Sadiq (Hasnul Rahmat). Setelah berkahwin, Suri kemudian mengikuti Tuan Syed untuk berpindah ke Siam. Namun begitu, tidak lama kemudian Tuan Syed didapati telah meninggal akibat serangan jantung.
Selepas kematian Tuan Syed, Suri mulai mengubah wajah dan identitinya sebagai Katriana (Ummi Nazeera). Rancangannya untuk membalas dendam terhadap kematian kedua orang tuanya bermula setelah Katriana bertemu semula dengan Faizal (Zul Huzaimy) dan Yasmin (Aishah Azman). Dendamnya kian memuncak apabila dia bertemu semula dengan Saerah (Nadiya Nisaa) yang memberitahunya bahawa kejadian tragis yang menimpa kedua orang tuanya sebelum ini adalah disebabkan oleh perbuatan konspirasi Tuan Syed, Faizal dan Yasmin. Katriana mula menggunakan khidmat Edora (Ezzaty Abdullah) sebagai pembantu peribadi dan rakan subahatnya dalam melaksanakan semua rancangannya untuk membalas dendam. Segala rancangan licik Katriana dilaksanakan Edora. Walau bagaimanapun, tidak kesemua rancangan tersebut berjalan dengan lancar kerana disebabkan suatu kesilapan yang hampir meragut nyawa kekasih hatinya, Danial (Nazim Othman) membuatkan Katriana tidak teragak-agak untuk membunuh Edora. Selepas kematian Edora, Katriana menjalankan rancangannya untuk memburu sasaran terakhirnya, Yasmin. Katriana mulai bertindak menculik Yasmin dan membawanya kembali semula ke kampung halaman mereka. Katriana merancang untuk membunuh Yasmin dengan cara yang sama seperti cara ibunya dibunuh. Danial, Saerah dan Faizal mencuba untuk memujuk Katriana namun segalanya terlambat apabila Katriana bertekad untuk meneruskan niatnya. Faizal dan Yasmin akhirnya terbunuh dalam kebakaran yang terjadi disebabkan Katriana. Akhirnya Katriana meringkuk di dalam penjara seumur hidup setelah dia disabitkan dengan kesalahannya yang menyebabkan kematian Faizal dan Yasmin.
Astro Prima: Slot Tiara, Isnin–Jumaat, 6:00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Suri Katriana | Berikutnya |
Puteri Yang Ditukar | Dua Takdir Cinta |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Suri Katriana, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.